KAHERAH, 09 JULAI 2014 - Keluarga Pelajar-pelajar Islam
Perak Mesir Sesi 2014 telah menyambung kelas Tafaqquh An-nisa' dibawah seliaan
Biro Pelajaran dan Ilmiah Hewi 2014. Kali ini giliran Ustazah Nurhafsah binti
Awalluddin, Penasihat Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir telah
berkongsi sebuah kitab yang sangat berguna untuk para muslimat, " Nasihat
Lil Fatah Al-muslimah ".
Pengarang telah menggariskan beberapa nasihat yang sangat
baik untuk para perempuan yang bergelar muslimah. Antaranya :
1. Bagaimana para muslimah mengatasi segala ujian dan dugaan
yang telah diberikan oleh Allah mengikut tahap kemampuan seseorang dengan cara
yang sangat baik.
2. Pengarang juga menasihati para muslimah bahawa harta
bukanlah segala-galanya dalam kehidupan. Dan ketahuilah bahawa harta di dunia
tidak kekal selama-lamanya.
3. Para muslimah perlulah bersabar ketika mana menerima
berita atau kejutan yang pertama yang diluar daripada sangkaan manusia.
4. Bagaimana menjalani kehidupan sebagai seorang isteri
setelah melangkah ke gerbang perkahwinan.
Kesimpulannya, semoga mahasiswi di Mesir ini mengambil
pengajaran dan nasihat yang telah disampaikan oleh Dr. Wajdi Ghanim supaya
menjadi seorang muslimah yang berjaya di dunia dan di akhirat.
No comments:
Post a Comment