Islam
Agama Yang Syumul Iaitu Meliputi Semua Aspek
Keadilan yang dibawa oleh Islam merupakan keadilan
ke atas semua manusia bahkan menjadi rahmat ke atas sekalian alam. Islam
merupakan agama yang diturunkan oleh Allah sebagai panduan bagi kehidupan
manusia.
Islam membawa kepada 3 unsur utama iaitu berkaitan
akidah, syariat dan akhlak. Adapun lapangan yang berkaitan syariat menjelaskan
bahawa kehidupan manusia tidak lari dari sudut perspektif Islam walaupun satu
bahagian. Hal ini demikian kerana syariat yang dibentangkan kepada manusia
adalah mencangkupi lapangan ibadah, kewangan, pernikahan dan institusi
kekeluargaan serta perlaksanaan hukuman ke atas jenayah dan pemerintahan.
Disebabkan itulah, mereka yang mencari penyelesaian
selain daripada Islam maka mereka telah mengecilkan skop Islam. Sedangkan secara
jelas Islam tidak hanya tertumpu kepada konteks ibadah semata-mata bahkan Islam
adalah agama dan kehidupan.
Imam Hassan Al-Banna dalam menerangkan maksud
kesyumulan Islam, beliau menyatakan bahawa :
الإسلامُ نِظامٌ شاملٌ يَتَناوَل مَظاهِر الحَياةِ جميعا فَهُوَ دَوْلَةٌ وَوَطَنٌ أَوْ حُكُومَةٌ وَأُمَّة وهو خُلُق وقُوَّة أَوْ
رَحْمَة وَعَدَالَة وهو ثَقافَة وَقانُون أَوْ عِلْم وَقَضاء وَهُوَ مادَّة وثَرْوَة أَوْ كَسْب وَغَنِىّ وَهُوَ جِهاد وَدَعْوَة
أَوْ جَيْش وَفِكْرَة كما هو عقيدة صادِقَة وعِبادَة
صَحيحَة سَواءٌ بِسَواء
Islam adalah satu sistem yang menyeluruh yang
mengandungi semua aspek kehidupan. Ia adalah negara dan tanah air ataupun
kerajaan dan umat. Ia adalah akhlak dan kekuatan ataupun rahmat dan keadilan.
Ia adalah kebudayaan dan undang-undang ataupun keilmuan dan kehakiman. Ia juga
adalah kebendaan dan harta ataupun kerja dan kekayaan. Ia adalah jihad dan
dakwah ataupun ketenteraan dan fikrah. Sebagaimana juga ia adalah akidah yang
benar dan ibadat yang sahih, kesemuanya adalah sama pengiktibarannya di sisi
kita.
Maksud firman Allah dalam Surah An-Nahl pada ayat
ke-89:
“Dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan
tiap-tiap sesuatu”
Dalam kitab Sirah An-Nabawiyah, karangan Imam Ibnu
Kathir, terdapat kisah Nabi bersabda kepada kabilah Bani Syaibanbin Tsa’labah,
ketika baginda memperkenalkan dirinya di Mekah :
ما أَسَأْتُم الرَدّ إذا
أَفْصَحْتُم بالصِدْق ، إنه لا يَقُومُ بهذا الدِّينِ إِلّا مَن أَحاطَه مِن
جَمِيعِ جَوانِبَهُ
”Kamu tidak menolak dengan cara yang jahat
sekiranya kamu berterang-terangan dengan kebaikan. Tidak akan tertegak agama
ini melainkan dengan orang yang mencangkupinya di setiap ruang.” – rujuk kitab Nazorat Fi Risalah
At-Ta’lim
Golongan Yahudi dahulu ditegur dan dimurkai oleh
Allah kerana mereka hanya mengambil sebahagian yang dibawa oleh para rasul
dalam masa yang lain menolak sebahagian yang lain. Maksud daripada firman Allah
dalam Surah Al-Baqarah pada ayat ke-85:
3“Maka apakah kamu hanya beriman dengan sebahagian
Kitab (Taurat) dan mengingkari akan sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan
bagi orang yang berbuat sedemikian itu daripada antara kamu selain dari
kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada Hari Kiamat akan ditolak mereka ke
dalam azab seksa yang amat berat.”
Penjajahan
Ke Atas Syariat Islam
Selepas kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah secara
rasminya pada tanggal 3 Mac 1924, negara-negara Islam mula dipecah-pecahkan
dengan pentadbiran yang pelbagai dan ideologi-ideologi yang berasingan. Hal ini
demikian kerana taktik yang dipanggil ‘pecah dan perintah’ ini adalah bagi
memastikan umat Islam tidak bersatu dan sekaligus menghadkan skop syariat dalam
kehidupan manusia.
Sebagaimana yang berlaku di Tanah Melayu ketika
penjajahan British, pihak penjajah terus mengekalkan Raja-Raja Melayu sebagai
Ketua Agama dan pihak penjajah juga tidak mengisytiharkan agama selain Islam
sebagai agama rasmi. Namun begitu, pihak penjajah selain menjajah wilayah dan
kawasan, mereka juga menjajah syariat Islam dan hari ini penjajahan ke atas
syariat ini diteruskan sendiri oleh orang Islam yang berkiblatkan ideologi
pihak barat.
Justeru, kita dapat lihat sejarah bagaiman sistem
penasihat kepada Raja iaitu Residen berjaya menghadkan Islam kepada skop yang
amat kecil iaitu urusan-urusan agama yang melibatkan solat, adat istiadat dan
pernikahan sahaja. Manakala sistem yang berkaitan urusan pemerintahan negara
dari sudut undang-undang, jenayah dan sebagainya diketepikan dan dihakis
sedikit demi sedikit.
Syeikh Muhamad Al-Ghazali menyebutkan :
“Kita orang Islam diperintahkan oleh Allah untuk
melaksanakan syariat Islam. Mana mungkin melaksanakan syariat berpandukan
kepada hawa nafsu manusia iaitu dengan melaksanakan sebahagian dan meninggalkan
sebahagian yang lain. Hal ini demikian kerana Islam terdiri dari sudut iman dan
akhlak dan kesyumulan Islam itu sendiri yang mencangkupi seluruh alam dan
kejadian. Maka mana mungkin dikira melaksanakan Islam dengan melakukan satu
bidang dalam masa yang sama menafikan bidang yang lain. Lihat sahaja kepada 2
firman Allah iaitu mengenai kewajipan puasa dan kewajipan melaksanakan qisas.”
– Majalah
Al-Azhar bagi keluaran Jamadil Akhir 1433
Justeru, penjajahan yang masih berlaku sehingga ke
hari ini ialah penjajahan ke atas syariat Islam dengan mengecilkan skop syariat
Islam tersebut. Maka kewajipan umat Islam pada hari ini ialah membebaskan
syariat Islam agar dapat dilaksanakan dengan sepenuh sebagaimana yang
dikehendaki oleh Allah. Dan penjajahan ini adalah melalui ideologi-ideologi yang
ditanam oleh pihak musuh semenjak dahulu lagi dan sehinggalah mereka berjaya
melahirkan pelapis-pelapis mereka dari kalangan umat Islam itu sendiri namun
hakikatnya mereka tersebut merupakan hamba kepada iedologi barat yang disebut
sebagai عبيد الفكر الغربي .
Abi Umamah Al-Bahili berkata Nabi SAW bersabda :
لَتَنْقُضَنَّ
عُرَى الإسْلامِ عُرْوَةً عُروةً فَكُلَّما انْتَقَضَتْ عُرْوَةٌ تَشَبَّثَ الناسُ
بالتي تَلِيها وَأَوَّلُهُنَّ نقضاً: الحكم، وآخِرُهُّن الصلاة
“Akan terlerai satu persatu ikatan-ikatan
Islam, maka setiap kali terlerai satu ikatan maka akan berpaut pada ikatan yang
seterusnya. Ikatan pertama yang akan terlerai ialah pemerintahan dan akhir
sekali ialah solat.” –
dalam Musnad Ahmad
Ideologi
Yang Menjajah Syariat Islam
Penentangan ke atas Islam bermula sejak zaman
dahulu lagi, bahkan sebelum kedatangan Nabi Muhammad SAW sebagai rasul yang
terahir, penentangan Islam juga sudah bermula dengan pelbagai ideologi yang
jelas karut antaranya penyembahan berhala, binatang dan apa jua yang dianggap
tuhan, serta penafian wujudnya tuhan dengan menyucikan akal pemikiran dan
sebagaimana.
Maksud firman Allah dalam Surah Al-Baqarah pada
ayat ke-120 :
“Tidak akan sesekali pihak Yahudi
mahupun Nasrani redha akan kamu sehinggalah kamu mengikuti (perintah) agama
mereka.”
Hari ini penentangan tersebut diteruskan lagi
dengan menggunakan istilah yang berbeza-beza dan lebih tersusun, namun
kehendaknya adalah sama iaitu memastikan Islam tidak menang.
Ideologi yang paling berjaya digunakan oleh pihak
musuh ialah dengan menaikkan sentiasan ‘kebebasan’ sehingga ke tahap mutlak
iaitu tanpa sebarang displin dan peraturan. Perkara sebegini didoktrin ke atas
semua manusia supaya tidak menundukkan diri kepada Islam yang dikatakan
mengongkong umatnya kerana peruntukkan-peruntukkan dalam syariat dikatakan
sebagai menyekat kebebasan mutlak sebagai hak asasi manusia.
Maka ideologi inilah yang disebutkan sebagai
Liberalisme. Dr Yusuf Al-Qardhawi menyebutkan bahawa hari ini liberal sudah
masuk ke dalam konteks demokrasi iaitu menjadi demokrasi yang sebenar mengikut
telunjuk ideologi liberal. Justeru, hasil daripada itulah konsep demokrasi
sekarang ini memisahkan antara agama dan urusan politik yang disebutkan sebagai
sekularisme. Hal ini demikian bagi menjamin kebebasan dalam menguruskan perkara
yang berkaitan dengan sosial hidup.
Bahkan konsep liberal ala demokrasi ini disebutkan
oleh Dr Yusuf Al-Qardhawi menghasilkan beberapa ideologi yang lain dalam
konteks menjauhkan umat Islam daripada Islam iaitu :
- Sekularisme
- Semangat perkauman
- sistem kewangan secara
kapitalisme
- hak asasi manusia dalam kebebasan
mutlak terutama dalam melibatkan kebebasan wanita sebagaimana lelaki (sekarang
ini dipanggil liberalisme)
Hasil daripada ideologi-ideologi yang ciptakan oleh
manusia ini, ditambah dengan ideologi yang lain seperti komunisme, sosialisme
dan sebagai adalah semata-mata bagi menjajah minda umat Islam serta mengubah
identiti mereka daripada menjadi seorang muslim yang benar-benar menepati
syariat.
Firman Allah dalam Surah Ali-Imran pada ayat ke-85
“Sesiapa yang mencari selain Islam
sebagai agamanya, maka ia tidak akan diterima sama sekali, dan di akhirat kelak
ia akan tergolong dari kalangan orang yang rugi.”
Kewajipan
Mempertahankan Hukum Allah
Kewajipan bagi umat Islam ialah mempertahankan
hukum Allah serta melaksanakannya tanpa ada sebahagian yang ditolak walaupun
sedikit. Penjajahan ke atas syariat Islam merupakan satu kemungkaran maka umat
Islam wajib membebaskan syariat Islam daripada terus dijajah agar syariat Islam
dapat ditegakkan.
Maka selagimana Islam masih dijajah, kewajipan umat
Islam ialah berjuang dan berjihad dengan segenap usaha mengikut kesesuaian dan
peringkat. Hal ini demikian kerana di zaman Nabi SAW, pensyariatan berperang
adalah untuk mempertahankan dakwah Islam, negara Islam dan membebaskan
negara-negara yang dijajah oleh pemerintah yang zalim. Peperangan yang berlaku
bukanlah menunjukkan Islam itu pengganas atau Islam itu tersebar melalui mata
pedang sebagaimana yang difinah oleh pihak musuh.
Firman Allah dalam Surah Al-Haj pada ayat ke-39 :
t 4“Diizinkan berperang kepada orang
Islam yang diperangi kerana sesungguhnya mereka tela dizalimi”
Daripada Sa’id bin Zaid, Nabi SAW bersabda:
مَن
قُتِل دُوْنَ ماله فَهُوَ شَهِيدٌ، وَمَنْ قُتِلَ دُوْن أَهْله فهو شهيد، ومن قتل
دُوْنَ دِيْنه فهو شهيد، ومن قتل دون دَمِه فهو شهيد
“Sesiapa yang dibunuh kerana mempertahankan
hartanya maka ia dikira syahid, sesiapa yang dibunuh kerana mempertahankan ahli
keluarganya maka ia dikira dikira syahid, sesiapa yang dibunuh kerana
mempertahankan agamanya ia dikira syahid dan sesiapa yang dibunuh kerana
mempertahankan darahnya ia dikira syahid.” – At-Tirmizi dan Al-Nasai
Justeru, siri-siri peperangan yang berlaku selepas
penghijrahan Nabi SAW bersama para sahabat ke Madinah dan mendirikan sebuah
negara Islam di Madinah adalah semata-mata bagi mempertahankan dakwah Islam
serta menentang kezaliman yang berlaku.
Peperangan Badar Al-Kubra tercetus apabila pihak
musyrikin Mekah mula berasa entiti masyarakat Islam di Madinah mula mengancam
mereka apabila para sahabat Muhajirin merancang mengambil kembali harta-harta
mereka yang telah dirampas dan ditinggalkan di Mekah. Peperangan Uhud pula
tercetus ekoran pihak musyrikin Mekah ingin membalas dendam di atas kekalahan
mereka dalam peperangan Badar Al-Kubra. Manakala pengusiran kaum Yahudi dari
Madinah dalam peperangan Bani Nadhir disebabkan kaum Yahudi tersebut mencabuli
perjanjian yang berlaku. Bahkan mereka merancang untuk membunuh Nabi SAW. Demi
mempertahankan baginda SAW dan keselamatan serta keharmonian di dalam Madinah
maka tercetuslah peperangan Bani Nadhir.
Begitu juga dalam peperangan Ahzab atau Khandak, ia
berlaku disebabkan pihak musyrikin Mekah merancang untuk menghancurkan kekuatan
umat Islam di Madinah. Mereka mengumpulkan puak-puak serta kabilah-kabilah yang
memusuhi Islam untuk melakukan kerjasama beramai-ramai dalam menghancurkan
Islam. Dan lagi, peristiwa Fathul Makkah juga berlaku disebabkan pihak
musyrikin Mekah melanggar perjanjian Hudaibiah yang dimeterai di antara pihak
Islam dan musyrikin Mekah.
Sehubungan itu, pengarang kitab Ghazwat Ar-Rasul
iaitu Ahmad Hamid At-Thohir menyebutkan bahawa kalaulah tidak disyariatkan berperang nescaya
kebatilan akan menguasai kebenaran. Namun begitu, janji Allah yang pasti,
kebenaran tetap dipertahankan dan kewajipan mempertahankan kebenaran telah pun
dilaksanakan oleh para sahabat ketika dahulu dengan sepenuh pengorbanan yang
diberikan.
Kewajipan
Melaksanakan Syariat Islam Secara Menyeluruh
Islam adalah yang syumul dan meliputi semua aspek
di dalam kehidupan sebagaimana yang terdapat dalam di awal kajian yang
dibentang. Tidak ada satu urusan dalam kehidupan manusia yang terlepas pandang
dari konteks syariat Islam samada perkara tersebut melibatkan individu,
masyarakat apatah lagi negara.
Hari ini penjajahan ke atas syariat Islam berlaku
ke atas negara apabila pemimpin di negara-negara Islam atau negara yang mengisytiharkan
agama rasminya ialah Islam, tidak menjalankan hukum Allah secara menyeluruh.
Konteks syariat Islam yang telah disempurnakan di zaman Nabi SAW dihakis satu
persatu sehingga disempitkan dalam ruang lingkup yang begitu kecil. Bahkan
menjadikan ideologi barat yang menjajah minda mereka sebagai perundangan yang
adil serta saksama di zaman sekarang. Dan ini juga telah jelas dalam kajian di
atas yang menerangkan konsep penjajahan ke atas syariat Islam melalui dengan
mendokongi ideologi-ideologi ciptaan barat.
Maka dalam soal melaksanakan hukum Allah iaitu
syariat Islam secara menyeluruh para ulama bersepakat bahawa ia merupakan
kewajipan ke atas umat Islam. Bahkan negara Islam atau negara yang dikuasai
oleh umat Islam wajib melaksanakan perundangan Islam samada konteks hukuman ke
atas jenayah, kehakiman, dan politik.
Hal ini berdasarkan kepada dalil ayat Al-Quran pada
Surah Al-A’raf pada ayat yang ke-3, bermaksud :
“Ikutlah apa yang telah diturunkan oleh tuhan kamu
(Allah) kepada kamu.”
Maka para ulama memutuskan bahawa perintah
“ikutilah” tersebut merupakan kewajipan dan yang dimaksudkan dengan “ikut apa
yang diturunkan oleh Allah” ialah mengiktiraf Islam sebagai syariat Allah dan
melaksanakan apa yang diperuntukkan dalam syariat. – Majalah Buhuth
Islam, jilid pertama pada keluaran pertama pada tahun 1395 Hijriah yang
dikeluarkan oleh Institusi Fatwa di Kerajaan Arab Saudi.
Syeikh Abdul Kadir ‘Audah menyebutkan :
“Sesungguhnya Islam mewajibkan manusia untuk
mengikuti apa yang telah diturunkan oleh Allah dan mewajibkan mereka untuk
melaksanakan hukum Allah tanpa ada campur aduk daripada hukum yang selainnya.” – kitab karangan beliau yang
berjudul Al-Mal Wa Al-Hukm Fi Al-Islam
Surah An-Nisa pada ayat ke-59, Allah berfirman yang
bermaksud :
“Wahai orang yang beriman! Taatilah Allah dan
taatilah rasul dan pemimpin di kalangan kamu.”
Berdasarkan ayat di atas umat Islam wajib mentaati
pemimpin mereka iaitu yang melaksanakan Islam serta mempertahankan dasar Islam.
Hal ini demikian kerana pemimpin yang disebutkan di atas merujuk kepada
pemimpin yang boleh ditaati. Maka pemimpin yang boleh ditaati adalah pemimpin
itu juga mentaati Allah dan rasul, nescaya pemimpin tersebut melaksanakan apa
yang disuruh oleh Allah dan rasul secara penuh, dikira sebagai mentaati Allah
dan rasul.
Firman Allah dalam Surah Al-Maidah pada ayat ke-49
yang bermaksud :
u“Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara
mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut
kehendak hawa nafsu mereka.”
Firman Allah dalam Surah An-Nisa’ pada ayat ke-65
yang bermaksud :
“Maka demi tuhanmu, mereka tidak disifatkan beriman
sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang
timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak berasa berat hati dari apa
yang telah engkau hukumkan dan menerima menerima keputusan tersebut dengan
sepenuhnya.”
Imam Ibnu At-Taimiyah dalam kitab Al-Iman karangan
beliau menyebutkan berkenaan ayat di atas :
“Maka apabila terdapat penafian ke atas iman,
peruntuh tersebut menunjukkan adalah wajib ke atas setiap manusia.”
Abi Umamah Al-Bahili berkata Nabi SAW bersabda :
لَتَنْقُضَنَّ
عُرَى الإسْلامِ عُرْوَةً عُروةً فَكُلَّما انْتَقَضَتْ عُرْوَةٌ تَشَبَّثَ الناسُ
بالتي تَلِيها وَأَوَّلُهُنَّ نقضاً: الحكم، وآخِرُهُّن الصلاة
“Akan terlerai satu persatu ikatan-ikatan
Islam, maka setiap kali terlerai satu ikatan maka akan berpaut pada ikatan yang
seterusnya. Ikatan pertama yang akan terlerai ialah pemerintahan dan akhir
sekali ialah solat.” –
dalam Musnad Ahmad
Said Qutb menyebutkan bahawa yang dimaksudkan
dengan thaghut ialah :
“Setiap perkara atau urusan yang tidak dibenarkan
oleh Allah dan juga setiap hukum atau perundangan yang tidak mempunyai sandaran
kepada syariat Allah.” – Tafsir Fi Zilal Al-Quran
Kewajipan Menentang Kemungkaran Dan Kezaliman
Ideologi-ideologi ciptaan barat yang menjadi
penjajah ke atas syariat Islam melalui pemimpin yang zalim wajiblah ditentang.
Tidak ada istilah yang ketiga daripada Islam dan thaghut sebagaimana yang telah
disebut oleh Said Qutb dalam kitab tafsir beliau. Maka sekiranya tidak
dilaksanakan hukum Allah maka ia telah melaksanakan agenda thaghut.
Dan hari ini thaghut yang berbentuk ideologi barat
mestilah ditentang sehinggalah syariat Allah dapat dilaksanakan dengan
menyeluruh. Tidak kira samada ideologi yang berbentuk liberalime, sekularisme,
sosialisme, kapitalisme dan sebagaimana.
Bahkan dalam negara Islam pemimpin yang tidak
melaksanakan hukum Allah ia dikira zalim dan telah melakukan kemungkaran yang
besar. Hal ini sekiranya pemimpin tersebut masih percaya dan iktikad bahawa
hukum tersebut adalah diturunkan oleh Allah. Sekiranya ia telah menafikan hukum
tersebut dengan manganggap ia bukanlah hukum Allah dan mempersendakannya maka
ia telah pun dikira terkeluar daripada Islam.
Kewajipan menentang kemungkaran dan kezaliman ini
jelas berdasarkan Al,Quran, hadis dan ijma’ ulama. Hal ini demikian kerana
mempertahankan dan melaksanakan syariat Allah secara menyeluruh merupakan
kewajipan dan mengingkarinya merupakan satu kemungkaran dan kezaliman.
Firman Allah dalam surah Ali-Imran pada ayat ke-110
yang bermaksud :
3
“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat
yang dikeluarkan bagi umah manusia kerana kamu menyeru kepada perkara yang baik
dan mencegah sebarang kemungkaran serta bberiman kepada Allah.”
Firman Allah dalam surah Al-Maidah pada ayat ke-78
dan 79 yang bermaksud :
“Orang kafir Yahudi dari Bani Israel telah dilaknat
melalui lidah Nabi Daud dan Isa Ibnu Maryam. Yang demikian tersebut disebabkan
mereka menderhaka dan melampaui batas. Mereka sentiasa tidak mencegah
kemungkaran yang mereka lakukan. Sesungguhnya amat buruk apa yang mereka
lakukan.”
Daripada Abu Said Al-Khudri, Nabi SAW bersabda :
مَنْ رَأَى مِنْكُم مُنْكرًا
فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِه، فَإِنْ لَم يَسْتَطِعْ فَبِلِسانِه، فَإن لَمْ
يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِه، وذلك أَضْعَفُ الإِيْمان
“Sesiapa
daripada kalangan kamu yang melihat kemungkaran,maka wajib mengubahnya dengan
menggunakan tangan (kuasa), maka sesiapa yang tidak mampu, maka dengan lisan,
sekiranya tidak mampu juga maka dengan hati, dan itu adalah selemah-lemah
iman.”– Muslim
Justeru
jelas kepada kita kewajipan dalam mencegah kemungkaran dan kezaliman di seluruh
peringkat samada individu, masyarakat dan pemerintah. Hal ini demikian kerana
dalam hadis tersebut menunjukkan lafaz umum dan tidak tertumpu kepada mana-mana
pihak yang tertentu.
Bahkan
Nabi SAW menggariskan cara pencegahan ke atas kemungkaran tersebut yang
didapati. 3 peringkat tersebut adalah wajib dan berubah ke peringkat yang
rendah apabila tidak ada kemampuan, bukan berdasarkan pilihan.
Dr Yusuf
Al-Qardhawi menyatakan dalam konteks mencegah kemungkaran, pihak yang
menjalankan kewajipan mencegah tersebut menepati syarat 4 syarat iaitu :
1- Kemungkaran tersebut merupakan
perkara haram yang disepakati. Tidak dinamakan kemungkaran melainkan ia adalah
perkara yang haram. Seperti tidak melaksanakan hukum Allah, minum arak dan
sebagainya. Tidak dinamakan perkara mungkin apabila ia merupakan perkara khilaf
dari sudut furu’ kerana khilaf tersebut tidak haram.
2- Kemungkaran tersebut jelas berlaku di hadapan mata
atau jika tidak, ia mempunyai bukti yang kukuh.
3- Dalam konteks mengubah melalui
kuasa, maka hendaklah mempunyai kemampuan untuk melakukan pencegahan ke
atas kemungkaran yang berlaku.
4- Yakin tidak akan berlaku
kemungkaran yang lebih besar ekoran pencegahan yang dilakukan tersebut.
Iaitu tidak mendatangkan kemungkaran yang lebih besar daripada kemungkaran yang
sedia ada, secara yakin.
Adapun
jika kemungkaran tersebut dilakukan oleh pemerintah atau pihak kerajaan
sebagaimana dalam konteks perbincangan iaitu penjajahan ke atas syariat Islam.
Kemungkaran yang dilakukan oleh pemerintah tersebut merupakan kemungkaran yang
besar dan jelas iaitu tidak melaksanakan hukum Allah dengan sepenuh. Maka
bagaimana mungkin untuk kita mengubah atau mencegah melalui kuasa?
Dalam
permasalahan ini, Dr Yusuf Al-Qardhawi menyebutkan terdapat 3 cara iaitu :
1- Melalui undian dalam pilihanraya. Iaitu suara majoriti rakyat
menukar pemerintah yang menjalankan hukum Allah dengan penuh. Hal ini demikian
sistem pilihanraya pada hari ini merupakan medium sebagai demokrasi yang adil
sekiranya telus dalam memberikan ruang kepada rakyat untuk memilih pemimpin
mereka melalui undian.
2- Kekuatan Tentera. Sekiranya pemerintah yang
melakukan kemungkaran tersebut berjaya menggunakan kekerasan dalam mengekalkan
kekuasaanya bahkan medium pilihanraya tidak mampu menjadi medium keadilan dalam
rakyat membuat pilihan, maka pihak tentera yang sedar akan Islam dan memahami
akan kemungkaran yang berlaku mestilah menggunakan kekuaatan yang ada pada
mereka dalam ‘menggulingkan’ pemerintah yang sedia ada. Kemudian apabila
selesai tempoh dharurat, pihak tentera mestilah menyerahkan semua pemilihan
tentera kepada rakyat melalui pilihanraya yang adil dan telus.
3- Kuasa rakyat. Apabila pilihanraya terdapat
penipuan yang tidak boleh diperbaiki dan tentera dikawal oleh pemerintah yang
melakukan kemungkaran, maka rakyat sekiranya sebulat suara dalam isu mencegah
kemungkaran ini mampu untuk mengubahnya melalui revolusi atau demontrasi untuk
mengembalikan keadilan dalam negara mereka.
Maka sekiranya 3 cara di atas tidak mempunyai
kemampuan, rakyat mestilah bersabar dan menjalankan gerak kerja tarbiyah dan
dakwah sehinggalah mempunyai kemampuan untuk mengubahnya.
Kesimpulan dalam permasalahan
penjajahan ke atas syariat Islam ini menjadi kewajipan yang besar kepada umat
Islam untuk memastikan syariat Islam dapat dilaksanakan dengan sepenuh. Hal ini
disebutkan oleh Imam Hassan Al-Banna sebagai membebaskan negara daripada segala
perkara thaghut iaitu ideologi ciptaan barat serta pemerintah yang menjadi
boneka kepada agenda barat kemudiannya mendirikan negara pentadbiran Islam di
negara tersebut.
Wallahu a’lam
Disediakan oleh :
MUHAMAD ZUHAILI SAIMAN
PENGERUSI FELO MANHAL PMRAM 2012
Rujukan :
1- Nazorat Fi Risalah At-Taklim,
oleh Muhamad Abdullah Al-Khatib dan Muhammad Abdul Halim Hamid, cetakan Dar
At-Tauzi’ Wa An-Nasyr Al-Islamiyyah
2- Al-Khilafah Al-Islamiyyah Wa
Qadhiyah Al-Ahkam Bima Anzala Allah, oleh Dr Shodiq Syaif Nu’man, cetakan Dar
As-Salam
3- Ghazwat Ar-Rasul, oleh Hamid
Ahmad Thahir, cetakan Dar Al-Fajr Lil Turath
4- Mausu’ah Usul Al-Fikr, jilid
pertama, oleh Khadijah An-Nabrawi, cetakan Dar As-Salam
5- Al-Hulul Al-Mustauradah, oleh Dr
Yusuf Al-Qardhawi, cetakan Maktabah Wahbah
6- A’da’ Al-Hil Al-Islami, oleh Dr
Yusuf Al-Qardhawi, cetakan Maktabah Wahbah
7- Fiqh Ad-Daulah, Dr Yusuf
Al-Qardhawi, cetakan Maktabah Wahbah
8- Majalah Al-Azhar keluaran Jamadil
Akhir 1433 Hijriah
9- 300 Hadis Bimbingan, oleh Us
Zahazan Mohamed dan Us Ahmad Hasan Mohd Nazam, cetakan Telaga Biru
ReplyDeleteemail:::::::hafizulbin365@gmail.com
Name::::Hafizul Bin Haziq
Country:::Malaysia
Kemarau kewangan saya berakhir pada bulan ini apabila saya fikir semuanya adalah urusan perniagaan dengan beberapa rakan saya di Kuala Lumpur beberapa bulan yang lalu perniagaan yang bernilai beberapa Rm785.000.00 yang keuntungannya sudah cukup untuk kita semua untuk berkongsi keuntungan tetapi akibat kegagalan perniagaan, kita semua mendapati bahawa kita mempunyai masalah kewangan yang sangat besar kerana saya tidak mempunyai wang untuk bergantung pada ketika perniagaan gagal kerana saya melabur semua saya dengan saya pada perniagaan jadi saya berada di sangat sangat maaf jadi saya terpaksa mencari bantuan kewangan saya sebenarnya telah ditolak oleh beberapa bank sebagai hasil dari kadar pinjaman mereka dan juga syarat mereka jadi saya terpaksa melalui beberapa blog sehingga saya datang menghadapi dengan Iklan Syarikat Ibu. saya menghubungi Ibu dengan segera selepas melalui beberapa proses yang sangat fleksibel permintaan pinjaman saya sebanyak Rm440.000.00 telah diluluskan oleh pihak pengurusan dan pada keesokannya Lembaga Pengurusan Peminjaman Pinjaman dikreditkan saya tanpa menangguhkan berkat ini dari ibu yang dapat menyelamatkan anda hari ini dari apa-apa embarrazement kewangan anda menjadi ibu hubungi Ibu sekarang untuk pinjaman anda yang berubah e_mail:[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]
ISKANDAR LESTARI LOAN COMPANY "ISKANDAR LENDERS"
[[[[Berikut adalah data peribadi saya]]]]
Country::::::Malaysia
Name::::::::Hafizul Bin Haziq
email::hafizulbin365@gmail.com
Telephone Number:[+60]1123759663
WhatsApp Number::::::::[+60]1123759663
e_mail:[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]