Tuesday, April 3, 2012

"Sinergi Cinta" Hadiah Daripada Graduan/nita KPIPM Buat Ahli



KAHERAH, 31 Mac- Biro Dakwah dan Tarbiah KPIPM telah menganjurkan  talkshow Unit Bait Muslim (UBM) sempena Majlis Wada’ meraikan graduan dan gaduanita yang bakal pulang ke tanah air dalam tempoh terdekat yang bertajuk “Sinergi Cinta”.

Menariknya talkshow ini menampilkan dua pasangan yang sudah berkahwin dan disegani dalam kalangan ahli KPIPM. Ahli panel yang pertama merangkap moderator Saudara Muhammad Mujahid b. Mohammad Fadzil seterusnya Saudara Shahrizan b. Mohd Hazime serta Saudari Hurriyyah bt. Abdul Mokti dan Saudari Syahidatul Akmal bt. Mohd Dahalan.

Talkshow dimulakan dengan tayangan video oleh Badan HISBAH KPIPM. Konsep yang dibawa pada talkshow kali ini berbentuk perbincangan dan kupasan  menarik yang telah dibawa oleh keempat-empat ahli panel bermula daripada peranan UBM sendiri.

Hakikatnya, peranan yang besar dan penting dalam membina rumah tangga seperti mencegah khurafat dalam perkahwinan dan bait muslim merupakan tingkatan dalam marahil a’mal dakwah (peringkat-peringkat amal dalam berdakwah).



Seterusnya, Saudara Muhammad Mujahid menerangkan secara terperinci segala prosedur berkaitan aktiviti bait muslim.

Antara yang menarik, perbincangan talkshow dihangatkan lagi dengan ahli panel menjelaskan kecenderungan kriteria yang disukai ikhwah dan akhawat. “Secara umumnya, akhawat jarang memilih paras rupa dalam menentukan pasangan mereka melainkan mereka melihat kepada sikap tanggungjawab seseorang”. “Bagi ikhwah pula kebanyakannya lebih memandang rupa paras namun begitu mereka amat menitikberatkan akhlak dan budi bahasa seseorang”. Ujar Saudara Shahrizan dalam ucapannya.

Tambahnya lagi,  “Bercinta selepas kahwin merupakan pilihan yang terbaik dan bagi mereka yang bercinta sebelum kahwin menyebabkan keberkatan dalam perkahwinan itu tidak ada sekiranya hubungan mereka tidak diarahkan mengikut acuan islam”. Ujar Saudara Shahrizan lagi.

Kemudian setiap ahli panel diberi peluang untuk menyampaikan kalam perpisahan dan pesanan sebelum meninggalkan bumi anbia’ ini.

Di akhir program, pihak penganjur telah  menayangkan video ucapan daripada Saudari Nurul Ain bt. Yaacob, Mantan Timbalan Pengerusi HEWI PMRAM sesi 2011 yang telah pulang ke Malaysia sebagai kalam semangat untuk mahasiswa/wi untuk terus menuntut ilmu di bumi Mesir.  




No comments:

Post a Comment

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2023/2024 Firman Allah SWT : { فَمَن یَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَ...