Wednesday, September 7, 2011

Projek Pembinaan Kediaman Baru Di Selatan Baitul Maqdis




06 SEPTEMBER 2011
Laporan jam 03:00 petang, waktu Palestin/Mekah
Jam 02:00 petang, waktu Mesir
Jam 08:00 malam, waktu Malaysia


BAITULMAQDIS - Jawatankuasa Pembangunan dan Pembinaan tempatan bawah Majlis Perbandaran Penjajah di BaitulMaqdis hari ini telah meluluskan projek pembinaan baru di kawasan perbandaran di BaitulMaqdis berhampiran kawasan perumahan yang dinamakan "Giv'at Misoah", selatan bandar BaitulMaqdis.

Menurut siaran radio Israel, projek ini menggabungkan 80 unit perumahan yang baru. Setengah dari jumlah unit tersebut diperuntukkan untuk disewakan khusus kepada pasangan-pasangan muda Israel bagi tempoh yang lama.

Menjelang awal bulan Ogos lepas, Menteri Dalam Negeri Israel, Eli Yisyai telah meluluskan pembinaan 4300 buah unit perumahan baru di beberapa kawasan perumahan di BaitulMaqdis.

Walaupun rejim penjajah(Israel) mendapat kritikan-kritikan dari pihak antarabangsa, projek-projek pembinaan ini terus dijalankan kerana disebabkan memang Israel berhasrat membina unit-unit perumahan baru di beberapa kawasan perumahan yang wujud di sebalik tanah jajahan 1948. Lebih-lebih lagi, kedudukan penempatan zionis dalam bandar suci yang dijajah menjadi satu penghalang tanpa diadakan semula rundingan antara Pemerintah Palestin dengan rejim zionis sejak dari September tahun lepas. Sumber 06/09/2011, web berita Safa.ps
Dicatat oleh Komuniti MAP 2 STREET di 10:30:00 PM

Sumber : map2street.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-58 & MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-36(MAT-58 & MTH-36) KELUARGA PELAJAR-PELAJAR ISLAM PERAK MESIR SESI 2023/2024

LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-58 & MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-36(MAT-58 & MTH-36) KELUARGA PELAJAR-PELA...