Wednesday, March 10, 2010

Us Zahid Abu Bakar Dicalonkan Sebagai Badan Pengurus PMRAM


10 MAC – KPIPM sekali lagi berbangga dengan pencalonan salah seorang ahli Perak sebagai salah seorang Badan Pengurus PMRAM. Beliau ialah Us Zahid bin Abu Bakar bernombor keahlian PMRAM 18341.

Pada 1 Mac, salah seorang ahli KPIPM, Us Hanif bin Musa menarik diri daripada pencalonan tersebut. Kemudian SPR PMRAM membuka semula pencalonan tersebut pada 3 hingga 5 Mac lalu.

Namun, penarikan tersebut membuka ruang sekali lagi bagi ahli KPIPM untuk menyemarakkan sokongan kepada PMRAM dengan pencalonan Us Zahid bin Abu Bakar.

Beliau merupakan Ketua Biro Tabung Kebajikan, Kesenian dan Riadhah KPIPM, pernah terlibat secara langsung dalam PMRAM. Antaranya terlibat dalam jawatankuasa Pusat Sumber Tenaga PMRAM (PESAT).

Selain itu, beliau juga bergiat secara sambilan dalam bidang penulisan kreatif dan pernah menerbitkan Antologi Aku Pun Tahu pada Mei 2009.

No comments:

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

TV PMRAM