Thursday, September 20, 2012

MAP 2 STREET: 2 syahid dalam serangan pesawat pengintip di Rafah


SEMENANJUNG GAZA - 2 orang penduduk Palestin syahid (terkorban) malam ini akibat diserang pesawat pengintip zionis tanpa juruterbang di pertengahan bandar Rafah, selatan Semenanjung Gaza.
SAFA: Jip yang musnah
Menukil dari agensi berita Palestin, SAFA dan PALTIMES menyebut 2 orang penduduk Palestin syahid, manakala seorang lagi kritikal apabila pesawat pengintip melancarkan dua serangan peluru misil ke atas sebuah jip jenis Toyota model 'HILUX' warna putih yang bergerak berhampiran stesen minyak Abu Taha di Hayyu Al-Janinah, pertengahan bandar Rafah.


Jelas SAFA, sebaik sahaja kejadian, pasukan penyelamat bergegas ke lokasi kejadian dan memindahkan dua mayat, sementara mangsa ketiga mengalami kecederaan yang kritikal. Demikian itu, pada laporan pertama timbul beberapa laporan yang menyebut mangsa ketiga telah syahid.

Sumber berita SAFA menjelaskan bahawa mangsa yang syahid, Anis Muhammad Abul Ainin, 32, dan Asyraf Mahmud Saleh, 36. Kedua-dua mangsa dari anggota pengawal sempadan, sebuah jawatankuasa terowong bawah tanah bawah seliaan Kementerian Dalam Negeri Palestin di Semenanjung Gaza.

Sebagaimana yang dimaklumi, as-syahid Asyraf Mahmud Saleh merupakan adik kepada Ahmad Yusoff bekas penasihat PM Ismail Haniyeh.

Penyampai berita SAFA menjelaskan lagi bahawa jip yang menjadi sasaran pengeboman pesawat zionis musnah teruk dan terbakar.

Sejak dari waktu Asar petang tadi, ruang udara Semenanjung Gaza kerap dilintasi pesawat-pesawat perang zionis yang berbagai jenis dan ada yang menembak bom cahaya dari udara.
Sumber : web berita Safa dan Paltimes

No comments:

Post a Comment

LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-58 & MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-36(MAT-58 & MTH-36) KELUARGA PELAJAR-PELAJAR ISLAM PERAK MESIR SESI 2023/2024

LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-58 & MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-36(MAT-58 & MTH-36) KELUARGA PELAJAR-PELA...