Saturday, March 31, 2012

Apa Yang Ada Pada Musyrif ? Ada Advantage Ke?



Musyrif telah diterjemahkan sebagai pengawas yang dapat menjaga keselamatan serta kebajikan seseorang.Keselamatan ataupun dikenali juga sebagai safety, merupakan isu yang seringkali di pandang enteng oleh mahasiswa dan mahasisiwi pengajian islam mahupun perubatan.Jangan kita jadikan faktor kesibukan kita untuk bergerak secara berseorangan tanpa mengunakan perkhidmatan musyrif.Jika kita melakukan perbuatan sedemikian tahukah kita bahaya yang bakal mendatang tanpa pernah kita mendugainya.Jangan sesekali kita menjadikan pepatah sudah terhantuk baru terngadah sebagai garis panduan kita dalam menjalani kehidupan seharian.  

Agama Islam yang  telah diturunkan oleh Allah S.W.T ini amat lengkap lagi sempurna,kerana di sana Allah S.W.T  telah mengajar hambanya dari sekecil-kecil perkara sehingga ke perkara-perkara yang lebih besar yang telah termaktub di dalam Al-quran dan hadis. Agama Islam juga,menjaga hambanya dari pelbagai aspek sama ada dari aspek keselamatan,akidah, sosial, politik,pemikiran dan sebagainya.

Tahukah anda berkenaan pengkhidmatan musyrif ini telah di aplikasikan sejak dari zaman para anbia’ lagi.Bila berbicara soal musyrif teringat akan saya untuk berkongsi kepada para pembaca tentang sebuah lembaran sejarah yang telah di nukilkan oleh anak perempuan Nabi Yaaqub a.s tentang peristiwa yang  berkait rapat dengan peranan seorang musyrif yang telah dicetuskan sejak dari zaman Nabi Musa a.s lagi yang bila mana anak perempuan Nabi Yaqub a.s meminta pertolongan kepada baginda (Nabi Musa a.s) untuk menjadi musyrif  ketika dalam perjalanan.Pada titik tolak inilah sekali lagi pihak KPIPM telah menggariskan,panduan pengkhidmatan musyrif dalam memelihara maruah seorang muslimah.

Selain daripada penunjuk jalan atau penjaga keselamatan individu.Musyrif juga bertindak sebagai pemelihara  keselamatan serta turut menitik beratkan soal maruah sesebuah intitusi keluarga Islam tersebut.Usaha-usaha untuk mempertahankan maruah seorang muslim dan muslimah juga dinamakan jihad yakni satu pekerjaan yang sangat mulia dan diredhai di sisi Allah S.W.T.
 
Bermula dari sekecil-kecil perkara inilah mudah-mudahan kita dapat merealisasikan impian saudara kita yang berada di palestin mahupun Syria yang sedang bergolak untuk membebaskan mereka sekali gus melumpuhkan pihak musuh yang tidak pernah berhenti daripada melakukan kerosakan di bumi Allah S.W.T.Marilah sama-sama kita corakkan keperibadian kita mengikut acuan Islam.

Friday, March 30, 2012

Tazkirah Subuh Esok



Tazkirah Subuh bersama Saudara Muhammad Nur Iman Bin Hj Ir Mohammad Fadzil, Bachelor Accounting and Finance, University Of Warwick, United Kingdom.

Sabtu (Esok) 31 Mac 2012
selepas solat Subuh Berjemaah
Dewan Syeikh Sya'rawi, Wisma Darul Ridzuan A

Semua dijemput hadir.

Ehya' al-Jum'ah : Marahilud Dakwah Menjadi Peringatan Bagi Pendakwah



KAHERAH, 29 Mac - Dalam usaha melahirkan generasi pelapis yang berketerampilan, Keluarga Pelajar-Pelajar Islam Perak Mesir sekali telah mengadakan program Ehya’ al-Jum’ah yang merupakan program mingguan dan melibatkan seluruh mahasiswa anak Perak yang menuntut di bumi Anbiya’ samada pengajian Islam mahupun pengajian sains kesihatan.

Selesai Solat Maghrib berjemaah bertempat di Wisma Darul Ridzuan A program, Ehya’ Jum’ah telah dimulakan dengan alunan qasidah. Seterusnya majlis yang dipengerusikan oleh saudara Mohamad Adil bin Mohamad Fadzil merangkap Biro Dakwah Dan Tarbiah 2011/2012 telah diserahkan kepada saudara Mohd Anas Bin Ridzuan mahasiswa  pengajian cawangan Zaqaziq bagi mengkhalifah bacaan yasin secara beramai-ramai.

Selesai bacaan yaasin, majlis diteruskan lagi dengan tazkirah ringkas yang disampaikan oleh saudara Muhammad Sayuti Bin Ahmad Zawahib sebagai santapan rohani kepada semua hadirin. Beliau telah mengingatkan kepada semua hadirin mengenai tahap kerja-kerja dakwah yang perlu dilakukan oleh setiap individu muslim dalam usaha meletakan Islam itu di tempat yang tertinggi.


Di samping itu juga menyeru kepada semua hadirin supaya mengisi masa yang terluang dengan perkara-perkara yang berfaedah serta merebut ganjaran dengan melakukn amal kebajikan.Majlis Ehya’ Jum’ah diserikan lagi dengan tayangan video pendek dari Biro Pelajaran Dan Ilmiah KPIPM 2011/2012. Tayangan tersebut mengajak kepada melakukan amal makruf seiring dengan nahi mungkar. Tayangan itu juga sekaligus menyeru kepada semua hadirin menjadikan hari jumaat sebagai hari berbahasa arab.

Seruan ini bertujuan untuk menggalakkan semua ahli KPIPM menggunakan bahasa arab dalam pergaulan sesama ahli bagi memantapkan penguasaan berbahasa arab dikalangan mahasiswa Al-Azhar seiring dengan harapan Syeikhul Akbar Doktor Ahmad Taib yang menginginkan semua penutut Universiti Al-Azhar mempu menguasai bahasa arab dengan baik. Selesai solat Isya’ dan solat Hajat berjemaah, semua hadirin bersurai dengan saling bersalam-salaman.


Pada keesokan paginya pula bertempat di Wisma Darul Ridzuan A, program Ehya’ al-Jum’ah diteruskan dengan solat Subuh berjemaah serta pengisian tazkirah yang telah disampaikan oleh saudari Azaidatul Husna Binti Azahar, mahasiswa pengajian perubatan tahun 1 Universiti Al-Azhar.

Manakala bertempat di Wisma Darul Ridzuan B pengisian tazkirah telah disampaikan oleh saudari Nor Fadhilah Binti Mohd Nasir mahasiswi pengajian Islam Universiti Al-Azhar. Program Ehya’al-Jum’ah telah ditangguhkan dengan bacaan surah Ar-Rahman secara beramai-ramai.



Selesaikan Segala Urusan Dermasiswa MAIPk Sebelum 16 April


Makluman kepada seluruh anak Perak yang memohon Dermasiswa MAIPk untuk menyelesaikan segala urusan  berhubung dengannya sebelum tarikh 16 April.

kerjasama daripada semua pihak amat diharapkan untuk melicinkan lagi proses seterusnya.

Sebarang pertanyaan boleh merujuk kepada Saudara Ahmad Shazwan Bin Khalid, Setiausaha Agung KPIPM di talian +20114-5241856 dan Saudari Nurhafsah Binti Awalluddin, Setiausaha HEWI KPIPM di talian +20111-0560554.


Takziah Di atas Kemangkatan Raja Kecil Sulong Perak

Raja Dato' Seri Ashman Shah Mangkat

Ucapan Takziah daripada Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) kepada keluarga Tuanku Sultan Perak di atas kemangkatan puteranya Raja Kecil Sulong Perak, Raja Ashman Shah kerana serangan Asma di kedimannya di Kuala Lumpur lebih kurang jam 1.30 pagi(waktu malaysia)

Yang amat mulia Sheikh Raja telah diputerakan pada 28 Disember, 1958 di Pulau Pinang. Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah St. John, Kuala Lumpur dan selepas itu melanjutkan pelajaran menengahnya di Leys School, Cambridge, London.

Apabila tamat pelajaran di peringkat menengah, Sheikh Raja melanjutkan pelajaranya dalam bidang jurusan ekonomi sehingga mendapat Ijazah Sarjana Muda di Universiti of Nottingham pada tahun 1981. Seterusnya beliau telah melanjutkan pengajiannya di dalam undang-undang dan telah mendapat Sarjana Undang-Undang dari Universiti Cambridge dan di Lincoln’s Inn, London.

Sewaktu beliau sedang menimba pengalaman sebagai chambering student dari tahun 1985 hingga 1986, beliau telah bertemu dengan  Sheikh Muhammad Nazim al-Haqqani.  di London. Kandungan, kaedah dan penyampaian ilmu Islam daripada Sheikh Nazim telah menawan hati Sheikh Raja. Dengan hati yang terbuka dan minda yang cergas, beliau telah memanfaatkan apa yang diperoleh daripada Sheikh Muhammad Nazim al-Haqqani.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan keampunan. Al Fatihah



Thursday, March 29, 2012

Warga Zionis, Tentera Penjajah Ceroboh Ke Al-Aqsa



BAITULMAQDIS - Berpuluh-puluh individu yang terdiri dari tentera penjajah dan warga zionis menceroboh masuk ke perkarangan Masjid Al-Aqsa pagi Rabu, 28/03/2012 melalui Bab Al-Magharibah.

Berhubung kejadian, Yayasan Waqaf dan Peninggalan Al-Aqsa dalam kenyataan rasminya berkata, sewaktu laporan ini diterbitkan, mereka yang menceroboh masuk ke perkarangan Al-Aqsa meninjau keseluruhan kawasan dalam perkarangan Masjid Al-Aqsa, kelihatan sebilangan dari warga zionis turut cuba mengadakan ritual keagamaan Yahudi dalam Masjid Al-Aqsa.

Kejadian ini ketikamana sepasukan tentera penjajah bertebaran di setiap sudut berasingan dalam perkarangan Masjid Al-Aqsa. Namun, pada waktu yang sama puluhan dari penduduk Palestin terdiri dari jemaah dan penuntut program ilmuan di Masjid Al-Aqsa sedang berkawal di pertengahan keadaan yang diselubungi ketegangan.

Hampir 100 orang yang merempuh masuk ke perkarangan Al-Aqsa. Mengulas kejadian ini, Yayasan Al-Aqsa berkata, rempuhan Israel ke Masjid Al-Aqsa ekoran dari peningkatan mendadak rempuhan-rempuhan Israel akhir-akhir ini ke Al-Aqsa, khususnya dari unit-unit perisikan Israel.

Dalam kenyataan itu, Yayasan Al-Aqsa menyeru kepada umat Islam dan kerajaan umat Islam agar melaksanakan tanggungjawab terhadap Masjid Al-Aqsa, qiblat pertama dan BaitulMaqdis, tambahan lagi sering menjadi sasaran perlanggaran.

Wednesday, March 28, 2012

Harga Barangan Malaysia Terkini Dari Biro Ekonomi KPIPM


Persatuan Ulama Antarabangsa Kecam Penafian Perancis Terhadap Syeikh Qaradhawi



Perancis mendapat kecaman sengit dari badan antarabangsa ulama Muslim kerana menolak ulama terkemuka Syaikh Yusuf Al-Qaradhawi masuk ke negara Eropah itu untuk menghadiri persidangan Islam.

"Kami terkejut, dan kami menegur Perancis kerana menolak visa kedatangan Syeikh Yusuf Qaradhawi," kata Syaikh Ali al-Qaradaghi, setiausaha agung Persatuan ulama muslim Antarabangsa (IUMS), mengatakan kepada Agence Perancis Presse (AFP) pada Selasa lepas (27/3) . "Beliau adalah seorang ulama moden yang memberikan sumbangan untuk memerangi ekstremisme dalam fikiran umat Islam."

Syeikh Qaradhawi, presiden IUMS, telah menerima undangan dari Kesatuan Organisasi Islam Perancis (UOIF) untuk melawat Perancis menghadiri persidangan Islam bulan depan. Tetapi Presiden Perancis Nicolas Sarkozy mengatakan bahawa DrYusuf Al- Qaradhawi, yang berpusat di Qatar, tidak akan dibenarkan masuk ke negara itu.

Langkah itu muncul beberapa hari selepas pemimpin Perancis, yang berusaha terpilih kembali dalam pemilihan presiden April-Mei mendatang, mengumumkan tindakan keras terhadap para penkhutbah yang katanya mempromosikan "pandangan radikal".

Syeikh Qaradhawi, salah satu ulama yang paling berpengaruh di dunia, dikenali kerana pandangan moden dan dihormati secara meluas di seluruh dunia.

Dia secara tegas mengutuk semua serangan pengganas di Barat, termasuk 9/11, Madrid dan London, serta bom Bali yang menyasarkan pelancong asing di Indonesia.

Selain itu, ia menyokong pemberontakan Musim Semi Arab di Tunisia, Mesir dan Libya, dan telah melancarkan usaha penggalangan dana untuk pembangkang Syria.

Bekas Datuk Bandar London Ken Livingstone menjelaskan bahawa syeikh Qaradhawi sebagai "Muslim progresif terkemuka" dan menyamakannya dengan reformis Paus John XXIII.


Bekas Ketua Perisikan Mubarak Akan Calonkan Diri Jadi Calon Presiden Mesir



Mantan Ketua perisikan Mesir Omar Suleiman, seorang pendukung rejim terguling presiden Hosni Mubarak, akan mencalonkan diri sebagai presiden dalam pilihan raya akan datang, media tempatan melaporkan Isnin lalu (26/3).

"Omar Suleiman mendekati pertempuran untuk maju menjadi presiden," tulis surat khabar harian al-Ahram, menambah bahawa para penyokong akan mengadakan perarakan ke rumahnya untuk meminta dia menyatakan pencalonannya secara rasmi.

"Saya tidak boleh menolak panggilan dari masyarakat, saya tidak mahu kekuasaan, tetapi akan membuktikan maksud saya untuk melayani negera ini selama sisa hidup saya," kata Suleiman sebagaimana dipetik oleh harian Al-Akhbar.

Mantan ketua perisikan - yang bertanggung jawab atas masalah Israel-Palestin - dilantik menjadi wakil presiden oleh Mubarak beberapa hari sebelum presiden veteran itu dipaksa keluar dari kekuasaannya oleh pemberontakan rakyat.

Setelah menjadi musuh setia Ikhwanul Muslimin, Suleiman memulakan perbincangan dengan kumpulan Islam tersebut selama masa-masa akhir pemerintahan Mubarak pada Februari tahun lalu.

Pendaftaran untuk pencalonan presiden Mesir terbuka sehingga 8 April dengan pusingan pertama pemilihan dijadualkan berlangsung pada tarikh 23 Mei dan 24 Mei.

RIBAT PMRAM Esok Di Dataran Hayyu Asyir


RIBAT PMRAM 

29 Mac 2012 
Dataran Hayyu Asyir 
Solat Subuh Berjemaah & Tazkirah Jemputan 
Oleh : Ustaz Syed Abdul Kadir Aljofree

Wacana Ummat Islam malam ini


WACANA UMMAT ISLAM 
"Gerakan Kebangkitan Pasca Arab Spring"

Menampilkan ahli Panel Hebat :

1. Saudara Abdul Malek Abdul Karim 
Penasihat PMRAM 2012

2. Saudara Mohd Fadhli Ghani
Pakar Sejarah
Pensyarah Nyanyang Technological 
University (NTU), Singapore 

3. Saudara Mohd Nur Iman Ir Fadzil
Tahun Akhir, 
Bachelor Accounting & Finance
University Of Worwick, United Kingdom

28 Mac 2012 
6.00 malam
Rabu
Musalla Rumah Selangor

Semua Dijemput Hadir



Tuesday, March 27, 2012

"Sinergi Cinta" Bakal Menemui Anda

 

Biro Dakwah dan Tarbiah KPIPM akan mengadakan TALKSHOW UBM yang bertajuk "Sinergi Cinta" sempena Majlis Wada' bersama 2 pasangan mutazawwijin yang tidak asing di bumi Mesir.

Ahli panel adalah Shahrizan Mohd Hazime & Huriyyah Abdul Mokti dan Muhammad Mujahid Mohammad Fadzil & Syahidatul Akmal Mohd Dahalan

Program akan berlangsung di Dewan Syeikh Sya'rawi, Wisma Darul Ridzuan A, 31 Mac 2012 (Sabtu) selepas Solat Maghrib Berjemaah.

Jom beramai-ramai datang bagi mengutip mutiara kata sebelum melangkah ke alam perkahwinan.


Monday, March 26, 2012

Doktor Rusia Peluk Islam Di Gaza



GAZA - Seorang doktor warganegara Rusia telah mengistiharkan dirinya memeluk Islam dalam Masjid At-Taqwa di pertengahan bandar Gaza sebaik sahaja solat Isyak, pada Sabtu malam, 24/03/2012. Pengistiharan itu berlangsung di hadapan para jemaah dan pendakwah-pendakwah muslim.

Berikutan pengistiharan, para jemaah di masjid menyambutnya dengan takbir dan tahlil menandakan rasa terlalu gembira dengan pengislaman doktor Rusia.



Sumber : map2street

Agenda Pertemuan Sulit Di Amman Mahu Bunuh Semenanjung Gaza



Paksa HAMAS supaya menyerah dan jalankan agenda Abbas

Sebuah laporan berita yang dinukil dari web berita PALTIMES menyebut agensi berita tempatan Palestin petang ini, 25/03/2012, Ahad telah menerbitkan satu ringkasan agenda pertemuan yang disertai perisikan Mesir, Jordan, Amerika, Israel dan Palestin di Amman(ibunegara Jordan) pada 27/02/2012. Agenda tersebut diutuskan dari Ketua Badan Perisikan Palestin, Majid Faraj kepada pemimpin gerakan FATAH, Mahmoud Abbas.

Dokumen yang disifatkan sulit itu menerangkan persetujuan dari pihak-pihak yang hadir dalam perjumpaan berhubung siri pembalasan dendam ke atas penduduk Palestin di Semenanjung Gaza yang telah diuji dengan kesengsaraan dan perang. Tambahan lagi, tujuan pembalasan dendam ke atas gerakan HAMAS bagi memaksanya tunduk dan menerima syarat-syarat yang ditentukan oleh pihak-pihak luar.

Antara perkara utama yang diperbincangkan dan dipersetujui, iaitu mengetatkan lagi sekatan dan mengenakan tekanan ke atas HAMAS serta menghentikan serangan roket, mengukuhkan lagi jalinan kerjasama keselamatan antara pemerintah Palestin(Ramallah)dengan rejim penjajah dan mencatu kemasukan bahan bakar serta ubat-ubatan ke Semenanjung Gaza.

Salinan agenda pertemuan sulit 



Sumber : map2street

HAMAS : Al-Ahram Mesir Terbitkan Dakwaan Bohong


Jurucakap gerakan HAMAS, Sami Abu Zuhri telah menafikan dakwaan yang dikeluarkan oleh suratkhabar AL-AHRAM Mesir berhubung wujudnya perancangan dari kerajaan Palestin di Gaza menentang Mesir.

Dalam kenyataan rasmi HAMAS hari ini, 24/03/2012, Sabtu, kata beliau, "dakwaan-dakwaan yang dinyatakan di dalam suratkhabar AL-AHRAM mengenai perancangan kerajaan Haniyeh menentang Mesir adalah dakwaan bohong dari pendokong bekas pemerintahan Mesir yang berada dalam editorial suratkhabar AL-AHRAM, terutamanya Ashraf Abul Hul."

Tambah beliau, mana-mana penduduk Mesir mahupun Palestin tidak akan terpedaya dengan dakwaan-dakwaan ini, dan tulisan-tulisan ini merupakan racun yang bersekongkol dengan penjajah menyasarkan gerakan HAMAS serta memberikan gambaran buruk kepada HAMAS. Tidak seharusnya, pena yang dibayar seperti ini masih nikmat melakukan kerjanya selepas berlakunya revolusi, kata Abu Zuhri.

Sumber : map2street

Ringkasan Sejarah dan Fahaman Syiah


 
Menurut etimologi (lughah) Bahasa Arab,Syiah (شيعة) bermaksud :
Pengikut dan pembela seseorang.[1]

Adapun mengikut terminologi (istilah) syariat Islam : Mereka yang berpendapat bahawa SaidinaAli bin Abi Thalib lebih berhak untuk memegang tampuk pemerintahan dan lebih utama daripadasahabat-sahabat lain.[2]

AsalnyaSyiah terpecah daripada Islam disebabkan persoalan Siasah (Politik). Begitulah jugadengan firqah Khawarij[3]namun ketika peristiwa kematian Sayyidina Hussin bin Ali diKarbala[4]pengaruh Syiah makin meluas lalu dikenali sebagai satu fahaman dan mazhabaqidah.

Oleh itupelbagai fahaman dan fatwa ganjil daripada Syiah yang dikeluarkan sehinggamembawa kepada percanggahan dalam masalah aqidah (pegangandan pelbagai masalahfiqh.Asalnya mereka ingin mempertahankan Ahli Bait Rasulullah s.a.w. namun semangatkecintaan tersebut telah diseleweng oleh beberapa ideologi sesat yang telah dibawa masuk.


Antara pendapat ulama’ menyatakanpengasas utama Syiah adalah Abdullah bin Saba’[5]yang berpura-pura menganut Islam semata-mata menjadiduri dalam daging umat Islam.Ini disokong oleh kebanyakan ulama’ Sunni dan Syiah sendiri kerana antara puak-puak Syiah ada yang dinisbahkankepada namanya iaitu puak “al-Sabaiah” (السبائية).


Satu peristiwa terjadi ketika Abdullah bin Saba’ pernah sekali berjumpa dengan Saidina Ali bin Abi Thalib :“Kamulah (Ali) kamulah (Tuhan) , laludiulang-ulang beberapa kali, maka Saidina Ali berkata : Celakalah kamu (dengan perkataanmu itu), Saidina Ali bertanya : Siapakah aku yang sebenarnya? Lalu Abdullah bin Saba’ berkata lagi : Kamulah Allah !!! ”.[6]


Disebabkan perkataan tersebut, maka Saidina Ali telah memerintahkan menterinya untuk membakar golongan Syiah Saba’iah tersebut[7].  Syiah selepas zaman Saidina Ali berpecah kepada empat kumpulan yang terbesar yang akan dinyatakan nanti.


Syiah pada zaman sekarang yang dianggap benar-benar mu’tadil adalah Zaidiah[8].Adapun Imamiah Isna ‘Asyar, ulamak khilaf. Kebanyakan daripada para syeikh Al-Azhar mengambil pendekatan yang wasatiah (pertengahan) mengatakan mereka dikalangan mu’tadil (masih boleh diajak berbincang dalam proses taqrib).

Antara ulama' yang berpendapat sedemikian seperti Syeikhul Azhar Mahmud Shaltut, Mufti Mesir Syeikh Nuruddin Ali Jumaat, Syeikh ‘Atiah Saqar, Syeikh Yusoff al-Qardhawi, Syeikh Ibrahim al-Bayumi dan lain-lain. 

Namun ada juga pendapat yang lebih keras mengatakan Imamiah Isna ‘Asyar ini telah keluar daripada Islam kerana sampai kelampauan mereka kepada sahabat-sahabat Nabi, berpegang kepada pentahrifan(ditokok tambah) Quran, merendahkan martabat Rasul, menolak dan tidak berhujjah dengan sebahagian besar hadith-hadith sahih melainkan yang selari dengan aqidah mereka, mempercayai imam mereka maksum sebagaimana Rasulullah, menyangka imam mereka belum wafat lalu diangkat oleh Tuhan dan akan diturunkan sebagai Imam Mahdi kelak, imam mereka mengetahui perkara-perkara ghaib dan lain-lain. 

Pendapat kedua ini kebanyakannya dipegang oleh ulama-ulama yang berfahaman Salafi antaranya Ibn Taimiyyah, ibn Qayyim al-Jauzi, Abdullah bin Abd Wahab, Mufti Saudi Syeikh Muhammad bin Ibrahim, Syeikh al-Bani dan lain-lain[9].

Namun secara konklusi apa yang pasti, sekiranya kelampauan yang ditunjukkan oleh kelompok Syiah Imamiah tersebut tidak sampai kepada hadghulah[10]maka mereka masih lagi dalam Islam namun dalam keadaan fasiq dan ahli bidaah. Itupan sekiranya mereka tidak memusuhi Ahli Sunnah wal Jamaah lebih daripada mereka memusuhi golongan kafir seperti Yahudi, Nasrani dan selainnya.

Namun apa yang berlaku, kebencian yang amat sangat ditunjukkan dikalangan mereka terhadap Sunni sehingga sanggup bersama melakukan perkomplotan bersama kaum kuffar semata-mata menghancurkan golongan Sunni. 

Inilah yang dirakamkan kebimbangan dan penjelasan oleh Syeikh Said Hawwa dalam buku kecilnya “al-Khomeinisma : Ganjil dari sudut pegangan dan pendirian”.



PUAK-PUAK DALAM SYIAH[11]

1. Imamiah (الإمامية): Dikenali dengan Imamiah kerana menjadikan persoalan Imamah (melantik dan beriman kepada mereka) sebagai perkara Usul dalam agama yang wajib dipercayai. Ianya merupakan puak yang paling utama dalam Syiah.

Dinamakan juga sebagai al-Rafidah (الرافضةkerana “ingkar dan menolak” kelayakan Abu Bakar, Umar dan Uthman sebagai Khalifah selepas kewafatan Rasulullah s.a.w.

Ianya dipanggil juga dengan nama Isna ‘Asyariah (اثنى عشرية) kerana berpendapat bahawa 12 daripada imam-imam mereka maksum[12]sebagaimana Nabi Muhammad s.a.w. (dijaga daripada melakukan dosa, lalai, lupa, tersalah dengan sengaja ataupun tidak sengaja).

12 imam mereka adalah sebagaimana berikut :

1. Ali bin Abi Thalib (al-Murtadha)
2. Hasan bin Ali (al-Mujtaba)
3. Husin bin Ali (al-Syahid)
4. Ali Zainal Abidin (al-Sajjad)
5. Muhammad (al-Baqir)
6. Ja’afar (al-Sadiq)
7. Musa (al-Kazim)
8. Ali (al-Redha)
9. Muhammad (al-Jawwad)
10. Ali (al-Hadi)
11. Hassan (al-Askari)
12. Muhammad (al-Mahdi al-Muntazor)[13]

Syiah Imamiah ini terbahagi pula kepada 15 kelompok :

Muhammadiah, Baqiriah, Nawuusiah, Syumaitiah, ‘Ammariah, Ismailiah, Mubarakiah, Musawiah, Qat’iah, Isna ‘Asyariah, Hasyimiah, Zurariah, Yunusiah, Syaithaniah, Kamiliah.

2. Zaidiah (الزيدية): Mereka adalah pengikut kepada Zaid bin Ali Zainal Abidin bin Husin bin Ali bin Abi Thalib[14]. Beliau terkesan dengan pemikiran Wasil bin Ata’ (pengasas fahaman Muktazilah) dan ulama’ mengklasifikasikan pengikut Zaidiah dalam golongan yang mu’tadil  kerana yang paling hampir kepada Ahli Sunnah wal Jamaah, lebih-lebih lagi dalam persoalan ibadat

Pendapatnya  tidaklah sampai mendewa-dewakan Ali dan mencerca sahabat-sahabat yang lain melainkan hanya mengatakan bahawa Ali lebih layak memegang tampuk khilfah selepas kewafatan baginda Rasulullah s.a.w. daripada Abu Bakar dan Umar. 

Kebanyakan kelompok ini berada di Yaman. Syiah Zaidiah terbahagi kepada 3 kelompok :
Jarudiah, Jaririah, Solihiah.

3. Kaisaniah (الكيسانية): Pengasasnya adalah Mukhtar bin Ubai al-Thaqafi yang merupakan khadam kepada Muhammad bin Ali bin Abu Thalib (anak Saidina Ali dengan isterinya Haulah dari bani Hanifah lalu dikenali Muhammad al-Hanafiah sempena nama kabilah ibunya). 

Adapun Kaisan merupakan khadam kepada Saidina Ali bin Abi Thalib. Setelah kewafatan Ali, dia lalu menjadi khadam  kepada Muhammad al-Hanafiah. Dia bersungguh-sungguh mempertahankan Hasan dan Husin dalam mendapatkan hak kekhalifahan.

Selepas kematian keduanya, mereka pula mempertahankan hak terhadap Muhammad bin al-Hanafiah. Lalu ada dikalangan mereka yang ghuluw(melampau) lalu menjadi buruan pemerintah ketika itu.

Terdapat 2 kelompok daripada Kaisaniah :

1. Yang mendakwa bahawa Muhammad al-hanafiah masih belum mati kerana beliau menyelamatkan diri ke sebuah daerah Radhwa (sebuah kawasan pergunungan) ketika diburu pemerintah kerana disebabkan oleh pengikut-pengikutnya yang melampau. Beliau dipercayai masih lagi hidup dan bersembunyi disana. Beliau akan keluar pada hari kiamat sebagai Imam Mahdi. 

2. Mereka yang memperjuangkan hak kekhilafahan Muhammad al-Hanafiah semasa beliau masih lagi hidup. Dan hak tersebut berpindah-pindah kepada orang lain selepas kematiannya.

4. Ghulah (الغلاة) : Mereka yang melampaui had dalam persoalan aqidah. Bukan sahaja berpandangan bahawa Saidina Ali lebih mulia dan layak daripada sahabat-sahabat lain dalam persoalan Khilafah bahkan lebih agung daripada Rasulullahs.a.w. 

Mereka juga berpendapat Rasulullah s.a.w. hamper sama wajahnya dengan Ali, oleh sebab itu malaikat Jibril tersalah sampaikan wahyu kepada Rasulullah sedangkan asalnya disampaikan kepada Saidina Ali. Ada juga yang menyatakan Jibril sengaja melakukan sedemikian lalu mengkafirkan Jibril.

Mereka percaya kepada konsep perpindahan ruh (tanasukh al-arwah) dari satu jasad kepada jasad yang lain,apabila sesorang melakukan kejahatan maka pada kebangkitan lain ruh mereka akan menjelma dalam keadaan yang menghinakan, jika mereka melakukan kebaikan maka ruh tersebut akan menjelma dalam keadaan yang mulia dan dihormati.

Kerana itulah golongan ini menyatakan bahawa Abu Bakar dan Umar akan dibangkitkan pada dekatnya Kiamat dalam rupa keldai dan baghal dan imam-imam mereka akan menjadi pengembala serta memukul-hinakan Abu Bakar dan Umar ketika itu dalam keadaan keldai dan baghal. 

Mereka sampai kepada batas ketaasuban dan kelampauan sehingga mengatakan Saidina Ali bin Abi Thalib dan imam-imam mereka sebagai Tuhan. Samada Tuhan hulul (menjelma masuk) dalam badan mereka atau mereka bersifat dengan sifat-sifat ketuhanan.

Walaupun mereka mendakwa bahawa pegangan mereka daripada agama Islam namun jumhur ulama’ berpendapat mereka telah terkeluar daripada acuan Islam.

Syiah Ghulah ini terbahagi kepada Saba’iah, Bayaniah, Mughiriah, Mansuriah, Ghurabiah, Khattabiah, Janahiah, Hululiah, Syari’iah, Numairiah.

GERAKAN KEBATINAN  [15]

Banyak daripada kumpulan dan agen parasit daripada luar yang ingin merosakkan Islam. Mereka mula menyerang agama Islam dengan mencipta beberapa ideologi berbentuk harakah batiniah (gerakan kebatinan) lalu diserap masuk kedalam Islam dengan menjadikan cinta kepada Ahli Bait Nabi sebagai hujjah mereka. Ada juga yang menjadikan persoalan falsafah, ilmu kalam, tasawuf ,perbandingan agama dan kebebasan mutlak terhadap manusia sebagai fokus utama dalam menyebarkan fahaman kebatinan ini.

Golongan ini digelarkan dengan nama al-Batiniah (الباطنية) kerana mereka berkata :


“Syariat Allah itu ada lahir dan batinnya, begitu juga dengan ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Nabi Muhammad”[16]

Mereka menggunakan kaedah takwil[17]sebagai manhaj utama menyebarkan fahaman ini.  

Sebagai contoh :

“Sesiapa yang mengetahui makna hakikat ibadah, gugur fardu ibadah daripadanya”. Ini diambil daripada Firman Allahdalam Surah al-Hijr, ayat 99 berbunyi :“Sembahlah Tuhanmu sehingga kamu yakin.”

Mereka bergerak samada dalam keadaan jelas atau tersembunyi dalam mana-mana kelompok. Antara gerakan mereka yang dapat dikenal pasti oleh para ulama iaitu gerakan Yazidiah, Qaramitah, Ismailiah, Druze, Nusairiah, Hashsyasyin, Babiah, Baha’iah, Qadianiah, Hizbul Jumhuri, Ahbash, Ansar, Khumainiah dan Harakah Amal. 

Pengasas awalnya adalah Maimun bin al-Ahwazi[18], Muhammad bin Hussin (al-Dandan)[19] bersama satu kumpulan yang dinamakan al-Jarabijah[20]yang pernah berkumpul sekali dalam penjara di kawasan Iraq, lalu bersepakat mengasaskan gerakan kebatinan. Selepas bebas daripada penjara, mereka mula menyebarkan fahaman dan doktrin-doktrin tersebut yang diceduk daripada Islam, Majusi, Yahudi, Nasrani, Mesir Kuno, Parsi, Yunani, Anamisma dan Buddha.

Gerakan mereka ini terlebih bahaya daripada Yahudi, Nasrani, Majusi dan Dahriah kerana mereka bergerak dengan menyalurkan doktrin mereka secara halus dan dengan penggunaan nama Islam sebagai tipu muslihat. 

Modus operandi sebagaimana dinyatakan oleh Dr. Anwar Hamid Isa ada beberapa peringkat dalam meniupkan ruh tipu daya mereka :

1.  Al-Tafarras :  Memerhati daripada jauh mangsa yang sepatutnya
2.  Al-Ta’nis  :  Mula berdamping dan tunjukkan keramahan untuk berkawan
3.  Al-Tasykik :  Timbulkan persoalan dan keraguan tentang Islam
4.  Al-Ta’liq :  Cuba memberi ulasan dan komentar yang salah tentang Islam
5.  Al-Rabt :  Akan sentiasa cuba berhubung dan menarik dengan lebih rapat
6.  Al-Tadlis :  Meresap-masukkan doktrin-doktrin pelik lalu menipu dan perdaya
7.  Al-Ta’sis :  Mula melakukan proses pembentukan menjadi ahli gerakan bersama
8.  Al-Khulu’ wal Salakh:  Memisah dan mencabut. Mula-mula menjauhkan umat Islam 
 daripada pengamalan spiritual mereka sehari-hari dan seterusnya kepada gugurnya keimanan kepada Allah.


FAHAMAN NUSAIRIAH  (النصيرية) (GERAKAN KEBATINAN)

Salah satu daripada ideologi sesat yang dicipta untuk memesongkan ajaran Islam yang tulen. Mereka adalah pengikut kepada Muhammad bin Nusair al-Basri al-Namiri.[21]

Selepas kematian Hassan al-Askari, Muhammad bin Nusair menyatakan bahawa Hassan al-Askari ada menyembunyikan seorang anaknya (Muhammad al-Mahdi) didalam sebuah bilik bawah tanah. 

Tujuannya adalah mendapatkan nama dengan mengutip zakat daripada orang ramai sebagai pengeluaran zakat untuk disalurkan kepada anak Hassan yang tersembunyi itu. 

Dia menggunakan hujjah البابية dengan menggelarkan dirinya sebagai PINTU atau sebagai orang tengah untuk menyampaikan sesuatu pemberitaan dan menyampaikan sesuatu hajat yang diinginkan oleh masyarakat. Kerana hasratnya ingin menjadi penguasa dengan menggunakan Imam yang Ghaib tersebut, dia akhirnya menggelarkan dirinyasebagai Tuhan.

Kelompok ini juga dinamakan dengan Namiriah, Alawiyun,Hattabun dan lain-lain. Tersebarnya Nusairiah hari ini disekitar pinggir Syria, kepulauan kecil, Lubnan, Iraq dan lain-lain.
Imam ibn Kathir penah menyatakan bahawa kelompok Nusairiah ini menganggap Saidina Ali sebagai Tuhan.Mereka juga mengkafirkan umat Islam keseluruhannya. Mereka telah meruntuhkan masjid-masjid lalu ditukar dan dibina kilang-kilang dan kedai penjualan arak.[22]

Antara aqidah mereka adalah [23] :

1. Menganggap Saidina Ali sebagai Tuhan kerana Allah taala telah hulul (menjelma masuk) ke dalam jasad Saidina Ali, bahkan mereka juga beranggapan bahawa Ali sudah wujud sebelum bumi dan langit belum dicipta.

2. Mereka berpegang dengan konsep ketuhanan Trinity (3 dalam 1) sebagaimana Kristian. Kristian beranggapan adanya Tuhan Bapa, Tuhan Anak, Ruhul Quds (Jibril).

Bagi Nusairiah, mereka beranggapan bahawa adanya tiga gabungan daripada المعنى (Saidina Ali) sebagai Yang Paling Agung dan Berkuasa, الإسم  (Rasulullah s.a.w.) sebagai hijab Nurani dan الباب (Salman al-Farisi) sebagai wasilah untuk menyampaikan kepada hijab Nurani.

2. Menganggap bahawa imam Hassan al-Askari sebagai Nabi yang diutuskan Tuhan. Bahkan mengetahui akan setiap perkara-perkara yang ghaib dan terzahir mukjizat disisinya[24]

Begitulah juga yang berlaku kepada Syeikh-syeikh mereka yang Tuhan hanya khususkan kepada mereka dengan mengetahui setiap maksud batin (tersirat) daripada al-Quran dan Hadith.

Mereka tidak memakai-guna ayat al-Quran secara zahir dan mengubah makna tersebut kepada makna yang tidak layak untuk ditakwilkan.

3. Berpegang dengan konsep Karma sebagaiman agama Buddha yang akan ada perpindahan ruh serta pembalasan amalan dimuka dunia. Ketika itu berpindahnya ruh kepada jasad-jasad manusia lain sebagai balasan baik ataupun buruk. Bahkan ada juga ruh yang berpindah ke jisim-jisim tumbuhan dan haiwan-haiwan.

4. Mengecam bagi sesiapa yang mencela dan menghina Abdul Rahman bin Maljam (pembunuh Saidina Ali) kerana beranggapan telah melakukan kebaikan. Mereka beanggapan, telah menjelma sepenuhnya ruh Allah daripada العالم اللاهوت (alam ketuhanan) kepada العالم الناسوت (alam manusia) untuk menyelesaikan fitnah yang berlaku dikalangan sahabat Nabi ketika itu.

5. Beriman bahawa Saidina Ali mencipta Rasulullah s.a.w. lalu Rasulullah mencipta Salman al-Farisi, lalu Salman mencipta 5 orang yang lain iaitu :

- al-Miqdad bin Aswad : 
mengawasi dan menjadi Tuhan bagi manusia dalam mentadbir mereka
- Abu Dzar al-Ghifari : 
menjadi pemantau peredaran falak, planet-planet dan bintang dilangit
- Abdullah bin Rawahah
penjaga peredaran udara alam dan meniupkan ruh bagi manusia
- Uthman bin Maz’un
mengawal situasi, perihal kelakuan dan sifat manusia
- Qinbar bin Kadan : 
sebagai peniup ruh kehidupan kepada seluruh makhluk Tuhan

6. Beranggapan Saidina Ali tidak mati tetapi naik ke langit lalu bersemayam di bulan, matahari, awan dan lain-lain.Kerana itulah mereka menyembah benda-benda tersebut kerana Ali ada disana.

7. Tidak mengiktiraf pensyariatan Haji kerana pada pandangan mereka, menunaikan Haji ke Mekah merupakan perbuatan kufur dan melakukan penyembahan berhala (dinisbahkan kepada Kaabah).

8. Tidak solat Jumaat, tidak bersuci dengan wudhu’, mengangkat janabah (hadas besar) sebelum menunaikan solat lima waktu. Solat lima waktu mereka tidak perlu berwudu’ dan tidak ada sujud kerana ianya termasuk dalam rukun Rukuk dalam solat.Solat mereka berbeda dengan rakaat yang diamalkan oleh Sunni.

9. Tidak mengiktiraf pensyariatan zakat tetapi mereka mengeluarkan wang saku mereka (untuk menggantikan zakat) dengan memberi cukai kepada Syeikh-syeikh mereka. 

10. Melakukan upacara-upacara kemenyan dan membakar wangi-wangian ketika melakukan upacara sebagaimana yang dilakukan Kristian dan Buddha.

11. Puasa hanyalah menahan diri daripada isteri-isteri mereka sepanjang bulan Ramadhan.
Begitula reality sebenar fahaman Nusairiah, sebuah gerakan kebatinan yang bergerak dalam denyut nadi umat untuk menghancurkannya secara tersembunyi.

Para ulama telah bermuafakat, mereka yang menganut fahaman Nusairiah ini diharamkan berkahwin dengannya, diharamkan makan sembelihannya, dilarang daripada mengkafan, solat jenazah dan dilarang untuk dikebumikan bersama kubur-kubur orang Islam.


 
Namun apa yang kita dapati, apa yang berlaku di Syria sekarang, tampuk kepimpinan negara dikuasai oleh puak Syiah al-Nusairiah ini. Walaupun mereka mengkafirkan kelompok Syiah Imamiah Isna 'Asyar namun kerajaan Iran (yang menganut fahama Syiah Imamiah Isna 'Asyar) tetap menolong mereka dalam memerangi kelompok Ahli Sunnah wal Jamaah di bumi Syria yang mulia.

Mungkin disana kenyataan yang dikeluarkan oleh Yusoff al-Qardhawi dan Syeikh Ali al-Sobuni serta para ulama' yang anti-Asad secara zahir berhujjahkan wajib menentang kezaliman yang dilakukan mereka, namun tidak dinafikan bahawa kebarangkalian besar perkomplotan Iran membantu Syria dengan menghantar tenteranya Hizbullah untuk melepaskan dendam kesumat mereka terhadap kelompok Sunni.

Inilah yang dibimbangkan oleh Syeikh Saied Hawwa selama ini yang melihat sendiri pasca kebangkitan Islam di Iran secararevolusioner ada agenda yang tersendiri. Bahkan beliau sendiri tidak mengiktiraf bahawa kebangkitan yang berlaku di Iran adalah sebuah "kebangkitan Islam" 
النهضة الإسلامية  di akhir zaman.


Wallahu a'lam



Disediakan oleh :

Muhammad Zuhairi bin Zainal Abidin
Felo MANHAL PMRAM 

sumber : pmram.org

LAPORAN | KEJOHANAN PIALA KPIPM DAN PIALA AN-NISA’ 2024

LAPORAN | KEJOHANAN PIALA KPIPM DAN PIALA AN-NISA’ 2024 Biro Tabung Kebajikan, Kesenian dan Riadah KPIPM sesi 2023/2024 KAHERAH, 17 & 18...