Skip to main content

MINDA PIMPINAN | KEWAJIPAN DAN KEUTAMAAN THAQAFAH

 


MINDA PIMPINAN | KEWAJIPAN DAN KEUTAMAAN THAQAFAH

 

طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيْضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِم

“Menuntut ilmu itu wajib atas setiap Muslim”

(HR. Ibnu Majah No. 224)

Thaqafah merupakan perkataan serapan Bahasa Arab yang merujuk kepada budaya, ilmu pengetahuan dan kebudayaan. Manakala pengertian ilmu menurut Islam secara umumnya di definisikan sebagai pengetahuan dan kepandaian mengenai sesuatu bidang yang disusun secara bersistem menurut kaedah dan cara tertentu yang dapat digunakan untuk menerangkan berkaitan dengan bidang ilmu tersebut.

Menuntut ilmu adalah kewajipan bagi setiap individu. Lebih-lebih lagi sebagai seorang muslim perlu memberi penekanan yang mendalam terhadap tuntutan ini. Hal ini kerana, banyak ayat Al-Quran dan Hadis yang menyentuh dan menjelaskan tentang keutamaan menuntut ilmu. Menjadi satu perkara yang mustahil apabila melakukan amal ibadah tanpa secalit ilmu. Ilmu agama merupakan satu keperluan untuk memberikan kesan terhadap sesuatu amal. Ini tidak bermakna ilmu yang lain boleh diabaikan tetapi kita memberikan keutamaan sesuai dengan keperluan seorang muslim.

Kehidupan di muka bumi ini mendorong kita untuk memiliki ilmu pengetahuan. Setiap perkara perlu kepada ilmu kerana dengannya kita mampu untuk meningkatkan kemampuan dalam diri. Tingkatan dalam mencari ilmu juga perlu dititikberatkan bagi menjamin kualiti ilmu tersebut. Qudwah kita Nabi Muhammad SAW pernah memberitahu sahabatnya: "Jikalau aku hidup pada satu hari, dan hari itu tidak bertambah sebarang ilmu yang mendekatkan aku dengan Allah, maka hilanglah keberkatan matahari terbit pada hari itu".

Jelas menunjukkan bahawa pentingnya untuk kita menambah ilmu dalam kehidupan seharian. Memanfaatkan setiap hari yang berlalu dengan pengetahuan baharu walau ianya dilihat sekecil-kecil perkara. Hikmah yang dapat dilihat sejak pandemik ini, banyak kelas pengajian yang dilakukan secara atas talian dan disimpan dalam bentuk rakaman.  Dengan adanya kemudahan teknologi yang serba canggih sekarang, kesibukan tidak lagi menjadi penghalang dan alasan untuk tidak menambah ilmu pengetahuan. Peluang keemasan yang ada dapat digunakan untuk meningkatkan kefahaman dalam setiap ilmu.

Sahabat sahabiah yang dikasihi,

Satu peribahasa Melayu, mengikut resmi padi makin berisi makin tunduk. Begitulah manusia dengan ilmu yang dimiliki niat utamanya bukan untuk menyanjung diri tetapi menampung kelopongan yang diperlukan buat jasadi dan rohani. Ilmu mempunyai kedudukan yang sangat tinggi sehingga Allah memuliakan dan mengangkat darjat orang yang berilmu. Allah juga ada menyatakan perbezaan antara orang yang berilmu dan tidak berilmu. Antara ayat yang telah dirakamkan dalam Kalam Allah berkaitan kedudukan ilmu ialah dalam Surah Mujadilah.

يَٰأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِذَا قِيلَ لَكُمۡ تَفَسَّحُواْ فِي ٱلۡمَجَٰلِسِ فَٱفۡسَحُواْ يَفۡسَحِ ٱللَّهُ لَكُمۡۖ وَإِذَا قِيلَ ٱنشُزُواْ فَٱنشُزُواْ يَرۡفَعِ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مِنكُمۡ وَٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡعِلۡمَ دَرَجَٰتٖۚ وَٱللَّهُ بمَا تَعۡمَلُونَ خَبِيرٞ

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan.

(Surah Mujadilah : ayat 11)

Ilmu terbahagi kepada tiga asas yang utama iaitu mempelajari, mempraktikkan dan menyampaikan. Tiga asas ini tidak mesti tidak perlu diaplikasikan untuk mencapai keberhasilan ilmu tersebut. Melihat keluarga kita di Mesir KPIPM telah menjalankan pelbagai kelas yang berbentuk turathi mahupun kontemporari. Tujuannya adalah untuk melahirkan mahasiswa/wi yang berkemahiran dalam semua bidang ilmu dan dalam rangka membentuk ulama amilin. Hal ini jelas sepertimana Pembawaan yang keempat KPIPM sesi 2020/2021 dengan matan yang berbunyi "Memantapkan thaqafah dan pencapaian akademik dalam pembentukan ulama amilin". Bertepatan juga dengan misi Universiti Al-Azhar yang telah digazetkan iaitu :

1. Menyampaikan Islam berdasarkan kesederhanaan melalui penyebaran warisan Arab dan Islam dan budaya keamanan masyarakat, menangani isu-isu kontemporari, menangani dunia dalam pelbagai bahasa dan memerangi pemikiran ekstremis melalui asal usul Islam.

2. Menghubungkan program akademiknya dengan keperluan pasaran tenaga kerja melalui siswazahnya yang dikhususkan dalam pelbagai bidang, yang memiliki kemahiran menggunakan teknologi moden.

3. Menyediakan iklim untuk penyelidikan saintifik dan teknologi, memberikan pelbagai konsultasi dan memanfaatkan pencapaian era moden.

4. Memberi khidmat masyarakat dan mengembangkan persekitaran dengan menyebarkan kesedaran agama, budaya dan kesihatan, juga keterbukaan terhadap pemikiran manusia dan perkembangan manusia dalam pelbagai bidangnya.

Menjadi galakan dan dorongan buat diri dan para sahabat semua supaya sentiasa melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang telah dijalankan di peringkat KPIPM antaranya Halaqah Ilmiah dan Tafaqquh Fiddin. Kelas-kelas yang disusun bukan hanya tertumpu kepada turathi sahaja, KPIPM juga ada menjalankan kelas-kelas berbentuk kontemporari seperti pengisian-pengisian  dalam setiap siri program Raudhatul Fatayat dan Pemandu.

Sebagai penggerak program juga kita dapat meningkatkan ilmu pengurusan yang mana dapat ditambahbaik melalui pengalaman. Keberanian menerima sesuatu taklifan akan menjadi permulaan untuk mengasah kemampuan dan membina keupayaan diri.  Apabila didedahkan dengan ilmu pengurusan yang baharu, kita mampu mengamalkan mengikut posisi yang telah ditetapkan. Semua ilmu yang diperoleh bukan hanya berguna kepada diri sendiri tetapi mampu untuk memberi manfaat kepada orang lain.

Para sahabat yang dimuliakan Allah SWT,

Memetik kata-kata dari Imam Syafie : "Singa jika tidak keluar dari sarangnya, ia tidak akan mendapatkan makanan. Begitu juga dengan anak panah, jika tidak meluncur dari busurnya, anak panah tersebut tidak akan mengenai sasaran."

           Teruskan mengutip ilmu melalui medium di sekeliling kita. Bekalan yang cukup perlu disediakan sepanjang permusafiran di negeri asing supaya mampu memenuhi dada dengan ilmu yang bermanfaat. Ilmu dapat dikuatkan dengan dalil-dalil supaya menjadi satu hujah yang kukuh apabila berhadapan dengan pelbagai kelompok masyarakat. Mahasiswa/wi Azhari menjadi keperluan dan generasi harapan buat keluarga dan masyarakat di Malaysia. 

        Ekspedisi pencarian ilmu dalam kehidupan seseorang tidak ada batasan waktunya. Kita tidak dilahirkan berilmu, maka penuntut ilmu digalakkan belajar sejak kecil dan tetap mencari ilmu hingga ke akhir hayat. Kekayaan seseorang tidak diukur dengan banyaknya harta yang dikumpul, tetapi pencarian ini mampu membentuk jiwa-jiwa yang kaya dengan ilmu. Teguhkan kesabaran dan bersemangat dalam perjalanan mencari permata dan hikmah di sebalik debu. Semoga Allah memberikan taufik untuk beramal dengan ilmu dan mengangkat darjat keilmuan yang ada dalam diri kita.

Wallahua’lam, semoga beroleh manfaat.


#KPIPMKeluargaKita

#BersamaBersatuJayakanUsulYDP

#BersamaBersatuJayakanPembawaanKPIPM

 

BERILMU, BERAMAL, IKHLAS

"MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN"

 

Nukilan daripada :

Ustazah Noor Raihana Zawani binti Johari

Ketua Biro Perhubungan, Sambutan dan Rehlah HEWI KPIPM sesi 2020/2021


Comments

Popular posts from this blog

Kaifiat Solat Sunat Hifzi Dan Doa Kuat Hafalan

SOLAT SUNAT HIFZI Disunatkan bagi mereka yang ingin menguatkan hafalan mereka, terutama yang menghafal al-Quran (golongan huffaz), agar mengerjakan Solat sunat Taqwiyatul Hifzi.    Kaedahnya : 1. Mengerjakan solat ini empat rakaat, dengan dua kali tahiyat akhir. 2. Mengerjakan pada malam Jumaat, sebaik-baiknya pada sepertiga malam. 3. Mengerjakannya 3, 5 atau 7 malam Jumaat secara berturut-turut. 4. Membaca pada rakaat pertama : SURAH YAASIN. 5. Membaca pada rakaat kedua : SURAH AD-DUKHAN. 6. Membaca pada rakaat ketiga : SURAH AS-SAJADAH. 7. Membaca pada rakaat keempat : SURAH AL-MULK. 8. Setelah selesai solat, bacalah doa tersebut.          Doa Kuat Hafalan اللَّـهُـمَّ   إنـِّـي  أَسْــأَلـُكَ  بِـأَنِـّي  أَشْــهَـدُ  أَنـَّكَ  أَنـْتَ  الله ُ  الأَحَــدُ  الـصَّـمَـدُ،  الّـذِيْ  لَـمْ  يَـلِـدْ،  وَلَـمْ يُـوْلَـدْ،  وَلَـمْ  يَـكُـنْ  لَـهُ  كُـفُـوًا  أَحَــدٌ. الَّلـهُـمَّ  صَـلِّ  وَسَـلِّـمْ  عَـلَى  سَــيِّـدِنَـا مُـحَــمَّـدٍ  وَعَـلَ

Gambar : Hasil Pertandingan Sepanduk Sempena Maulidur Rasul 1433H

Konsep Kebajikan Di Dalam Islam

    I slam amat menitik beratkan konsep kebajikan dalam menghayati cara hidup yang sebenar dan sempurna berkait rapat dengan kehidupan bermasyarakat, iaitu konsep tanggungjawab sosial sesama manusia yang mana sikap mengambil berat diantara satu sama lain sebagaimana hadith Rasulullah .S.A.W yang bermaksud:  “Sesiapa yang tidak mengambil berat di atas urusan orang muslimin maka bukanlah dia dari kalangan mereka. Dan sesiapa yang pada pagi hari mengutamakan perkara selain daripada agama Allah maka bukanlah dia daripada golongan orang yang diredhai Allah”  (Riwayat at-Tabarani)