Kaherah, 21 Jun 2014 -Biro PerhubunganSambutan Dan
Rehlah telah menganjurkan sebuah program iaitu Jaulah Ke Ain Sukhnah. Rombongan ini disertai
seramai 61 orang dan turut dihadiri oleh Ustaz Muhammad Arif Bin Hamzah selaku Timbalan
Setiausaha Agung PMRAM sesi 2014 merangkap Badan Pengurus Angkat PMRAM Cawangan
Perak. Juga turut hadir Ustaz Munawir Bin Mohd Noh, Atase Pendidikan Negeri
Perak, beserta keluarga.
Rombongan bertolak pada
jam 6.30 pagi dan tiba di Pantai Ain Sukhnah pada jam 8.30 pagi. Program
dimulakan dengan upacara majlis perasmian yang disempurnakan oleh Ustaz Muhammad Arif
Bin Hamzah, Timbalan Setiausaha
Antara aktiviti yang dijalankan di
AinSukhnah termasuklah mandi-manda di laut, acara sukaneka beserta BBQ.
Pada jam 6.00 petang, acara penyampaian
hadiah dan sesi ber gambar dilangsungkan. Pada jam 6.30 petang, rombongan berangkat
pulang ke Wisma Darul Ridzuan, Kaherah.
Semoga program jaulah ini dapat
meningkatkan ikatan ukhuwah dalam kalangan anak-anak Perak di bumi mesir
khususnya. Di samping dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang bermanfaat
pada musim cuti pengkuliahan universiti.
“Jauh perjalanan, luas pengalaman”.
No comments:
Post a Comment