Friday, September 2, 2011

Runtuhkan Jahiliah, Tingkatkan Manhaj Rabbaniah


KAHERAH, 31 Ogos – Rumah terbuka KPIPM merupakan kemuncak kemeriahan SEMARAK’11.

Majlis yang bermula pada jam 11.00 pagi dan berakhir pada jam 3.30 petang itu, dimeriahkan dengan penampilan DJ KPIPM dengan ucapan-ucapan hari raya daripada tetamu yang hadir.

Hari yang sama juga berlangsungnya hari undian Pertandingan Mencipta Video dan Kad Raya yang bertemakan “Aidilfitri dan Kemerdekaan”. Pertandingan ini mendapat sambutan baik dengan disertai oleh ahli KPIPM.



Sambutan Aidilfitri dan Malam Kesenian [SEMARAK ‘11] diteruskan lagi di sebelah malamnya dengan pengisian ilmiah iaitu Wacana Aidilfitri dan Sambutan Kemerdekaan yang bertajuk “Meredah Tribulasi Generasi Ditranformasi”.

Majlis yang bermula pada jam 7.30 malam itu telah menampilkan barisan panel yang hebat di Mesir ini.

Antara panel yang dijemput ialah Dr. Syafiq bin Hamdani, pengajian tahun lima kuliah Perubatan, Kaherah. Beliau juga menjawat jawatan sebagai Presiden Persatuan Perubatan Pusat.

Panel kedua pula adalah saudari Huzaifa binti Hassan, pengajian tahun empat Syariah Islamiah, Kaherah dan manakala panel yang ketiga adalah saudara Nuruddin Zanki bin Hamzah, pengajian tahun tiga kuliah Usuluddin, Kaherah.

Wacana ini dihangatkan lagi oleh saudara Mohd Hafizul Akhbar bin Abd Rahman sebagai moderator jemputan.





Antara mesej yang disampaikan adalah “Runtuhkan jahiliah, tingkatkan manhaj rabbaniah” dan menggalakan kepada semua mahasiswa dan mahasiswi supaya menguasai segala ilmu sebelum berhadapan dengan pelbagai tribulasi.

Selesai wacana tersebut, tayangan video kemanusiaan dan Video Promo RAMAH ‘11 menjadi agenda terakhir sebelum menutup majlis pada malam tersebut.

No comments:

Post a Comment

LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-58 & MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-36(MAT-58 & MTH-36) KELUARGA PELAJAR-PELAJAR ISLAM PERAK MESIR SESI 2023/2024

LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-58 & MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-36(MAT-58 & MTH-36) KELUARGA PELAJAR-PELA...