Monday, March 15, 2010

Yop FC Menyertai Hari Keluarga Dumyat


14 MAC – Bersempena Jaulah AJKT ke Dumyat, KPIPM mengambil kesempatan untuk menyertai Hari Keluarga Dewan Perwakilan Mahasiswa Dumyat (DADY 2010)

Ia adalah berikutan daripada Jaulah AJKT yang dibuat pada minggu DPM. Sepertimana yang telah dijadualkan, KPIPM menghantar pasukan Yop FC untuk berentap dalam hari keluarga tersebut.

Setakat berita ini ditulis, Yop FC telah bertemu dua pasukan. Yop FC berjaya menumbangkan Dumyat A dengan satu jaringan, manakala sekadar seri 2-2 dengan Mansurah.

Perlawanan tersebut telah diadakan Padang Rab’ah, Nadi Mustaqbal, Dumyat.

Yang Dipertua KPIPM, Ustaz Khairul Asyraf bin Mohd Khir memberitahu, ini jelas menunjukkan hubungan dan kerjasama yang baik, yang diberikan oleh KPIPM dalam menjayakan “Satu Fikrah Satu Amal”, yang tidak terkongkong di bawah BKAN atau DPM semata-mata.

No comments:

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

TV PMRAM