Friday, September 30, 2011

Malam Kesyukuran Skuad Perak Yoep FC Meriah


 KAHERAH, 29 Sept- Majlis kesyukuran skuad perak Yoep FC telah diadakan di Dewan Syeikh Sya’rawi,  Wisma Darul Ridzuan A . Majlis tersebut diadakan bagi meraikan kejayaan skuad Yoep FC yang telah menduduki tempat ketiga dalam kejohanan Piala Malaysia (MASCUP ’11) PMRAM yang lalu.


Majlis yang diadakan selepas solat isyak itu telah dihadiri oleh Saudara Mohd Hafizzul Azri bin Azman selaku BP angkat KPIPM. Majlis dimulakan dengan ucapan Saudara  Amar Arif  bin Ahmad Po’aad, Ketua Biro Tabung Kebajikan, Kesenian Dan Riadhah. Seterusnya diikuti ucapan Saudara Muhammad Omar bin Adam, Yang Dipertua KPIPM sesi 2011/2012.

 “Pemain bola sepak begitu bersungguh-sungguh dalam menyusun strategi dan berkorban keringat semata mata menuju kemenangan. Begitu juga kita  sebagai seorang mahasiswa/wi perlu berkorban demi cita-cita yang diimpikan.”ujar beliau dalam ucapannya.


Majlis memberi peluang Saudara Mohd Hafizzul Azri bin Azman selaku BP angkat KPIPM untuk menyampaikan ucapan . “PMRAM akan berusaha memenuhi minat dan kehendak ahli-ahlinya. PMRAM juga memastikan agar sukan yang dianjurkan ini dapat menngukuhkan ukhwah dalam kalangan mahasiswa/wi Mesir.”ujar Saudara Mohd Hafizzul Azri dalam ucapannya.


Sebagai tanda penghargaan,  barisan pemain telah dikalungkan pingat dan sijil penghargaan oleh BP angkat KPIPM.

Majlis berakhir dengan jamuan makan untuk Skuad Yoep FC.

“Kita akan membentuk pasukan yang lebih mantap pada sesi kali ini bagi memastikan juara milik kita pada kejohanan akan datang insyallah”.ujar Saudara Amar Arif ketika jamuan makan semalam.


Thursday, September 29, 2011

USMB KPIPM: Persediaan Menghadapi Imtihan Qobul


KAHERAH, 27 Sept- Pihak USMB KPIPM 2011 telah menganjurkan program pendidikan USMB sebagai persediaan mahasiswa/wi baru untuk menghadapi Imtihan Qobul tidak lama lagi.

Program yang berlangsung pada jam 12. 45 tengah hari di Wisma Darul Ridzuan A telah bermula dengan sesi taklimat berkenaan tentatif program. Selesai taklimat diberikan, mahasiswa/wi baru bersiap sedia bagi menghdapi peperiksaan percubaan Imtihan Qobul secara bertulis dan lisan.

Peperiksaan percubaan Imtihan Qobul  bertulis telah berlangsung selama dua jam setengah bermula jam 1 petang sehingga jam 3.30 petang.  Seterusnya, diikuti peperiksaan secara lisan yang  berakhir pada jam 4.30 petang .




Selesai solat asar, program diteruskan dengan sesi taklimat Imtihan Qobul oleh Saudara Muhammad ‘Arif Bin Yaaziz dan Saudari Suyaibatul Aslamiah Binti Saad. Pelbagai pendedahan telah diberikan antaranya tentang kronologi permulaan Imtihan Qobul di peringkat Al-Azhar , perkongsian pengalaman dan penerangan teknik-teknik menjawab soalan.

Program bersambung semula selepas solat maghrib dengan mentor setiap mahasiswa/wi baru menyerahkan kembali kertas soalan yang telah dijawab oleh mahasiswa/wi baru beserta jawapan. Wakil Mentor Saudara Muhammad Farid Bin Safian dan Saudari Nabila Binti Mohd Mokhtar telah menyentuh berkenaan kesalahan yang dilakukan oleh mahasiswa/wi baru dan penyelesaiannya. Program ditangguhkan sehingga selesai solat isyak.



Setelah selesai solat isya’, ceramah motivasi telah berlangsung.  Motivasi telah  disampaikan oleh Saudara  Ahmad Daniel Bin Hassan, Ketua Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa  PMRAM .“kita dalam  menuju kejayaan ini perlu saling bantu membantu supaya kejayaan yang dicapai dapat dikecapi bersama” Ujar beliau dalam ucapannya.

Program Pendidikan USMB 2011 diakhiri dengan  penyampaian cenderahati kepada penceramah oleh Saudara Mohamad Omar Bin Adam, Yang dipertua KPIPM sesi 2011/2012.

“KPIPM mengharapkan agar mahasiswa/wi baru dapat meningkatkan lagi prestasi selepas menyedari kelemahan masing-masing  dalam peperiksaan percubaan ini. Semoga mendapat keputusan yang cemerlang dalam Imithan Qobul kelak. Ujar Saudara Mohamad Omar Bin Adam.

MASCUP '11 : Majlis Kesyukuran Malam Ini



Makluman kepada seluruh ahli KPIPM,

KPIPM akan mengadakan Majlis Kesyukuran berikutan kejayaan Skuad Yeop FC di dalam MASCUP '11 baru-baru ini.

Majlis akan dilangsungkan selepas bacaan Yaasin di Dewan Syeikh Sya’rawi, Wisma Darul Ridzuan A pada jam 8.00 malam ini.

Anda semua dijemput hadir bagi memeriahkan majlis pada malam ini.

Wednesday, September 28, 2011

Kalam Rasmi Yang Dipertua KPIPM sesi 2011/2012



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Segala puji bagi Allah yang telah memberikan kesempatan untuk sama-sama kita terus menghirup udara di muka bumi Allah S.W.T  Selawat dan salam kita panjatkan buat junjungan besar Nabi Muhammad  SAW , barisan pimpinan khulafa’ Ar-Rasyidin, serta ahli keluarga dan kaum kerabat yang telah bersama-sama dalam mendaulatkan Islam sehingga pada hari ini ia diteruskan oleh generasi–generasi pelapis kepada perjuangan yang penuh suci ini.

Firman Allah SWT : “Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh” (As-Saff : 4). 

Perjuangan menegakkan agama Allah SWT adalah satu tugas yang mencabar, memerlukan kepada kesabaran. Pengorbanan pula adalah sangat-sangat dituntut. Dan perjuangannya penuh dengan mehnah dan tribulasi. Maka Islam telah menetapkan jiwa-jiwa yang berjuang di dalam perjuangan yang penuh suci ini, akan diganjari pahala dan syurga yang berlipat kali ganda malah akan kekal untuk selama-lamanya. Medan yang paling selayaknya untuk menterjemahkan tugasan ini adalah medan kepimpinan. 

Melihat kepada kepentingan untuk mengembalikan identiti akhlak Islamiyah di kalangan masyarakat yang semakin meruncing kebelakangan ini, maka ia menjadi salah satu kewajipan supaya penghayatan Islam kembali segar di kalangan masyarakat dan seterusnya dapat melahirkan kader-kader yang sanggup mewarisi perjuangan ini.
Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah.

Mesyuarat Agung Tahunan KPIPM kali ke-45 yang telah berjaya dilangsungkan baru-baru ini, KPIPM telah mencatat sejarah dengan ianya dilangsungkan di luar Wisma Darul Ridzuan. Tahniah kepada barisan AJK Pelaksana.

Mesyuarat berlangsung dengan baik dan Ia juga melihatkan komitmen dari ahli KPIPM yang prihatin di dalam segala isu yang berlaku. KPIPM berharap agar segala komitmen tersebut berkekalan dan meningkat dari satu masa ke satu masa yang lain.

Di dalam Mesyuarat Agung Tahunan baru-baru ini, dua usul yang telah disepakati untuk direalisasikan bagi kepimpinan sesi 2011/2012 iaitu :
1.       “ Memperkasakan badan hisbah bagi menigkatkan kualiti Bi’ah Solehah”.
2.      “ Membina generasi pelapis dalam meneruskan kesinambungan survival KPIPM”.  

Pihak kepimpinan sesi 2011/2012 akan berusaha sedaya upaya untuk menjalankan dua usul yang telah disepakati tersebut. Namun di sana kebersamaan ahli di dalam merealisasikan dua usul tersebut juga amat dihargai bersama.

Pimpinan sesi 2011/2012 juga ingin menekankan kepada 5 item penting yang sudah menjadi pegangan KPIPM iaitu :

1.       Fikrah – Menanam pemikiran yang jelas dikalangan ahli bagi menigkatkan syakhsiah diri.
2.      Thaqafah – Memperkasakan ilmu dan amal berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah.
3.      Ukhuwah – meribat ukhuwah bagi mengukuhkan kesatuan ahli.
4.      Kebajkan – mengutamakan kebajikan agar kepentingan ahli terpelihara.
5.      Ekonomi – mengukuhkan ekonomi bagi meneruskan kelangsungan survival KPIPM.

Pihak kepimpinan pada sesi kali ini cukup optimis kepada seluruh ahli KPIPM akan bersama-sama menjayakan kelima-lima item tersebut bagi memastikan KPIPM terus terkehadapan dari segala sudut.

Semoga KPIPM berkekalan menjadi medium kesatuan Islam bagi anak-anak Perak di bumi Mesir ini. Didoakan agar seluruh pembantu agama Allah S.W.T akan diberikan ganjaran olehNya iaitu redha Allah S.W.T.

BERILMU, BERAMAL, IKHLAS

MOHAMMAD OMAR BIN ADAM
Yang DiPertua
Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2011/2012

Yeop FC Mencipta Sejarah Di Kejohanan MASCUP '11



KAHERAH, 28 Sept - Kejohanan bola sepak 9 sebelah MASCUP ‘11 di bawah anjuran Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir yang telah diadakan di padang sukan Tajammuk Awwal.
Pertandingan tersebut diadakan selama 4 hari berturut-turut. Pada hari pertama hingga hari ketiga, berlangsungnya perlawanan peringkat kumpulan. Sebanyak 22 pasukan mengambil bahagian di dalam kejohanan tersebut.

Hasil perlawanan di peringkat kumpulan, hanya 8 pasukan sahaja yang dapat memasuki ke peringkat suku akhir iaitu peringkat kalah keluar. Pasukan tersebut adalah pasukan yang berjaya mendapat tempat pertama dan kedua di dalam kumpulan masing-masing. Antara pasukan tersebut adalah Kelantan, Perlis, Selangor, Kedah, Perubatan 1, Zaqaziq, Mansurah dan Perak.





Pada suku akhir yg ketiga di mana Kelantan berjaya menewaskan Zaqaziq dengan jaringan 2 gol tanpa balas,seterusnye melayakkan Kelantan untuk masuk ke peringkat separuh akhir.Manakal perlawanan di antara Perak dan Selangor berkongsi dengan jaringan 1 berbalas 1,namun perlawanan diheret kepada masa tambahan.Tiada gol yang dapat di hasilkan bagi kedua-dua pasukan sehingga wisel penamat. Akhirnya pasukan Perak (Yeop FC) berjaya melayakkan pasukan mereka ke tempat separuh akhir setelah berjaya memenangi perlawanan tersebut melalui sepakan penalti yang berkesudahan dengan jaringan 3-1.

Pada peringkat separuh akhir, pertemuan di antara Kedah menentang perubatan 1. Perlawanan tersebut memihak kepada pasukan Kedah. Di mana Kedah berjaya menewaskan Perubatan 1 dengan jaringan 1 gol tanpa balas. Jaringan yang dilakukan oleh penyerang Kedah pada minit-minit akhir membuatkan Kedah mendapatkan tempat di perlawanan akhir. Manakala 1 lagi perlawanan di peringkat separuh akhir, menemukan pasukan Kelantan dan Perak. Pertemuan yang dihadiri hampir 200 penyokong dari negeri masing-masing. Perlawanan yang berkesudahan 2-1 yang berjaya dimenangi pasukan Kelantan, seterusnya melayakkan pasukan Kelantan dapat beraksi di peringkat akhir menentang kedah.





Pada pertemuan bagi merebut tempat ketiga, pasukan Perak (Yeop FC) berjaya menewaskan pasukan Perubatan 1 dengan jaringan 1-0. Pada pertemuan tersebut, Presiden PMRAM Ust Zuhaili bin Saiman turut menyaksikan dan memberi semangat kepada kedua-dua pasukan. Perak hanya berpuas hati mendapat tempat ketiga.

Gelaran Juara MASCUP ‘11 milik Kelantan lagi. Di mana Kelantan berjaya menewaskan pasukan Kedah dengan memenangi melalui tendangan sepakan penalti. Kedah hanya akur menduduki tempat kedua pada kejohanan MASCUP ‘11.

SOMALIA Di Basahi Hujan



MOGADISHOU, Somalia : Ibu negara Somalia serta beberapa buah bandar di Somalia pada hari jumaat yang lalu dibasahi hujan selepas solat khusus yang telah dianjurkan oleh Amal Qatar.

Hujan yang turun itu memberi nafas lega kepada penduduk Somalia yang telah menghadapi kemarau yang teruk akibat ketiadaan hujan selama empat musim berturut-turut.

Solat yang telah didirikan di dataran Trabenca, Mogadishou telah diimamkan oleh Sheikh Mohammad Hasan Al-Merreikhi, Imam Masjid Omar Bin Khattab di Doha, Qatar. Turut bersama penduduk tempatan mendirikan solat jemaah tersebut ialah CEO Amal Qatar, Yusuf bin Ahmed Al-Kuwari.

Hujan yang turun ketika solat sedang didirikan itu merupakan suatu peristiwa yang amat menggembirakan. "Berkat dan rahmat Ilahi bersama keimanan,kepercayaan dan kepatuhan kepada agama Islam:" kata Sheikh al-Merreikhi dalam khutbah yang singkat yang disampaikan selepas solat tersebut.

Amal Qatar turut menyeru umat Islam di seluruh dunia agar mendoakan kesejahteraan saudara se-Islam mereka di Somalia`. Antara umat Islam yang menyahut seruan tersebut ialah umat Islam di negara Indonesia, Mauritania, Qatar, Kuwait, Somalia, Malaysia, Bosnia, Kosovo, Mali, Australia Comoros, Sudan, Eropah, Albania, Burkina Faso, Niger, Pakistan, Bangladesh, Mauritania, Argentina, Brazil, Mexico, India, Amerika Syarikat, Jepun, Rusia, Kanada, China, Mesir dan Palestin.

Sumber : map2care

Miss Bikini World Hawaii : HEWI PMRAM Desak Tindakan Segera

 KAHERAH, 28 Sept - Hal Ehwal Wanita Islam Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir ( HEWI PMRAM ) hari ini ingin menyatakan rasa kesal diatas penganjuran sebuah program bagi mempromosikan hotel dengan menjadikan " Miss Bikini World Hawaii" sebagai logo untuk pengajuran tersebut.


Hal ini memberikan gambaran bahawa masyarakat kini semakin cetek tahap pemikirannya sehingga aurat perempuan dipertontonkan sewenangnya tanpa sekelumit bersalah atas tindakan tersebut.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Bahagian Pengurusan Pangkor Island Beach Resort, acara ini hanya sekadar untuk mempromosikan Pulau Pangkor untuk menarik lebih ramai pengunjung ke pulau itu.

Adakah tindakan ini mampu menghalalkan pensyariatan Islam yang sudah termaktub ianya bercanggah daripada ajaran Islam, ini secara tidak langsung mencalarkan imej Islam dan menjatuhkan martabat wanita.

Bukan satu keperluan yang penting dalam rangka promosi yang dilakukan sehingga sanggup menggadaikan cara hidup Islam demi mengaut keuntungan bahkan ianya sebuah perlakuan yang tidak rasional bagi sebuah negara Islam seperti Malaysia.

Dalam kenyataan tersebut juga telah dinyatakan " Acara ini akan diadakan berlandaskan garis panduan yang ditetapkan ", persoalannya garis panduan yang mana memberikan peluang untuk perempuan mempertontonkan susuk tubuhnya dikhalayak ramai tidak kira samada masyarakat tempatan mahupun luar negara.

“Hal tersebut,pihak kami memandang serius dan seharusnya lebih diperhalusi akan setiap aktiviti yang dianjurkankan lebih-lebih lagi membabitkan aurat dan maruah wanita” tegas Saudari Nurain Bt Yaacob,Timbalan Pegerusi HEWI PMRAM ketika mengulas isu terbabit.

“ Sehubungan dengan itu,di peringkat HEWI PMRAM mendesak tindakan segera dan mengharapkan kebijaksanaan kerajaan Negeri Perak khususnya dan kerajaan Malaysia amnya dalam mengambil tindakan sewajarnya kerana ia membabitkan isu sensitiviti umat dan mencemarkan imej muslimah ”. Jelasnya mengakhiri perbualan.

sumber : hewipmram55


Nombor Telefon Bimbit Mesir Bertukar Khamis Depan



KAHERAH, 27 September - Lembaga Pengawalseliaan Telekomunikasi Kebangsaan (NTRA) Mesir hari ini mengumumkan penukaran semua nombor telefon bimbit Mesir mulai 6 Oktober, Khamis minggu depan. Penukaran ini dibuat untuk memenuhi permintaan pengguna telefon bimbit yang semakin meningkat. Statistik bulan Jun menunjukkan 76.43 juta rakyat Mesir menggunakan telefon bimbit, peningkatan sebanyak 30% berbanding tahun lepas.

Penukaran ini bermakna semua nombor telefon bimbit akan memiliki 11 digit berbanding 10 digit sebelumnya.
Berikut disenaraikan penukaran mengikut jenis operator:
Etisalat
Nombor 10 digit, yang bermula dengan 01, akan ditambah 1, menjadi 011.
Nombor 11 digit, yang bermula dengan 0152, akan ditukar nombor 5 kepada 1, menjadi 0112.
Mobinil
Nombor 10 digit, yang bermula dengan 01, akan ditambah 2, menjadi 012.
Nombor 11 digit, yang bermula dengan 0150, akan ditukar nombor 5 kepada 2, menjadi 0120.
Vodafone
Nombor 10 digit, yang bermula dengan 01, akan ditambah 0, menjadi 010.
Nombor 11 digit, yang bermula dengan 0151, akan ditukar nombor 5 kepada 0, menjadi 0101.
Ketiga-tiga operator di atas diberi masa selama 4 bulan untuk mematuhi sepenuhnya keputusan ini. Sepanjang tempoh tersebut, pengguna telefon bimbit masih boleh menggunakan nombor lama atau terus menggunakan nombor yang telah dipinda.

Respon awal daripada pengguna telefon bimbit adalah rungutan terpaksa mengemaskini nombor-nombor dalam iPhone mereka atau mereka bakal mengalami kesulitan di kemudian hari untuk menghubungi sahabat dan saudara-mara terdekat

Sumber : ahramonline

Tuesday, September 27, 2011

Majlis Timbal Terima KPIPM


KAHERAH, 25 September – Majlis Timbal Terima antara AJKT dan AJK HEWI sesi 2010/2011 dan sesi 2011/2012 telah dilangsungkan di Dewan Syeikh Sya’rawi malam tadi.
Majlis yang diadakan itu telah dihadiri oleh seluruh mantan AJKT dan AJK HEWI bersama AJKT dan AJK HEWI baru sesi ini.




Majlis dimulakan dengan ucapan dan amanat dari setiap biro dan jabatan dalam KPIPM. Seterusnya disusuli dengan simbolik penyerahan dokumen portfolio.

Selesai penyerahan tersebut, majlis diteruskan dengan penyerahan cenderamata kepada mantan AJKT dan AJK HEWI KPIPM sesi 2010/2011 yang disempurnakan oleh mantan Yang Dipertua.



Majlis bertambah meriah dengan acara cabutan hadiah bertuah oleh seluruh mantan AJKT dan AJK HEWI KPIPM. Dan majlis tersebut diakhiri dengan jamuan makan oleh pihak penganjur.


Sunday, September 25, 2011

Al-Fatihah



Assalamualaikum wbt. Innalillahirajiunn. Mari kita sedekahkan bacaan al-Fatihah kepada ayah mertua kepada saudara Mohd Khairul Naim bin Sameri, tahun 1 Universiti Zamalek yang telah kembali ke rahmatullah pada 23/9/2011 jam 10.30 malam waktu Mesir. Pihak kepimpinan KPIPM mengucapkan takziah kepada keluarga arwah dan mendoakan dikurniakan kesabaran. Dengan itu juga, akan mengadakan majlis bacaan Yaasin, Tahlil dan Solat Jenazah Ghaib di Dewan Syeikh Sya’rawi selepas solat Maghrib dan dijemput kepada seluruh ahli KPIPM. Harap maklum dan sebar-sebarkan.

Makluman Anggota Penasihat KPIPM sesi 2011/2012

Makluman Anggota Penasihat KPIPM sesi 2011/2012

Klik gambar untuk lebih jelas

Makluman Portfolio Ahli Jawatankuasa HEWI KPIPM sesi 2011/2012

Makluman Portfolio Ahli Jawatankuasa HEWI KPIPM sesi 2011/2012


Klik gambar untuk lebih jelas

Makluman Portfolio Ahli Jawatankuasa Tadbir KPIPM sesi 2011/2012


Makluman Portfolio Ahli Jawatankuasa Tadbir KPIPM sesi 2011/2012


Klik gambar untuk lebih jelas

Friday, September 23, 2011

Yeop FC Bersedia Menghadapi MASCUP '11 PMRAM


KAHERAH, 23 September – Kumpulan pemain bola Perak atau lebih dikenali dengan Yeop FC telah mengadakan satu perjumpaan khusus bersama pemain-pemain sebelum bertempur di dalam pertandingan bola MASCUP ’11 PMRAM.

Beberapa perbincangan teknikal dan strategi telah disusun rapi bagi meraih gelaran juara pada tahun ini.

Pengurus kumpulan, saudara Amirul Fahmi Zulkefli telah berganding bahu bersama jurulatih dalam memberikan taklimat penting sebagai persediaan untuk bermain.

Yang DiPertua KPIPM sesi 2011/2012 juga turut bersama dalam memberikan semangat kepada pasukan Perak yang bakal beraksi esok. “Di dalam kita beriadhah, tidak kita lupakan tanggungjawab sebagai mukmin sejati untuk membawa amal fardi.” Tegas beliau di dalam ucapan beliau.


“Kita perlu menjadi contoh terhadap orang sekeliling dengan penekanan terhadap amal fardi”. Ucapan akhir beliau sebelum taklimat oleh ketua kumpulan, saudara Husairi Wildan.

“Walaupun kita bersemangat untuk bermain, namun apa yang penting adalah jaga kesihatan dan jaga hati. Tubuh badan perlu sihat dan ukhuwah juga perlu dijaga”. Pesanan beliau sebelum majlis berakhir.

Didoakan agar kumpulan Yeop FC beroleh kemenangan bagi bertarung di dalam MASCUP ’11 PMRAM. 





Generasi Baru : Mesyuarat Agung Tahunan KPIPM kali ke 45


KAHERAH, 21 September - Mesyuarat Agung Tahunan KPIPM kali ke 45 telah berlangsung dengan jayanya. Majlis tersebut telah dimulakan dengan agenda perasmian yang telah dirasmikan oleh wakil PMRAM, saudara Abdul Aziz bin Ali.

Sejurus selepas itu, majlis diteruskan dengan gimik perasmian yang diteruskan oleh perasmi program dan disusuli dengan pelancaran buku dan baju Zikrayat 5.

Majlis bertukar kepada Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 45 dengan dipengerusikan oleh YDP KPIPM, saudara Khairul Ashraf bin Mohd Khir sebelum diserahkan sepenuhnya kepada pengerusi sidang sesi pagi.


Mesyuarat dimulakan dengan pembentangan laporan setiap jabatan dan biro. Di sini melihatkan keprihatinan ahli KPIPM di dalam setiap biro dan jabatan sepanjang sesi kali ini dengan respon yang positif.

Majlis diambil alih pula oleh pengerusi sidang sesi petang. Mesyuarat diteruskan dengan pembentangan kewangan KPIPM dan disusuli dengan perbahasan satu daripada dua usul.
Pembentangan usul seterusnya pula disambung selepas Solat Asar.

Hasil yang diputuskan dari perbahasan daripada ahli sendiri, kedua-dua usul tersebut telah dipersetujui oleh ahli mesyuarat untuk dilaksanakan pada sesi kali ini. Seterusnya majlis berpindah kepada ucapan penggulungan YDP KPIPM sesi 2010/2011, saudara Khairul Ashraf Mohd Khir dan sekaligus membubarkan AJKT dan AJK HEWI KPIPM sesi 2010/2011.


Majlis diambl alih oleh Pengarah AJK KPR KPIPM sesi ini, saudara Mohd Firdaus bin Abd Razak bagi mengumumkan keputusan pilihanraya dalam pencalonan AJKT dan AJK HEWI KPIPM sesi 2011/2012.
Setelah mengumumkan keputusan pilihanraya, majlis diteruskan dengan ucapan penangguhan oleh YDP KPIPM sesi 2011/2012.
Majlis diakhiri dengan bacaan doa rabitoh oleh YDP KPIPM sesi 2011/2012.
Tahniah dan takziah diucapkan kepada AJKT dan AJK HEWI sesi 2011/2012, semoga kalian dapat meneruskan dan menyambung rantai-rantai perjuangan ini semampu mungkin.









Wednesday, September 21, 2011

7.11 mlm : Perkembangan Terkini Mesyuarat Agung Tahunan ke 45

Anugerah Khas inspirasi daripada Yang Dipertua KPIPM .
2 Tokoh yang telah disepakati oleh AJKT KPIPM 2010/2011 :

Yang Berbahagia Dato' Syeikh Mohd Nor bin Mansur Al-Hafiz
Ustazah Raden Seri Nabahah binti Ahmad Zabidi

Anugerah disampaikan oleh Yang Dipertua KPIPM 2010/2011 kepada wakil Saudara Muhammad Mujahid bin Mohd Fadzil dan Ketua HEWI KPIPM 2010/2011 kepada wakil Saudari Huzaifa binti Hassan

Perkembangan Terkini Mesyuarat Agung Tahunan ke 45


Mesyuarat ditangguhkan sebentar untuk laluan Solat Maghrib .

5.45 petang : Perkembangan Terkini Mesyuarat Agung Tahunan ke 45


Sesi muhasabah dan cadangan untuk sesi 2010/2011

5.00 petang : Perkembangan Terkini Mesyuarat Agung Tahunan ke 45


Sidang mesyuarat kembali bersidang jam 5 petang dengan perbahasan usul yang kedua :
" Membina generasi pelapis bagi meneruskan kesinambungan survival KPIPM" yang telah dibahaskan oleh Saudara Muhamad Omar bin Adam Timbalan Yang Dipertua KPIPM 2011.

4.15 petang : Perkembangan Terkini Mesyuarat Agung Tahunan ke 45


Mesyuarat ditangguhkan sebentar untuk memberi laluan Solat Asar sekitar 30 minit.

3.30 petang : Perkembangan Terkini Mesyuarat Agung Tahunan ke 45


MAT ke 45 diteruskan lagi dengan agenda perbahasan usul :

Usul Pertama :
"Memperkasakan Badan Hisbah Bagi Meningkatkan Kualiti Biah Solehah" yang telah dibawa oleh Saudara Ibnu Abbas bin Azizuddin , Setiausaha Agung KPIPM 2010/2011.

Pengerusi Sidang membuka ruang seluasnya pada ahli untuk membahaskan usul yang telah dibentangkan.

3.00 petang : Perkembangan Terkini Mesyuarat Agung Tahunan ke 45


Pengerusi Sidang dan Setiausaha Sidang telah ditukarkan untuk sesi petang
Saudara Jamnul Azlan bin Mulkan : Pengerusi Sidang

Setiausaha Sidang Sesi Petang
Saudara Mohd Fakhrulrazi bin Mat Saleh
Saudara Ahmad Shazwan bin Khalid
Fatin Nurzawani binti Mohamad Yusof



Pembentangan Laporan Kewangan KPIPM
oleh Bendahari Kehormat KPIPM
Saudara Muhamad Firdaus bin Aznan

Telah disahkan jam 3.07 minit petang.

2.00 petang : .Perkembangan Terkini Mesyuarat Agung Tahunan ke 45


Penangguhan MAT ke 45 untuk memberi laluan kepada ahli Solat Zohor dan Makan tengahari mesyuarat akan disambung semula pada jam 3.oo petang

1.30 petang : Perkembangan Terkini Mesyuarat Agung Tahunan ke 45


Perlantikan 2 Pengerusi Sidang :
1- Mohd Arif bin Haji Hasan [ Pagi ]
2- Jamnul Azlan bin Mulkan [Petang]

Perlantikan 6 Setiausaha Sidang :
[ Sesi Pagi ]
1- Amirul Adli bin Othman
2- Azmin bin Omar
3- Nor Atiqah binti Hamdan

[ Sesi Petang ]
1- Muhammad Fakhrurzai bin Mat Saleh
2- Ahmad Shazwan bin Khalid
3- Fatin Nurzawani binti Mohamad Yusof

Perlantikan 6 Pengira Undi :
1-Siti Nurhamiza binti Mohamad Yaacob
2- Jamaliah binti Redzuan
3- Muhammad Ainuddin bin Ishak
4- Muhammad Akramin bin Ishak
5- Mohamad Adil bin Fadzil
6- Amar Arif bin Ahmad Poa'ad

1.23 petang : Perkembangan Terkini Mesyuarat Agung Tahunan ke 45


Pembentangan seterus daripada Biro Perhubungan Sambutan dan Rehlah & Biro Ekonomi

12.57 tengahari : Perkembangan Terkini Mesyuarat Agung Tahunan ke 45


Pembentangan laporan seterusnya : Biro Pelajaran dan Ilmiah & Biro Perumahan

12.42 tengahari : Perkembangan Terkini Mesyuarat Agung Tahunan ke 45


Bilangan Mutazawwijin Perak tahun ini :

Keseluruhan 31 pasang

Kaherah : 14
Iskandariah : 11
Mansurah : 4
Zagazig : 2

Bilangan cucu KPIPM : 31 orang
Cucu KPIPM tahun ini : 13 orang

12.30 tengahari : Perkembangan Terkini Mesyuarat Agung Tahunan ke 45


Pembentangan laporan seterusnya : Biro Dakwah dan Tarbiah dan Biro Tabung Kebajikan, Kesenian dan Riadhah.

12.12 tengahari : Perkembangan Terkini Mesyuarat Agung Tahunan ke 45


Pembentangan Laporan Jabatan Setiausaha Agung dan Bendahari Kehormat .

Perkembangan Terkini Mesyuarat Agung Tahunan ke 45


Pembentangan Laporan Jabatan dan Biro dimulakan dengan laporan daripada Jabatan Yang Dipertua..

Untuk muhasabah dan cadangan akan dibawa kepada sesi petang .


11.10 pagi : Perkembangan Terkini Mesyuarat Agung Tahunan ke 45

Pengesahan Minit Mesyuarat kali ke 44 telah disahkan pada jam 11.23 pagi .

Pengerusi Sidang sesi pagi : Saudara Mohd Arif bin Haji Hassan dan Saudara Jamnul Azlan bin Mulkan untuk sesi petang .

10.45 pagi : Perkembangan Terkini Mesyuarat Agung Tahunan ke 45



Perarakan masuk barisan AJKT dan HEWI KPIPM ke dewan persidangan untuk memulakan mesyuarat agung.

Yang Dipertua Saudara Khairul Ashraf bin Mohd Khir mengingatkan semua ahli untuk merujuk Perlembagaan KPIPM supaya mesyuarat akan berjalan dengan lancar.

Masih menanti pendaftaran ahli agar memenuhi syarat melangsungkan mesyuarat agung KPIPM ke 45 .

Dengan berdasarkan kehadiran ahli 1/4 dari jumlah keseluruhan yang berada di Mesir , mesyuarat agung diteruskan.

10.00 pagi : Perkembangan Terkini Mesyuarat Agung Tahunan ke 45




Majlis Perasmian MAT ke 45 telah berakhir dengan gimik perasmian yang disempurnakan oleh Saudara Abdul Aziz bin Ali selaku perasmi program MAT ke 45 .

Hadirin diserikan lagi dengan perasmian baju Zikrayat5 dengan pertunjukan oleh beberapa orang ahli dengan menggayakan baju tersebut .

Zikrayat 5 merupakan majalah album kenangan untuk anak-anak Perak yang menjadi perantau diperlembahan Nil ini.

Sebelum majlis berakhir penyampaian cenderahati kepada perasmi oleh Yang Dipertua KPIPM Saudara Khairul Ashraf bin Mohd Khir sebagai tanda terima kasih diatas kesudian merasmikan MAT ke 45 kali ini.













9.37 pagi : Perkembangan Terkini Mesyuarat Agung Tahunan ke 45



Ucapan aluan daripada Pengarah Mesyuarat Agung Tahunan ke 45 Saudara Ibnu Abbas bin Azizuddin sebagai kalam pembuka dalam majlis perasmian hari ini.

" Penganjuran MAT kali ini mencatat sejarah apabila kita menganjurkan diluar perkarangan Wisma Darul Ridzuan maka sudah pasti pelbagai kelemahan yang berlaku namun begitu apa yang diharapkan agar kerjasama yang diberikan oleh barisan AJK Pelaksana dapat memberikan hasil yang terbaik" ujar Saudara Ibnu Abbas dalam ucapannya merangkap Setiausaha Agung KPIPM 2011.

Majlis kemudiannya diteruskan pula dengan ucapan daripada Yang Dipertua KPIPM Saudara Khairul Ashraf bin Mohd Khir .

" KPIPM mengharapkan agar generasi KPIPM hari ini akan terus menjadi generasi pelapis dalam meneruskan perjuangan orang terdahulu dalam membina kesatuan kita sehingga terus bertapak hari ini " ujar beliau dalam ucapan yang disampaikan.

Seterusnya majlis perasmian disempurnakan oleh Timbalan Presiden PMRAM Saudara Abdul Aziz bin Ali yang juga merangkap Ketua Lajnah Perancang dan Panitia PMRAM 2011.

" Setiap matlamat dalam gerakkan dakwah perlu diteruskan agar sasaran matlamat yang ingin dicapai dan bukan masanya untuk berseronok, gunakanlah kesempatan yang diberikan dengan menjadikan medium mesyuarat agung ini agar dapat memperbaiki kelemahan agar dapat dipertingkatkan untuk masa akan datang " pesanan beliau dalam ucapan perasmiannya sebentar tadi.

Perkembangan Terkini Mesyuarat Agung Tahunan ke 45



Majlis perasmian telah dimulakan sekitar jam 9.15 pagi dengan ucapan pengerusi majlis .
Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan alunan nasyid Asma' ul Husna dan lagu tema PMRAM .

Untuk memberkati MAT kali ke 45 majlis diperdengarkan dengan bacaan ayat suci Al-Quran oleh Muhammad Fadzil bin Abdul Rahim .

Majlis perasmian MAT kali ke 45 ini akan disempurnakan oleh Saudara Abdul Aziz bin Ali ,Timbalan Presiden PMRAM 2011.

Makluman Liputan Secara Langsung Mesyuarat Agung Tahunan KPIPM kali ke-45



MAKLUMAN LIPUTAN SECARA LANGSUNG

Assalamualaikum wbt. Kepada semua pengunjung yang budiman. Kami akan membawakan liputan secara langsung perjalanan Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-45 di sini hari ini.
Sila refresh untuk mengikuti perkembangan terkini.

LAPORAN | KEJOHANAN PIALA KPIPM DAN PIALA AN-NISA’ 2024

LAPORAN | KEJOHANAN PIALA KPIPM DAN PIALA AN-NISA’ 2024 Biro Tabung Kebajikan, Kesenian dan Riadah KPIPM sesi 2023/2024 KAHERAH, 17 & 18...