Saturday, May 26, 2012

Liberalisma, Cabaran Besar Buat Kita

Irshad Manji sebagai tokoh liberal bagaikan bahana besar yang menimpa umat Islam tanah air. Golongan kritikussebahagiannya memikirkan bagaimana ideologi pemikiran ini boleh merebak sepantas kilat sedangnya dia bukanlahwarganegara Malaysia. Juga tak kurang daripada itu sebahagian golongan kritikus yang memikirkan bagaimana untukmendatangkan hujah yang lebih hebat daripada Irshad yang sudah diakui kehebatannya dalam berhujahSetiap akal yangberfikir kerana sayangkan Islam moga ada ganjarannya di sisi Allah SWT.

Islam datang sebagai rahmat untuk seluruh alam ciptaan Sang Pencipta. Di dalam al-Quran telah termaktub ayat-ayat AllahSWT yang telah menewaskan hujah kaum musyrikin yang menolak Islam. Namun hebat bagaimana sekalipun hujah yang diberikan, andai kebenaran itu bercanggah dengan nafsunya, sebahagiannya akan tunduk dan sebahagiannya akan terus membuta tuli dan tidak mempedulikan kebenaran yang disampaikan sama sekali.

Baginda Nabi SAW telah menceritakan di dalam sabdanya bahawa ilmu dan hidayah Allah ke atas manusia terbahagi beberapa golongan. Ada yang menerima kebenaran lalu mengamalkannya dan boleh memberikan manfaat kepada orang lain. Ada golongan yang menerima kebenaran namun tidak boleh menyampaikannya kepada orang lain. Dan ada yang tidak menerima kebenaran (yakni tidak beramal) namun dia menyampaikan kepada orang lain. Dan ada yang tidak menerima kebenaran dan sama sekali tidak menyampaikannya pada orang lain.

LIBERALISMA, MALAPETAKA BUAT UMAT

Liberalisma adalah ideologi yang didasarkan pada pemahaman bahawa kebebasan adalah nilai politik utama. Umumnya liberalisma ingin melahirkan masyarakat yang bebas, termasuklah kebebasan berfikir oleh individu. Liberalisma menolak adanya sesuatu batasan dan halangan, khususnya daripada pemerintah dan agama. 

Liberalisma menginginkan wujudnya pertukaran fahaman  yang bebas, ekonomi yang membenarkan usaha peribadi secara bebas, sistem pemerintahan yang adil dan sama-rata, serta menolak adanya penguasaan terhadap individu.

Ideologi liberal adalah menyeleweng daripada Islam, lebih teruk daripada itu fahaman ini membenamkan pada minda dan jiwa pengamalnya bahawa ia adalah benar. Bilamana golongan sesat merasakan ianya benar, maka diam adalah lebih baik daripada berhujah dengannya, menurut kata sebahagian Ulama.

Pembaca yang dirahmati Allah

Pertukaran fahaman secara terbuka akan mengizinkan mana-mana agama berhak menyebarkan fahamannya, setelah itu individu adalah berhak menukar agama sekiranya itulah hasil pilihan daripada penilaiannya. Sekiranya ini berlaku, maka hukuman qisas (bunuh) ke atas golongan Islam yang murtad adalah tidak adil pada pandangan mereka kerana agama telah menghalang penilaian seseorang insan. Apakah kita mahu  hukum Allah ditolak kerana hukum akal semata-mata?

Kebebasan peribadi yang diperjuangkan oleh fahaman liberal dari sudut ekonomi adalah individu bebas menggunakan apa-apa teknik kemahiran danakalnya untuk mengaut keuntungan ekonomiHasil daripada fahaman itu sudah pasti akan menolak pemerintah yang ingin mengharamkan riba danmemonopoli perniagaanMaka pengharaman riba pada fahaman liberal adalah suatu kesalahan kerana menyekat kebijaksanaan individu untukmencapai kejayaan yang besarJusteru perlu disedari,  liberalisma adalah benih bagi tumbuhnya kapitalismaApakah kita mahu  hukumAllah ditolak kerana hukum akal semata-mata?

Pemerintahan yang adil dan sama rata yang diperjuangkan oleh fahaman liberal akan menghasilkan kesan bahawa pemimpin negara (pemimpin tertinggi) tidak semestinya lelaki bahkan wanita adalah dibolehkan sekiranya dia layak. Begitu juga pembahagian harta  kepada waris adalah sama-rata samada si anak lelaki atau wanita, dan berbagai lagi keburukan hasil daripada fahaman liberal ini sekiranya diperhatikan. Kerana itu umat Islam tidak boleh memandang ia perkara biasa.

Liberaslima menolak penguasaan terhadap individu. Hasil daripada ini ia melahirkan ahli yang bebas memberi pandangan dan bertindak sekalipun bertentangan dengan pimpinan atau jamaah. Kalimah fanatik dan taksub menjadi senjata hujah agar ahli jangan terlalu mentaati pimpinan. Akhirnya menyebabkan seuatu organisasi atau jamaah menjadi roboh disebabkan individu yang ego dengan pandangan sendiri dan ingin melakukan revolusi secara individu.

Racun fahaman inilah yang menyebabkan dewasa ini seseorang ahli tidak memberikan taat dan wala pada pimpinan kerana ia merasakan kebebasan adalah hak individu, sedangkan ratusan lembaran daripada nas agama yang memberi penjelasan bahawa mentaati pimpinan adalah wajib selagi tidak disuruh melakukan maksiat. Kesan fahaman ini menyebabkan leburnya sebuah jamaah dan kesatuan Islam. Justeru apakah kita masih mahu  hukum Allah ditolak kerana hukum akal semata-mata?. Islam tidak bercanggah dengan akal, namun akal tidak mampu untuk memahami hikmah hukum-hakam Allah secara keseluruhannya.

Huraian di atas hanyalah secebis daripada bentuk fahaman liberal, serta diberikan kesan-kesan daripada agenda liberaslima agar umat Islam mengerti ke mana hala tuju fahaman musuh Islam ini. Aktivis Islam serta golongan agamawan perlu memahami dan menghayati akidah perjuangan agar ia tidak disalut dengan fikrah yang datang daripada musuh Islam.

IRSHAD MANJI DAN RACUN LIBERAL PADA ORANG AGAMA

Metodologi debat atau diskusi matang secara dua hala antara Irshad Manji dan golongan cendekiawan Islam adalah satu perkara yang perlu dipuji dan dan disambut baik. Namun dalam melihat perkara mungkar, mencegah adalah satu kewajipan kepada umat Islam sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud :

“Kamu adalah sebaik-baik ummah yang diutuskan kepada manusia, kamu menyeru kepada ma’ruf dan mencegah daripada kemungkaran dan kamu beriman dengan Allah.” [‘Ali Imran: ayat 110]

Kita tidak boleh memandang kemungkaran pada seseorang dengan kacamata kasih sayang semata-mata. Andainya kemungkaran itu dilakukan secara nyata dan disebarkan pula kepada orang lain secara terbuka, maka menjadi kewajipan untuk kita mencegahnya mengikut kemampuan yang ada. Langkah demi langkah bagi mencegah perkara mungkar telah jelas disebutkan oleh baginda Rasululllah SAW :

من رأى منكم منكرا فليغيره بيده ، فإن لم يستطع فبلسانه ، فإن لم يستطع فبقلبه و ذلك أضعف الإيمان
"Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia merubah/mencegah dengan tangannya (kekuasaan) jika ia tidak mampu, maka dengan lidahnya (secara lisan), dan jika tidak mampu, maka dengan hatinya (merasakan tidak senang dan tidak setuju). Dan itu adalah selemah-lemah Iman".  [Di riwayatkan oleh Imam Muslim]

Berdasarkan hadis sahih di atas, Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi  mengatakan bahawa mencegah kemungkaran mempunyai 3 syarat :

Pertama : Perkara yang disepakati haramnya, iaitu tidak boleh mencegah perkara-perkara makruh yang dilakukan.

Kedua : Kemungkaran itu dilakukan secara terang-terang. Ertinya kemungkaran itu dilakukan secara terang-terangan atau terbuka. Tidak boleh sengaja mengintai-intai atau memasang alat-alat pendengaran bagi menangkap mereka yang melakukan mungkar.

Ketiga : Kemampuan bertindak untuk mengubah kemungkaran. Ertinya orang yang ingin mengubah kemungkaran harus memiliki kemampuan bertindak, baik secara individu ataupun bersama-sama dengan rakan yang lain; iaitu mengubah dengan menggunakan kekuatan/ kuasa.

Keempat : Tidak mendatangkan kemungkaran yang lebih besar, iaitu sekiranya pencegahan itu mendatangkan lagi masalah yang lebih besar seperti pertumpahan darah, dan kerosakan harta benda, maka dibenarkan perkara mungkar tersebut dibiarkan.

Pembaca yang dirahmati Allah

Irshad Manji telah secara terbuka mengakui dia merupakan seorang lesbian, dan secara terbuka dia mengajak masyarakat berfikir secara bebas yang mana secara tidak lansung jika diteliti fahamannya, ianya boleh menggalakkan individu untuk mengamalkan homoseks sekiranya dia mahu.

Oleh yang demikian menjadi kewajipan kepada pemerintah Islam agar menghalangnya daripada menyebarkan fahaman liberalnya. Maka ganjillah andai sebilangan kita yang terus meletakkan konsep teguran secara lisan sebagai keutamaan apatah lagi mendewa-dewakannya seolah-olah hanya itulah semata-mata jalan penyelesaian bagi menolak fahaman liberal ini.

Memelihara kepentingan umum lebih utama daripada memelihara kepentingan individu sebagaimana yang terdapat dalam kaedah Fiqh Awlawiyat.Adalah sesuatu yang silap dek kerana perasaan sayang kepada Irshad kita meraikan kedatangannya dan mengadakan diskusi dua hala lalu dibiar rakyat yang menilainya dalam keadaan rakyat sendiri jahil tentang agama. Apakah kita mahu umat Islam menilai sesuatu kerana melihat siapa yang petah berhujah atau menilai sesuatu dengan ilmu dan kefahaman agama. Islam bukan agama yang dicipta oleh manusia, maka tidak semua perkara boleh dicapai oleh akal manusia.

Justeru, fahaman liberal yang diperjuangkan oleh Irshad Manji adalah wajib ditegur dan diperbetulkan di atas konsep Amar Makruf manakala agenda penyebarannya kepada masyarakat Islam perlu dihalang atau dicegah di atas konsep Nahi Mungkar.

Tujuan penciptaan manusia sebagai Khalifah adalah untuk melaksanakan dua perkara sebagaimana yang disebut oleh Ulama :

Pertama : Menegakkan Islam, iaitu dengan maksud kita mengajak manusia kepada Islam dan dan membuktikan kebaikan dari ajaran Islam dan hukum-hukumnya.
Kedua : Melaksanakan Islam, iaitu dengan maksud mengamalkan perintah dan meninggalkan larangannya termasuklah urusan bermasyarakat dan bernegara. Dan juga mengajak manusia mengamalkan ajaran Islam dan bertindak ke atas sesiapa yang mengingkarinya serta sesiapa yang cuba merosakkannya.

CABARAN BESAR DEWASA INI

Pejam atau celik, Irshad Manji bukanlah cabaran besar bagi kita, ini kerana kesalahan dan kejahilannya sudah terpapar di dalam tulisan beliau dan pengakuan lisan secara nyata. Maka  sudah pasti first impression  umat Islam akan menolak ideologi yang beliau bawa.

Seekor gajah kalau memasuki desa, rumah papan boleh diroboh dalam sekelip mata. Namun jangan dilupa, anai-anai yang halus di mata jika dibiarkan, roboh juga sebuah rumah  dimamah olehnya.

Cabaran yang lebih besar bagi kita adalah racun-racun fahaman liberal yang semakin parah menghinggapi minda anak muda. Lebih mengecewakan bilamana racun fahaman tersebut turut digunapakai oleh golongan yang mempamerkan imej agamawan di sisi kelompok masyarakat samada ia dalam keadaan sedar atau tidak sedar. Dewasa ini gelaran ustaz dan ustazah  sudah mula menjadi fitnah pada Islam itu sendiri. Akidah perjuangan makin hari makin dikaburi oleh mata benda keduniaan, akhirnya fahaman liberal menjadi anutan pada sebahagian yang bergelar pejuang agama.

Ramai yang tidak menyedari kesan-kesan fahaman liberal, hanya sibuk untuk mengambil manfaat tanpa memikirkan mudarat atau keburukan yang tersirat. Ramai yang tidak sedar minda mereka sudah dihinggapi racun fahaman liberal dan terpengaruh dengannya. Bagaimana untuk mereka sedar sedangkan mukadimah kepada ilmu dan pemikiran mereka adalah bersumber daripada fahaman liberal itu sendiri. Mana mungkin fahaman yang terselit dan beramal dengan serpihan fahaman liberal mampu untuk membersihkan fahaman liberal. Bahkan golongan yang dihinggap serpihan fahaman liberal ini akan merosakkan lagi Islam yang ada seandainya mereka berjuang dengan ideologinya. Saidina Umar Al Khattab ra. berkata ;

إنما تنقض عرى الإسلام عروة عروة إذا نشأ في الإسلام من لم يعرف الجاهلية
"sesungguhnya terungkai ungkaian Islam ( dari seseorang ) serungkai demi serungkai apabila wujud di dalam Islam mereka yang tidak mengerti dan mengenali Jahiliyyah.”

Jika fikrah sudah berbintik hitam, bagaimana untuk dia menewaskan kegelapan sedangkan minda dan akalnya tidak dipenuhi dengan fikrah yang bersih lagi bersinar terang. Islam hanya boleh ditegakkan dengan manhaj Islam itu sendiri, sumber manhajnya sudah ditinggalkan dengan sempurna oleh baginda Nabi SAW. Ianya terkandung di dalam lembaran al-Quran, Hadis-hadis baginda dan sirah sepanjang kehidupannya. Yang tinggal hanyalah kita yang masih bodoh dan tidak ingin mendalaminya. Ataupun kekotoran hati yang menyebabkan kita sukar untuk meyakininya sekalipun telah sampai kepada kita segala isi kandungannya.

Aktivis Islam perlu menyemak kembali akidah perjuangannya. Kaburnya akidah perjuangan, kaburlah ke mana halatuju perjuangan ini. Golongan yang mempelajari agama makin hari makin berkurangan, maka bertambah rugilah andai yang mempelajari agama itu tidak memahami akidah perjuangan. Moga Allah memberikan kebaikan ke atas pembaca yang menghayati tulisan ini.

"Mahasiswa Mendepani Isu Sejagat"
"Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"

Abdul Hadi Bin Jusoh,
Ketua Badan Penerangan dan Penerbitan,
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2012

Sumber : pmram.org

No comments:

Post a Comment

LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-58 & MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-36(MAT-58 & MTH-36) KELUARGA PELAJAR-PELAJAR ISLAM PERAK MESIR SESI 2023/2024

LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-58 & MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-36(MAT-58 & MTH-36) KELUARGA PELAJAR-PELA...