Saturday, December 31, 2011

Penghantaran Pelajar Ke Mesir : PMRAM Kecewa Dengan Kenyataan Terbabit



PMRAM kecewa dengan kenyataan yang telah telah dikeluarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu (MAIDAM),Wan Harujan Sulaiman dalam satu keratan akhbar  yang telah disiarkan oleh Sinar Harian yang bertarikh 25 Disember lalu.

Dalam kenyataannya yang bertajuk “ Henti hantar pelajar ke Mesir “  beliau telah menyenaraikan beberapa alasan untuk tidak menghantar pelajar-pelajar Terengganu ke Mesir, antaranya ialah :


1. Sistem pengajian yang ketinggalan
2. Mengikut jejak langkah Yayasan Terengganu
3. Fokus untuk menghantar pelajar ke Jordan
4. Pelajar terlibat dengan aktiviti yang merugikan kerajaan.
5. Keadaan keselamatan yang tidak terjamin
                                                                  
PMRAM beranggapan keputusan tersebut bersifat pra matang dan jelas menunjukkan bahawa pihak-pihak tertentu seolah-olah tidak mengiktiraf peranan dan tanggungjawab yang telah dimainkan oleh Al-Azhar sebagai gedung ilmu tertua di dunia itu yang telah banyak melahirkan golongan-golongan ulama’ dan profesional dalam pelbagai bidang yang bertebaran di seluruh pelusok dunia.

Bukan itu saja, bahkan kenyataan itu juga cukup untuk mengguris jiwa dan mengecewakan perasaan seluruh mahasiswa Islam yang mengikuti dan melalui sistem Al-Azhar itu sejak sekian lama. Pada masa yang sama, kita tidak menafikan Al-Azhar itu mempunyai kekurangan dari sudut kemudahan infrastruktur dan prasarana, akan tetapi dari sudut keilmuan dan metodologi yang diguna pakai di Al-Azhar inilah yang telah menjadi rujukan dan mendapat pengiktirafan daripada pelbagai institusi ilmu dari seluruh dunia.

Selain itu, PMRAM melihat tindakan menghentikan penghantaran pelajar ke Mesir ini adalah suatu tindakan yang kurang tepat jika dikatakan kebanyakkan pelajar terlibat dengan aktivit-aktiviti yang merugikan kerajaan.

 Apa yang ingin kita tekankan di sini, keberadaan pelajar di sini cukup giat dan aktif dengan aktiviti-aktiviti dan program-program yang bermanfaat sebagai contoh keterlibatan mereka dengan persatuan-persatuan anak negeri masing-masing  yang dikenali dengan nama Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN),yang mana perkara tersebut cukup dititikberatkan  oleh pihak universiti di Malaysia bahkan kerajaan Malaysia sendiri mewajibkan pelajar-pelajar terlibat dalam aktiviti ko-kurikulum sama ada di sekolah rendah, menengah mahupun di universiti bahkan perkara tersebut menjadi syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi dan dinilai dalam pasaran kerjaya.

Justeru, PMRAM sebagai sebuah gerakan ataupun persatuan induk mahasiswa/wi Malaysia di Mesir ini memohon kepada pihak-pihak berkenaan supaya menilai, mengkaji dan meneliti semula keputusan yang telah diambil supaya ianya tidak menjejaskan proses penghasilan ulama’-ulama’ dan golongan ilmuan yang bakal mencurah khidmat dan bakti untuk tanah air kelak.

Cukuplah mahasiswa/wi Mesir ditekan dengan pelbagai tohmahan sebelum daripada ini. Isu lemah penguasaan Bahasa Arab, kemerosotan pencapaian akademik dan tidak cukup dengan itu mereka yang ingin menyambung pengajian di Universiti Al-Azhar pula dikenakan imtihan qabul dan sebagainya.

 Mahasiswa perlu diberi kebebasan, peluang dan ruang untuk mereka membuat pilihan dalam menentukan institusi pengajian tinggi mereka supaya perkara tersebut dapat mendorong mereka untuk lebih cemerlang dalam pengajian mereka seterusnya menjadi golongan yang mampu mengubah corak kehidupan masyarakat yang telah terpesong daripada ajaran Islam yang sebenar dan mampu menerajui kepimpinan negera dimasa hadapan.

Abdul Aziz bin Ali,
Timbalan Presiden
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2011.

sumber : pmram.org

Manhal : Sambutan Tahun Baru (1 JANUARI)



Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang masih mengurniakan kepada kita anugerah yang amat besar iaitu nikmat masa agar dengannya kita mampu menjadikannya wasilah kepada Redha dan Maghfirah Allah taala.

ASAS PEREDARAN MASA

Islam menjadikan peredaran bulan sebagai tempoh kepada perkiraan kalendar Hijrah (Taqwim Qamariah). Perkiraan tersebut mula dikira sempena tahun penghijrahan Rasulullah dan para sahabat ke  Madinah lantas terbinalah disana Daulah Islamiah yang pertama. 

Adapun peredaran matahari menjadi perkiraan kepada bulan Masihi iaitu Taqwim Syamsiah. Ianya telah diperkenalkan semenjak zaman pemerintahan kerajaan Rom yang diambil sempena kelahiran Nabi Isa a.s. bermula semenjak 20 abad yang lalu. Namun calendar Masihi yang diguna sekarang adalah yang diperkenalkan oleh Pope Gregory XIII bemula pada tahun 1582 Masihi.

Asas Kalendar Islam dan Masihi ini sebenarnya telah digambarkan al-Quran sebagaimana Firman Allah taala bermaksud:

“Dialah (Allah) yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang benderang) dan bulan bercahaya, dan Dialah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-pindah) pada tempat peredarannya (masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa”.(Surah Yunus : 5)


BULAN MASIHI (1 JANUARI) TARIKH KERAMAT

Tarikh 1 Januari setiap tahun(bulan pertama dalam kalendar Masihi menunjukkan pertukaran tahun baru) pasti akan menjadi sejarah yang tersendiri apabila kebanyakan daripada kita umat Islam juga ada yangmenyambut kedatangannya dengan begitu meriah. Bahkan ianya kadang-kadang melebihi sambutan daripada hari-hari kebesaran Islam itu sendiri.

Sedangkan, kita di ajar untuk mengira peredaran hari menggunakan bulan Islam, ia terlebih baik kerana kebanyakan perkara-perkara tentang agama dikira menggunakan perkiraan bulan samada tempoh hawl bagi pengeluaran zakat, ru’yah hilal untuk berpuasa, tempohquru’ bagi perempuan selepas kematian suami dan dicerai, tempoh menentukan hari raya serta lain-lain lagi tempoh besar dalam Islam.

Justeru, secara umumnya adalah lebih baik untuk kita mengingati bulan Islam ini bagi terus menjaga identiti Islam yang tersendiri.

Apa yang perlu disedari umat Islam, keadaan mereka sebenarnya mengundang kemurkaan Allah taala apabila mereka semakin hari semakin jauh dengan agama. Menyebabkan tindakan segelintir daripada kita tidak menghiraukan bentuk-bentuk pengamalan yang dilakukan sehari-hari mengundang azab Allah taala dengan pelbagai maksiat dan dosa.

Benarlah Firman Allah taala :“Terzahirnya kefasadan di daratan dan di lautan adalah disebabkan perbuatan (mungkar) manusia, Allah menghendaki agar mereka merasakan sebahagian daripada akibat perbuatan mereka moga-moga mereka kembali”. (Surah al-Rum : 41 )


PELBAGAI KEFASADAN BERLAKU

Itulah yang telah berlaku apabila tibanya Tahun Baru Masehi, sambutan tidak lengkap kalau tiadakonsert-konsert hiburan,tari-menari, persembahan gelak ketawa, dendangan lagu,samada di televisyen, radio ataupun di tempat sambutan yang dilakukan di kawasan umum.

Firman Allah taala :“dan barangsiap yang berpaling daripada pengajaran Allah taala, Kami akan benarkan syaitan (menyesatkannya) dan menjadi teman karib mereka, sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang benar , sedang mereka menyangka bahawa mereka mendapat petunjuk”. (Surah al-Zukhruf : 36-37)

Disebabkan itu, sambutan tersebut lebih membawa keburukan apabila berlakunya pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan tanpa ada ikatan mahram yang dibenarkan dengan perbuatan dan percakapan yang hanya akan membangkitkan hawa nafsu sendiri. Kebanyakan daripada anak-anak muda megambil peluang ini untuk keluar bersama bahkan dalam erti kata untuk membuat kemungkaran kepada Allah walaupun mereka tahu ianya dilarang.Sedangkan Allah taala melarang kita daripada perkara tersebut.

Firman Allah taala :“Dan janganlah kamu mendekati zina sesungguhnya ia adalah satu perkara yang keji dan buruk jalannya”.  (Surah al-Isra' : 32)
Lalu apabila jalan dan medan untuk melepaskan nafsu sudah ada, pelbagai lagi kefasadan dikalangan mereka akan berlaku seusai sambutan Tahun Baru. Kes zina, rogol, khalwat dan macam-macam lagi bentuk kemungkaran dapat dilihat membabitkan goglongan muda dan tidak terlepas juga kepada mereka yang kurang iman.

Ianya juga membawa kepada sebuah pembaziran yang tidak terhitung banyaknya, iaitu pembaziran wang kerajaan dengan persiapan yang cukup rapi bagi menjayakan sambutan Tahun Baru tersebut.Allah taala melarang daripada hamba-hambanya daripada melakukan pembaziran yang berlebih-lebihan.

Firman Allah taala :“Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah sahabat-sahabat syaitan, adapun syaitan itu adalah bagi kamu musuh yang nyata”. (Surah al-Isra' : 27)
Ada juga dikalangan mereka yang bersuka ria sampai ke pagi hari denganmakan besar sempena merayakan Tahun Baru, sehingga mabuk meminum minuman syaitan, bejudi dan lain-lain sehingga lupa kewajipan mereka sebagai umat Islam yang sepatutnya.

Sesungguhnya Allah taala ada berfirman :“Mereka menanyakanmu (Wahai Muhammad) tentang khamr (segala minuman yang memabukkan) dan judi, maka katakanlah : Pada keduanya terdapat dosa besar dan beberapa kecil sahaja manfaat bagi manusia, tetapi dosanya lebih besar daripada manfaatnya..” (Surah al-Baqarah : 219)

Ada yang bertindak ganas pada malam ini dengan melakukan tindakan liar dan merosakkan harta benda awam dan harta benda masyarakat awam serta mengancam keselamatan diri dengan pelbagai adegan mencuri, merompak, peras ugut dan lain-lain. Hal ini timbul daripada hawa dan nafsu yangditunas  daripada program-program dan didikan yang tidak syar’ie sebagaimana sambutan yang disajikan dengan lagu-lagu, tari menari dan hiburan melampau apabila tiba sambutan Tahun Baru.

Firman Allah taala dengan tegas melakukan pencabulan hak asasi manusia lain :“Dan mereka-mereka yang menyakiti orang-orang mukmin laki-laki dan perempuan (dalam apa jua bentuk) tanpa ada apa pun kesalahan yang mereka buat, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata”. (Surah al-Ahzab : 58)

Rasulullah juga pernah bersabda  daripada Abdullah bin Amru bin al-Ash r.a. :  “Seorang muslim adalah yang menjaga keselamatan terhadap muslim yang lain daripada lidah dan perbuatannya”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dan janganlah kerana terlalu mengikut dan melayan kehendak hawa nafsu kita sudah hilang pegangan hidup dalam erti kata jati diri seorang muslim sebenar sedangkan kita sudah diberi petunjuk dan peringatan yang jelas.

Firman Allah taala :“Seandainya kebenaran itu mengikuti keinginan (hawa nafsu) mereka pasti binasalah langit dan bumi serta semau yang ada dalamnya, bahkan Kami telah memberikan peingatan kepada mereka tetapi mereka berpaling darpada peringatan itu”.(Surah al-Mukminun :71)


PERBAHASAN TENTANG KEHARUSAN MENYAMBUT SAMBUTAN TAHUN BARU

Tidak dinafikan bahawa terdapat para ulama yang HARAM kan sama sekali sambutan Tahun Baru Masihi dalam apa jua bentukoleh kerana sambutan Tahun Baru tersebut tidak memberi apa-apa makna dalam Islam  yang tidak perlu disambut dan diagungkan.

Bahkan ianya adalah termasuk dalam salah satu perayaan Kristian yang meraikan dan mengagungkan kelahiran Tuhan Jesus mereka (Tuhan Anak dalam pegangan Kristian). Sebab itulah ianya bertentangan dengan syariat Islam dan bersifat syirik seandainya kita mengagungkan perayaan sambutan Tahun Baru Masihi sebagaimana mereka (Kristian). 

Ini adalah sebagai langkah berjaga-jaga daripada menyebabkan pelbagai kemungkaran berlaku secara bermaharajalela didalam masyarakat yang akhirnya membawa kepada kefasadan dan kemungkaran disisi Allah taala. Pendapat ini berhujahkan satu Usul asas dalam Fiqh iaitu : "Saddu al-Zara'ie" iaitu menyekat sebelum sesuatu perkara itu berlaku lebih buruk.

Namun, menyambut Tahun Baru Masehi (yang mengikut kiraan Gregorian calendarciptaan Pope Gregory), ada juga yang berpendapat ia adalah HARUS secara bersyaratdaripada sesetengan ijtihad ulama’serta bergantung kepada cara sambutan dan keraian yang dibuat.

 
Antara syarat-syarat menyambut Tahun Baru Masihi :

1. Tidak menganggap ianya adalah satu upacara keagamaan dan tidak dianggap dianggap sebagai ibadat.

Ini adalah kerana perayaan tersebut sempena kelahiran Tuhan Jesus (pegangan Kristian) dan mereka menganggap merayakannya adalah salah satu daripada upacara ibadat dan penggagungan kepada Tuhan mereka.Ini adalah kerana Allah melarang kita menyembah dan beriktiqad sebagaimana iktiqad-iktiqad yang songsang dan batil.Ini adalah kerana mereka (Kristian) walaupun daripada agama samawi yang dirunkan Allah namun telah dipesongkan. Tapi andainya sekadar menyambut dengan ber mujamalah (dalam bab kesopanan dan kebaikan dalam pergaulan).

Firman Allah :“Katakanlah (Wahai Muhammad) : Wahai orang-orang kafir ! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah !dan aku bukan penyembah apa yang kamu sembah ! dan aku tidak pernah menyembah apa yang kamu sembah ! dan kamu tidak pernah pula menjadi penyembah apa yang aku sembah ! untukmu agamamu dan untukku agamaku”.(Surah al-Kafirun : 1-6)

2. Sambutan dilakukan atas dasar Uruf dan Adat.

Dalam Qawaied Fiqhiyyah ada menyebutkan satu kaedah :“al-Aslu fil ashya’ al-Ibahah”.Maksudnya : “Asal hukum sesuatu perkara itu adalah harus”. Ini adalah mengikut Mazhab Syafie yang mengharuskan hukum sesuatu perkara sehinggalah datang dalil mewajibkan dan mengharamkan perkara tersebut.

Rasulullah ada bersabda : “Halal itu apa yang telah diperkatakan halal oleh Allah dalam kitab-Nya , haram itu apa yang diperkatakan haram oleh Allah itu dalam kitab-Nya, dan apa tidak diperkatakan oleh-Nya,  (tidak dinyatakan halal dan haram secara qati’e) maka ianya dimaafkan perkara tersebut disisi Allah”. (Hadis Riwayat al-Tarmizi)
Dalam kaedah lain pula menyebut :“al-‘Adat al-Muhakkamah”. Maksudnya : “Adat yang tidak bercanggah dengan syara’ boleh menentukan sesuatu perbuatan dan tindakan”.

Begitu juga dalam satu lagi kaedah :" Innama tu'tabaru al-‘Adat iza attaradat aw ghalabat". Maksudnya : “Sesungguhnya sesuatu perkara diiktiraf sebagai adat (yang tidak bercanggah) apabila ianya berterusan dilakukan atau dilakukan oleh majoriti".

Oleh kerana itu, beberapa kaedah diatas menunjukkan bahawa pengaharusan dari sudut hukum untuk kita menyambut perayaan tahun Baru sekiranya ia dianggap sebagai adat dan kebiasaaan setempat mengamalkannya tetapi mestialah sesuai dengan norma-norma Islam.

3. Menjaga isi kandungan majlis, aktiviti dan setiap slot dalam sambutan tersebut sesuai dengan kehendak syara’.

Sesungguhnya manusia dicipta untuk menghambakan diri kepada Allah bukan kepada nafsu sebagaimana Firman-Nya :“Dan tidaklah aku menciptakan manusia dan jin melainkan untuk menghambakan diri kepada-Ku”.Sepatutnya, sambutan tersebut diisi dengan program dan aturcara-aturcara ilmiah yang dapat membangkitkan naluri dan fitrah kemanusiaan kepada pencipta-Nya yang telah menganugerahkan kehidupan kepada mereka dengan pelbagai nikmat-nikmat.

Firman Allah taala :“Sekiranya kamu menghitung nikmat-nikmat Allah maka nescaya tidak akan terhitung banyaknya”. (Surah Ibrahim : 34)

Samada disusun sebagaimana agenda nasyid, sajak, lakonan pentomen, ucapan tazkirah, doa dan lain-lain agar sentiasa melazimi kebaikan dan tolong menolong melakukan kebajikan samada dikalangan muslim mahupun non-muslim.

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah pernah bersabda :“Sesiapa yang menyeru kepada hidayah Allah maka baginya pahala sebagaimana pahala orang yang melakukannya, tidak akan dikurangkan pahala tersebut walaupun sedikitpun”. (Hadis Riwayat Muslim)

Apa yang disarankan oleh Rasulullah kepada umatnya agar kita sentiasa berada dalam nikmat Allah yang banyak itu dengan bersyukur dan sentiasa merenung kepada pemberian tersebut agar hati-hati kita jinak dengan setiap qada’ dan qadar Allah taala. Bahkan antara banyak-banyak doa yang Nabi tuturkan adalah doa memohon kebaikan di dunia dan di akhirat dalam apa jua bentuk pengamalan yang dilakukan.

Daripada Anas bin Malik :“Adalah yang paling banyak Nabi berdoa : "Allahumma atina fiddunia hasanah wa fil akhirati hasanah waqina azabannar (Ya Allah ! Berikanlah kami kehidupan didunia akan segala kebaikan dan kehidupan di akhirat juga segala kebaikan serta jauhilah kami daripada neraka-Mu)”. (Hadis Riwayat Tarmizi)

4. Menjaga batas-batas pergaulan antara yang bukan mahram.
Apa yang penting dalam setiap majlis dan program-program yang dilakukan mestilah cuba sedaya upaya untuk menjaga batasan pergaulan. Namun secara kebiasaannya dalam majlis yang besar seperti sambutan Tahun Baru ini, pastinya pelbagai jenis manusia yang hadir dari seluruh pelusuk  dan ceruk muka bumi untuk meraikannya. Samada daripada mana-mana darjat, kedudukan, umur, jenis, agama dan lain-lain.
Oleh itu perlulah sentiasa mengambil ihtimam (mengambil berat) dengan menjaga etika dan sosio pergaulan agar ianya sentiasa dalam landasan syara’. Kerana sudah pastilah dalam medan yang dipenuhi manusia, pelbagai kelakuan yang buruk akan berlaku andainya tidak dijaga. Mestilah sentiasa menjaga pandangan, pendengaran, percakapan dan adab pergaulan.

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah pernah bersabda :“Telah tertulis keatas tiap-tiap anak Adam akan bahagiannya daripada perbuatan zina samada dalam keadaan sedar tentu sahaja : Mata, kedua-duanya berzina dengan cara penglihatan, Telinga, kedua-duanya berzina dengan pendengarannya, Mulut berzina dengan kata-katanya, Tangan, kedua-duanya berzina dengan kekerasan”. (Hadis Riwayat Muslim)

Moga dijauhkan kita semua daripada segalanya itu.

5. Mengharapkan Berkat dan Rahmat daripada Allah taala.

Ketika inilah kita mengambil peluang daripada perhimpunan secara langsung tersebut dengan mengajak seluruh manusia kepada kesatuan dan saling nasihat menasihati dalam pekerjaan agama.

Firman Allah taala : "Bertolong-tolonglah kamu semua kepada kebajikan dan mendapatkan taqwa , janganlah kamu bertolong-tolong kepada kejahatan dan permusuhan ". (Surah al-Maidah : 2)

Sabda Rasulullah daripada Abi Ruqayyah Tamim bin ‘Aus al-Darriyyi :“Agama itu adalah Nasihat”. Kami bertanya : “Kepada siapa?”, Lalu Rasulullah berkata : “Kepada Allah, Kitab-Nya, Rasul-Nya, pemimpin-pemimpin orang Islam dan kepada rakyat secara keseluruhan”  (Hadis Riwayat Muslim)

Bahkan kita mengaharapkan dengan segenap pekerjaan dan tanggungjawab kita sehari-hari samada dalam persoalan agama, keduniaan, kepentingan negara, kemasyarakatan, ekonomi, kebudayaan, pendidikan dan lain-lain adalah untuk mendapatkan berkat dan rahmat daripada Allah taala.

Firman Allah taala : “Dan sekiranya penduduk sesuatu negeri itu beriman nescaya kami akan bukakan (anugerahkan) bagi mereka berkat-berkat daripada langit dan bumi”. (Surah  ).

Kita takut sekiranya majlis dan sambuta Tahun Baru tersebut dilakukan bukan kerana Allah bahkan kerana hawa nafsu dan untuk berseronok dengan perkara dunia yang sia-sia maka Berkat dan Rahmat Allah tidak akan turun kepada kita bahkan azab Allah itu mendahului kepada seluruh negeri.

Firman Allah taala : “Peliharalah diri kamu daripada dari siksaan yang tidak hanya menimpa orang-orang yang zalim sahaja dikalangan kamu, ketahuilah bahawa Allah teramat keras siksaannya”. (Surah al-Anfal : 25)

KESIMPULAN

Semoga Tahun Baru yang akan disambut malam nanti adalah sebagai satu muhasabah kepada amalan-amalan yang dilakukan sebelum daripada ditahun-tahun yang terdahulu dagar kita mampu sentiasa meningkkatkan potensi diri daripada buruk kepada yang baik, dan daripada yang baik kepada yang lebih baik dan terbaik. Jadikan Tahun Baru ini momentum kepada sebuah tindakan kerja dan aktiviti seharian agar mengikut kehendak dan landasan Islam yang sepatutnya.Ikhlaskan niat, kenali diri, spesifikkan azam, perbanyakkan amalan, anggarkan keberjayaan, ransang tindakan kearah kebaikan dan positifkan keadaan kerana kita adalah hamba Allah yang Maha Esa. Kerana sesungguhnya masa itu adalah amat berharga kepada kita sehinggakan Allah taala sendiri yang menukulkan dalam Firman-Nya :

“Demi Masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh, dan berpesan-pesan kepada kebaikan serta  berpesan-pesan kepada kesabaran”. (Surah al-Asr : 1-3)
Wallahu Waliyyu al-Taufiq



Disediakan oleh :
Muhammad Zuhairi bin Zainal Abidin
Felo MANHAL PMRAM

Sumber : manhal pmram

Ukhwah Ikatan Rabbani



Dengan nama ALLAH yang Amat Pemurah lagi Amat Penyayang. Setinggi kesyukuran dihadapkan kepada ALLAH Taala atas kurniaan nikmat iman, islam dan masih diberikan nikmat nyawa untuk terus menghembuskan nafas-nafas Islam untuk menyampaikan dakwah. Dalam menyampaikan dakwah-dakwah Islam kita diseru untuk lakukannya secara berjemaah kerana disitu akan wujudnya kekuatan.

Antara tunjang kekuatan dalam berjemaah ialah Ukhuwwah. Inilah antara agenda utama apabila Rasulullah sampai ke Madinahal-Munawwarah iaitu membina ikatan ukhwah antara Muhajirin dan Ansar.

Firman Allah Taala yang bermaksud :

"Sesungguhnya orang-orang Mukmin adalah bersaudara" (al-Hujurat : 10)”

 Apakah itu ukhwah? Ukhwah ataupun persaudaraan menurut  Imam Hassan Al-Banna ialah hati-hati dan roh-roh yang dihubungkan dengan ikatan akidah. Akidah adalah hubungan yang paling ampuh dan berharga. Persaudaraan adalah saudara iman dan perpecahan adalah saudara kufur. Kekuatan yang pertama ialah kekuatan perpaduan. Perpaduan tidak akan wujud tanpa kasih sayang. Rasa kasih sayang yang paling rendah ialah berlapang dada (bersikap terbuka) dan paling tinggi ialah mengutamakan orang lain.

Ukhwah Islamiyyah berkonsepkan persaudaraan atau kasih sayang yang bermatlamatkan mardhatillah di mana ia merupakan kurniaan atau pemberian daripada Allah Taala. Dialah yang  melontarkan kepada hati-hati hambaNya yang ikhlas dan suci.

Firman Allah swt yang bermaksud:

“Dan Dialah yang menyatukan di antara hati mereka (yang beriman). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu padukan di antara hati-hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatupadukan di antara (hati) mereka. Seungguhnya Ia Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana” (Al Anfaal ayat 63)

Ukhwah merupakan nikmat dari kekuatan iman dan ketakwaan yang melahirkan perasaan kasih sayang yang mendalam, rasa saling percaya mempercayai dan hormat-menghormati, sesama insan yang terikat dengan akidah Islamiah. Kesinambungan daripada perasaan ini melahirkan keikhlasan yang tidak berbelah bahagi untuk saling tolong-menolong, berkasih sayang, saling memaafi, setia kawan, dan sikap mulia lainnya. Tidak akan ada ukhwah tanpa iman dan takwa dan begitu juga sebaliknya.

"Dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerananikmat itu, sebagai orang-orang yang bersaudara" (Ali 'Imran: 103)



APA YANG DIPERLUKAN DALAM UKHWAH?

Dalam berukhwah hendaklah mengikuti beberapa syarat yang digariskan oleh Islam, antaranya ialah:

1.       Ikhlas

Ukhwah hendaklah dibina berlandaskan keikhlasan semata-mata kerana Allah Taala. Ukhwah yang dibina dari keikhlasan bebas dari sebarang elemen atau sifat kepentingan peribadi atau kerana kepentingan seseorang.

Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Suatu hari, seseorang melakukan perjalanan untuk mengunjungi saudaranya yang tinggal di suatu kampung. Maka Allah mengutus seorang Malaikat untuk mencegat di suatu tempat di tengah-tengah perjalanannya. Ketika orang tersebut sampai di tempat tersebut, Malaikat bertanya: “Hendak ke mana engkau?” Ia menjawab: “Aku hendak mengunjungi saudaraku yang berada di kampung ini.” Malaikat kembali bertanya: “Apakah kamu punya kepentingan duniawi yang diharapkan darinya?” Ia menjawab: “Tidak, kecuali kerana aku mencintainya kerana Allah.” Lantas Malaikat itu berkata (membuka identitinya): “Sesungguhnya aku adalah utusan Allah yang dikirim kepadamu untuk menyampaikan bahawa Allah telah mencintaimu seperti engkau mencintai saudaramu.”
(hadith riwayat Muslim)

2.   Disertai dengan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah Taala.

Seseorang Muslim mestilah memilih sahabatnya yang soleh dan bertaqwa supaya dapat membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada dirinya kerana seorang sahabat diumpamakan seperti cermin yang dapat dilihat padanya kecantikan dan kejelekan.  Nabi Muhammad Shollallahu  ‘alaihi wasallam telah menjelaskan akan kepentingan memilih sahabat yang baik sebagaimana yang disabdakan baginda yang bermaksud:


“Perumpamaan orang yang berkawan antara orang yang baik dengan orang yang jahat adalah seperti seseorang yang membawa minyak wangi dan seorang yang meniup dapur tukang besi. Orang yang membawa minyak wangi, mungkin dia akan memberikan kepadamu atau mungkin kamu akan membeli daripadanya dan mungkin kamu akan dapat bau yang harum daripadanya. Manakala orang yang meniup dapur tukang besi, mungkin beliau akan membakar pakaianmu, atau mungkin kamu akan mendapat bau yang tidak elok (daripada besi tersebut).”  
(Muntafaq ‘Alaih)

Namun yang demikian bukanlah bererti seseorang yang soleh tidak boleh untuk bergaul dengan yang kurang baik atau kafir tetapi haruslah memelihara diri dari terpengaruh dengan perkara-perkara yang tidak baik bahkan jadikan mereka sebagai mad’u untuk kita kembalikan mereka kepada jalan Allah Taala.

3. Mereka yang berukhuwwah mestilah melazimi diri dengan manhaj Islam

Syarat yang seterusnya bagi mereka yang berukhwah ini mestilah melazimi diri mereka dengan peraturan ataupun manhaj Allah Taala sebagaimana yang terdapat di dalam ajaran Islam. Sumber penyelesaian pertikaian ataupun masalah mesti dirujuk kepada al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah Shollallahu  ‘alaihi wasallam.

Sebagaimana sabda Nabi Shollallahu  ‘alaihi wasallam yang bermaksud: “Dan dua orang lelaki yang berkasih sayang kerana Allah, berkumpul keranaNya dan berpisah keranaNya”.

Jika disoroti kepada perjalanan hidup para sahabat, apabila mereka bertemu mereka tidak berpisah sehinggalah salah seorang daripada mereka membaca Surah al-Asr dan mengucapkan salam sesama mereka. Ini adalah di antara contoh yang menunjukkan bahawa mereka berkasih sayang berteraskan manhaj Islam dan di atas dasar keimanan serta amal soleh.

4.      Mempraktikkan amalan nasihat-menasihati

Sebagaimana yang difirmankan oleh Allah Taala di dalam Surah al-Asr yang bermaksud :

“Demi masa, sesungguhnya manusia berada di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. Dan mereka berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan pada kesabaran (di atas kepahitan kebenaran)”

5.       Saling tolong-menolong dalam susah atau senang.

Di dalam Islam, persaudaraan adalah sesuatu yang amat penting sebagai asas kepada perjuangan. Rasulullah Shollallahu ‘alaihi wasallam dan para sahabat telah menunjukkan contoh yang terbaik di dalam membantu dan menolong sesama mereka. Sabda Rasulullah Rasulullah Shollallahu ‘alaihi wasallam yang bermaksud:

“Perumpamaan orang mukmin itu dalam perkara berkasih sayang dan saling cinta-menyintai adalah seperti sebatang tubuh. Apabila salah satu anggota tubunhnya berasa sakit, maka seluruh anggota tubuh yang lain turut merasai akan kesakitannya”  (Muntafaq ‘Alaih)

Ibnul-Mu'taz pernah mengungkapkan : "Siapa yang menjalin persahabatan, nescaya sahabatnya itu akan menjadi penolong baginya."

Yang demikian itu adalah di antara syarat-syarat yang digariskan dalam satu hubungan persaudaraan yang di bina agar ianya menjadi satu ikatan akidah yang berkekalan.



HAK-HAK DALAM BERUKHWAH

Dalam berukhwah juga perlu diingatkan bahawa ianya mempunyai hak-hak yang perlu ditunaikan dalam memastikan ukhwah itu berkekalan antaranya ialah :

a. Memberi salam
b. Menjawab salam
c. Menziarahi sahabat yang sakit.
d. Mengiringi jenazah
e. Memenuhi undangan.
f. Mendoakan sahabat ketika bersin.
g. Menolong mereka yang dizalimi.
h. Memberikan perhatian kepada nasihat yang diberikan.
i. Menolong mereka yang kesusahan.

Saudara Muslimku yang dikasihi Allah Taala, pergaulan baik adalah faktor penyebab kekalnya ukhuwah. 

"Pergaulan baik" merupakan ungkapan yang menghimpun seluruh sarana yang dapat meningkatkan hubungan antara diri kita dan sahabat. Dapat pula diertikan sebagai akhlak mulia yang ditunjukkan oleh Rasulullah shollallahu 'alaihi wa sallam dalam wasiatnya:

“Bertakwalah kepada Allah dimana saja engkau berada. Ikutilah kejelekan itu dengan kebaikan, nescaya kebaikan tadi akan menghapus kejelekan, dan berakhlaklah kepada manusia dengan akhlak yang baik.”

Banyak sekali ungkapan ulama-ulama terdahulu yang membicarakan tentang pergaulan
baik dan kewajiban seseorang terhadap sahabatnya.

Abu 'Atahiyah berkata: Ali Ibnu Haitsam ditanya, "Apa kewajiban seseorang terhadap
sahabatnya?" Ia menjawab: "Menyimpan rahsianya, simpati ketika dalam kesusahan, dan
memaafkan kesalahannya."

Seorang dari suku Quraisy berkata: "Bergaullah dengan manusia sehingga jika engkau
jauh, mereka merindukanmu, dan jika engkau mati, mereka menangisimu."

Ini merupakan ungkapan yang amat berharga, membuka peluang seluas-luasnya untuk terus berpacu dan berijtihad dalam mencari sarana-sarana yang dapat merealisasikan pergaulan
yang baik.

Adapun dalam melayari bahtera persaudaraan ini akan ada pasang surutnya tetapi sebagai muslim yang berpegang dengan  Al-Quran dan As-Sunnah perkara ini adalah ujian bagi penguat ukhwah itu sendiri dan untuk menghadapinya perlu mengenal pasti virus-virus atau noda-noda perosak ukhuwah  yang harus di hindari tidak lebih dari usaha agar mampu mewujudkan pergaulan yang baik di antara kita.


VIRUS DALAM BERUKHWAH 

Antara virus-virus ukhwah ialah :

1.  Tamak akan kenikmatan dunia.
2.  Lalai menjalankan ibadah dan melanggar tuntutan agama.
3.  Tidak santun dalam berbicara
Contoh : berbicara dengan nada suara yang tinggi atau menggunakan kata-kata yang kasar
tidak mendengar sarannya, enggan menatapnya ketika berbicara atau memberi salam, tidak
menghargai keberadaannya
4.   Sikap acuh
5.   Mengadakan berbicaraan rahsia
6.   Keras kepala dan enggan menerima nasihat
7.   Sering berbantah, bersikap sombong dan kasar
8.   Memberi teguran di depan orang lain
9.   Mudah percaya terhadap hasutan orang yang mengadu domba dan berdendam dengki
10. Membuka aib


Kesimpulannya, setelah mengetahui syarat-syarat yang diperlukan dalam membentuk ikatan ukhwah, hak-hak yang perlu ditunaikan untuk memastikan ukhwah berpanjangan dan noda-noda ukhwah yang harus dijauhi dalam pembinaan ukhwah itu, perkara-perkara ini harus dipraktikkan dalam kehidupan muslim itu bukan hanya dijadikan teori yang hanya ditatap tanpa tindakan.


Wallahu ‘alam.


Disediakan oleh :

Nuraini binti Abdullah
Timb. Pengerusi HEWI
Keluarga Penuntut Terengganu,
PMRAM Cawangan Terengganu.


Disemak oleh :
Felo MANHAL PMRAM

Sumber : manhal pmram

BTKKR : Islam Dan Kesihatan


Islam merupakan satu agama yang merangkumi semua aspek kehidupan . Ini termasuk penjagaan dari sudut kesihatan yang mana Islam amat menitikberatkan kesejahteraan tubuh badan sebagaimana Islam menjaga jiwa dan akal . Justeru itu kita amat dituntut supaya menjaga kesihatan kerana ‘sihat’ merupakan anugerah berharga dari Allah . Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud :

“Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab untuk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu” (hadis riwayat bukhari)

Apabila kita membicarakan mengenai kesihatan, pastinya riadhah adalah pilihan utama kita untuk menjadi seorang individu yang sihat tubuh badan .

 Namun perlu juga diingatkan disamping kita menjaga anugerah kesihatan yang diberikanNya, kadangkala kita akan diuji dengan sedikit kesakitan . Ini kerana , fenomena pemakanan hari ini yang tidak berapa sihat walaupun sedap, ditambah pula dengan pencemaran udara dan lain-lain , maka jika pun beriadhah ia boleh juga menyebabkan tidak sihat.

Akhirnya ,jika kita dalami dengan sebenar-benarnya , kita akan merasakan “sesungguhnya perlindungan yang boleh menyembuhkan serta yang melindungi dari bahaya penyakit itu hanyalah Allah sahaja”.



gambar hiasan

Oleh itu , disamping kita menjaga pemakanan, emosi dan lain-lain , kita juga perlulah berusaha beribadah dengan sebaik mungkin juga memanjatkan doa kepada Allah s.w.t dan ia perlulah dilakukan dengan seikhlas dan sekhusyu’ yang mampu . Kita juga boleh merujuk kepada mereka yang pakar dalam bidang perubatan berdasarkan sabda Nabi s.a.w yang bermaksud :

“Jika sesuatu urusan itu berkait dengan hal-hal keduniaan , maka kamulah yang mengaturnya dan jika ianya berkait dengan hal-hal keagamaan maka rujuklah kepadaku”. (hadis riwayat Ahmad dan Muslim)



Friday, December 30, 2011

Adakah Kita Golongan Yang Bekerja



 


Adakah Kita Golongan Yang Bekerja

Golongan Yang Beralasan

            Soalan ini biasanya lahir dalam bentuk sindiran atau rasa curiga daripada mereka yang berada dalam jamaah. Soalannya : Adakah jamaah ini jamaah yang praktikal? Atau adakah anggota jamaah ini adalah orang-orang yang praktikal juga? Orang yang bertanya ini mungkin terdiri daripada salah satu kumpulan manusia berikut :-

Pertama       :Seorang yang tidak bertanggungjawab dan hanya mementingkan   diri sendiri.

Kedua           :Orang yang hidup dalam dunia sendiri, mereka tiada tujuan, tiada  wawasan dan tiada      pegangan.

Ketiga           :Orang yang gemar bermain bahasa, suka melahirkan kata-kata yang berbelit dan cenderung melahirkan ucapan yang hebat-hebat supaya para pendengar akan memuji mereka sebagai orang yang bijak.

Keempat      :Orang yang mahu melemahkan semangat orang yang menyeru mereka supaya kelemahan pendakwah ini nanti akan menjadi alasan untuk mereka terus berpeluk tubuh, culas dan menjadi sebab untuk tidak             beramal. Golongan-golongan ini ibarat seorang lelaki yang menyiapkan pedang yang tajam, tombak yang berkilauan dan pelbagai senjata lain kemudian setiap malam melihat kesemua senjata ini sambil menunjuk rasa kesalnya kerana tiada seorang musuh pun di hadapannya untuk dia memperlihatkan kehebatan dan keberaniannya.

Inilah yang diungkapkan oleh seorang penyair :

Apabila si pengecut bersendirian di tengah medan ia akan mencabar mengangkat senjata   menuntut peperangan.
Ayuh bekerjalah!!! Hanya orang pengecut dan pemalas sahaja yang beralasan..

Golongan Yang Bersungguh Dalam Bekerja
            Manusia seperti ini yang diibaratkan umpama permata yang berharga, semangat mereka tinggi, jiwa mereka suci, mereka mahu dan sentiasa bersedia untuk bekerja.
            Mereka berada di barisan hadapan sebuah Jamaah yang bangkit mengajak manusia supaya bekerja dan bergabung bersama mereka, bekerja dalam kumpulan mereka menuju ke matlamat yang menjadi harapan dan impian setiap muslim dan mukmin.
            Golongan seperti ini telah melalui pengalaman yang banyak namun tidak pernah berputus asa. Mereka bekerja setiap masa sehingga beroleh apa yang diidamkannya.
            Oleh itu, kita mestilah bersungguh-sungguh dalam bekerja sekalipun pernah terkandas, sekali jatuh, tidak selamanya jatuh, sesungguhnya Allah s.w.t suka apabila hambanya melakukan pekerjaan dengan bersungguh-sungguh.

Hukum Berkerja Dalam Jamaah

Terdapat dalil yang menyatakan kewajipan bekerja di dalam jamaah seperti berikut :
            “ Dan berpenganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu   bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu. Lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah, orang-orang yang berusaha : dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah  menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu, agar kamu mendapat pertunjuk.”
                                                                                      (Surah Ali-Imran :        103)

Hablullah (tali Allah) di sini ialah Al-Quran. Pendapat ini diriwayatkan oleh Saidina Ali r.a dan Abu Sa’id Al-Khudri r.a daripada Rasulullah s.a.w dan juga riwayat Mujahid dan Qatadah. Ayat di atas memberikan maksud Hablullah ialah kebenaran yang diikuti oleh Rasulullah s.a.w. menurut riwayat Ibnu Mas’ud maksud Hablullah ialah jamaah.

Imam Al-Qurtubi berkata :

            “ Kesemua makna itu hampir sama. Sesungguhnya Allah s.w.t memerintahkan (umat Islam)    supaya bersatu padu dan melarang mereka dari perpecahan. Sesungguhnya perpecahan adalah     kemusnahan dan Jamaah adalah kejayaan. Semoga Allah merahmati Abdullah bin Al-Mubarak yang menyebut : “ Sesungguhnya jamaah adalah hablullah. Justeru itu berpeganglah kalian semua         dengannya, dengan ikatan yang kukuh bagi sesiapa yang patuh ”                                                                                                     
                                                                                                                                - Tafsir Qurtubi -

Al-Jasas pula berkata :

            “ Ia adalah perintah supaya bersatu-padu dan larangan dari berpecah belah. Mereka semua diperintahkan supaya melazimi perpaduan dan bersatu diatasnya. ”             
                                                                           - Abu Bakar Al-Jasas(Ahkam Al-Jasas) -

“ Sesungguhnya meninggalkan sikap saling membantu dalam mengembalikan agama Allah ke alam     wujud adalah jenayah terbesar dilakukan oleh golongan yang berdiam diri dan malas untuk membina   semua agama ini. Ini kerana kewajipan menyeru kearah perkara makruf dan mencegah mungkar merupakan kewajipan terbesar sekali dalam menghampirkan diri kepada Allah ”.
                                                                                                - Dr. Abdullah Azzam -


Wednesday, December 28, 2011

28 Disember 2010 : Mengenang Peristiwa Pengiktirafan BKAN Melaka Ditarik

JOM BERSAMA BERSATU MEMPERTAHANKAN KELANGSUNGAN BKKIMM






Imtihan Tajribi PMRAM 2011



Bagi meneruskan Misi Mumtaz Imtihan, PMRAM di bawah Badan & Unit Pendidikan & Komunikasi Bahasa akan mengadakan Imtihan Tajribi khusus buat mahasiswa Pengajian Islam Tahun 1 pada 28 Disember 2011 bertempat di Rumah Pahang bagi mahasiswi Syukbah Syariah dan Rumah Selangor bagi mahasiswi Syukbah Usuluddin & Bahasa Arab.

Jangan lepaskan peluang untuk menjayakannya sebagai langkah permulaan bagi persediaan menghadapi imtihan yang bakal menjelang tiba.

"Akademik Cemerlang Mahasiwa Gemilang"

"Kesatuan Ukhuwah Manifestasi Tarbiyah"

sumber : hewipmram55

Kejayaan Gemilang Untuk Islam



KAHERAH, 27 Dis - Untuk membentuk generasi yang berintegriti keperluan dalam mempertingkatkan tahappengetahuan agar ianya setanding dengan keperluan semasa.

Sejajar dengan pembawakan PMRAM " Kemantapan Fikrah Membina Syakhsiah " adalah merupakan satumomentum untuk menjana taraf pendidikan mahasiswa Islam agar dapat diaplikasikan dalam kehidupan masyarakat dunia.

Penguasaan ilmu yang berkualiti dapat menjamin pembentukkan jatidiri mengikut acuan Islam bersandarkan Al-Quran dan Hadis.

Hanya tinggal beberapa hari seluruh mahasiswa Pengajian Islam bakal menghadapi peperiksaan semester pertama untuk sesi 2011/2012 Universiti Al-Azhar.

Barisan kepimpinan PMRAM mendoakan agar seluruh mahasiswa Islam dipermudahkan segalanya sekaligus dapat melakar kejayaan yang gemilangdalam peperiksaan ini.

Semoga dengan kejayaan yang bakal tercipta kelak dapat meneruskan kelangsungan perjuangan Islam untuk terus memartabatkan Islam seantero dunia.

Sumber : pmram.org

Tuesday, December 27, 2011

Syahid, 3 Cedera Dalam Serangan Udara Di Gaza



GAZA - Serangan udara zionis malam ini yang menyasarkan sebuah kenderaan tayar tiga 'Tuk-Tuk' sewaktu melewati di pusingan jalan Abu Sharkh, jalan As-Saftawy, Mukhayyam Jabaliya, utara bandar Gaza telah mengakibatkan seorang penduduk syahid, manakala tiga lagi cedera.

Sumber perubatan berkata, pemuda yang syahid berasal dari bandar Gaza, Abdullah Al-Talbani, 22 dibawa ke hospital Kamal Udhwan dalam keadaan rentung. Mangsa-mangsa yang cedera turut dibawa ke hospital yang sama.

Berhubung kejadian, saksi menceritakan bahawa sewaktu kejadian, pesawat-pesawat tempur zionis sedang berlegar-legar dari setiap pelusuk ruang udara Semenanjung Gaza. Sedemikian itu, laporan dari web berita Israel 'YEDIOTH AHRONOTH'(YNET) menukil dari tentera rejim zionis, serangan yang dilancarkan ini hasil gandingan kerjasama dengan agensi keselamatan, SHABAK(Sherut haBitachon haKlali/ istilah english: Israel Security Agency[ISA] or the Shin Bet).

Sementara itu, sayap tentera kepada gerakan JIHAD ISLAMI, SARAYA AL-QUDS menafikan si syahid salah seorang dari anggota pejuangnya. Sumber 27/12/2011, web berita Safa.ps dan web berita Paltimes.net
Kesan serangan udara zionis di utara bandar Gaza









sumber : map2care

SEMUA CALON MENANG TANPA BERTANDING



Pihak Suruhanjaya Pilihanraya PMRAM 2011 dengan ini mengisytiharkan semua calon Badan Pengurus dan AJKT HEWI PMRAM 2012 menang tanpa bertanding.
http://3.bp.blogspot.com/-6Hi0Hg_3DtU/Tvj3Z0r66iI/AAAAAAAAAA4/OYK-9_xwbaA/s320/calon+menang+copy.jpg
*klik pada gambar untuk lebih jelas


Dikeluarkan oleh:

Setiausaha Suruhanjaya Pilihanraya  PMRAM 2011

sumber : sprpmram2011

LAPORAN | KEJOHANAN PIALA KPIPM DAN PIALA AN-NISA’ 2024

LAPORAN | KEJOHANAN PIALA KPIPM DAN PIALA AN-NISA’ 2024 Biro Tabung Kebajikan, Kesenian dan Riadah KPIPM sesi 2023/2024 KAHERAH, 17 & 18...