Saturday, May 26, 2012

Ehya' Al-Jum'ah : Ilmu Diamalkan Dengan Penuh Penghayatan



KAHERAH, 25 Mei - Dalam kesibukan mahasisiwa yang sedang berhadapan dengan peperiksaan fasa kedua bagi tahun ini, Keluarga Pelajar-Pelajar Islam Perak Mesir sekali lagi dengan jayanya telah mengadakan program Ehya’ Jumaah  dibawah kelolaan Biro Dakwah Dan Tarbiah yang merupakan program mingguan yang masih diteruskan sebagai salah satu wadah untuk mengeratkan silaturrahim di kalangan seluruh mahasisiwa anak Perak yang menuntut di bumi Mesir ini.

Selesai solat maghrib berjemaah , bertempat di Wisma darul Ridzuan A program Ehya’ Jumaah telah  dimulakan dengan alunan qasidah. Seterusnya majlis yang dipengerusikan oleh saudara Mohamad Adil bin Mohd Fadzil merangkap Ketua Biro Dakwah Dan Tarbiah 2011/2012 telah diserahkan kepada saudara  Muhammad ‘Arif Bin Yaaziz mahasiswa pengajian Islam tahun 2 Universiti Al-Azhar Kaherah bagi mengetuai bacaan yasin  dan tahlil serta doa selamat secara beramai-ramai.

Majlis pada malam itu diteruskan lagi dengan pengisian tazkirah  yang disampaikan oleh saudari Nur Shuhada Binti Zolkafli mahasiswi Pengajian Islam, Universiti Al-Azhar  sebagai santapan rohani kepada semua hadirin. Beliau telah membicarakan mengenai nikmat-nikmat kurniaan Allah yang perlu disyukuri dengan menggunakannya kepada perkara-perkara yang bermanfaat. Beliau juga berpesan supaya ilmu yang diperolehi perlulah diamalkan dengan penuh penghayatan di dalam kehidupan.

Sejurus selasai solat Isyak dan solat hajat, majlis pada malam itu ditangguhkan dangan santapan jamuan kapada semua hadirin.

Pada keesokan paginya pula bertempat di Darul Ridzuan A, program Ehya’ Jumaah diteruskan dengan solat Subuh berjemaah serta pengisian tazkirah yang telah disampaikan oleh saudara Mohamad Hazim Bin Mohd Halim mahasiswa Kuliah Usuluddin Universiti Al-Azhar Kaherah merangkap Ketua Biro Perumahan KPIPM 2011/2012 yang mana beliau telah membicarakan mengenai akhlak Islamiah yang perlu ada pada diri setiap insan yang bergelar Muslim yang bersandarkan kepada Al-quran dan Sunnah. Manakala bertempat di Wisma Darul Ridzuan B pengisian tazkirah telah disampaikan oleh saudara Muhd Nizamuddin Bin Muhd Sabri mahasiswa Pengajian Markaz Bahasa Universiti Al-Azhar Kaherah. Selasai tazkirah pada pagi itu, program Ehya’Jumaah pada minggu ini ditangguhkan dengan kaffaratul majlis dan surah Al- Asr secara beramai-ramai.

No comments:

Post a Comment

LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-58 & MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-36(MAT-58 & MTH-36) KELUARGA PELAJAR-PELAJAR ISLAM PERAK MESIR SESI 2023/2024

LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-58 & MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-36(MAT-58 & MTH-36) KELUARGA PELAJAR-PELA...