Tuesday, November 9, 2021

LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-55 & MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-34

LAPORAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-55 & MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-34

KAHERAH – Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2020/2021 telah berjaya mengadakan satu program mega iaitu Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) KPIPM kali ke-55 dan Mesyuarat Tahunan HEWI (MTH) KPIPM kali ke-34.

    Objektif program ini  adalah untuk menambah baik penyusunan gerak kerja Ahli Jawatankuasa Tadbir KPIPM & Ahli Jawatankuasa HEWI KPIPM. Selain itu, untuk mengeratkan Ukhuwah Islamiah antara pimpinan dan ahli serta memaksimumkan medium penerangan kepada ahli tentang perjalanan KPIPM. Program ini di bawah seliaan Jabatan Setiausaha Agung KPIPM sesi 2020/2021 dengan bertemakan “Syura Membentuk Legasi Berkaliber”.

    MAT kali ke-55 & MTH kali ke-34 telah bermula dengan daurah khusus Mesyuarat Agung Tahunan selama 3 hari pada 11 sehingga 13 Oktober 2021. Daurah ini disampaikan oleh Ustaz Zulhilmi Aziz bin Abdul Hannan, aktivis Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) dengan tajuk kitab Syura di antara Realistik dan Retorik. Pengisian ini telah berjalan secara siaran langsung bermula jam 6.00 pagi.

    Selain itu, pada 14 Oktober 2021 program diteruskan lagi dengan Mesyuarat Tahunan HEWI kali ke-34 pada hari Khamis. Mesyuarat ini  bertempat di Dewan Masjid Tantawi yang bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 4.00 petang. Seramai 76 orang perwakilan dan seorang pemerhati yang terlibat bagi menjayakan MTH kali ini. MTH kali ke-34 kali ini telah dirasmikan oleh Ustazah Aiman Munirah binti Ya’akop, Timbalan Penyelaras II, Majlis Gabungan Badan Kebajikan Anak Negeri.

     Pada hari berikutnya, telah berlangsung Tazkirah Ambang MAT dengan tajuknya "Kepimpinan Islam Rabbani". Tazkirah tersebut telah disampaikan oleh Ustaz Hasnizam bin Hassan yang merupakan mantan YDP KPIPM sesi 2005/2006.

    Antara pengisian yang disampaikan adalah berkenaan istilah Rabbani dan juga berkongsi beberapa syarat amalan berteraskan Rabbani. Pelbagai lagi isi yang dikongsikan bagi menambah semangat kepada pimpinan dan juga ahli KPIPM.

    Pada keesokan harinya telah berjalan Majlis Perasmian MAT kali ke-55 bermula jam 6.00 malam. Majlis ini dimulakan dengan bacaan surah Yasin dan nyanyian nasyid Asmaul Husna. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan pengarah program, Ustaz Abdul Muiz bin Mohamad Razali dan ucapan daripada Ustaz Ammar Rushdi bin Jamaluddin selaku YDP KPIPM sesi 2020/2021. Akhir sekali, majlis diserikan dengan perasmian Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-55 oleh TYT Ambassador Zamani Ismail, Duta Besar Malaysia ke Republik Arab Mesir.

    Seterusnya, program terakhir yang dinantikan ialah Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-55 yang bertarikh 17 Oktober 2021 pada hari Ahad. Mesyuarat diadakan di Dewan Nadi Syabab bermula jam 9.30 pagi dan ditangguhkan pada jam 8 malam. Seramai 90 orang perwakilan dan seorang pemerhati di sebelah Ikhwah dan seramai 72 orang perwakilan yang telah hadir menjayakan program.

    Di penghujung program, Yang Dipertua KPIPM sesi 2020/2021, Ustaz Ammar Rushdi bin Jamaluddin memberi ucapan penangguhan seterusnya membubarkan AJKT dan AJK HEWI KPIPM bagi sesi 2020/2021. Seterusnya, Program diserahkan kepada pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) iaitu Ustaz Hazwan Nurhamzi bin Husin untuk mengisytiharkan Ahli Jawatankuasa Tadbir dan Ahli Jawatankuasa HEWI baharu bagi sesi 2021/2022.

    Program berakhir dengan bacaan doa daripada Ustaz Meor Amin Nurrasyid bin Meor Azhar selaku Yang Dipetua KPIPM sesi 2021/2022. Alhamdulillah program berakhir pada jam 10 malam dan berjalan dengan lancar. Diharapkan agar program ini dapat menambah baik lagi tampuk kepimpinan sesi akan datang dengan muhasabah dan cadangan yang telah diberikan. 

    Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang menjayakan program MAT kali ke-55 & MTH kali ke-34 secara langsung atau tidak langsung.

Semoga Allah membalasnya dengan sebaik-baik ganjaran.

Sekian, terima kasih.


“Syura Membentuk Legasi Berkaliber”

#KPIPMKeluargaKita 

#BersamaBersatuJayakanUsulYDP 

#BersamaBersatuJayakanPembawaanKPIPM


BERILMU, BERAMAL, IKLHAS

"MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN"


Disediakan oleh :

Aiman Shauqi bin Ahmad Sukri

Setiausaha,

Mesyuarat Agung Tahunan KPIPM kali ke-55 & Mesyuarat Tahunan HEWI KPIPM kali ke-34,

Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2020/2021











No comments:

Post a Comment

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2023/2024 Firman Allah SWT : { فَمَن یَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَ...