Kaherah
– 29 Mei 2014 : Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sekali lagi telah mengadakan Ribat Perdana KPIPM yang saban kali dilakukan pada setiap
bulan.Ribat Perdana KPIPM ini dikelolai penuh di bawah Biro Dakwah dan Tarbiah
sesi Keluarga Pelajar-Pelajar Islam Perak Mesir Sesi 2014.Ribat Perdana ini di adakan adalah untuk merapatkan hubungan
silaturrahim dalam kalangan anak-anak di seluruh Mesir.Selain itu juga Ribat
Perdana ini di adakan adalah untuk membentuk rohani dan memupuk nilai ketaqwaan
dalam diri mahasiswa Islam khususnya.
Ustaz Arif bin Hamzah selaku Timbalan Setiausaha Agung PMRAM sesi 2014 |
Seperti biasa Ribat Perdana kali ini
di mulai dengan Alunan Qosidah dan seterusnya bacaan Yassin yang di ketuai oleh
Saudara Abdul Rahman Bin Mohd Azli Mahasiswa Pengajian Islam Universiti
Al-Azhar,Kaherah.Selepas itu program diteruskan lagi dengan pengisian rohani
oleh saudari Nor Atiqah Binti Hamdan Mahasiswi Kuliah Syariah Islamiah
Universiti Al-Azhar,Kaherah yang telah merungkai satu tajuk yang penting iaitu
mengenai ‘yaum al-qiamah ‘.Sebagaimana yang kita tahu bahawa hari kiamat adalah
perkara yang pasti.
Terdapat
banyak tanda-tanda kiamat kecil yang telah berlaku pada masyarakat zaman kini.
Allah s.w.t telah merakamkan dalam Al-Quran mengenai hari kiamat ini di dalam
surah Al-Ahzab ayat 63.Antara tanda-tanda kiamat kecil adalah penaklukan baitul
maqdis, zina yang bermaharajalela, bermaharajalelanya alat muzik, menghias
masjid untuk membanggakannya, munculnya kekejian, memutuskan hubungan
silaturrahim, orang yang hina mendapat kedudukan yang terhormat dan sebagainya.
Sebagai seorang muslim hendaklah kita mempersiapkan diri sebaik yang mungkin
sebelum kita menemui kematian.
Ribat
Perdana KPIPM di teruskan lagi pada keesokan harinya dengan sedikit pengisian seperti
qiamulail, solat subuh Jemaah,bacaan Al-Ma’thurat , Surah Al-Waqiah dan akhir
sekali tazkirah khas yang telah
disampaikan oleh Ustaz Arif bin Hamzah
selaku Timbalan Setiausaha Agung PMRAM sesi 2014 merangkap Badan Pengurus
Angkat PMRAM Cawangan Perak.
Tajuk yang sangat menarik yang telah disampaikan oleh
beliau ialah ‘ Merungkai Kelebihan Malam Nisfu Syaban ’.Seperti yang telah
tercatat dalam kitab-kitab,pada malam nisfu syaban ini Allah telah menurunkan
banyak kebaikan,rahmat dan diampunkan segala dosa-dosa bagi mereka yang memohon
keampunan kepada Allah SWT.Mafhum hadis Nabi SAW ada menyebut bahawasanya Allah
s.w.t akan mengampuni dosa hamba-hambanya pada malam nisfu syaban kecuali
mereka yang musyrik kepada Allah dan mereka yang bermusuhan.
Tambahan
pula,malam nisfu syaban ini juga adalah malam yang dimaqbulkan doa seperti
malam jumaat, malam awal rejab dan malam dua hari raya.Pada bulan ini kita di galakkan
untuk memperbanyakkan berpuasa dan melakukan amal-amal kebaikan sebagaimana
yang telah dilakukan oleh Rasulullah SAW. Namun perlulah kita ingat
sesungguhnya amalan yang kita lakukan bukan untuk mendapat syurga Allah semata-mata
akan tetapi untuk mendapatkan rahmat dan
redha Allah kerana masuknya syurga seseoarang hamba Allah bukan kerana
amalannya tetapi kerana rahmat Allah SWT kepadanya.
Semoga ceramah yang disampaikan
dapat menatijahkan kefahaman yuang jelas tentang hari-hari kebesaran dalam
Islam. Seterusnya dapat dipraktikkan dan diamalkan dalam kehidupan setiap
individu muslim. Selari dengan usul yang dibawa oleh KPIPM bagi sesi ini untuk
meningkatkan kefahaman Islam yang menyeluruh dalam kalangan ahli.
BERILMU,
BERAMAL, IKHLAS
MEMURNIKAN
PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN
#SATUFIKRAHSATUAMAL
No comments:
Post a Comment