ZAGAZIG 22 April – Hadith
Rasulullah SAW menyebut “Barangsiapa yang tidak mengambil berat tentang
saudaranya, maka dia bukan di kalanganku”.
Baru-baru
ini, wakil barisan kepimpinan AJKT KPIPM berpeluang menziarahi seorang
mahasiswa Kuliah Usuluddin, Zagazig iaitu saudara Haris
Fathi@Anas B. Hj Mohd Rapiai yang baru sahaja kehilangan bapa tercinta, iaitu En. Hj Mohd Rapiai B. Hj Mohd Daham yang memhembuskan
nafas terakhir pada 16 April 2012 pada jam 2.30 petang (waktu Malaysia) akibat
barah usus yang dialaminya sebelum ini.
Wakil
barisan kepimpinan AJKT KPIPM sesi 2011/2012 sempat menziarahi dan menyampaikan
sedikit sumbangan kepada beliau di Zagazig. Antara yang turut sama dalam ziarah
tersebut adalah Yang Dipertua KPIPM, Saudara Mohammad Omar bin Adam, Ketua Biro
Tabung Kebajikan, Kesenian dan Riadhah, Saudara Amar Arif bin Ahmad Po’aad dan Ketua
Biro Ekonomi, Saudara Muhammad Mu’aaz bin Ramli dan turut bersama-sama dalam ziarah tersebut
juga, Saudara Mohammad Akramin bin Mohd Ishak
selaku Ahli Majlis Perwakilan KPIPM di Zagazig.
KPIPM
menyeru kepada seluruh anak-anak Perak di bumi Mesir ini supaya mendoakan
kesejahteraan bapa beliau dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
KPIPM
selaku persatuan yang menjaga kebajikan anak-anak Perak di bumi Mesir ini
sentiasa prihatin dan amat menitikberatkan kebajikan bersama serta menyuntik
sensitiviti ahlinya untuk cakna terhadap isu atau permasalahan ummah. Ini juga
adalah di antara misi yang dibawa diperingkat KPIPM pada sesi ini.
No comments:
Post a Comment