Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) merupakan satu-satunya persatuan yang menaungi dan memelihara serta mengambil berat tentang kebajikan anak-anak Perak yang menuntut ilmu di bumi Mesir, sama ada bidang Pengajian Islam atau Pengajian Sains Kesihatan.
Monday, December 27, 2021
LAPORAN | MAJLIS RAMAH MESRA MAHASISWA ANAK PERAK
Saturday, December 18, 2021
MAKLUMAN | DIREKTORI BARISAN AHLI JAWATANKUASA BIRO KPIPM SESI 2021/2022
KENYATAAN RASMI | BERMULA KELAS TUTORIAL MAIPk
Thursday, December 16, 2021
KENYATAAN RASMI | MAKLUMAN PENANGGUHAN PROGRAM KPIPM FASA 1
Thursday, November 11, 2021
KENYATAAN RASMI | MAKLUMAN : PERMOHONAN KELAS TUTORIAL MAIPK 2021/2022 KINI DIBUKA
Tuesday, November 9, 2021
LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-55 & MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-34
LAPORAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-55 & MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-34
Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang menjayakan program MAT kali ke-55 & MTH kali ke-34 secara langsung atau tidak langsung.
Semoga Allah membalasnya dengan sebaik-baik ganjaran.
Sekian, terima kasih.
“Syura Membentuk Legasi Berkaliber”
#KPIPMKeluargaKita
#BersamaBersatuJayakanUsulYDP
#BersamaBersatuJayakanPembawaanKPIPM
BERILMU, BERAMAL, IKLHAS
"MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN"
Disediakan oleh :
Aiman Shauqi bin Ahmad Sukri
Setiausaha,
Mesyuarat Agung Tahunan KPIPM kali ke-55 & Mesyuarat Tahunan HEWI KPIPM kali ke-34,
Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2020/2021
Monday, November 8, 2021
KENYATAAN RASMI | MAKLUMAN : PERMOHONAN DERMASISWA LUAR NEGARA (ONLINE) KINI DIBUKA
Thursday, October 21, 2021
MAKLUMAN | DIREKTORI AHLI JAWATANKUASA TADBIR, AHLI JAWATANKUASA HEWI & ANGGOTA BADAN PENASIHAT KPIPM SESI 2021/2022
Tuesday, October 12, 2021
PENA AZHARI | SYURA DAN KEPENTINGANNYA
Thursday, October 7, 2021
MINDA PIMPINAN | KESATUAN LAMBANG KEUTUHAN
Monday, September 27, 2021
MINDA PIMPINAN | KEWAJIPAN DAN KEUTAMAAN THAQAFAH
MINDA PIMPINAN | KEWAJIPAN DAN
KEUTAMAAN THAQAFAH
طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيْضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِم
“Menuntut
ilmu itu wajib atas setiap Muslim”
(HR. Ibnu Majah No. 224)
Thaqafah merupakan perkataan serapan Bahasa Arab yang merujuk kepada budaya, ilmu pengetahuan dan kebudayaan. Manakala pengertian ilmu menurut Islam secara umumnya di definisikan sebagai pengetahuan dan kepandaian mengenai sesuatu bidang yang disusun secara bersistem menurut kaedah dan cara tertentu yang dapat digunakan untuk menerangkan berkaitan dengan bidang ilmu tersebut.
Menuntut ilmu adalah kewajipan bagi setiap individu. Lebih-lebih lagi sebagai seorang muslim perlu memberi penekanan yang mendalam terhadap tuntutan ini. Hal ini kerana, banyak ayat Al-Quran dan Hadis yang menyentuh dan menjelaskan tentang keutamaan menuntut ilmu. Menjadi satu perkara yang mustahil apabila melakukan amal ibadah tanpa secalit ilmu. Ilmu agama merupakan satu keperluan untuk memberikan kesan terhadap sesuatu amal. Ini tidak bermakna ilmu yang lain boleh diabaikan tetapi kita memberikan keutamaan sesuai dengan keperluan seorang muslim.
Kehidupan di muka bumi ini mendorong kita untuk memiliki ilmu pengetahuan. Setiap perkara perlu kepada ilmu kerana dengannya kita mampu untuk meningkatkan kemampuan dalam diri. Tingkatan dalam mencari ilmu juga perlu dititikberatkan bagi menjamin kualiti ilmu tersebut. Qudwah kita Nabi Muhammad SAW pernah memberitahu sahabatnya: "Jikalau aku hidup pada satu hari, dan hari itu tidak bertambah sebarang ilmu yang mendekatkan aku dengan Allah, maka hilanglah keberkatan matahari terbit pada hari itu".
Jelas menunjukkan bahawa pentingnya untuk kita menambah ilmu dalam kehidupan seharian. Memanfaatkan setiap hari yang berlalu dengan pengetahuan baharu walau ianya dilihat sekecil-kecil perkara. Hikmah yang dapat dilihat sejak pandemik ini, banyak kelas pengajian yang dilakukan secara atas talian dan disimpan dalam bentuk rakaman. Dengan adanya kemudahan teknologi yang serba canggih sekarang, kesibukan tidak lagi menjadi penghalang dan alasan untuk tidak menambah ilmu pengetahuan. Peluang keemasan yang ada dapat digunakan untuk meningkatkan kefahaman dalam setiap ilmu.
Sahabat sahabiah
yang dikasihi,
Satu peribahasa Melayu, mengikut resmi padi makin berisi makin tunduk. Begitulah manusia dengan ilmu yang dimiliki niat utamanya bukan untuk menyanjung diri tetapi menampung kelopongan yang diperlukan buat jasadi dan rohani. Ilmu mempunyai kedudukan yang sangat tinggi sehingga Allah memuliakan dan mengangkat darjat orang yang berilmu. Allah juga ada menyatakan perbezaan antara orang yang berilmu dan tidak berilmu. Antara ayat yang telah dirakamkan dalam Kalam Allah berkaitan kedudukan ilmu ialah dalam Surah Mujadilah.
يَٰأَيُّهَا ٱلَّذِينَ
ءَامَنُوٓاْ إِذَا قِيلَ لَكُمۡ تَفَسَّحُواْ فِي ٱلۡمَجَٰلِسِ فَٱفۡسَحُواْ
يَفۡسَحِ ٱللَّهُ لَكُمۡۖ وَإِذَا قِيلَ ٱنشُزُواْ فَٱنشُزُواْ يَرۡفَعِ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ
ءَامَنُواْ مِنكُمۡ وَٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡعِلۡمَ دَرَجَٰتٖۚ وَٱللَّهُ بمَا
تَعۡمَلُونَ خَبِيرٞ
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi
lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah
seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu. Dan
apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat
orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu
pengetahuan agama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah
Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan.
(Surah Mujadilah : ayat 11)
Ilmu terbahagi kepada tiga asas yang
utama iaitu mempelajari, mempraktikkan dan menyampaikan. Tiga asas ini
tidak mesti tidak perlu diaplikasikan
untuk mencapai keberhasilan ilmu tersebut. Melihat keluarga kita di Mesir KPIPM telah menjalankan
pelbagai kelas yang berbentuk turathi mahupun kontemporari. Tujuannya adalah untuk melahirkan mahasiswa/wi yang
berkemahiran dalam semua bidang ilmu dan dalam rangka membentuk ulama amilin. Hal ini jelas sepertimana Pembawaan yang keempat KPIPM sesi 2020/2021 dengan matan yang berbunyi "Memantapkan thaqafah dan pencapaian akademik dalam pembentukan ulama amilin". Bertepatan juga dengan misi Universiti Al-Azhar yang telah digazetkan iaitu :
1. Menyampaikan Islam berdasarkan kesederhanaan melalui penyebaran
warisan Arab dan Islam dan budaya keamanan masyarakat, menangani isu-isu
kontemporari, menangani dunia dalam pelbagai bahasa dan memerangi pemikiran
ekstremis melalui asal usul Islam.
2. Menghubungkan program akademiknya dengan keperluan pasaran tenaga
kerja melalui siswazahnya yang dikhususkan dalam pelbagai bidang, yang memiliki
kemahiran menggunakan teknologi moden.
3. Menyediakan iklim untuk penyelidikan saintifik dan teknologi, memberikan pelbagai konsultasi dan memanfaatkan pencapaian era moden.
4. Memberi khidmat masyarakat dan mengembangkan persekitaran dengan menyebarkan kesedaran agama, budaya dan kesihatan, juga keterbukaan terhadap pemikiran manusia dan perkembangan manusia dalam pelbagai bidangnya.
Menjadi galakan dan dorongan buat diri dan para sahabat semua supaya sentiasa melibatkan diri
dalam setiap aktiviti yang telah dijalankan di peringkat KPIPM antaranya Halaqah Ilmiah dan Tafaqquh
Fiddin. Kelas-kelas yang disusun bukan hanya tertumpu kepada turathi sahaja, KPIPM juga ada menjalankan kelas-kelas berbentuk kontemporari seperti pengisian-pengisian dalam setiap siri program Raudhatul Fatayat
dan Pemandu.
Sebagai penggerak program juga kita dapat meningkatkan ilmu pengurusan yang mana dapat ditambahbaik melalui pengalaman. Keberanian menerima sesuatu taklifan akan menjadi permulaan untuk mengasah kemampuan dan membina keupayaan diri. Apabila didedahkan dengan ilmu pengurusan yang baharu, kita mampu mengamalkan mengikut posisi yang telah ditetapkan. Semua ilmu yang diperoleh bukan hanya berguna kepada diri sendiri tetapi mampu untuk memberi manfaat kepada orang lain.
Para sahabat
yang dimuliakan Allah SWT,
Memetik kata-kata dari Imam Syafie : "Singa jika tidak keluar dari sarangnya,
ia tidak akan mendapatkan makanan. Begitu juga dengan anak panah, jika tidak
meluncur dari busurnya, anak panah tersebut tidak akan mengenai sasaran."
Teruskan mengutip ilmu melalui medium di sekeliling kita. Bekalan yang cukup perlu disediakan sepanjang permusafiran di negeri asing supaya mampu memenuhi dada dengan ilmu yang bermanfaat. Ilmu dapat dikuatkan dengan dalil-dalil supaya menjadi satu hujah yang kukuh apabila berhadapan dengan pelbagai kelompok masyarakat. Mahasiswa/wi Azhari menjadi keperluan dan generasi harapan buat keluarga dan masyarakat di Malaysia.
Ekspedisi pencarian ilmu dalam kehidupan seseorang tidak ada batasan waktunya. Kita tidak dilahirkan berilmu, maka penuntut ilmu digalakkan belajar sejak kecil dan tetap mencari ilmu hingga ke akhir hayat. Kekayaan seseorang tidak diukur dengan banyaknya harta yang dikumpul, tetapi pencarian ini mampu membentuk jiwa-jiwa yang kaya dengan ilmu. Teguhkan kesabaran dan bersemangat dalam perjalanan mencari permata dan hikmah di sebalik debu. Semoga Allah memberikan taufik untuk beramal dengan ilmu dan mengangkat darjat keilmuan yang ada dalam diri kita.
Wallahua’lam, semoga beroleh manfaat.
#KPIPMKeluargaKita
#BersamaBersatuJayakanUsulYDP
#BersamaBersatuJayakanPembawaanKPIPM
BERILMU, BERAMAL, IKHLAS
"MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN"
Nukilan daripada :
Ustazah Noor Raihana Zawani binti Johari
Ketua Biro Perhubungan, Sambutan dan Rehlah HEWI KPIPM sesi 2020/2021
Thursday, September 16, 2021
LAPORAN PROGRAM HARI MAHASISWA KERJAYA 2021 (KERJAYA’21)
LAPORAN PROGRAM HARI MAHASISWA KERJAYA 2021 (KERJAYA’21)
Firman Allah SWT:
فَسْـَٔلُوٓا۟ أَهْلَ ٱلذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
"Bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahui."
(Surah an-Nahl: 43)
Pada tarikh 15 & 16 September 2021, Jabatan Setiausaha Agung Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2020/2021 telah menjalankan Program Hari Mahasiswa Kerjaya 2021 (KERJAYA’21) yang bertujuan memberikan pendedahan kepada mahasiswa/wi mengenai prospek alam pekerjaan. Tema yang telah disepakati pada sesi kali ini ialah “Kerjaya Diceburi, Generasi Berbakti".
Alhamdulillah, Program KERJAYA'21 pada kali ini telah berjaya mengumpulkan seramai 263 peserta yang terdiri daripada mahasiswa/wi dari pelbagai negeri. Program ini juga berlangsung selama 2 hari iaitu pada hari Rabu dan Khamis.
Perjalanan program pada 15 September 2021 (Rabu) bermula jam 8.00 pagi dengan kehadiran peserta ke dalam aplikasi Zoom Meeting . Selepas itu, program diteruskan lagi dengan Slot Pertama yang membawa topik Pasaran Kerjaya Graduan Degree Pengajian Islam Universiti Al-Azhar, yang disampaikan oleh Tuan Nik Akmal Afif bin Nik Othman yang merupakan Perunding Kerjaya, Training Cube dan secara tidak langsung turut memberikan kata-kata semangat kepada para peserta.
Pada 16 September 2021 (Khamis), program diteruskan lagi dengan Slot Kedua yang bertajuk Tips Penyediaan Resume dan Temuduga (Atas Talian & Fizikal) yang disampaikan oleh Tuan Aizal bin Anual yang merupakan Pengarah Education Malaysia Egypt di Facebook Private Group. Pada jam 2.00petang, program diteruskan dengan Slot Inklusif Perjalanan Kerjaya Jabatan Mufti yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Muhammad Faris bin Muhammad Ismi yang merupakan Jawatankuasa Kajian dan Penyelidikan Fatwa Jabatan Mufti Negeri Perak.
Untuk makluman semua, Slot Inklusif yang terakhir (Institusi Kehakiman) tidak dapat diteruskan atas kekangan yang tidak dapat dielakkan. Peringkat kami memohon maaf atas segala kekurangan dan kekangan yang berlaku.
Akhirnya, diharapkan semua peserta dapat memanfaatkan ilmu dan perkongsian yang diperoleh serta terus bersemangat dalam membuat persediaan bersungguh-sungguh menuju ke alam pekerjaan. Pihak program merakamkan jutaan terima kasih buat semua peserta kerana sudi menyertai program kerjaya yang dijalankan.
" Kerjaya Diceburi, Generasi Berbakti "
#KPIPMKeluargaKita
#BersamaBersatuJayakanUsulYDP
#BersamaBersatuJayakanPembawaanKPIPM
BERILMU, BERAMAL, IKHLAS
"MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN"
Disediakan oleh :
Muhammad Khairil Anam bin Mohamad Ridzuan,
Setiausaha Agung Keluarga Pelajar- pelajar Islam Perak Mesir sesi 2020/2021
LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-58 & MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-36(MAT-58 & MTH-36) KELUARGA PELAJAR-PELAJAR ISLAM PERAK MESIR SESI 2023/2024
LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-58 & MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-36(MAT-58 & MTH-36) KELUARGA PELAJAR-PELA...
-
SOLAT SUNAT HIFZI Disunatkan bagi mereka yang ingin menguatkan hafalan mereka, terutama yang menghafal al-Quran (golongan hu...
-
ROKOK ~ Asap yang keluar dari rokok mengandungi gas baracun. Antaranya : Amonia ( pencuci lantai ) : Karbon monoksida-menurunkan kemampuan ...