KAHERAH, 15 April
– Ziarah Kepimpinan KPIPM tiba di DUMYAT semalam kira-kira jam 6.00 pagi
disambut meriah oleh anak-anak Perak di sana.
Majlis yang berlangsung di Markaz DPM dumyat telah dipengerusikan oleh Saudara Arif bin Hj
Hassan selaku Ahli Majlis Perwakilan(AMP) cawangan Dumyat. Majlis diteruskan
lagi dengan ucapan dari saudara Mohamad Hazim Bin Mohd Halim selaku Mentor
diikuti dengan sesi taaruf ringkas bersama seluruh anak-anak Perak yang
hadir. Dianggarkan hampir keseluruhan anak perak di dumyat yang menghadiri
majlis tersebut.
Sambutan dan respon yang diberikan oleh anak-anak
Perak di dumyat amat menggalakkan. Segala persoalan, cadangan dan muhasabah
yang dilontarkan sangat baik dan bermanfaat.
“Kami mencadangkan peringkat KPIPM dapat berbincang
dengan pihak MAIPk agar membantu pelajar-pelajar markaz lughah dari sudut
kewangan dan memberi kursus bahasa arab bermula di malaysia lagi, “ujar saudara
Badris Arshad sebagai cadangan”.
Tidak ketinggalan Saudara Johar Johari juga mengucapkan
terima kasih kepada mentor kerana sudi hadir dan memberikan album zikrayat
kepada semua ahli perak yang hadir sebagai tanda kenang-kenangan.
Pihak kepimpinan KPIPM mengucapkan ribuan terima
kasih kepada seluruh anak Perak di dumyat dan DPM dumyat atas kerjasama yang
diberikan. Khususnya kepada AMP cawangan dumyat dan ‘ chef ’ (saudara Muhamad Arif
bin hj hassan) atas layanan dan jamuan yang disediakan.
Semoga pertemuan yang telah berlangsung dapat
mengeratkan lagi ukhuwah sesama ahli.
No comments:
Post a Comment