KAHERAH, 14 APRIL- Ziarah Mahabbah
wakil kepimpinan KPIPM tiba di MANSURAH pada jam 5.30 petang. Sejurus tiba di
sana, satu majlis telah diadakan bersama-sama ahli perubatan dan dirasat
ikhwah.
Agenda dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh pengerusi
majlis selaku Ahli Majlis Perwakilan(AMP)Mansurah, Saudara Mohammad Rafiq Bin
Abdul Hir. Turut hadir bersama, Saudari Maryam Binti Abu Bakar selaku Ahli
Majlis Perwakilan ( Perubatan ).
Majlis diteruskan dengan ucapan oleh Saudara Mohamad
Amirul Fahmi Bin Zulkefli, selaku Mentor Mansurah seterusnya membincangkan
beberapa perkara.Antaranya ialah mengenai keahlian, pemahaman tentang konsep
ithar, aktiviti-aktiviti persatuan dan segala yang berkaitan dengan permohonan
dermasiswa.
Majlis diteruskan dengan sesi soal jawab sekitar permasalahan
yang berlaku dan diakhiri dengan penyerahan dokumen-dokumen untuk permohonan
dermasiswa MAIPk pada jam 6.30 malam.
Pada keesokan harinya, ziarah diteruskan lagi ke rumah
mahasiswi pengajian Islam Perak oleh wakil HEWI KPIPM. Satu majlis telah diadakan
dan kehadiran ahli seramai 19 orang pada sesi pertemuan tersebut telah
memeriahkan sesi mahabbah tersebut yang dimulai pada jam 10.30 pagi.
Ahli Majlis Perwakilan Mansurah ( Pengajian Islam), Saudari Wan
Sofia Binti Mohd Rethuan telah mengendalikan majlis tersebut. Seterusnya, Saudari
NurHafsah Binti Awalluddin, Setiausaha HEWI KPIPM telah menyampaikan bagi
mewakili pihak KPIPM. Antara yang
dijelaskan dalam ucapan beliau sekitar peringatan tentang keahlian KPIPM, yuran
serta ithar dan segala yang berkaitan
dengan permohonan Dermasiswa MAIPk. Ahli di sana turut diberi ruang mengajukan
persoalan tentang permasalahan yang berlaku.
Majlis berakhir pada jam 12 tengah hari dengan penyerahan
dokumen-dokumen permohonan Dermasiswa MAIPk daripada Saudari Wan Sofia dan
penyerahan wang Ithar dari wakil HEWI KPIPM.
Terima kasih
diucapkan kepada seluruh ahli yang memberi kerjasama yang baik terutama kepada Ahli
majlis Perwakilan (AMP) Mansurah atas layanan dan jamuan yang disediakan. Moga dengan ikatan ukhuwah yang terbina di antara
ahli di muhafazah dengan kepimpinan KPIPM bertambah baik.
No comments:
Post a Comment