Saturday, October 29, 2011

Makluman : MKAC Akan Berlangsung Pada 7 November Ini


MAJLIS KESYUKURAN DAN ANUGERAH CEMERLANG KPIPM

Akan Berlangsung Pada :

Tarikh     : 7 November 2011(Isnin)

Masa       : 6.00 malam(selepas solat maghrib)

Tempat  :  Dewan Syeikh Sya’rawi, Wisma Darul Ridzuan A

PAKAIAN :

Graduan Ikhwah          : Jubah Putih (Jubah Konvo)

Graduanita Akhawat   : Jubah Hitam Bertudung Pink

Mahasiswa cemerlang dan najah :

Ikhwah : Baju Melayu Bersampin

Akhwat : Jubah Hitam Bertudung Putih

“Kecemelangan Membina Lestari Ummah”



Pertingkatkan Amalan Untuk Mendapatkan Istana Dalam Syurga



KAHERAH, 28 Okt- Istimewa Ehya’ Al-Jum’ah minggu ini menampilkan Pentazkirah Jemputan  Y.B. Kapten (B) Dato' Haji Mohd. Najmuddin bin Elias, Penasihat Agama Y.A.B menteri Besar Perak.

Sebelum itu, majlis bacaan yassin telah diadakan terlebih dahulu bersama ahli KPIPM yang hadir seramai lebih kurang 150 orang mahasiswa/wi. Sejurus selesai bacaan Yassin, Mohamad Adil bin Mohamad Fadzil, Ketua Biro Dakwah dan Tarbiah KPIPM telah mempengerusikan tazkirah jemputan dan menjemput Y.B. Kapten (B) Dato' Haji Mohd. Najmuddin atau dengan panggilan yang lebih mesra pak ngah untuk menyampaikan tazkirah.

Fokus tazkirah pada malam itu membicarakan tentang tingkatan dalam syurga selaras dengan amalan yang dikerjakan. “Terdapat beberapa kategori kedudukan dalam syurga iaitu istana dalam syurga, rumah dalam syurga dan bilik dalam syurga.” “Diantara amalan yang boleh diamalkan adalah mengamalkan tiga kali surah Al-Ikhlas, hal ini seumpama membaca 30 juzuk Al-Quran.”Tegas  pak ngah dalam tazkirahnya.

Selesai tazkirah Y.B. Kapten (B) Dato' Haji Mohd. Najmuddin telah mengimamkan solat isyak berjemaah bersama ahli KPIPM.

Majlis pada malam itu selesai dengan jamuan makan yang telah disumbangkan oleh pihak Kerajaan Negeri Perak.

Keesokan paginya, Qiamullail bulanan telah diadakan di Wisma Darul Ridzuan A pada jam 3.30 pagi. Seterusnya solat subuh berjemaah dan tazkirah yang telah disampaikan oleh Saudari Nabila Binti Mohd Mokhtar. Kehadiran ahli pada pagi itu sangat memuaskan.

“KPIPM amat menekankan aspek pembinaan rohani dalam kalangan ahli dengan mengadakan aktiviti seumpama ini. Harapan saya agar ahli KPIPM dapat turut serta dalam aktiviti yang bermanfaat ini.”kata Mohamad Adil ketika berakhir program.

Teratak Islami Pencetus Akhlak Sejati



Saban hari ada sahaja insan yang dilahirkan atas nama Islam. Mereka lahir dengan status Islam baqa’ tetapi tidak mengerti tanggungjawab mereka di atas status Islam yang di miliki. Islam pada mereka hanyalah sekadar slogan dan istilah sahaja. Saidina Umar RA mengimpikan rijal yang hebat dan  membariskan nama-nama yang terbukti hebat seperti Abu Ubaidah bin Jarrah dan Mu’az bin Jabal dalam hal jihad untuk agama Allah. ‘Ibrahnya di sini adalah, bukan kuantiti pemuda yang diharapkan dalam membela agama yang suci ini, bahkan kualitilah yang menjadi penyebab kepada kejayaan    meninggikan kalimah Allah.

Islam kini mencecah bilangan yang hampir suku penduduk dunia yang tersebar diseluruh benua. Jumlah ini merupakan aset utama dalam             menegakkan Islam. Jamaluddin al-Afghani pernah berkata kepada rakyat India : ”Sekiranya bilangan kamu yang berjuta-juta ini semuanya mampu menjadi lalat,  nescaya kamu mampu untuk menghancurkan telinga Inggeris”. Persoalannya, bagaimanakah kuantiti umat Islam yang ramai ini dapat                      ditransformasikan supaya menjadi generasi yang berkualiti? Jawapannya adalah dengan akhlak Islamiah menghiasi peribadi dan menjadi pakaian diri setiap muslim.

Orientalis barat ada menyatakan “Islam tidak akan tertegak selagi solat subuh tidak menyamai solat Jumaat”. Perkara penting yang dapat kita ‘highlightkan’ dari ungkapan ini adalah solat berjemaah. Seorang muslim sepatutnya memahami bahawa solat berjemaah adalah satu perkara yang amat dituntut kerana ianya merupakan kunci kekuatan umat Islam serta dapat menjalinkan ukhuwwah sesama muslim.

Apabila ukhuwwah dapat dijalinkan maka dari situ akan terlahirnya satu perpaduan dikalangan  umat islam. Hakikatnya, kita adalah umpama batu-bata yang berselerak dan perlu diikat dengan teguh dan kuat dengan hubungan yang erat di antara satu sama lain. Keteguhan ukhuwwah di jalan Allah   merupakan satu perkara yang berpengaruh kuat dan mampu menarik dan memperingatkan kita kembali ke jalan kebenaran sewaktu kita lemah dan leka. Disebabkan kekuatan luar biasa yang terkandung dalam persaudaraan Islam, maka perkara pertama yang Rasulullah SAW            laksanakan sewaktu berhijrah ke madinah adalah mempersaudarakan golongan muhajirin dan ansar.  Melalui hubungan persaudaraan ini, maka keteguhan saf di dalam perjuangan Islam itu dapat diwujudkan. Firman Allah s.w.t., maksudnya : “Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.” (Al-Saff: 4)

Kegiatan usrah adalah sebahagian daripada langkah mengeratkan persaudaraan, kerana perkataan usrah yang bermakna keluarga itu adalah lebih  bertujuan untuk menjalinkan hubungan dan menyelesaikan masalah secara kekeluargaan serta membuka ruang bagi menambahkan thaqafah dalam diri setiap individu muslim. Melalui medan ini  juga kita dapat menggerakkan ‘jentera-jentera’  yang memahami ‘hakikat hidup ini adalah satu ibadah’ untuk sama-sama bergerak seiring dalam membanteras budaya yang merosakkan masyarakat khususnya pemuda pemudi Islam. Antara budaya yang sudah mencapai  ‘kanser  tahap keempat’ adalah zina, pembuangan bayi, penggunaan media elektronik secara tidak sihat, lumba haram, murtad dan sebagainya. Maka ‘jentera-jentera’ yang telah ditarbiah inilah yang bertanggungjawab untuk menutup ‘ruang’ maksiat yang  semakin subur dan sihat dengan berusaha sehabis mungkin dalam membanteras punca kepada budaya tersebut seperti membanteras hubungan yang tidak syar’ie, membuka pemikiran pemuda-pemudi Islam untuk memanfaatkan penggunaan media elektronik dan sebagainya.

Nyata, krisis yang melanda umat Islam hari ini adalah kerana mereka tidak melaksanakan akhlak Islamiah yang sebenar. Penyelesaian fenomena ini akan jauh lebih buruk lagi sekiranya mereka gagal meleburkan asas-asas akhlak Islamiah ini ke dalam diri dan jiwa mereka. Arus jahiliah sedang melanda ummah Islam pada hari ini sehingga menenggelamkan ciri-ciri Islam. Jahiliah jauh menonjol memadamkan obor syiar Islam.

Resolusinya, umat Islam perlulah kembali menyemai  akhlak Islamiah yang sejati. Berusaha menyematkannya dalam diri dan mencernakan dalam setiap tindakan dan tingkah laku. Seterusnya, akhlak ini disebarkan ke seluruh umat dunia, sehingga terpadamnya fitnah jahiliah dan semuanya  kembali kepada pengabdian diri kepada Allah S.W.T.





Disediakan Oleh :
BIRO DAKWAH DAN TARBIAH
KELUARGA PELAJAR-PELAJAR ISLAM PERAK MESIR
SESI 2011/2012



Majlis Ramah Mesra Bersama Penasihat Agama Y.A.B Menteri Besar Perak Meriah


KAHERAH, 26 Okt – Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir dengan kerjasama Pejabat Pengurusan Hal Ehwal Pelajar Perak telah mengadakan Majlis Ramah Mesra bersama rombongan dari negeri Perak.

Rombongan tersebut telah diketuai oleh Y.B. Kapten (B) Dato' Haji Mohd. Najmuddin bin Elias. Turut hadir bersama iaitu Y.B Tuan Haji Razali bin Abu Bakar, Pegawai Daerah Batang Padang dan Encik Farid bin Wazali, Setiausaha Kerja Yayasan Perak.

Majlis yang berlangsung di Dewan Syeikh Sya’rawi tersebut dimulakan selepas Solat Maghrib secara berjemaah.

Ucapan alu-aluan diberikan terlebih dahulu oleh saudara Mohammad Omar bin Adam, Yang Dipertua KPIPM sesi 2011/2012. “Kami dari KPIPM mengalu-alukan kehadiran delegasi dari negeri Perak ke Mesir di atas kesudian melihat anak-anak Perak di sini”. Ucap beliau malam tadi.

Setelah itu, majlis beralih kepada ucapan yang disampaikan oleh ketua delegasi iaitu Y.B. Kapten (B) Dato' Haji Mohd. Najmuddin bin Elias.

“Saya mewakili Menteri Besar Perak ke sini (Mesir) adalah untuk menjenguk keadaan anak-anak Perak di sini”. Ucap beliau kepada hadirin yang hadir.

“Kami dari negeri Perak sentiasa mengharapkan kepulangan anak-anak dapat menyinari tanar air kita”. Harapan beliau kepada anak-anak Perak yang hadir.



Sejurus itu, majlis diteruskan dengan pemberian sumbangan Hari Raya Aidil Adha, bantuan am, jersi bola sepak dan bip bola jaring.

Majlis diakhiri dengan tayangan video Aidil Adha dan Biro Pelajaran dan Ilmiah KPIPM sesi 2011/2012.



Wednesday, October 26, 2011

Istimewa Ehya' Jum'ah Minggu Ini



Makluman kepada seluruh ahli KPIPM,

Program Ehya' Jum'ah di bawah seliaan Biro Dakwah dan Tarbiah KPIPM akan mengadakan Tazkirah Maghrib pada 27 Oktober 2011 (Khamis). Program akan berlangsung bertempat di Dewan Syeikh Sya’rawi, Wisma Darul Ridzuan A bermula selepas bacaan Yaasin secara berjemaah.

Anda semua dijemput hadir bersama.

Tuesday, October 25, 2011

Qiamullail Bulanan Jumaat Ini



Makluman kepada seluruh ahli KPIPM,

Biro Dakwah dan Tarbiah KPIPM akan mengadakan Qiamullail Bulanan pada 28 Oktober 2011 (Jumaat). Program akan berlangsung bertempat di Dewan Syeikh Sya’rawi, Wisma Darul Ridzuan A bermula jam 3.30 pagi.

Tentatif adalah seperti berikut :
- zikir munajat
- Solat Sunat
            - Tahajjud
            - Taubat
            - Hajat
            - Witir
- Solat Subuh berjemaah
- Tazkirah Subuh

Anda semua dijemput hadir bersama.

Ramah Mesra Bersama Y.B. Kapten (B) Dato' Haji Mohd. Najmuddin bin Elias


Makluman kepada seluruh ahli KPIPM,

KPIPM akan mengadakan Majlis Ramah Mesra bersama Y.B. Kapten (B) Dato' Haji Mohd. Najmuddin bin Elias, Penasihat Y.A.B Menteri Besar Perak serta Ahli Rombongan Negeri Perak.

Majlis akan diadakan 26 Oktober 2011 (Rabu) dan bertempat di Dewan Syeikh Sya’rawi, Wisma Darul Ridzuan A bermula selepas Maghrib.

Anda semua dijemput hadir bersama.

Friday, October 21, 2011

Kutub Sittah : Solat Hajat Malam Ini



Makluman kepada seluruh ahli KPIPM,

Malam ini (21 Oktober 2011, Jumaat) akan diadakan Solat Hajat Berjemaah bagi mendoakan kelancaran Majlis Pembacaan Kutub Sittah akhir bulan ini.

Majlis akan berlangsung dengan Solat Maghrib secara berjemaah di Dewan Syeikh Sya’rawi, Wisma Darul Ridzuan A.

Anda semua dijemput hadir bersama.

Sifar Hutang



يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين

Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)

Agak menyedihkan bahawa segelintir dikalangan kita selaku mahasiswa dan mahasiswi yang mendalami ilmu agama Islam serta faqih dalam bab muamalat masih mengamalkan jual beli secara hutang. Merujuk kepada hadis Rasulallah SAW, mengatakan bahawa hutang sangat bahaya sehinggakan boleh menyebabkan dosa tidak diampun oleh Allah SWT. Kita sebagai mahasiswa dan mahasiswi yang sedang berjuang menuntut ilmu perlu tahu bahawa kita sedang berada di medan jihad. Seperti mana telah diriwayat dalam hadis yang banyak Al-Bazzar telah meriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda :

إذا جاء الموت لطالب العلم وهو على هذه الحالة مات وهو شهيد

“Apabila datang kematian kepada penuntut ilmu, dan dia mati dalam keadaan itu, dia adalah syahid.”

Al-Tirmizi telah meriwayatkan dengan sanad yang hasan sabda Nabi SAW

من خرج في طلب العلم فهو في سبيل الله حتى يرجع

“ Siapa yang keluar menuntut ilmu, dia adalah di jalan Allah sehingga kembali.”

Ramai dikalangan kita menganggap bahawa berhutang adalah satu kemestian untuk terus hidup dalam keadaan senang. Dan melewat-lewatkan masa pembayaran. Kita manusia yang tidak tahu akan perkara-perkara yang ghaib atau perkara yang akan datang. Kemungkinan kita akan kembali kepada pencipta padahal kita masih belum melangsaikan hutang.

Abu Said r.a. berkata :“Telah di bawa kepada Rasulullah S.A.W jenazah untuk disembahyangkan, lalu Nabi bertanya: Apakah mayat ini masih menanggung hutang?, Sahabat menjawab: Ya, Nabi bertanya: “Apakah ia ada meninggalkan harta untuk membayarnya?, jawab Sahabat: Tidak. Nabi bersabda : “Sembahyanglah kamu kepada kawanmu itu, Nabi sendiri tidak ikut menyembahyangkannya. Kemudian Ali Bin Talib berkata: “Biarlah saya yang membayar hutangnya”. Sesudah itu, Nabi segera maju menyembahyangkannya, lalu ia berkata kepada Ali, Semoga Allah membebaskan tanggunganmu (dirimu) dari api neraka, sebagaimana kamu membebaskan tanggungan saudara yang muslim itu. Tidaklah seorang Muslim yang membayar hutang saudaranya, melainkan Allah akan membebaskan tanggungannya (dirinya) dari api neraka pada hari kiamat kelak.

Berdasarkan hadis-hadis tersebut, marilah kita sama-sama bermuhasabah dan perbaiki kesalahan-kesalahan yang telah kita lakukan. Sempena kempen Sifar Hutang anjuran Biro Ekonomi KPIPM sesi 2011/2012, marilah kita mengajar diri kita supaya tidak berhutang sesama kita khasnya KPIPM dari sudut pembayaran kedai KPIPM, sewa rumah dan elektrik.


KPIPM Akan Terus Memberi Komitmen Bersama PMRAM





KAHERAH, 20 Okt – Pimpinan PMRAM cawangan Perak (KPIPM) telah membuat satu Kunjungan Hormat ke Pejabat Pentadbiran PMRAM.

Kunjungan yang berlangsung tengahari itu juga dihadiri oleh beberapa orang Badan Pengurus PMRAM bersama Presiden PMRAM.

Kunjungan tersebut juga bertujuan bagi mengeratkan hubungan yang terjalin selama ini.
Kunjungan ini merupakan bukti komitmen Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir terhadap Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir yang menjadi persatuan induk di Mesir ini.

“Kami selaku anak kepada PMRAM di Mesir ini mengharapkan agar kerjasama PMRAM di dalam meningkatkan fikrah, thaqafah dan kebajikan ahli.” Ucap Yang Dipertua KPIPM, saudara Mohammad Omar Adam bagi mewakili KPIPM.

Di kesempatan itu juga, beberapa perbincangan dan bertukar pendapat dalam menghadapi masalah-masalah yang mendatang.



“Pihak PMRAM sentiasa mendoakan agar kita semua terus thabat dalam meneruskan agenda kebajikan ahli di bumi Mesir ini.” Ujar Presiden PMRAM, saudara Muhamad Zuhaili Saiman.

“PMRAM Pusat juga mengharapkan prestasi cemerlang yang ditunjukkan dari PMRAM cawangan Perak selama ini diteruskan bagi menyatukan anak-anak Malaysia di Mesir ini.” Sambung beliau lagi.

Kunjungan tersebut diakhiri dengan penyampaian cenderahati kenang-kenangan daripada pihak pimpinan KPIPM kepada pihak PMRAM.

Jam'iyyah Sar'iyyah Kaherah: Permohonan Baru 1433H Dibuka





KAHERAH, 20 Okt - Pendaftaran baru untuk tahun 1433H bersamaan tahun 2012 bagi permohonan bantuan Jam'iyyah Sar'iyyah peringkat Kaherah telahpun dibuka.


Dalam pertemuan pihak PMRAM bersama pihak Jam'iyyah Sar'iyyah, pihak pengurusan Jam'iyyah Sar'iyyah telah memaklumkan bahawa permohonan baru bagi sesi 1433H telahpun dibuka untuk pemohon-pemohon baru .

Dalam pertemuan tersebut juga,pihak PMRAM telah dimaklumkan beberapa syarat permohonan terbaru yang ditetapkan oleh pihak Jam'iyyah Sar'iyyah. Syarat-syarat tersebut adalah:

1. Pemohon mestilah berjaya dan naik tahun dengan tidak membawa sebarang madah atau mata pelajaran iaitu Mumtaz, Jayyid Jiddan, Jayyid, dan juga Maqbul dengan lulus semua mata pelajaran.

2. Pemohon mestilah merupakan pelajar di Universiti Al-Azhar.

3. Permohonan dibuka kepada kuliah pengajian Islam sahaja (Kuliah Syariah Wal Qanun, Kuliah Usuluddin, Kuliah Bahasa Arab, Kuliah Dirasat Islamiah, dan Kuliah Dakwah Islamiah.

Selain itu, pemohon dikehendaki untuk menyertakan bersama tasdiq asal kuliah beserta sekeping salinan Tasdiq bagi tahun 2011-2012, sekeping gambar berukuran passport, dan passport beserta salinan muka depan passport.

Bagi mahasiswa  yang telah menerima bantuan sebelum ini, anda juga dikehendaki untuk memperbaharui pendaftaran dengan menyediakan keperluan sebagaimana di atas.

Pemohon-pemohon di peringkat Sarjana atau Masters boleh juga memohon dengan mengikuti prodesur sebagaimana yang disebutkan di atas.

"Pihak PMRAM mengharapkan agar mahasiswa dan mahsiswi yang ingin memohon agar menyelesaikan urusan kuliah bermula sekarang sehingga selewat-lewatnya sebelum 10 hb November untuk melancarkan lagi gerak kerja di peringkat PMRAM', ujar saudara Syeikh Muhd Mujahid bin Sikh Nawawi, Naib Presiden III, Merangkap Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM 2011.


Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan Unit Kebajikan di cawangan masing-masing.

Sumber :pmram.org

MKAC `11 :Pendaftaran Dibuka Kepada Graduan Dan Mahasiswa/Wi Cemerlang


Majlis Kesyukuran Dan Anugerah Cemerlang (MKAC `11) bagi meraikan para Graduan Dan Mahasiswa/Wi Cemerlang pada sesi peperiksaan 2010/2011.

Pendaftaran kini dibuka kepada :

Graduan : L.E 15

Mahasiswa/wi Cemerlang (Jayyid Ke Atas) : L.E 10

Najah (Maqbul, Manqul dan Manqulain) : L.E 7

Pendaftaran boleh dibuat kepada Saudara Mohamad Amirul Fahmi Bin Zulkefli di talian 0114-6550822 dan Saudari Suyaibatul Aslamiah Binti Saad di talian 0112-2825277.
Tarikh tutup pendaftaran pada 24 oktober 2011 (isnin).


Wednesday, October 19, 2011

Gerak Gempur Biah Solehah




Segala puji dan syukur dipanjatkan buat Allah SWT, Tuhan yang memiliki sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga serta para sahabat baginda. Doa dihulurkan buat para pejuang Islam, serta seluruh ummat Islam, semoga berada di bawah rahmat dan inayahNya.

          Tugas menyeru ke arah Islam tidak pernah berhenti . Usaha dakwah perlu diperhebat dari masa ke semasa supaya ianya sentiasa segar dan berpijak di bumi yang nyata. Sesungguhnya amalan yang amat mulia adalah beramal soleh, saling berpesan-pesan kepada kebaikan dan kesabaran, itulah golongan yang beruntung sekaligus menyelamatkan dari golongan yang rugi seperti yang difirmankan Allah.

         Pembentukan syakhsiah ummah kini terlalu menyedihkan. Dewasa ini, kita sering dikhabarkan oleh media pelbagai gejala sosial yang meruntun jiwa seorang muslim. Masalah zina, pengguguran bayi, bunuh diri, penghinaan hukum-hakam agama, budaya samseng dan pelbagai lagi. Lebih menyedihkan, perlakuan tidak bermoral ini kebanyakannya `dijuarai` oleh golongan remaja Islam! Sampai bilakah masalah ini akan terus membiak dan membarah?

Nilai pegangan agama masyarakat kini sudah pudar disebabkan suasana kehidupan sekarang yang begitu terkesan dari Negara barat yang mengamalkan kehidupan sosial.Prinsip yang ada  didalam agama tidak dihayati dan dijadikan pedoman hidup  yang kurang sihat ini. Oeh itu kita haruslah membentuk persekitaran kita yang menepati syarak. Jadilah pembentuk persekitaran sendiri dan janganlah kita dibentuk oleh persekitaran orang lain.

   Untuk merealisasikan hasrat ini,Biro Dakwah dan Tarbiah KPIPM, dibawah Unit Bi’ah Solehah akan mengadakan Gerak Gempur Bi’ah Solehah.Antara objektif yang ditekankan adalah :

1. Memperkasa dan memperhebatkan solat berjemaah dan qiamullail.
2. Membanteras hubungan yang tidak syar’ie.
3. Memanfatkan penggunaan media elektronik.
4. Menjalinkan ukhuwah Islamiah diantara satu sama lain.
5. Membentuk akhlak Islamiah dalam kalangan mahasiswa al-Azhar.

   Pembawakan Biro Dakwah dan Tarbiah yang bertemakan “Akhlak Al-Quran Pencetus Bi’ah Solehah Masa Depan” pada sesi ini diharapkan mampu memberi kesan sedikit sebanyak kepada ahli KPIPM.

        Akhirnya, semoga segala gerak kerja Unit Biah Solehah dipermudahkan. Kerjasama dan bantuan dari semua pihak amat diharapkan. Seperti yang digariskan oleh Dr Yusuf Al-Qardawi, kewajipan beramal  dan berdakwah dalam Islam perlu dilaksanakan dengan sebaiknya. Mudah-mudahan amalan kita diterima disisi Allah ta`ala.

“Akhlak Al-Quran Pencetus Bi’ah Solehah Masa Depan”

Tuesday, October 18, 2011

Kes Mahasiswa Malaysia Ditahan Selesai



KAHERAH, 18 Okt - Seorang mahasiswa Kelantan yang telah ditahan pihak polis Mesir ekoran tiada visa telah pun dibebaskan pada 16 Oktober, Ahad lalu.

Mangsa yang bernama Ibrahim Abdul Hamid ditahan pada 9 Oktober di kawasan persekitaran Restoran Arabiyata ketika mahu menaiki van sewa menuju ke Hayyu Asyir.

Penangkapan beliau dikenalpasti adalah kerana visa telah tamat tempoh.

Selain beliau, mahasiswa-mahasiswa berbangsa asing juga telah ditangkap oleh polis Mesir.
PMRAM bersama-sama dengan Pegawai KPKM, Haji Nik Hamdi Ghazali setiap hari membuat urusan di Mujammak Tahrir bagi membebaskan mangsa.

Selain itu, pihak kedutaan juga telah menghubungi pihak keselamatan Mesir bagi membincangkan isu ini.

Wakil kedutaan, En Abdul Latib juga telah turun ke tempat urusan dibuat serta telah diberikan keizinan oleh pihak polis Mesir bagi berjumpa dengan mangsa.

Antara tindakan lain,PMRAM bersama-sama Pegawai KPKM juga telah membuat urusan di kuliah Al-Azhar bagi mendapatkan pengesahan pengajian mangsa sebagai bukti sokongan bagi mangsa untuk dibebaskan.

Hasilnya, mangsa telah dibebaskan oleh pihak polis Mesir pada 16 Oktober baru-baru ini setelah mangsa ditahan selama seminggu di dalam lokap.

"PMRAM mengucapkan terima kasih kepada Pegawai KPKM serta pihak kedutaan atas usaha yang telah dilakukan bagi membantu mangsa. PMRAM juga sentiasa optimis dalam menjaga kebajikan mahasiswa/wi Islam Malaysia di Mesir kerana ia adalah agenda terbesar PMRAM," ujar Presiden PMRAM.

Presiden PMRAM juga turut mengingatkan agar mahasiswa/wi Islam mengambil cakna dengan pekeliling keselamatan yang telah dikeluarkan oleh PMRAM pada 10 Oktober baru-baru ini.

sumber : pmram.org

Majlis Apresiasi Kecemerlangan Di Al-Azhar Conference Center


KAHERAH, 18 Okt - Perkara yang paling bermakna bagi seorang mahasiswa apabila memperolehi kejayaan setelah sekian lama berusaha dengan kesungguhan mencapai kecemerlangan.

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) begitu optimis dalam meraikan kejayaan mahasiswa dan mahasiswi yang telah berjaya melakar kecemerlangan dalam peperiksaan yang lalu.

Ini membuktikan PMRAM mengambil cakna dan prihatin dalam meningkatkan kualiti akademik mahasiswa dan mahasiswi Islam dan memberi penghormatan kepada mereka yang berjaya.

Penganjuran Majlis Apresiasi Kecemerlangan adalah sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang bakal menjadi ikon Al-Azhar, sekaligus membawa imej Azhari dimata dunia.

PMRAM juga turut meraikan mahasiswa dan mahasiswi cemerlang dikalangan pelajar tahun satu hingga tahun tiga daripada setiap kuliah dan syukbah.

Al-Azhar Confrence Center kali ini dipilih sebagai lokasi untuk menjayakan program ini dan program ini akan meraikan graduan Al-Azhar daripada tahun 2009 sehingga 2011, Master Al-Azhar dan Darul Ifta'  yang bakal berlangsung pada 2 November ini.

" Pendaftaran masih dibuka sehingga 24 Oktober ini , diharapkan kepada semua graduan dan mahasiswa cemerlang tidak melepaskan peluang keemasan ini dan bakal menjadi kenangan terindah dalam bergelar mahasiswa " ujar saudara Firdauz bin Noh selaku pemantau Majlis Apresiasi Kecemerlangan merangkap Setiausaha Agung PMRAM 2011.

Sumber: pmram.org

Monday, October 17, 2011

Ahli Majlis Perwakilan KPIPM sesi 2012/2013 (Ikhwah)



KAHERAH

Muhammad Hafiz Bin Nor Said (Mandub Dirasat) 

+2010-23005661 

Dr. Raja Shauqi Bin Raja Khalid (Mandub Medic) 
+2011-43548476 

Amar Arif Bin Ahmad Po’aad (Mentor) 
+20112-2909385



SHOUBRA 


Muhammad Zahir Bin Zamziba (Mandub Dirasat) 
+20114-0296489 

Mohammad Fadzil Bin Abdul Rahim (Mentor) 


+20114-3152764 



SHIBIN EL-KOM 


Muhammad Arif Bin Abdul Hamid (Mandub Dirasat) 
+20111-3022927 

Amar Arif Bin Ahmad Po’aad (Mentor) 


+20112-2909385 



ZAQAZIQ 


Muhammad Alif Bin Maher (Mandub Dirasat) 
+20115-0053553 

 Zukhruful Amzar Bin Jamnul Azhar (Mandub Medic)


+20112-8862505 

Muhammad Nizamuddin Bin Muhamad Sabri (Mentor)


+20111-7431029 



TANTA 


Muhammad Munzir Bin Mokhtar (Mandub Dirasat) 
+20114-5541214 



 Muhammad Luqman Hakim Bin Mohamad (Mandub Medic) +2010-92111656 

Hussaini Bin Mohamed Hussain (Mentor) 


+20114-0151395 



MANSURAH 


Mohd Asri Bin Zolkafli (Mandub Dirasat) 
+20112-1175800 



Mohammad Rafiq Bin Abdul Hir (Mandub Medic) 
+20111-2768512 



Muhammad Kamal Bin Fauzi (Mentor) 
+20111-8766751 



DAMANHUR 


Muhammad Amirul Bin Asril (Mandub Dirasat) 
+20114-6570959 

Mohammad Ainuddin Bin Ishak (Mentor) 


+20114-6626390 



DUMYAT 


Mohd Faiz Bin Arshad (Mandub Dirasat) 
+20114-6570968 

Mohamad Hazim Bin Mohd Halim (Mentor) 


+20111-7936552 



ISKANDARIAH 


 Ahmad Naufal Bin Mohd Sokri (Mandub Medic) 
+20111-7267864 

Muhammad Mu’aaz Bin Ramli (Mentor) 


+20111-5758982 



SAYYIDAH ZAINAB
 

Khairul Adli Bin Idris (Mandub Medic) 
+20111-9658743 

 Mohd Nazirul Nazmi Bin Abdul Rahman (Mentor) 


+20114-0831357 



Sunday, October 16, 2011

Kelas Tafaqquh Bermula esok


Kelas Tafaqquh bersama Ustaz Shahrizan Bin Mohd Hazime

Hari : Ahad- Kitab Taqrirat As-Sadidah

Rabu- Kitab Buyu’

Masa               : Selepas solat maghrib

Tempat          : Dewan Syeikh Sya’rawi (Wisma Darul Ridzuan A)

Kelas akan bermula 16 oktober 2011(ahad)

*kitab boleh didapati di tempat pengajian.


Saturday, October 15, 2011

MKAC `11: Nantikan November Ini.




Majlis Kesyukuran Dan Anugerah Cemerlang (MKAC `11) bagi meraikan para Graduan Dan Mahasiswa/Wi Cemerlang pada sesi peperiksaan 2010/2011.

Pendaftaran juga turut dibuka bagi pelajar yang najah naik tahun(pangkat maqbul, manqul dan manqulain) dengan pendaftaran L.E 7.00

Pendaftaran boleh dibuat kepada Saudara Mohamad Amirul Fahmi Bin Zulkefli di talian 0114-6550822 dan Saudari Suyaibatul Aslamiah Binti Saad di talian 0112-2825277.

PERHATIAN :Program MKAC `11 Di Tunda




Majlis Kesyukuran Dan Anugerah Cemerlang 2011 (MKAC `11) akan ditunda pada waktu yang akan dimaklumkan kemudian.

Thursday, October 13, 2011

Kes Samun : KPIPM Cakna Agenda Kebajikan


KAHERAH, 12 Okt – Ketua Biro Tabung Kebajikan, Kesenian dan Riadhah KPIPM 2011/2012, saudara Amar Arif bin Ahmad Po’aad telah berkesempatan bagi menziarahi saudara Zulfadhli Hadi bin Abd Kadir yang disamun baru-baru ini.

Kes tersebut dilaporkan pada 9 Oktober yang lalu telah berlaku berhampiran Wisma Darul Ridzuan B.

Mangsa dilaporkan dalam perjalanan pulang dari Majlis Konvokesyen telah ditahan oleh dua orang warga tempatan dengan menaiki sebuah kereta dan salah seorang dari mereka berpakaian rasmi polis Mesir.

Beliau diminta untuk menunjukkan passport bagi memastikan tempoh visa masih sah. Setelah menyerahkan passport, beliau diminta untuk menyerahkan kamera DSLR kepunyaan beliau, dua handphone dan dompet untuk diperiksa.

Tidak beberapa minit kemudian, warga arab yang mendakwa sebagai polis tersebut mencampakkan passport dan terus memecut laju kenderaan yang dinaiki mereka bersama barangan berharga milik saudara Zulfadlihadi Abd Kadir tadi.

Kos kerugian yang terpaksa ditanggung mencecah RM4,000.00. Justeru itu, Ketua Biro Tabung Kebajikan, Kesenian dan Riadhah KPIPM 2011/2012, saudara Amar Arif bin Ahmad Po’aad memberikan sumbangan bagi meringankan beban berikutan kes samun tersebut.

Bagi seluruh ahli KPIPM agar lebih berhati-hati dengan warga tempatan yang mendakwa sebagai polis. Minta pengesahan sebagai polis sebelum memberikan sebarang perkara yang diminta.

Hubungi Yang Dipertua KPIPM di talian 011-7869112/011-7598926 bagi sebarang masalah.


Majlis Kesyukuran & Anugerah Cemerlang (MKAC `11) Akan Menemui Anda


Majlis Kesyukuran & Anugerah Cemerlang (MKAC `11), Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2011/2012. Bagi Meraikan Graduan Dan Mahasiswa/Wi Cemerlang KPIPM

Tarikh            : 20 Oktober 2011
Hari                : Khamis

Nantikan kemunculannya.

Wednesday, October 12, 2011

Majlis Pelancaran Kempen Biro KPIPM




Makluman kepada seluruh ahli KPIPM,

KPIPM akan mengadakan Majlis Pelancaran Kempen Biro Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2011/2012.

Majlis akan diadakan pada 13 Oktober 2011 (Khamis), selepas Solat Isya’ bertempat di Dewan Syeikh Sya’rawi, Wisma Darul Ridzuan A.

Anda semua dijemput hadir bersama bagi memeriahkan lagi majlis.

LAPORAN | KEJOHANAN PIALA KPIPM DAN PIALA AN-NISA’ 2024

LAPORAN | KEJOHANAN PIALA KPIPM DAN PIALA AN-NISA’ 2024 Biro Tabung Kebajikan, Kesenian dan Riadah KPIPM sesi 2023/2024 KAHERAH, 17 & 18...