Tuesday, June 29, 2010

Daurah Kitab [ Musim Panas ]


Makluman buat semua warga KPIPM, Biro Pelajaran dan Ilmiah akan menganjurkan daurah kitab yang dibuka secara umum. Makluman untuk daurah tersebut seperti berikut :
Tenaga Pengajar : Al-Fadhil Ust Helmi bin Aris
Kitab : Umdatul Ahkam [ Hadis ]
Masa : 7.30 pagi / selepas Solat Isya'
Tarikh : 3 Julai 2010[ Sabtu ] - 13 Julai 2010 [ Selasa ]
Dijemput kepada semua ahli untuk sama-sama bertafaqquh.

Sunday, June 20, 2010

Kenapa Perlunya Persiapan Pemuda Islam?




Ada beberapa gambaran yang berbeza di sekitar tugas seorang pemuda Islam dan
matlamat dari persiapan mereka itu. Apakah matlamat utama dari persediaan pemuda
Islam ini?
Adakah matlamatnya sekadar memelihara dirinya daripada kecundang oleh hawa
nafsu dan dorongan-dorongan fitnah, atau setakat supaya dia menunaikan fardhu-fardhu
wajib yang ditaklif oleh Allah dan meninggalkan segala larangan Allah? Adakah itu
sudah mencukupi?
Atau adakah matlamatnya untuk membekalkan mereka dengan pengetahuan
Islam yang cukup yang membolehkan mereka menulis dan bercakap sahaja?
Dan adakah matlamat persiapan seorang pemuda Islam bagi untuk menjalankan
amal-amal kebajikan, memberikan makan kepada orang miskin, merawat orang sakit
dan bersimpati dengan mereka yang menderita sahaja?
Atau adakah sekadar mempersiapkan pemuda Islam supaya boleh menjalankan
dakwah Islamiah sekadar melepaskan batuk di tangga?
Atau menjadikan mereka itu berada dalam suatu suasana organisasi pemuda Islam
dan cukup setakat itu tanpa mengira samada dia menjadi da'i atau pembimbing sematamata?
Pada hakikatnya kita tidak bebas untuk memilih matlamat-matlamat yang di gariskan
itu, pada masa dunia Islam berada di bawah pemerintahan sistem 'Taghut', dan Islam
berada jauh dari memegang teraju pimpinan.
Sebenarnya, matlamat utama persiapan pemuda-pemuda Islam hari ini ialah
untuk melaksanakan matlamat tercapainya 'Qawamah' (penguasaan) Islam terhadap
masyarakat dan dunia. Ini memerlukan tugas para pemuda Islam bagi memindahkan
pimpinan umat dari tangan jahiliah ke tangan Islam. Dan juga pemikiran,
perundangan dan akhlak jahiliah kepada pemikiran, perundangan dan akhlak Islam.
Amal seperti itu dan apa yang diperlukan olehnya, apa yang berhubung dengannya
dan apa yang bercabang darinya atau apa yang dituntut olehnya dan juga tujuan
terbesar dari persiapan seorang pemuda Islam tadi; perkara-perkara ini hendaklah
dianggap penting oleh para pemuda Islam. Ini adalah wajib dari segi syara' dan ianya
itu tidak akan gugur dari menjadi tanggungjawab mereka sehinggalah Kalimah Allah
lebih tinggi, mengatasi kalimah-kalimah orang kafir.
Tujuan 'manhaj' (method) Islam ialah untuk mengembalikan 'ubudiyah' manusia
kepada Allah dalam segala urusan hidup mereka. Dalam bidang akhlak dan urusan
hidup, dalam bidang undang-undang dan pemikiran mereka. Ini bererti meruntuhkan
asas-asas dan pusat-pusat yang menjadi tempat tegak dan berdirinya masyarakat
jahiliah dan tamaddun materialisme. Di tempatnya pula ditanam asas-asas supaya
tertegaknya sistem Islam.
5
Ini bermakna bahwa tugas dan peranan pemuda Islam ialah melakukan
"Perubahan" dan bukannya menempel atau memperbaiki, dan inilah yang sewajibnya
berlaku.
Tugas ini pada hakikatnya adalah tugas yang berat dan sukar tetapi ianya adalah
tugas yang dituntut; dan tugas selain dari ini tidak mempunyai nilai. Malah tugas yang
lain ini akan mem-bawa bencana yang akan menangguhkan kemahuan para pemuda kepada
perubahan, malah akan membawa kepada perjalanan seiring dengan realiti jahiliah yang ada dan
cuba hidup bersamanya.

Saturday, June 19, 2010

Bukan Zionis Sahaja Musuh ISLAM


Surah Al-A’raf (ayat11-30) tentang kisah godaan pertama Iblis terhadap Adam. Beberapa isu yang dibangkitkan berkaitan peristiwa tersebut ialah;

1-Tujuan Iblis menggoda Adam & Hawa adalah untuk melucutkan pakaian mereka di dalam Syurga kerana pakaian yang menutup aurat adalah salah satu nikmat pertama yang dikurniakan kepada manusia. Oleh itu sesiapa sahaja yang cenderung kepada pendedahan aurat sebenarnya telah tergoda dengan Iblis dan kufur dengan nikmat kemuliaan pakaian.

Firman Allah;[7.20] Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua supaya (dapatlah) ia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka, sambil ia berkata: “Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini,melainkan (kerana Ia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi dari orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam Syurga)”.

Ayat di atas juga menunjukkan bagaimana Iblis yang cuba menggoda Adam telah melakukan research tentang kelemahan Adam. Sudah menjadi sifat manusia inginkan kuasa luarbiasa dan hidup yang berkekalan. Sebagai buktinya, manusia biasa yang tidak mendapat hidayah agama amat risau sekiranya kesan-kesan ketuaan mulai muncul di wajah mereka. Untuk mengelakkan ketuaan mereka sanggup berbelanja ribuan ringgit dan berbuat apa sahaja seperti menggunakan botox, kosmetik surgery dan sebagainya). Di samping itu mereka juga takutkan kematian, jikalau diberikan pilihan, manusia tidak mahu mati sampai bila-bila. Begitu juga dengan kuasa yang luar biasa, saban hari berbagai-bagai watak super hero dicipta sebagai satu cerminan keinginan hidup manusia yang hauskan kuasa seperti para malaikat. Dua kelemahan manusia ini telah dieksploit sebaik mungkin oleh Iblis untuk menyesatkan Adam.

2-Di dalam usaha Iblis untuk menggoda Adam, Iblis telah menggunakan sumpah palsu yang akhirnya menewaskan Adam. Ayat ini juga menjadi dalil mengatakan sesiapa yang menggunakan sumpah palsu untuk mencapai matlamatnya, sifatnya samalah seperti Iblis. Tambah menyedihkan sekiranya sumpah palsu itu biasanya datang daripada ahli politik yang berkemungkinan suatu hari nanti menjadi pemimpin negara kita. Bayangkan bagaiamana sekiranya pemimpin lantikan kita itu sebenarnya suku sakat Iblis.

Firman Allah ;[7.21] Dan ia bersumpah kepada keduanya (dengan berkata): “Sesungguhnya aku adalah dari mereka yang memberi nasihat kepada kamu berdua”.

Oleh sebab itulah sesetengah ahli Sufi berta’awaauz dengan lafaz :Aku minta perlindungan dengan Allah daripada Syaitan yang direjam dan Politik

3-Setelah tewas dengan godaan Iblis, Adam dan Hawa telah menderhakai Allah sebagaimana FirmanNya di dalam surah Taha;20.121]

"Kemudian mereka berdua memakan dari pohon itu, lalu terdedahlah kepada mereka aurat masing-masing, dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun dari Syurga; dan dengan itu derhakalah Adam kepada Tuhannya, lalu tersalah jalan (dari mencapai hajatnya)"

Isu yang berbangkit daripada ayat ini ialah bagaimana Adam disifatkan sebagai derhaka. Musuh Islam galak menggunakan ayat ini untuk mengecam Islam yang berdoktrin dengan kemaksuman para nabi. Kita menjawab, kesilapan Adam itu berlaku sebelum beliau dibangkitkan menjadi nabi. Setelah itu beliau memohon ampunan kepada Allah sebagaimana yang dijelaskan oleh surah al-A’raf:[7.23] Mereka berdua merayu: “Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi”.

Doa Adam ini diterima oleh Allah dan selepas itu barulah baginda dilantik menjadi nabi sebagaimana firman Allah di dalam surah Taha yang berikutnya;[20.122] Kemudian Tuhannya memilihnya (dengan diberi taufiq untuk bertaubat), lalu Allah menerima taubatnya serta diberi petunjuk.

3- Berikutan kesilapan Adam itu, beliau telah diarahkan agar turun mendiami bumi,

Firman Allah;[7.24] Allah berfirman: “Turunlah kamu semuanya, dengan keadaan setengah kamu menjadi musuh bagi setengahnya yang lain, dan bagi kamu disediakan tempat kediaman di bumi, dan juga diberi kesenangan hingga ke suatu ketika (mati)”.

Ayat ini menjadi dalil bagaimana saintifiknya Islam yang hanya mengiktiraf bumi sebagai tempat kediaman manusia. Berbanding agama lain yang dibayangi oleh kepercayaan karut tentang wujudnya alam kayangan yang didiami oleh para dewa.

4-Kisah ini juga menerangkan tentang siapa musuh sebenar manusia yang perlu dihadapi iaitu Iblis dan keturunannya (syaitan). Strategi Iblis untuk menyesatkan manusia muncul di dalam berbagai cara yang kadangkala tidak dapat difahami oleh pemikiran manusia biasa yang jahil. Oleh itu ilmu berkaitan godaan Iblis ataupun ilmu-ilmu agama amat penting dikuasai agar kita tidak terjerumus ke dalam perangkap Iblis. Oleh sebab itu, Ibn al-Jawzi telah mengarang kitab khusus (Talbis Iblis-Belitan Iblis) menerangkan tentang bentuk-bentuk godaan Iblis yang halus dan tersembunyi.

Godaan Iblis begitu kompleks, kadangkala sesuatu perjuangan yang kita lancarkan kepada saudara Islam kita yang berlainan fahaman juga merupakan di antara jarum Iblis yang meresap masuk kepada umat Islam. Seumur hidup mereka habis hanya untuk menyerang musuh mazhab/fahaman mereka. Akibatnya perpecahan sesama Islam berterusan berlaku. Yang jahil masih tetap dengan kejahilan.

Pada masa yang sama musuh-musuh Islam dengan berbagai-bagai pakaiannya berterusan merosakkan umat Islam. Di sini ada beberapa tautan satu link yang sememangnya menjadi musuh umat Islam.

1- http://www.answering-islam.org/Bahasa/index.html
2- http://www.e-bacaan.com

Kita harus bersedia berhadapan dengan musuh sebenar kita, janganlah sempitkan pemikiran kita dengan pergaduhan yang tidak ada kesudahannya sehingga kelihatannya seolah-olah Islam hanyalah berkisar pada isu-isu yang kita bawakan itu sahaja.

Friday, June 18, 2010

Tazkirah : Infaqkan Segalanya Demi ISLAM


Pentazkirah :

Ust Hanif bin Musa ,
Mahasiswa Kuliah Syariah Tahun 3,Universiti Al- Azhar ,Kaherah

Dalam meneruskan kehidupan sebagai seorang hamba Allah ,sayugianya perlu diingati selalu bahawa kehidupan dunia ini bukanlah satu kehidupan yang kekal abadi.Oleh itu sudah pasti akan ada kehidupan yang bisa menjaminkan sebuah kebaikan yang berpanjangan tanpa pengakhiran ,namun begitu didunia inilah perlu dimanfaatkan segala peluang dan ruang agar memperolehi hasilnya kelak.
Diantara peluang yang kita miliki adalah menafkahkan diri,masa dan harta kita untuk Islam yang tercinta .Realiti kini kita sendiri dapat melihat disekeliling kita berapa ramai yang Allah mengurniakan kepada mereka nikmat kesenangan dan kemewahan dalm hidup tetapi terlalu sedikit yang ingin menginfaqkan ke jalan Allah SWT.Perihal ini menyebabkan proses kelansungan dakwah juga tidak mampu berkembang dengan baik dan pelbagai pihak hanya akan menafkahkan sesuatu jika ianya boleh mendatangkan kebaikan juga untuk dirinya .Sebagai contoh apabila dia menyumbangkan sesuatu kepada masjid maka AJK masjid tersebut telah bersetuju menghebahkan siapa penyumbang sekaligus dirinya akan dikenali ramai.
Mentaliti masyarakat Melayu khususnya dan masyarakat dunia amnya kini setiap satu perkara yang dilakukan perlukan ganjaran yang setimpal pada masa itu juga biarpun Allah SWT telah memberi ganjaran pahala dalam setiap amalana yang dikerjakan namun bagi mereka ianya bukan satu benda yang realistik .Oleh kerana itu,tidak ramai yang betul memahami kebaikan dan kelebihan untuk menafkahkan diri untuk Islam itu sendiri.
Seperti kita anak-anak Perak yang bernaung dibawah Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir, tidak lama lagi akan menerima zakat daripada Majlis Agama Islam Perak manfaatkanlah sebaiknya pemberian zakat tersebut .Bantulah sahabat-sahabat kita yang tidak layak menerima zakat dengan menjelaskan Yuran Tabung Ithar .Ini juga adalah satu usaha Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir untuk menggalakkan anak-anak Perak saling bantu membantu juga dapat menafkahkan sedikit nikmat yang diberikan kepada sahabat lain yang lebih memerlukan .

Sunday, June 13, 2010

Senarai Penerima Zakat ( Kumpulan Pertama )


Makluman

Berikut merupakan senarai nama penerima zakat bagi kumpulan pertama yang telah diluluskan oleh Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak bagi tahun 2010. Baki nama pemohon masih dalam proses untuk diluluskan.

Saturday, June 12, 2010

Ziarah Kedutaan ke Wisma Darul Ridzuan.



KAHERAH, 9 Jun – KPIPM berbesar hati dengan kehadiran Encik Saiful Anuar b Mohammad yang mewakili Kedutaan Besar Malaysia ke Wisma Darul Ridzuan. Beliau yang hadir bersama dengan pegawai Rumah Negeri Melaka, Encik Roslan tiba di perkarangan Wisma Darul Ridzuan A sekitar jam 10.00 pagi. Antara motif utama ziarah tersebut adalah untuk membuat pantauan terhadap kedua-dua buah Rumah Negeri Perak selepas selesai proses pembaikan. Yang diPertua KPIPM, ustaz Khairul Ashraf B. Mohd Khir turut mengutarakan beberapa masalah berkaitan dengan pembelajaran dan pelajar semasa sesi perbincangan. Turut bersama beliau adalah Encik Abdul Muhaimin b Abd Majid.

Sunday, June 6, 2010

CAHAYA MATA PERLEMBAHAN NIL


ISKANDARIAH, 6 Jun- KPIPM telah menerima seorang lagi cahaya mata di perlembahan Nil, hasil perkongsian hidup pasangan Ustaz Mohd Farizul bin Apandi bersama Ustazah Atiqah Sulha binti Shahrul Aman. Bayi lelaki itu telah selamat di lahirkan pada 2 Jun 2010, di Hospital Imam.
Kelahiran putera sulung itu pastinya akan menceriakan lagi kehidupan rumahtangga pasangan tersebut yang kini menetap di Iskandariah.
Pihak KPIPM mendoakan agar kelahiran bayi tersebut akan memberikan keharmonian dan seribu satu rahmat kepada pasangan khususnya dan warga KPIPM umumnya.

LAPORAN | KEJOHANAN PIALA KPIPM DAN PIALA AN-NISA’ 2024

LAPORAN | KEJOHANAN PIALA KPIPM DAN PIALA AN-NISA’ 2024 Biro Tabung Kebajikan, Kesenian dan Riadah KPIPM sesi 2023/2024 KAHERAH, 17 & 18...