Wednesday, March 17, 2010

Kata-kata Hikmat Dari Kitab La Tahzan


Dari blog : assyakirah.blogspot.com
Ustazah Raden Seri Nabahah

Kata-kata Hikmat

"Kebahagiaan adalah sebatang pohon. Air, makanan, udara dan cahayanya ialah iman kepada Allah dan hari akhirat."


"Maafkan orang yang menzalimimu, hubungkan slaturrahim dengan yang memutuskannya, berilah kepada yang tidak memberi kepadamu dan berlembutlah dengan orang yang menyakitimu, nescaya engkau akan mendapati kegembiraan dan keamanan."


"Bergembiralah dengan pilihan Allah untukmu. Sesungguhnya engkau tidak mengetahui kebaikan, kadangkala kesempitan itu lebih baik bagimu berbanding kemewahan."


"Jauhilah dosa kerana ia sumber kerungsingan dan kesedihan, sebab kepada bencana serta pintu musibah dan krisis."


"Matinya hati dapat diketahui dengan meninggalkan perkara ketaatan, ketagihan perkara dosa, melewatkan taubat, memusuhi manusia, derhaka kepada ibubapa dan menyebarkan rahsia."


"Lazimi Ya Zal Jalal al Ikram dan biasakan Ya Hayyu ya Qayyum, birahmatika astaghith, nescaya akan datang kegembiraan , kelapangan dan ketenangan."

(Dipetik dari buku La Tahzan karangan Dr. 'Aid Al-Qarni)

No comments:

Post a Comment

MAKLUMAN | DIREKTORI AHLI JAWATANKUASA TADBIR, AHLI JAWATANKUASA HEWI & ANGGOTA BADAN PENASIHAT KPIPM SESI 2024/2025

MAKLUMAN | DIREKTORI AHLI JAWATANKUASA TADBIR, AHLI JAWATANKUASA HEWI & ANGGOTA BADAN PENASIHAT KPIP...