Home » » Kerajaan Di Zaman Nabi Sulaiman

Kerajaan Di Zaman Nabi Sulaiman



Pena kembali lagi.Kali ini kupasan lebih menarik tentang sebuah kerajaan yang hebat ditakluki oleh raja dan permaisuri di bawah naungan Pangeran kuasa. Putaran waktu cukup pantas berputar meninggalkan hari ini untuk melangkah hari esok. Manusia yang tidak sedar akan kelemahan kerajaan di bawah naungan manusia akan terus dibuai kealpaan dunia. Pergerakan masa yang terlalu pantas tidak dapat dihalang untuk berhenti melainkan sudah berada di titik noktahnya.Manusia yang masih berada di takuk yang lama akan ditenggelamkan oleh unsur-unsur sekeliling yang menguasai barisan hadapan.

Dunia hari ini telah membuktikan tentang kelemahan institusi kerajaan yang dipimpin oleh manusia berlandaskan kepimpinan hawa nafsu tanpa ilmu agama. Kehancuran manusia sejagat seolah-olah mempunyai episod tidak tahu bilakah episod kehancuran ini akan berakhir. Buka mata dan fungsikan telinga kita untuk merubah keadaan sekarang. Mungkin dengan kita menjadikan ciptaan selain manusia sebagai contoh panduan akan dapat sedikit sebanyak memberikan anjakan paradigma kepada nilai kehidupan insani kita.

Pada zaman kegemilangan pemerintahan kerajaan Nabi Sulaiman AS, semua haiwan termasuk golongan jin dan manusia tunduk kepada baginda. Salah satu kerajaan yang berada pada zaman baginda ialah kerajaan berkaki 6 atau lebih dikenali sebagai semut. Adakah anda tahu secara mendalam tentang kerajaan yang disebutkan tadi?Kebanyakan daripada kita mengetahui secara ringkas tentang makhluk tersebut. Kajian telah dijalankan oleh Prof.Harun Yahya tentang kerajaan semut dan mendapati ia adalah sebuah kerajaan yang unik serta mempunyai keistimewaan tersendiri.Salah satu daripada jenis semut ini adalah dikenali dengan namanya sebagai semut Pengayam.

Semut ini mempunyai panjang 6mm dan mendirikan sarangnya dengan menggunakan bahan daripada dedaun dari tumbuh-tumbuhan sekeliling. Mereka membina sarang dengan mengumpulkan semua dedaun yang telah diperoleh secara bergandingan bahu untuk membentuk rantai kehidupan.kemudian,dedauan yang sedia ada berada di atas pokok akan ditarik hujungnya ke arah pusat pengumpulan yang telah ditentukan.Setelah itu,larva-larva akan dimasukkan ke dalam sarang yang telah siap dibina serta disatukan ke dalam satu tempat yang khusus. Bagaimanakah dedaun yang dijadikan bahan binaan sarang tersebut mampu untuk dicantumkan atau dilekatkan? Adakah mereka menggunakan gam atau air liur untuk melekatkannya?

Setiap kejadian Allah SWT pasti ada kehebatannya yang tersembunyi. Dedaun tersebut akan melekat membentuk sebuah sarang yang kukuh menggunakan cecair likat yang telah dikeluarkan oleh larva-larva tersebut. Larva-larva tadi akan mengeluarkan bebenang melikat bewarna putih yang berfungsi untuk mencantumkan antara daun-daun yang telah dikumpulkan. Semut dewasa tidak mampu untuk mengeluarkan cecair likat untuk tujuan berikut.

Dari sini kita dapat saksikan hubungan kerjasama yang akrab antara semut dewasa dan larva-larva tadi bagi menjayakan misi dan visi kerajaannya. Apabila diteliti semula,perjalanan kerajaan semut ini tidak pernah berlaku kekecohan serta huru-hara seperti yang berlaku dalam sistem kerajaan manusia. Setiap daripada mereka tidak merasai kelaparan kerana makanan yang dikumpul akan dibahagikan secara saksama setelah bertungkus lumus mencari makanan bersama.

Tiada sistem perundangan dan kehakiman atau teknologi canggih untuk persaingan antara kerajaan-kerajaan. Malah mereka tidak dianugerahkan akal fikiran yang dapat membezakan baik dan buruk sesuatu perkara.Percayalah sahabat-sahabat, mereka hanya tunduk dan patuh pada arahan raja sekalian semesta .Tidak berlaku pengingkaran sedikit pun bahkan sentiasa berzikir sebagai rasa bersyukur diciptakan sebagai mahkluk yang dapat memakmurkan alam ini.

Hilangnya nilai hamba bergelar manusia di sisi Allah SWT sepatutnya menjadikan diri terlalu hina dan teramatlah malu apabila menadah tangan untuk memohon doa dan hajat.Permintaan dan keinginan yang beraneka tanpa rasa bersalah dipinta kepadaNYA sedangkan dosa dan kesalahan yang dilakukan setiapa hari melebihi jumlah gunung yang ada di bumi.Jika dibandingkan makhluk sekecil itu mampu meletakkan rasa syukur mereka di tahap yang tertinggi, siapakah kita mendabik dada mahu menongkah langit hingga akhirnya. Marilah kita renungkan bersama.

KENALI DIRI…..REVOLUSI AHLI……
Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Silahkan klik disini untuk berlangganan gratis via email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel setiap ada artikel yang terbit di Creating Website

0 comments :

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

 
Support : UPP KPIPM | PMRAM Cawangan Perak | KPIPM
Copyright © 2011. Laman KPIPM - All Rights Reserved
Template Modify by KPIPM64
Proudly powered by Blogger