Kaherah, 22 September 2012-
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara.” (Surah Al-hujuraat :
10). Kehadiran Pimpinan KPIPM sesi 2012/2013 ke Wisma Darul Ridzuan B memberi
harapan yang menggunung kepada seluruh mahasiswa yang baru sahaja tiba di Bumi
Mesir ini. Turut bersama-sama dalam perjumpaan tersebut iaitu Presiden
PERUBATAN sesi 2012/2013, Saudara Wan Ahmad Hafizi bin Wan Ahmad Junaidi.
Perjumpaan tersebut adalah bertujuan untuk mengeratkan
ikatan persaudaraan dikalangan pimpinan dan mahasiswa baru serta menerangkan
serba sedikit mengenai peranan KPIPM di dalam menjaga kebajikan anak-anak Perak
di Perlembahan Nil ini.
Antara agenda perjumpaan tersebut adalah sesi ta’aruf
kepimpinan serta sedikit ucapan alu-aluan daripada Yang Dipertua KPIPM sesi
2012/2013 dan Presiden PERUBATAN.
“Disebalik debu-debu yang beterbangan di Bumi Mesir ini,
tersimpan butir-butir mutiara di dalamnya yang sukar untuk dicari di tempat
lain.” Ulas Saudara Wan Ahmad Hafizi dalam ucapan alu-aluannya. “ Dengan
perjumpaan ini, akan mengeratkan lagi ikatan ukhuwah serta kerjasama dikalangan
mahasiswa pengajian Islam dan sains kesihatan.” Ujar Saudara Hanif Abdullah
selaku Yang Dipertua KPIPM sesi 2012/2013.
Perjumpaan tersebut diakhiri dengan tasbih kifarah dan surah
Al-asr serta sedikit jamuan ringkas.
No comments:
Post a Comment