Saturday, May 26, 2012

Keluarga Inspirasi Melakar Kejayaan Berkualiti



Semakin hampir kita dengan tarikh peperiksaan maka semakin kuat usaha yang digandakan, tidak lain dan tidak bukan adalah demi mencapai satu kejayaan.

Segala nasihat dan tips teknik pembelajaran dipraktikkan sedaya mampu mengikut kemampuan diri masing-masing. Pelbagai cara dan rentak pembelajaran digunakan samaada di kalangan mahasiswa atau mahasiswi semuanya memerah keringat dalam mengulangkaji pelajaran.

Justeru, tempoh ini memerlukan fokus sepenuhnya tanpa diganggu oleh keadaan dan situasi yang bakal merencatkan fokus dan tumpuan. Walau bagaimanapun, dalam kesibukkan kita dengan pelajaran hubungan kekeluargaan juga harus diutamakan terutama ibubapa. Hakikatnya kejayaan yang kita impikan itu bukan sepenuhnya bergantung kepada usaha kita semata-mata, bahkan doa dan restu ibubapa adalah sumber kekuatan kejayaan kita.

Ada ketikanya kita gembira meraikan kejayaan kita bersama teman-teman tanpa dikongsikan bersama ibu bapa, maka adakah kejayaan itu memberikan kebahagiaan di dunia dan akhirat sedangkan tanpa restu dan doa daripada keluarga.

Apakah nilai kejayaan kita bakal memberikan manfaat kepada masyarakat ataupun hanya sebuah kebanggaan dalam sejarah hidup kita sepanjang bergelar mahasiswa. Oleh kerana demikian di samping usaha kita, sayugianya doa dan restu ibu bapa perlu sentiasa mengiringi dengan selalu menghubungi mereka.

Biarkan titisan airmata kegembiraan mereka membasahi pipi dalam menerima kejayaan kita kelak bukan sebaliknya tangisan kekecewaan dek kerana kegagalan yang kita berikan.

Sesungguhnya inpirasi daripada keluarga bisa menatijahkan kejayaan yang berkualiti bukan sekadar duniawi bahkan ukhrawi.

" Melahirkan Ilmuan Di Kalangan Intelektual Muslim "


Sumber : pmram.org

No comments:

Post a Comment

LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-58 & MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-36(MAT-58 & MTH-36) KELUARGA PELAJAR-PELAJAR ISLAM PERAK MESIR SESI 2023/2024

LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-58 & MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-36(MAT-58 & MTH-36) KELUARGA PELAJAR-PELA...