Filem berjudul Innocence
of Muslims ini telah dihasilkan sepenuhnya oleh Sam Bacile, seorang
pengarah fielm berketurunan Israel Amerika. Filem tersebut menelan belanja
sebanyak USD5 juta dibiayai oleh 100 orang penderma Yahudi. Trailer filem
tersebut juga telah dimuat naik di dalam Youtube.
Video tersebut telah menghina Baginda Nabi s.aw. dengan mewatakkan Baginda s.aw. Sebagai seorang lelaki yang ‘gila perempuan’. Bukan itu sahaja, bahkan individu yang terlibat dalam menghasilkan video ini turut menghina al-Quran dan para sahabat. Ianya sebagai paparan menggambarkan Islam sebuah agama ‘kebencian’.

Filem yang
melabel Nabi Muhammad s.aw. Dengan melakonkan watak dengan menggambarkan
baginda sebagai seorang yang ‘fraud, a womanizer and a madman’ (penipuan,
kasanova dan gila) telah mencetuskan kemarahan umat Islam di bkebanyakan negara
timur tengah. Rakyat Mesir juga dilaporkan telah mengadakan perarakan
beramai-ramai ke kedutaan US di Kaherah dengan laungan “Say it don’t
fear. Their ambassador must leave”.
"Times of Israel" melaporkan filem ini juga merupakan kempen daripada pelampau anti-Muslim Egyptian Christian di United States. Ianya antara agenda-agenda musuh Islam untuk menyebarkan Islamophobia dikalangan masyarakat antarabangsa dan memicu permusuhan serta konfrantasi terhadap Islam.
"Kita dibenarkan mengekspresikan pendapat, kebebasan untuk melakukan protes secara aman yang dijamin undang-undang tanpa menyerang harta milik individu atau kerajaan, misi diplomatik atau kedutaan," kata Presiden Mursi dalam sebuah kenyataannya yang disiarkan dalam media elektronik Mesir selepas berlakunya beberapa insiden di Mesir dan Libya.

RESPON MANHAL
PMRAM TERHADAP FILEM MENGHINA RASULULLAH S.A.W
1. Islam
merupakan agama yang sentiasa mempromosi keamananan dan keharmonian beragama
bahkan Islam mengajar umatnya tidak melakukan penghinaan bersifat keagamaan.
Ini sebagaimana firman Allah : "Janganlah kamu mencela
(tuhan-tuhan) yang mereka seru selain daripada Allah, lantaran itu mereka
mencela Allah kerana permusuhan tanpa sebarang ilmu”. (Al-An’aam: 108)
2. Menggambar
watak Rasulullah s.a.w. adalah merupakan pembohongan kepada Baginda. Ianya
dilarang dalam agama dan menyakiti hati Rasulullah S.A.W. serta para
rasul-rasul yang lain. Nabi s.a.w. pernah bersabda : “Sesiapa yang
berbohong ke atasku dengan sengaja maka hendaklah dia menempati tempatnya di
dalam neraka. (Bukhari & Muslim).
3. Masyarakat
dunia digambarkan tentang sesuatu yang salah terhadap Islam dan penganutnya.
Ianya bagi menimbulkan fenomena Islamophobia dikalangan
masyarakat dunia serta mewujudkan penentangan terhadap Islam.
4. Mengalihkan
pandangan masyarakat Islam dan masyarakat dunia secara umum terhadap konflik
dan isu-isu semasa yang sedang berlaku sekarang seperti isu Palestin, Syria,
Rohingya dan lain-lain.
Justeru, pihak
MANHAL menyeru kepada semua yang beragama Islam untuk bangkit dan membantah
setiap perkara yang menghina dan mengotori Islam berdasarkan rentetan isu yang
berlaku ini. Bahkan isu penghinaan terhadap Rasulullah s.aw. bukanlah suatu
yang baru. Ianya merupakan rancangan Yahudi dan musuh-musuh Islam untuk
menyentuh sensitiviti umat Islam seluruhnya.
Apa yang penting, kita fahami isu dan sentiasa peka serta pantas bertindak dalam konteks membela Islam sebagaimana janji para sahabat ketika bersama dengan Nabi s.a.w.
Apa yang penting, kita fahami isu dan sentiasa peka serta pantas bertindak dalam konteks membela Islam sebagaimana janji para sahabat ketika bersama dengan Nabi s.a.w.
"Membentuk Dengan Acuan Al-Azhar"
"Memartabat Keilmuan Memipin Kesatuan"
Disediakan oleh :
Muhammad Zuhairi bin Zainal Abidin
Ketua Badan Pengetahuan dan Penyelidikan PMRAM 2012
Muhammad Zuhairi bin Zainal Abidin
Ketua Badan Pengetahuan dan Penyelidikan PMRAM 2012
Sumber :
manhal.pmram.org
No comments:
Post a Comment