Saturday, March 13, 2010

Ramah Mesra YAB Dato Seri Ir Haji Nizar Dan Rombongan


10 MAC – Sebuah program Ramah Mesra diadakan di rumah Perak hasil kunjungan tetamu dari Malaysia. Antara mereka ialah YAB Dato Seri Nizar Jamaluddin ahli parlimen Bukit Gantang, YB Idham Lim ahli parlimen Titi Serong, Ustaz Abu Bakar bin Husein mantan Timbalan Yang Dipertua KPIPM, dan beberapa orang lagi.

Rombongan tiba di Rumah Perak dengan tiga buah kereta, pada jam 7.15 malam dan program dimulakan selepas Solat Isya berjemaah di Rumah Perak.

Setelah selesai slot ramah mesra, ruang soal jawab dimulakan dengan membincangkan beberapa perkara yang penting tentang kebajikan dan ketrampilan mahasiswa dalam pengajian dan akademik.

Program berakhir pada 11.35 malam, dan dihadiri oleh ahli KPIPM dan ahli BKAN lain di rumah Perak, dan disudahi dengan jamuan.

Yang Dipertua KPIPM, Ustaz Khairul Asyraf bin Mohd Khir berkata bahawa KPIPM bersedia menerima sesiapa pun dari Malaysia yang dianggap sebagai tetamu.

Beliau berkata lagi bahawa KPIPM adalah badan kebajikan yang tidak terlibat dengan mana-mana parti politik. KPIPM bersedia menerima tetamu Malaysia secara professional.

Kalau sebelum ini, KPIPM menerima pelbagai kunjungan, antaranya Delegasi Kerajaan Negeri Perak pada Ogos 2009, YB Ghazali yang juga pengarah Yayasan Perak, dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2023/2024 Firman Allah SWT : { فَمَن یَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَ...