Tuesday, February 21, 2012

KPIPM Cup '12 : Syarat-syarat Kejohanan



Syarat-syarat Kejohanan

1. Kejohanan ini terbuka hanya kepada ahli KPIPM di seluruh muhafazah.

2. Masa yang diperuntukkan ialah 7 minit setiap separuh masa.

3. Setiap pasukan diwakili oleh 7 orang pemain utama dan 3 yang selebihnya adalah pemain simpanan.

4. Lontaran ke dalam digantikan dengan sepakan bawah paras lutut.

5. Perlawanan pusingan pertama akan dijalankan secara liga dan pusingan seterusnya akan dijalankan secara kalah mati.

6. Setiap pasukan yang menang akan mendapat 3 mata, seri 1 mata dan kalah 0 mata.

7. Bagi perlawanan di peringkat pusingan kalah mati, sepakan penalti akan diberikan sekiranya berkesudahan dengan seri.

8. Pasukan yang lewat 5 minit dianggap kalah dan dikira bolos 2 jaringan.

9. Setiap pasukan mestilah menunjukkan semangat kesukanan yang didasari dengan ukhuwah Islamiah.

10. Setiap pasukan wajib memakai jersi atau baju yang sama warna.

11. Tarikh tutup penyertaan ialah pada pagi Sabtu, 25 Februari 2012, jam 12 tengahari. Setiap pendaftaran hendaklah diserahkan kepada urusetia yang bertugas atau terus kepada Biro Tabung Kebajikan, Kesenian dan Riadhah KPIPM.

12. Keputusan pengadil adalah muktamad, sebarang bantahan tidak akan dilayan.


No comments:

Post a Comment

LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-58 & MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-36(MAT-58 & MTH-36) KELUARGA PELAJAR-PELAJAR ISLAM PERAK MESIR SESI 2023/2024

LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-58 & MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-36(MAT-58 & MTH-36) KELUARGA PELAJAR-PELA...