Sunday, March 21, 2010

Rabi’ Camp Sempena Mesra 10 Bersambung Di Awal Pagi


20 MAC – Seawal pagi lagi, para peserta telah dikejutkan untuk melalui program seterusnya yang juga merupakan salah satu daripada slot Mesra 10. Slot yang dimaksudkan ialah qiamullail dan wacana isu semasa.

Pada jam 2.10 pagi lagi, semua peserta telah dikejutkan setelah tidur pada jam 11.45 malam semalam. Qiamullail telah dimulakan pada jam 2.40 pagi dan dikendalikan oleh Ustaz Ibnu Abbas bin Azizuddin, dan Ustaz Omar bin Adam.

Setelah selesai berqiamullail, pada jam 3.25 pagi program diteruskan dengan Wacana Isu Semasa yang membincangkan tajuk Hudud, Antara Realiti dan Pelaksanaan. Slot ini telah dikendalikan oleh Ustaz Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil, bersama dua orang panel terkenal, Ustaz Muhammad Shahrizan bin Hazime dan Ustaz Mohd Firdaus bin Mazlan.

Ustaz Shahrizan adalah seorang mahasiswa Master Universiti al Azhar dalam bidang Fiqh Muqaran, dan juga bakal Presiden PMRAM 2010. Manakala Ustaz Firdaus Mazlan pula ialah Mantan Badan Pengurus PMRAM, yang sedang menuntut di tahun 2, Darul Ifta’ Misriyyah. Ustaz Muhammad Mujahid pula adalah mahasiswa tahun 4, Fakulti Usuluddin, Universiti al Azhar, dan memegang jawatan sebagai Fellow MANHAL PMRAM, dan Pengerusi Badan Penasihat KPIPM.

Wacana Isu Semasa berjalan sehingga jam 5 pagi, dan diteruskan dengan Solat Subuh secara berjemaah. Selepas itu, ia diteruskan dengan tazkirah yang disampaikan secara spontan oleh 3 orang peserta.

Kemudian ia disusuli dengan slot GKB yang bermula pada jam 5.50 pagi yang dikendalikan oleh beberapa orang fasilitator yang dilantik.

Pada jam 6.50, slot GKB telah diulas ringkas oleh wakil Badan Penasihat, Ustaz Muhammad Zulfadli bin Zainal, dan seterusnya peserta dijamu dengan sarapan.

Pada jam 7.15 pagi, para peserta mula bersiap untuk bertarung untuk merebut KPIPM Cup. Kelihatan beberapa peserta sudah mula berkumpul di padang, untuk dimulakan dengan slot perasmian yang akan dirasmikan oleh Yang Dipertua KPIPM sendiri.

Pada jam 8 pagi, majlis perasmian KPIPM Cup sempena Mesra 10 dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Yang Dipertua KPIPM.

No comments:

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

TV PMRAM