Wednesday, September 28, 2011

Kalam Rasmi Yang Dipertua KPIPM sesi 2011/2012



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Segala puji bagi Allah yang telah memberikan kesempatan untuk sama-sama kita terus menghirup udara di muka bumi Allah S.W.T  Selawat dan salam kita panjatkan buat junjungan besar Nabi Muhammad  SAW , barisan pimpinan khulafa’ Ar-Rasyidin, serta ahli keluarga dan kaum kerabat yang telah bersama-sama dalam mendaulatkan Islam sehingga pada hari ini ia diteruskan oleh generasi–generasi pelapis kepada perjuangan yang penuh suci ini.

Firman Allah SWT : “Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh” (As-Saff : 4). 

Perjuangan menegakkan agama Allah SWT adalah satu tugas yang mencabar, memerlukan kepada kesabaran. Pengorbanan pula adalah sangat-sangat dituntut. Dan perjuangannya penuh dengan mehnah dan tribulasi. Maka Islam telah menetapkan jiwa-jiwa yang berjuang di dalam perjuangan yang penuh suci ini, akan diganjari pahala dan syurga yang berlipat kali ganda malah akan kekal untuk selama-lamanya. Medan yang paling selayaknya untuk menterjemahkan tugasan ini adalah medan kepimpinan. 

Melihat kepada kepentingan untuk mengembalikan identiti akhlak Islamiyah di kalangan masyarakat yang semakin meruncing kebelakangan ini, maka ia menjadi salah satu kewajipan supaya penghayatan Islam kembali segar di kalangan masyarakat dan seterusnya dapat melahirkan kader-kader yang sanggup mewarisi perjuangan ini.
Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah.

Mesyuarat Agung Tahunan KPIPM kali ke-45 yang telah berjaya dilangsungkan baru-baru ini, KPIPM telah mencatat sejarah dengan ianya dilangsungkan di luar Wisma Darul Ridzuan. Tahniah kepada barisan AJK Pelaksana.

Mesyuarat berlangsung dengan baik dan Ia juga melihatkan komitmen dari ahli KPIPM yang prihatin di dalam segala isu yang berlaku. KPIPM berharap agar segala komitmen tersebut berkekalan dan meningkat dari satu masa ke satu masa yang lain.

Di dalam Mesyuarat Agung Tahunan baru-baru ini, dua usul yang telah disepakati untuk direalisasikan bagi kepimpinan sesi 2011/2012 iaitu :
1.       “ Memperkasakan badan hisbah bagi menigkatkan kualiti Bi’ah Solehah”.
2.      “ Membina generasi pelapis dalam meneruskan kesinambungan survival KPIPM”.  

Pihak kepimpinan sesi 2011/2012 akan berusaha sedaya upaya untuk menjalankan dua usul yang telah disepakati tersebut. Namun di sana kebersamaan ahli di dalam merealisasikan dua usul tersebut juga amat dihargai bersama.

Pimpinan sesi 2011/2012 juga ingin menekankan kepada 5 item penting yang sudah menjadi pegangan KPIPM iaitu :

1.       Fikrah – Menanam pemikiran yang jelas dikalangan ahli bagi menigkatkan syakhsiah diri.
2.      Thaqafah – Memperkasakan ilmu dan amal berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah.
3.      Ukhuwah – meribat ukhuwah bagi mengukuhkan kesatuan ahli.
4.      Kebajkan – mengutamakan kebajikan agar kepentingan ahli terpelihara.
5.      Ekonomi – mengukuhkan ekonomi bagi meneruskan kelangsungan survival KPIPM.

Pihak kepimpinan pada sesi kali ini cukup optimis kepada seluruh ahli KPIPM akan bersama-sama menjayakan kelima-lima item tersebut bagi memastikan KPIPM terus terkehadapan dari segala sudut.

Semoga KPIPM berkekalan menjadi medium kesatuan Islam bagi anak-anak Perak di bumi Mesir ini. Didoakan agar seluruh pembantu agama Allah S.W.T akan diberikan ganjaran olehNya iaitu redha Allah S.W.T.

BERILMU, BERAMAL, IKHLAS

MOHAMMAD OMAR BIN ADAM
Yang DiPertua
Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2011/2012

No comments:

Post a Comment

LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-58 & MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-36(MAT-58 & MTH-36) KELUARGA PELAJAR-PELAJAR ISLAM PERAK MESIR SESI 2023/2024

LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-58 & MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-36(MAT-58 & MTH-36) KELUARGA PELAJAR-PELA...