Monday, December 27, 2021

LAPORAN | MAJLIS RAMAH MESRA MAHASISWA ANAK PERAK

LAPORAN | MAJLIS RAMAH MESRA MAHASISWA ANAK PERAK
Pejabat Atase Pendidikan Negeri Perak dengan kerjasama Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir

KAHERAH, 23 DISEMBER 2021 – Telah berlangsungnya Majlis Ramah Mesra Mahasiswa Anak Perak bersama Yang Berhormat Ustaz Khalil bin Haji Yahaya, Timbalan Speaker DUN Perak merangkap ADUN Kubu Gajah yang dianjurkan oleh Pejabat Atase Pendidikan Negeri Perak dengan kerjasama Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir di Dewan Syeikh Idris al-Marbawi, Wisma Baitul Ridzuan. Majlis ini juga disiarkan secara langsung di Facebook rasmi Laman KPIPM.

Antara objektif utama majlis ini diadakan adalah untuk mengukuhkan tautan ukhuwah Islamiah dalam kalangan anak Perak sekaligus mengeratkan silaturahim anak Perak dan Yang Berhormat Ustaz Khalil bin Haji Yahaya serta menambah baik pengurusan dan kerjasama KPIPM dengan pegawai Atase Pendidikan Negeri Perak.

Majlis ini bermula pada jam 7.00 malam dengan kehadiran mahasiswa/wi anak Perak ke dewan. Seterusnya diikuti dengan perarakan masuk Yang Berhormat Ustaz Khalil bin Haji Yahaya diiringi Pegawai Atase Negeri Perak, Encik Mohammed Tasyreef bin Mohamd Tarmizi dan Yang Dipertua KPIPM sesi 2021/2022, Ustaz Meor Amin Nurrasyid bin Meor Azhar. Majlis dimulakan dengan nyanyian nasyid Asma' al-Husna, lagu Negaraku dan lagu Negeri Perak.

Majlis disajikan dengan bacaan al-Quran surah Ali-Imran ayat 102-106 oleh Ustaz Muhammad Uzair bin Muhamad Zakuan. Majlis diteruskan dengan ucapan Yang Dipertua KPIPM sesi 2021/2022, Ustaz Meor Amin Nurrasyid bin Meor Azhar, ucapan Pegawai Atase Pendidikan Negeri Perak, Encik Mohammed Tasyreef bin Mohamd Tarmizi serta diteruskan lagi dengan kalam taujihat dan amanat daripada Yang Berhormat Ustaz Khalil bin Haji Yahaya.

Majlis diserikan lagi dengan sesi soal jawab bersama Yang Berhormat Ustaz Khalil bin Haji Yahaya dan sesi penyampaian cenderahati kenang-kenangan kepada Yang Berhormat Ustaz Khalil bin Haji Yahaya oleh Yang Dipertua KPIPM diiringi pengarah majlis, Ustaz Muhammad Nur Ikhwan bin Shamsuddin.

Majlis diakhiri dengan sesi fotografi bersama Yang Berhormat Ustaz Khalil bin Haji Yahaya bersama para hadirin. Pihak Atase Pendidikan Negeri Perak dan barisan pimpinan KPIPM serta seluruh mahasiswa anak Perak mengucapkan jutaan terima kasih buat Yang Berhormat Ustaz Khalil bin Haji Yahaya dan rombongan tetamu untuk beramah mesra dengan anak Perak di sini.

Semoga majlis ini menjadi satu suntikan semangat buat semua mahasiswa anak Perak dan dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara kedua-dua pihak demi kebaikan bersama.

#KPIPMKeluargaKita
#KeluargaKitaKitalahJaga
#BersamaBersatuJayakanUsulYDP
#BersamaBersatuJayakanPembawaanKPIPM

BERILMU, BERAMAL, IKHLAS
"MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN"





2 comments:

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2023/2024 Firman Allah SWT : { فَمَن یَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَ...