Wednesday, September 28, 2011

Miss Bikini World Hawaii : HEWI PMRAM Desak Tindakan Segera

 KAHERAH, 28 Sept - Hal Ehwal Wanita Islam Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir ( HEWI PMRAM ) hari ini ingin menyatakan rasa kesal diatas penganjuran sebuah program bagi mempromosikan hotel dengan menjadikan " Miss Bikini World Hawaii" sebagai logo untuk pengajuran tersebut.


Hal ini memberikan gambaran bahawa masyarakat kini semakin cetek tahap pemikirannya sehingga aurat perempuan dipertontonkan sewenangnya tanpa sekelumit bersalah atas tindakan tersebut.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Bahagian Pengurusan Pangkor Island Beach Resort, acara ini hanya sekadar untuk mempromosikan Pulau Pangkor untuk menarik lebih ramai pengunjung ke pulau itu.

Adakah tindakan ini mampu menghalalkan pensyariatan Islam yang sudah termaktub ianya bercanggah daripada ajaran Islam, ini secara tidak langsung mencalarkan imej Islam dan menjatuhkan martabat wanita.

Bukan satu keperluan yang penting dalam rangka promosi yang dilakukan sehingga sanggup menggadaikan cara hidup Islam demi mengaut keuntungan bahkan ianya sebuah perlakuan yang tidak rasional bagi sebuah negara Islam seperti Malaysia.

Dalam kenyataan tersebut juga telah dinyatakan " Acara ini akan diadakan berlandaskan garis panduan yang ditetapkan ", persoalannya garis panduan yang mana memberikan peluang untuk perempuan mempertontonkan susuk tubuhnya dikhalayak ramai tidak kira samada masyarakat tempatan mahupun luar negara.

“Hal tersebut,pihak kami memandang serius dan seharusnya lebih diperhalusi akan setiap aktiviti yang dianjurkankan lebih-lebih lagi membabitkan aurat dan maruah wanita” tegas Saudari Nurain Bt Yaacob,Timbalan Pegerusi HEWI PMRAM ketika mengulas isu terbabit.

“ Sehubungan dengan itu,di peringkat HEWI PMRAM mendesak tindakan segera dan mengharapkan kebijaksanaan kerajaan Negeri Perak khususnya dan kerajaan Malaysia amnya dalam mengambil tindakan sewajarnya kerana ia membabitkan isu sensitiviti umat dan mencemarkan imej muslimah ”. Jelasnya mengakhiri perbualan.

sumber : hewipmram55


No comments:

Post a Comment

LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-58 & MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-36(MAT-58 & MTH-36) KELUARGA PELAJAR-PELAJAR ISLAM PERAK MESIR SESI 2023/2024

LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-58 & MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-36(MAT-58 & MTH-36) KELUARGA PELAJAR-PELA...