Sunday, May 20, 2012

Ribat KPIPM Medan Ikatan Hati Sesama Ahli




KAHERAH, 18 Mei -Program Ehya’ Jumaah di bawah kelolaan Biro Dakwah dan Tarbiah KPIPM berjalan seperti kebiasaan setiap minggu dengan solat maghrib berjemaah, alunan burdah, bacaan yaasin, tazkirah, solat isya’ berjemaah dan solat hajat.

Pentazkirah pada malam tersebut ialah saudara Ahmad Hasni b. Shuhaibi, mahasiswa tahun 3, Kuliah Usuluudin, Kaherah. Beliau menekankan bahawa peringatan itu penting kepada setiap idividu dan sebaik-baik peringatan adalah mengingati mati dan sebaik-baik manusia adalah mereka yang bertakwa. Seterusnya beliau menceritakan kisah Khalifah Harun Ar-Rasyid dan seorang ulama’ bernama Fudhail b. I’adh yang membawa banyak pengajaran.         

Selesai tazkirah, solat isya’ berjemaah terus ditunaikan dan diikuti dengan solat sunat hajat. Menarik di Ehya’ Jumaah pada kali ini apabila KPIPM dibawah anjuran Biro Dakwah dan Tarbiah 2011/2012 telah menganjurkan RIBAT KPIPM bertujuan menguatkan ikatan hati-hati warga KPIPM di bumi Mesir ini. RIBAT KPIPM ini telah dijalankan seawal jam 2.30 pagi, bermula dengan alunan zikir seterusnya solat sunat tahajjud, solat sunat taubat, solat sunat hajat dan solat sunat witir. Seterusnya RIBAT KPIPM diteruskan dengan solat Subuh secara berjemaah, bacaan Al-Mathurat dan bacaan surah.

Lebih menarik lagi pada kali ini tazkirah Subuh disampaikan oleh pentazkirah jemputan saudara Ahmad Qutaibah b. Mohamed, Bendahari Kehormat PMRAM merangkap Badan Pengurus angkat PMRAM Cawangan Perak.

Diawal bicaranya, beliau menjelaskan seseorang individu muslim itu perlu mengetahui tentang sejarah dan isu semasa.

“Sejarah akan berulang..”memetik diantara kata-kata beliau dan beliau mengulas serba sedikit sejarah kesatuan umat islam yang telah dipecah belahkan oleh yahudi dan sejarah PMRAM yang dinafikan haknya.

Seterusnya beliau membacakan potongan ayat al-Quran daripada Surah Al-Ahzab, ayat 23. Daripada ayat ini boleh difahami kesimpulannya golongan ‘rijal’(lelaki mahupun perempuan) perlu sempurna pada empat perkara iaitu sebagai rajulun salim(Seorang yang sejahtera akidah, ibadah dan akhlak), rajulun zakiyyun(seorang yang bijak), rajulun daei(Seorang pendakwah)  dan rajulun syuja’(Seorang yang berani). Beliau juga menegaskan bahawa manusia tidak bernilai sedikitpun sekiranya tidak bersama islam kerana islamlah yang menjadi nilai kepada seseorang manusia. Diakhir tazkirahnya beliau meninggalkan kata-kata yang berbunyi “Beramallah kamu di kampung yang ada pengamalan dan tiada pembalasan untuk sampai kepada kampung yang tiada pengamalan dan ada pembalasan”.


Kerjasama dan komitmen seluruh warga KPIPM khususnya bagi menghidupkan Ehya’ Jumaah ini amat diharapkan demi kelangsungan generasi pelapis dan kesatuan kita.


No comments:

Post a Comment

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2023/2024 Firman Allah SWT : { فَمَن یَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَ...