Saturday, March 20, 2010

Slot Keluarga HEWI Menjalankan Ziarah Mutazawwijin


20 MAC – Mawaddah sempena Mesra 10 melabuhkan tirainya pada malam semalam, dengan slot ukhuwah yang bertajuk Semanis Di Bibir, yang menyaksikan pelbagai aktiviti menarik.

Ia disambung lagi pada pagi tadi, dengan qiamullail, solat subuh berjemaah dan tazkirah yang disampaikan oleh Ustazah Samihah Abdullah, Naib Setiausaha HEWI merangkap Unit Pendaftaran PMRAM.

Pada jam 8 pagi, program diteruskan lagi dengan senaman ringan yang dikendalikan oleh Ustazah Hafsah binti Awaluddin, salah seorang AJK Biro Tabung Kebajikan, Kesenian dan Riadhah.

Pada jam 8.30 pagi, program ditambah lagi dengan slot yang menarik iaitu pembentangan kertas kerja teknik berbekam, dan praktikal, yang disampaikan oleh Ustazah Nor Atiqah binti Bacho, mahasiswi tahun 4, Fakulti Syariah, Universiti al Azhar.

Program diteruskan lagi dengan ziarah rumah-rumah mutazawwijin mengikut kumpulan yang telah dibahagikan. Slot ini bermula selepas zohor sehingga sekarang. Beberapa kumpulan memulakan ziarah selepas zohor lagi, dan kumpulan yang lain merancang untuk menjalankannya selepas asar.

No comments:

Post a Comment

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2023/2024 Firman Allah SWT : { فَمَن یَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَ...