11 MAC – MESRA 10 yang bakal diadakan anjuran KPIPM yang merupakan program Mega Baru KPIPM pada tahun ini. Ia menggabungkan beberapa program utama KPIPM, iaitu Jaulah AJKT, Muhasabah Separuh Penggal, Mawaddah, Rabi’ Camp dan KPIPM Cup.
Yang Dipertua KPIPM, Ustaz Khairul Asyraf bin Mohd Khir memberitahu bahawa beliau berbangga kerana KPIPM menerima kerjasama yang kuat daripada barisan Adhoc.
Beliau juga mengucapkan terima kasih di atas lontaran-lontaran idea yang bernas daripada barisa Adhoc, untuk membuat satu pembaharuan dalam KPIPM.
Dengan bertemakan “Ukhuwah Menjana Mahasiswa Dinamis”, bakal menghidangkan beberapa aktiviti menarik. Antaranya BBQ, Pertandingan Karaoke, Perlawanan Bola Sepak, Wacana Isu semasa bersama panel-panel terkemuka, dan lain-lain.
Bahkan, pemenang pertandingan karaoke akan ditawarkan membuat tandatangan kontrak dengan kumpulan Nasyid al Muhazzirun KPIPM, dan diminta untuk membuat persembahan pada malam perasmian penutup MESRA 10.
Keistimewaan MESRA ditambah di peringkat HEWI dengan ruangan MESRA Service yang bakal memperlihatkan kelainan dalam program ini.
Salah seorang Adhoc, Ustaz Mohamad bin Dollah, pereka cipta logo MESRA 10, berkata kepada media hari ini bahawa ia mempunyai maksud yang tersirat.
Simbol beberapa orang yang berwarna hitam bermaksud ukhuwah sesama ahli KPIPM, dan gabungan tenaga bersama. Manakala simbol belon cuba menggambarkan keceriaan pesta yang dibuat.
Manakala warna warni yang digunakan bertujuan memperlihatkan kemesraan yang bakal menjadi pembawaan di dalam program ini.
No comments:
Post a Comment