Tuesday, February 21, 2012

Suara Azan Menarik Ramai Warga Asing Untuk Masuk Islam Di Turki



Menurut sumber maklumat, semakin ramai warga asing yang masuk Islam di Turki terutamanya bagi mereka yang datang ke negeri itu untuk melakukan perniagaan mahupun berpariwisata. Beberapa dari mereka masuk Islam disebabkan kerana terpengaruh oleh lantunan suara azan yang sering terdengar sebanyak lima kali sehari di Turki.

Sumber tersebut mengatakan: "Setiap tahun sejumlah besar non-Muslim dengan peranan penasihat bandar Turki menyatakan mereka masuk Islam dan sebahagian besar yang masuk Islam tersebut adalah wanita."

Menurut maklumat yang dikeluarkan oleh kementerian Urusan Agama Turki sekurang-kurangnya 634 orang telah masuk Islam dalam tempoh selama tahun lalu (tahun 2011), termasuk 467 wanita, yang berusia rata-rata 30 hingga 35 tahun, dan berasal dari bangsa yang berbeza dari Jerman, Maldiva, Belanda , Perancis, China, Brazil, AS, Romania dan Estonia.

Di bandar Kayseri Turki sendiri, sekurang-kurangnya 14 orang telah masuk Islam selama empat tahun terakhir, termasuk 10 wanita, kata Mufti Besar, Syaikh Ali Marasyalijil.

"Suara lantunan azan telah terkesan buat kali pertama dalam sebahagian besar dari mereka yang menyatakan masuk Islam, dan setelah mendengar suara azan beberapa dari mereka mula bergerak untuk mencari maklumat tentang agama Islam," kata Syaikh Ali, "dan mereka kemudian mula membaca terjemah Al-Quran sehingga semakin terpengaruh dengan ayat-ayat Al-Quran, "tambahnya.

Sumber : map2care

No comments:

Post a Comment

LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-58 & MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-36(MAT-58 & MTH-36) KELUARGA PELAJAR-PELAJAR ISLAM PERAK MESIR SESI 2023/2024

LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-58 & MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-36(MAT-58 & MTH-36) KELUARGA PELAJAR-PELA...