Saturday, March 28, 2009

YDP Dijemput Memberi Taklimat Kepada Bakal Mahasiswa Azhar

27 MAC, IPOH – Setiap tahun, JAIPk akan menguruskan kehadiran mahasiswa-mahasiswa ke Mesir. Pada tahun ini, JAIPk telah mengadakan sebuah majlis taklimat peringkat pertama bagi pelajar-pelajar lepasan STAM dan SPM untuk menyambungkan pelajaran ke Mesir.

Di kesempatan yang ada, ketika Yang Dipertua KPIPM, Ustaz Muhammad Mujahid bin Mohammad Fadzil sedang berada di Malaysia, beliau telah dijemput untuk turut sama dalam majlis tersebut. Beliau telah diberi ruang untuk menjelaskan serba sedikit tentang keadaan pembelajaran di Mesir, dan beberapa hal berkaitan dengan persatuan.

Kehadiran ibu bapa dan pelajar ketika itu sekitar 120 orang. Us Muhammad Mujahid juga menerima beberapa persoalan yang berkaitan, penjelasan dan sebagainya.

Mengulas tentang majlis taklimat ini, Us Muhammad Mujahid memberitahu kepada wartawan blog, bahawa beliau mengucapkan tahniah kepada mereka yang cenderung untuk melanjutkan pelajaran ke Mesir, terutamanya di bidang agama.

Beliau berkata lagi, kekurangan pelapis ulama’ di Malaysia, khususnya di Perak, seharusnya dilihat sebagai isu yang penting, yang perlu diselesaikan segera. Tambahan pula, mereka yang belajar agama di Mesir ini adalah keluaran Universiti al Azhar.

“Nabi Muhammad SAW sendiri memberitahu bahawa menuntut ilmu agama itu adalah satu kewajipan kepada setiap individu muslim. Kewajipan ini, sama seperti kewajipan kita mendirikan solat. Bagaimanakah seseorang itu dapat mendirikan solat sekiranya tidak berilmu?”, katanya.

Beliau juga mengesyorkan kepada seluruh ibu bapa yang berada di Malaysia, supaya mempunyai keinginan untuk menghantar anak mereka melanjutkan pelajaran ke Universiti al Azhar, atau meneruskan di dalam bidang agama. Ini nisbah pelajar bidang agama ini agak berkurangan sedangkan ia adalah kepentingan yang paling utama.

Thursday, March 19, 2009

Pertemuan YDP dan Pengarah JAIPk


16 MAC, IPOH – Hari ini sebuah pertemuan telah diadakan oleh Yang Dipertua KPIPM, Ustaz Muhammad Mujahid bin Mohammad Fadzil bersama Dato’ Syeikh Mohd Nor Bin Mansur al Hafiz. Pertemuan dibuat sekitar jam 3 petang (waktu Malaysia) untuk membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan dermasiswa untuk mahasiswa Perak di bumi Mesir.

Beberapa perkara telah dibincangkan bagi mendapat penyelesaian bersama. Berdasarkan pertemuan yang dibuat, beliau menyarankan supaya anak-anak Perak di bumi Mesir dapat mendalami ilmu yang terdapat di sini.

YDP menyifatkan bahawa pertemuan ini sangat bermakna untuk mengemukakan beberapa masalah supaya dapat diselesaikan bersama. Beliau juga berharap agar segala cadangan dan masalah ini dapat diselesaikan oleh MAIAMP dengan secepat mungkin.

Saturday, March 7, 2009

Pelbagai Bahasa Dalam Bangsa

Bahasa adalah kunci kepada pelbagai ilmu, samada ilmu dunia ataupun ilmu akhirat. Tanpa bahasa,kita tidak mampu mengungkapkan kata-kata yang bersulam dengan makna dan juga tidak mampu berinteraksi atau berkomunikasi. Tanpa perinteraksian manusia, maka hidup ini tiada maknanya. Begitu mendalam maknanya yang telah Allah semai dalam sanubari kita, agar kita menjadi orang yang bertaqwa dalam pentarbiyahan jiwa, guna sebagai wasilah dakwah islamiah.
.
Oleh yang demikian, ramai dikalangan intelektual telah terpanggil bagi membincangkan soal ini.Antara topik yang diperbahaskan dalam hal ini adalah seperti pelbagai perbahasan dalam ilmu-ilmu lain. Contohnya tarif, pembahagian, pelopor, dan sebagainya. Mereka telah mencuba untuk mendefinisikan bahasa dari beberapa segi. Bahasa didefinisikan sebagai:
.
- Satu sistem untuk mewakili benda, tindakan, gagasan dan keadaan.
.
- Satu peralatan yang digunakan untuk menyampaikan konsep dakwah atau dakyah mereka ke dalam fikiran orang lain.
.
- Satu kesatuan sistem penyampai makna samada positif atau negatif.
satu kode yang yang digunakan oleh pakar linguistik untuk membezakan antara bentuk dan makna.
.
- Satu ucapan yang menepati tatabahasa yang telah ditetapkan (contoh :- Perkataan, kalimat, dan lain lain.)
.
- Satu sistem tuturan yang akan dapat difahami oleh masyarakat linguistik.
Ilmu yang mengkaji bahasa ini disebut sebagai linguistic. Ia bergantung kepada pendekatan seseorang pengkaji.Maka bagi sesetengah pendapat, ilmu linguistik seringkali digolongkan pada ilmu Kognitif, Psikologi dan Antropologi.
.
Wujud pelbagai istilah dalam disiplin kajian Ilmu Bahasa ini. Antara istilah-I stilah yang sering digunakan oleh mereka ialah Semantik, Sintaksis, Fonetik, Etimologi, Psikolinguistik, Neurolinguistik, dan Conlang. Secara tak langsung, maksud bagi setiap pengenalan istilah-istilah diatas adalah seperti berikut:
.
~Semantik : Ilmu yang mempelajari simbol-simbol dan ertinya. Terutama simbol dalam bahasa.
.
~Sintaksis : Ilmu yang mengkaji beza tatabahasa daripada pelbagai bahasa.
.
~Fonetik : Ilmu kajian tentang makhraj huruf atau sumber suara bunyi yang terhasil dan terungkap. -Dilalah lafziah- ilmu ini juga mengkaji tentang simbol gerakan yang terhasil dari tubuh badan manusia. (bahasa isyarat golongan kurang upaya) -Dilalah ghairul lafziah-
.
~Etimologi : Ilmu yang mempelajari asal-usul kata dalam pelbagai bahasa. Ia juga mampu menyenaraikan senarai bahasa yang terlalu tua.
.
~Psikolinguistik : Kajian bagaimana perkembangan bahasa dengan minda kita.
.
~Neurolinguistik :Salah satu ilmu linguistik yang mengkaji perkembangan otak dengan bahasa.
.
~Conlang : Singkatan "constructed language" bermaksud bahasa terencana. merupakan sebuah bahasa yang kosa kata dan tatabahasanya diciptakan oleh seseorang atau sebuah kelompok kecil. Contohnya adalah seperti Esperanto.
.
Oleh :
Biro Pelajaran dan Ilmiah,
Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir
2008/2009

LAPORAN | KEJOHANAN PIALA KPIPM DAN PIALA AN-NISA’ 2024

LAPORAN | KEJOHANAN PIALA KPIPM DAN PIALA AN-NISA’ 2024 Biro Tabung Kebajikan, Kesenian dan Riadah KPIPM sesi 2023/2024 KAHERAH, 17 & 18...