Monday, September 5, 2011

Cara-cara Mengemukakan Borang Pencalonan


1.     BORANG A untuk diisi oleh calon YANG DIPERTUA KPIPM.
2.     BORANG B untuk diisi AJKT KPIPM.
3.     BORANG C untuk diisi oleh calon KETUA HEWI KPIPM.
4.     BORANG D untuk diisi oleh calon AJK HEWI KPIPM.

5.     Setiap pencalonan hendaklah disertakan bersama :-

            1.  Dua keping gambar berukuran passport.
            2.  Salinan passport (butir-butir peribadi)

6.     Setiap calon yang ingin bertanding hanya dibenarkan mengambil dan mengisi satu borang pencalonan sahaja. Setiap borang dikenakan bayaran berikut :-

            1. BORANG A dan BORANG C : LE 10.00
            2. BORANG B dan BORANG D : LE 8.00

7.     Borang pencalonan mestilah diisi dengan lengkap dan kemas. Sebarang kesilapan boleh menyebabkan permohonan ditolak.

8.     Pencalonan mestilah menggunakan borang rasmi yang mempunyai cop KPIPM yang dikeluarkan oleh AJK KHAS PILIHANRAYA KPIPM 2010/11.

9.     Borang pencalonan yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan sebelum atau selewat-lewatnya pada waktu dan tarikh akhir buka pencalonan iaitu pada 11 september 2011, pukul 4.30 petang, bertempat di bilik gerakan AJK KPR KPIPM yang telah dikhususkan.

10. Sebarang kelewatan tidak akan dilayan serta segala butiran diri yang telah diserahkan untuk tujuan pencalonan tidak akan dikembalikan.

Disediakan oleh :
Ahli Jawatankuasa Khas Pilihanraya
Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir
sesi 2011/2012

No comments:

Post a Comment

LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-58 & MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-36(MAT-58 & MTH-36) KELUARGA PELAJAR-PELAJAR ISLAM PERAK MESIR SESI 2023/2024

LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-58 & MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-36(MAT-58 & MTH-36) KELUARGA PELAJAR-PELA...