Monday, February 27, 2012

Persoalan Lazim Mengenai PTH



Bagi sesiapa yang tidak pernah kenal dengan akta pilihanraya, daftar pemilih dan Pengundi Tidak Hadir (PTH ). Harap soal jawab di bawah dapat membantu.

Apa itu Akta Pilihanraya ?

Bagi memastikan setiap gerak kerja pilihanraya terikat dengan undang-undang dan peraturan. sesiapa yang langgar, sengaja atau tidak sengaja, mereka boleh didakwa di bawah akta tersebut.

Secara asasnya, setiap pendakwaan itu mesti terikat di bawah mana-mana peruntukan undang-undang.

Apa fungsi akta pilihanraya ini ?

Undang-undang dan peraturan-peraturan ini bukan hanya memberi mandat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya tetapi juga digunakan sebagai panduan kepada parti-parti politik, calon-calon dan ejen-ejen mereka yang perlu diikuti. Senarai undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkenaan adalah seperti berikut:
• Akta Pilihan Raya, 1958 (Akta 19)
• Akta Kesalahan Pilihan Raya, 1954 (Akta 5)
• Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya), 1981
• Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih), 2002
• Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003
Sebagai tambahan, Perkara 113 hingga Perkara 120 dan Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan dan Perkara lain yang berkaitan dalam Perlembagaan Negeri hendaklah juga dirujuk.

Kenapa terlalu banyak akta pilihanraya ini ?

Bukan banyak, tapi mengikut sususan selepas digubal dan dipinda.

Siapa yang layak mengundi ?

Mereka yang layak mengundi ialah, :
1- Seorang warganegara Malaysia
2- Telah mencapai umur 21 tahun.
3-Bermastautin di bahagian pilihanraya yang ingin didaftarkan.
4-Tidak dihalang / hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuat kuasa.

Saya sekarang umur 22 tahun, kira boleh pergi terus mengundi di tempat saya ?

Tidak boleh. kamu kena daftar dahulu sebagai pengundi dengan Suruhanjaya Pilihanraya. Untuk panduan, sila ke laman ini.

Kalau saya duduk di luar negara macam mana ?

Daftar pemilih ada kategori. Ada daftar pemilih biasa, dan ada daftar pemilih Pengundi Tidak Hadir (PTH).
daftar pemilih biasa mereka yang cukup syarat sebagai pengundi dan daftar untuk menjadi pengundi.

PTH pula untuk mereka tidak ada di tempat mengundi tetapi nak mengundi. contoh mereka yang berada di luar negara. Undi akan di Pos, atau maklum dengan Undi Pos.

Maksudnya, saya kena jadi PTH baru boleh mengundi ?

Ya. dan mereka yang sebelum ni tidak pernah daftar sebagai pengundi, kena daftar dahulu sebagai pengundi dan baru boleh daftar sebagai Pengundi Tidak Hadir (PTH).

Saya sekarang di luar negara, nak daftar dengan siapa dan macam mana teknikal dia ?

SPR telah mengeluarkan kenyataan rasmi di web mereka bahawa mereka telah melantik setiap perwakilan di luar negara untuk menguruskan pendaftaran pengundi di luar negara. Wakil di sini maksud dia Kedutaan, konsulat rasmi, pesuruhjaya tinggi dan sewaktu dengannya.

teknikal dia, isi Borang A dan Maklumat Tambahan, bawa kad pengenalan dan pergi sendiri di pejabat kedutaan.

Setiap perwakilan di luar negara bertanggungjawab untuk menguruskan PTH.

Dokumen apa yang perlu saya bawa

Salinan depan belakang Kad pengenalan, salinan muka depan pasport, fotostat visa. Isi borang A dan maklumat tambahan, serta maklumat pengakuan pengajian di luar negara.

Isteri saya menetap di sini sementara tunggu saya habis belajar, boleh tak dia jadi PTH ?

Ya boleh. Isteri kepada pelajar sepenuh masa atau kakitangan kerajaan yang berada di luar negara boleh untuk berdaftar sebagai PTH.

Saya pernah daftar sebagai pengundi dan sah sebagai pemilih di Malaysia, kira boleh terus mengundi di luar negara ?

Walaupun nama sah sebagai pemilih, anda tetap TIDAK BOLEH mengundi di luar negara selagi tidak berdaftar sebagai PTH.

Berapa lama ambil masa untuk pengesahan selaku pemilih?
Kebiasaan 3 atau 4 bulan mengambil masa. proses dia mengikut suku tahun.
suku pertama : Januari-Mac
suku kedua : April-Jun
suku ketiga : Julai-September
suku keempat : Oktober-Disember
jadi, daftar segera sebelum terlambat.


Di tempat saya belajar sekarang ni, tidak ada sebarang iklan mengenai maklumat PTH ?

SPR telah menyatakan bahawa perwakilan untuk menguruskan hal tersebut telah dilantik, lampiran perwakilan mengikut negara boleh lihat di sini.


Boleh tak selepas saya daftar di luar negara, kemudian pilihanraya seterusnya saya terus pergi mengundi di Malaysia bila dah pulang nanti?

Tidak boleh. selepas daftar PTH di luar negara. Nanti pulang ke Malaysia kena tukar dahulu kepada daftar  pemilih biasa.

Saya dah nak pulang ke Malaysia, dan rasanya tak sempat nak mengundi di luar negara, apa saya perlu buat ?

Sebaiknya, kalau tak sempat untuk daftar PTH sekali pun, buat urusan Daftar Pemilih sahaja. sekurang-kurangnya, nanti bila pulang boleh terus mengundi jika sempat.

Masa saya nak daftar nanti, saya boleh pilih untuk mengundi di bahagian pilihanraya mana-mana ?

Tidak boleh. bahagian pilihanraya mengikut alamat yang tertera pada kad pengenalan.

Disediakan Oleh :
Naib Setiausaha Agung PMRAM 2011.

Sumber : pmram.org

No comments:

Post a Comment

LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-58 & MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-36(MAT-58 & MTH-36) KELUARGA PELAJAR-PELAJAR ISLAM PERAK MESIR SESI 2023/2024

LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-58 & MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-36(MAT-58 & MTH-36) KELUARGA PELAJAR-PELA...