Thursday, September 29, 2011

USMB KPIPM: Persediaan Menghadapi Imtihan Qobul


KAHERAH, 27 Sept- Pihak USMB KPIPM 2011 telah menganjurkan program pendidikan USMB sebagai persediaan mahasiswa/wi baru untuk menghadapi Imtihan Qobul tidak lama lagi.

Program yang berlangsung pada jam 12. 45 tengah hari di Wisma Darul Ridzuan A telah bermula dengan sesi taklimat berkenaan tentatif program. Selesai taklimat diberikan, mahasiswa/wi baru bersiap sedia bagi menghdapi peperiksaan percubaan Imtihan Qobul secara bertulis dan lisan.

Peperiksaan percubaan Imtihan Qobul  bertulis telah berlangsung selama dua jam setengah bermula jam 1 petang sehingga jam 3.30 petang.  Seterusnya, diikuti peperiksaan secara lisan yang  berakhir pada jam 4.30 petang .




Selesai solat asar, program diteruskan dengan sesi taklimat Imtihan Qobul oleh Saudara Muhammad ‘Arif Bin Yaaziz dan Saudari Suyaibatul Aslamiah Binti Saad. Pelbagai pendedahan telah diberikan antaranya tentang kronologi permulaan Imtihan Qobul di peringkat Al-Azhar , perkongsian pengalaman dan penerangan teknik-teknik menjawab soalan.

Program bersambung semula selepas solat maghrib dengan mentor setiap mahasiswa/wi baru menyerahkan kembali kertas soalan yang telah dijawab oleh mahasiswa/wi baru beserta jawapan. Wakil Mentor Saudara Muhammad Farid Bin Safian dan Saudari Nabila Binti Mohd Mokhtar telah menyentuh berkenaan kesalahan yang dilakukan oleh mahasiswa/wi baru dan penyelesaiannya. Program ditangguhkan sehingga selesai solat isyak.



Setelah selesai solat isya’, ceramah motivasi telah berlangsung.  Motivasi telah  disampaikan oleh Saudara  Ahmad Daniel Bin Hassan, Ketua Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa  PMRAM .“kita dalam  menuju kejayaan ini perlu saling bantu membantu supaya kejayaan yang dicapai dapat dikecapi bersama” Ujar beliau dalam ucapannya.

Program Pendidikan USMB 2011 diakhiri dengan  penyampaian cenderahati kepada penceramah oleh Saudara Mohamad Omar Bin Adam, Yang dipertua KPIPM sesi 2011/2012.

“KPIPM mengharapkan agar mahasiswa/wi baru dapat meningkatkan lagi prestasi selepas menyedari kelemahan masing-masing  dalam peperiksaan percubaan ini. Semoga mendapat keputusan yang cemerlang dalam Imithan Qobul kelak. Ujar Saudara Mohamad Omar Bin Adam.

No comments:

Post a Comment

LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-58 & MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-36(MAT-58 & MTH-36) KELUARGA PELAJAR-PELAJAR ISLAM PERAK MESIR SESI 2023/2024

LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-58 & MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-36(MAT-58 & MTH-36) KELUARGA PELAJAR-PELA...