Thursday, December 16, 2021

KENYATAAN RASMI | MAKLUMAN PENANGGUHAN PROGRAM KPIPM FASA 1


KENYATAAN RASMI | MAKLUMAN PENANGGUHAN PROGRAM KPIPM FASA 1
Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2021/2022

Firman Allah SWT:
وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ

“Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh (berjuang) di (Jalan) Kami, Kami akan benar-benar menunjukkan Jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang berbuat kebaikan”

(Al-Ankabut: ayat ke 69)

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah mengurniakan kepada kita nikmat Iman dan Islam serta menjadikan kita sentiasa dalam naungan-Nya. Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) merupakan sebuah kesatuan yang menaungi anak-anak Perak di Mesir sejak tahun 1964. Kesatuan ini sebuah keluarga yang sentiasa berperanan dalam menjaga kebajikan ahli dalam segenap aspek juga berperanan mempersiapkan mahasiswa-mahasiswa Islam yang berkualiti dalam menghadapi tanggungjawab di Malaysia kelak termasuk dalam aspek pendidikan.

Berdasarkan firman Allah SWT di atas, dapat kita fahami bahawa perlunya sikap bersungguh-sungguh dalam setiap gerak kerja kita, supaya apa yang didambakan dalam kehidupan diterima, diredhai dan dimakbulkan oleh Allah SWT.

Justeru, bersungguh-sungguh adalah intipati yang penting untuk berjaya dalam kehidupan dan yang paling penting ialah mendapat keredhaan, kecintaan dan kasih sayang pencipta sekalian makhluk, Allah SWT.

Seperti sedia maklum, sesi pengajian fasa satu bagi sesi 2021/2022 kini berada dalam persediaan menuju ke musim peperiksaan. Semua mahasiswa/wi sedang bersiap sedia dengan setiap medium yang ada bagi memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan.

Sehubungan itu, Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2021/2022 dengan ini memaklumkan bahawa bermula 17 Disember 2021 sebagai tarikh penangguhan program mega dengan pengecualian program yang berbentuk ilmiah, motivasi dan tarbiah sahaja. Ia bertujuan memberi persediaan dan semangat yang jitu kepada mahasiswa/wi dalam menghadapi peperiksaan yang akan tiba tidak lama lagi.

Oleh yang demikian, KPIPM mengharapkan seluruh mahasiswa/wi dapat memanfaatkan setiap peluang yang ada dan memberikan sepenuh perhatian dalam pelajaran. Peringkat KPIPM juga mendoakan agar semua mahasiswa/wi meraih kejayaan dalam peperiksaan seterusnya dapat memanfaatkan ilmu yang dimiliki kepada masyarakat.

Semoga kejayaan yang diperoleh menjadikan kita bertambah ketaqwaan kepada Allah SWT.

Siiru 'Ala Barakatillah.

Meor Amin Nurrasyid bin Meor Azhar

Yang Dipertua
Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2021/2022

"Keluarga kita, kitalah yang jaga"

#KPIPMkeluargakita 
#Keluargakitakitajaga
#BersamaBersatuJayakanUsulYDP 
#BersamaBersatuJayakanPembawaanKPIPM 

BERILMU, BERAMAL, IKHLAS 
"MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN"

No comments:

Post a Comment

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2023/2024 Firman Allah SWT : { فَمَن یَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَ...