Wednesday, February 22, 2012

Palestin Bangkit Desak Bebaskan Syeikh Khidhir



TEBING BARAT - Selepas waktu zohor, beberapa pertempuran meletus antara penduduk Palestin dengan tentera penjajah di bandar Betlehem dan di daerah Al-Khidhr, selatan Tebing Barat.

Menurut sumber tempatan kepada wakil agensi berita SAFA, tentera penjajah telah melepaskan bom gas dan bom bunyi(sound-bomb) ke arah pemuda-pemuda yang mengadakan bantahan penangkapan ke atas Khidhir Adnan, salah seorang pemimpin gerakan JIHAD ISLAMI.

Kini, Syeikh Khidhir Adnan masih meringkuk dalam tahanan tentera penjajah dan telah melebihi 66 hari mangsa meneruskan mogok lapar.

Di kawasan berhampiran Masjid بلال المسمى, puluhan mahasiswa universiti Betlehem melontar batu ke arah tentera penjajah sewaktu mereka mengadakan perarakan simpati terhadap Syeikh Khidhir Adnan.


Perarakan bantahan turut disahut dari penduduk Palestin di beberapa laluan dan jalan di bandar Betlehem, dan berakhir dengan mogok(rapat umum) berhampiran tembok pemisah yang berdekatan dengan Masjid Bilal.

Menurut seorang saksi kepada wakil berita agensi SAFA, tentera penjajah sengaja mengambil gambar(snapshot) wajah-wajah penunjuk perasaan. Demikian itu, penjajah mengungkapkan rasa bimbang dari sebarang operasi penangkapan ke atas penunjuk perasaan dan pelontar-pelontar batu.

Perarakan itu diadakan oleh Majlis Persatuan Mahasiswa Universiti Betlehem dan Gerakan Mahasiswi selepas penangguhan kelas di universiti. Mereka melaungkan beberapa slogan, salah satunya menuntut supaya Syeikh Adnan dibebaskan dan slogan semangat tanahair. 

Tempur di hadapan penjara Ofer

Sementara itu, laporan lain menyebut sebuah lagi pertempuran antara Palestin dengan tentera penjajah meletus di hadapan penjara Ofer, barat Ramallah ekoran dari simpati terhadap Syeikh Khidhir Adnan.

Menurut saksi, seramai belasan pemuda mengalami kecederaan akibat ditembak peluru getah. Empat dari mangsa tembakan telah dibawa ke Akademi Perubatan Palestin, bandar Ramallah. Manakala, selebihnya pemuda-pemuda Palestin yang mengalami sesak nafas akibat gas pemedih mata menerima rawatan segera dari krew perubatan di lokasi kejadian.

Pertempuran yang terjadi di hadapan penjara Ofer meskipun laporan berita menunjukkan Mahkamah Tinggi penjajah memutuskan pembebasan Syeikh Adnan pada 17 April akan datang, iaitu sebaik sahaja berakhirnya tempoh hukuman tahanan tanpa bicara serta Mahkamah Tinggi berjanji tidak akan melanjutkan lagi tahanan ke atas Syeikh Adnan.

Keselamatan Ramallah suraikan perarakan 


Sewaktu pelajar-pelajar dari sekolah daerah Berzeit berarak bagi menyatakan simpati terhadap Syeikh Adnan sewaktu menuju ke sekatan tentera Atarah, mereka dikejutkan dengan tindakan pasukan keselamatan Palestin Ramallah yang menyuraikan perarakan itu dengan kekerasan. Lantas, perarakan itu gagal tiba di sekatan.

Sumber : map2street

No comments:

Post a Comment

LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-58 & MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-36(MAT-58 & MTH-36) KELUARGA PELAJAR-PELAJAR ISLAM PERAK MESIR SESI 2023/2024

LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-58 & MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-36(MAT-58 & MTH-36) KELUARGA PELAJAR-PELA...