Wednesday, March 10, 2010

Us Mujahid Menjadi Duta PMRAM Ke Syria


5 MAC – Us Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil, Fellow MANHAL PMRAM dan juga Pengerusi Penasihat KPIPM telah dilantik sebagai Duta PMRAM ke Syria.

PMRAM yang selama ini mempunyai hubungan rapat dengan Persatuan Pelajar Malaysia Syria, telah melantik beliau untuk mewakili PMRAM ke sana.

YDP KPIPM, Ustaz Khairul Asyraf bin Mohd Khir berkata bahawa beliau berbangga kerana ahli KPIPM telah mencipta nama di dalam PMRAM untuk menjadi wakil Presiden PMRAM sendiri.

Beliau berharap agar ahli KPIPM dapat meneruskan usaha mereka di bumi Mesir ini dalam menjayakan program PMRAM, dan menjadi seorang mahasiswa yang berketerampilan tinggi.

No comments:

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

TV PMRAM