Pembelajaran
berkumpulan atau study-group adalah antara aktiviti yang agak sinonim dengan
mahasiswa dan mahasiswi al-Azhar, terutamanya ketika tiba musim peperiksaan.
Umumnya semua sudah maklum akan kelebihan yang dapat dikutip melalui
perbincangan dan perkongsian ilmu sesama sahabat seperjuangan.
Secara
hakikatnya, melalui pembelajaran berkumpulan, seseorang akan membuat anjakan
paradigma dalam dirinya. Pembelajaran berkumpulan akan menyebabkan seseorang
mengubahsuai cara pemikirannya menjadi lebih terbuka dan bersesuaian dengan
sahabat sesama kumpulan tersebut. Selain itu, dia lebih cenderung untuk
memastikan tingkah lakunya semakin efektif juga memberi manfaat untuk kemajuan
perbincangan dalam kumpulan. Pendek kata, ia merupakan proses menjadikan
mahasiswa lebih matang dan
bertanggungjawab.
Bukan
itu sahaja, pembelajaran berkumpulan akan memastikan setiap ahli kumpulan
diberi peluang untuk meluahkan pendapat masing-masing, selain mendengar
pandangan yang lain. Hal ini mampu meningkatkan daya ingatan kerana kata-kata
yang dilafazkan lebih mudah diingati berbanding pembacaan semata-mata.
Malah,
kajian menunjukkan mahasiswa yang belajar secara berkumpulan juga akan
meninggalkan tabiat suka bertangguh yang sering menjadi masalah utama penuntut
ilmu dewasa ini. Mana mungkin kita sanggup menebalkan muka lantaran tugasan
yang diberi tidak dapat diselesaikan, padahal sahabat yang lain sudah bersedia
untuk membentang hasil kerja mereka.
Di
sini terdapat sedikit tips yang dikongsi bagi membentuk pasukan pembelajaran
berkumpulan yang efektif. Bagi yang sudah
mempunyai tabiat belajar bersama rakan-rakan, diharapkan anda menilai semula
sejauh mana keberkesanannya agar ia memberi pulangan yang maksimum kepada anda
dan ahli kumpulan yang lain.
1. Pemilihan rakan kumpulan:
Sebaik-baiknya
jumlah ahli kumpulan haruslah di antara 2 hingga 5 orang sahaja. Kumpulan yang
kecil mudah berbincang serta mengurangkan pelbagai kerenah yang boleh menjejas
perjalanan perbincangan. Setiap ahli haruslah mempunyai disiplin diri yang
tinggi. Ini merangkumi ketepatan masa, serta sifat bekerjasama yang baik.
2. Pemilihan topik:
Pemilihan
topik dan mata pelajaran haruslah dipersetujui bersama. Ini untuk memastikan
setiap anggota ahli kumpulan akan mengambil bahagian secara aktif dan bukannya
sekadar berdiam diri sahaja.
3. Persediaan tempat:
Kesesuaian
tempat merupakan faktor yang penting untuk menentukan keberkesanan proses
belajar. Bilik yang kosong, ruang perbincangan di pusat sumber atau di rumah
rakan boleh dijadikan tempat belajar. Apa yang penting ialah menjauhi daripada
gangguan kebisingan.
4.
Pemilihan waktu:
Pemilihan
waktu adalah bergantung kepada kesesuaian waktu anggota kumpulan. Agak memadai
belajar secara kumpulan ini dilakukan dalam jangka masa tidak melebihi 3 jam
pada satu-satu ketika. Adalah dikuatiri jika jangka waktunya terlalu lama,
perkara-perkara lain yang tidak ada kaitan dengan pelajaran akan turut sama
diperbincangkan.
5.
Bahan belajar:
Anggota
kumpulan harus bersedia dengan bahan belajar seperti buku teks, buku rujukan,
nota, latihan dan lain-lain. Kekurangan bahan akan menyebabkan kegagalan untuk
berbincang.
Semoga
dengan sedikit perkongsian ini, kita sebagai mahasiswa dan mahasiswi Islam di
bumi Mesir ini mendapat sedikit sebanyak panduan dalam membentuk dan
mengamalkan salah satu teknik pembelajaran berkesan iaitu pembelajaran
berkumpulan.
Seorang
penuntut ilmu pernah bermadah; “Kami menghabiskan seluruh kehidupan kami
mengkaji tentang Islam serta mengembara ke seluruh dunia semata-mata untuk
menuntut ilmu daripada para ilmuan yang hebat pada zaman kami. Dan kami
mengumpul ilmu yang kami miliki melalui pembelajaran seumur hidup kami dengan
menulis buku-buku, yang akan bertahan selama ratusan tahun dan bakal memberi
manfaat buat penuntut ilmu generasi hadapan.”
Bagaimana
dengan kita? Sejauh manakah usaha yang telah kita lakukan dalam melewati
kehidupan sebagai seorang penuntut ilmu Allah. Semoga segala usaha yang kita
lakukan berpaksikan semata-mata demi mencari redha dan menjejak rahmat daripada
Allah SWT.
sumber : pmram.org
kesaksian nyata dan kabar baik !!!
ReplyDeleteNama saya mohammad, saya baru saja menerima pinjaman saya dan telah dipindahkan ke rekening bank saya, beberapa hari yang lalu saya melamar ke Perusahaan Pinjaman Dangote melalui Lady Jane (Ladyjanealice@gmail.com), saya bertanya kepada Lady jane tentang persyaratan Dangote Loan Perusahaan dan wanita jane mengatakan kepada saya bahwa jika saya memiliki semua persyarataan bahwa pinjaman saya akan ditransfer kepada saya tanpa penundaan
Dan percayalah sekarang karena pinjaman rp11milyar saya dengan tingkat bunga 2% untuk bisnis Tambang Batubara saya baru saja disetujui dan dipindahkan ke akun saya, ini adalah mimpi yang akan datang, saya berjanji kepada Lady jane bahwa saya akan mengatakan kepada dunia apakah ini benar? dan saya akan memberitahu dunia sekarang karena ini benar
Anda tidak perlu membayar biayaa pendaftaran, biaya lisensi, mematuhi Perusahaan Pinjaman Dangote dan Anda akan mendapatkan pinjaman Anda
untuk lebih jelasnya hubungi saya via email: mahammadismali234@gmail.comdan hubungi Dangote Loan Company untuk pinjaman Anda sekarang melalui email Dangotegrouploandepartment@gmail.com