Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

Monday, February 20, 2017

LAPORAN | MESRA'17

LAPORAN PROGRAM HARI KELUARGA ANAK-ANAK PERAK DI MESIR (MESRA ‘17)

KAHERAH – Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2016/2017 dengan kerjasama Pejabat Atase Pendidikan Negeri Perak telah menganjurkan program yang dinamakan Hari Keluarga Anak-anak Perak di Mesir (MESRA’17). MESRA’17 kali ini berkonsepkan “Pahlawan Moden” yang telah berlangsung dengan jayanya selama lima hari bermula 5 Februari sehingga 9 Februari 2017 bertempat di Wisma Darul Ridzuan. Program yang bertemakan “Pugari Ukhuwah, Sinari Mahabbah” ini melibatkan seluruh ahli KPIPM selari dengan objektif yang digariskan pada kali ini iaitu memperkukuhkan peranan KPIPM sebagai wadah kesatuan anak-anak Perak di bumi Mesir, menerapkan kefahaman Islam yang syumul berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah, meluaskan capaian pengetahuan ahli dalam ilmu kontemporari, seterusnya, memaksimumkan medium ekonomi dan kebajikan kepada ahli, mengasah bakat ahli dalam bidang yang pelbagai serta menjayakan Kempen Ma’an Najah & Kebersihan.

    MESRA’17 bermula pada hari Ahad, 5 Februari 2017 bersamaan 8 Jamadil Awal 1438 H jam 9.00 pagi dengan perjumpaan dan persiapan rumah sukan ikhwah dan akhawat yang bertempat di Dewan Syeikh Sya’rawi bagi ikhwah dan Dewan Syeikh Idris Al-Marbawi bagi akhawat. Pada sebelah malamnya seawal jam 7.00 malam, diadakan pula Malam Pelancaran Program Hari Keluarga Anak-anak Perak di Mesir (MESRA’17). Program ini dirasmikan oleh Pegawai Atase Pendidikan Negeri Perak, Ustaz Munawir bin Mohamed Noh selepas sahaja Ucapan Aluan daripada Pengarah MESRA’17, Ustaz Muhamad Saiful Adli bin Ahmad Padli serta Yang Dipertua KPIPM sesi 2016/2017 Ustaz Khairul Naim bin Abdul Razak. Majlis diteruskan lagi dengan pelancaran gimik perasmian MESRA’17 di Dewan Syeikh Idris Al-Marbawi, Baitul Ridzuan serta tayangan video pengenalan MESRA’17. Kemudian, diteruskan dengan talkshow ‘’Sembang Santai UBM’’ yang telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Mu'aaz bin Ramli, Ustaz Muhammad Amir bin Ghazali dan Ustazah Umi Atikah binti Samsudin bermoderatorkan Ustazah Nur Farahin binti Hambali.

   Pada hari kedua, program MESRA’17 dimulakan dengan Tazkirah Perdana yang disampaikan oleh Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Negeri Wilayah Persekutuan, Ustaz Abdul Wafi Bin Alias seusai solat fardhu Subuh bertempat di Dewan Syeikh Idris Al-Marbawi, Baitul Ridzuan. Kemudian program diteruskan lagi dengan aktiviti outdoor ikhwah dan akhawat. Antara aktiviti outdoor ikhwah adalah perbarisan, acara sukaneka dan balapan 4x100 m, 8x100 m, 4x200 m dan 100 m yang bertempat di Istad Abbasiah manakala aktiviti outdoor akhawat berbentuk perbarisan dan sukaneka bertempat di Hadiqah Atfal.
   
    MESRA’17 diteruskan pada hari berikutnya iaitu hari ketiga dengan acara indoor ikhwah dan akhawat seperti hafazan, khat, tebar roti canai, master chef, pejuang kreatif, madah pejuang, pahlawan translator dan bermacam-macam aktiviti menarik yang telah disusun oleh peringkat pengisian MESRA’17. Pada sebelah malam pula, program diteruskan dengan talkshow PEMANDU atau dikenali sebagai Program Pemantapan Du’at yang bertajuk “Kita Mahasiswa Khalifah Islam” yang disampaikan oleh Ustaz Sharul bin Malek (Mantan Penasihat BKMIP), Ustazah Siti Aisyah binti Ismail (Fasilitator BKASM) bermoderatorkan Ustaz Mohammad Fadzil bin Abdul Rahim (Fasilitator KPIPM). Program PEMANDU diakhiri dengan persembahan daripada Usrah Al-Muhazirun.

   Kemesraan MESRA’17 dihangatkan lagi dengan pertandingan Piala KPIPM dan Piala An-Nisa’ pada hari keempat. Pertandingan tersebut bertempat di padang Futsal Zahra’ bagi ikhwah dan Padang Sallab bagi akhawat.

   Lanjutan daripada hari keempat, maka tibalah Majlis Penutupan Program Hari Keluarga Anak-anak Perak di Mesir (MESRA’17). Sebelum itu, majlis diserikan dengan persembahan kebudayaan di sebelah akhawat. Antaranya persembahan Choral Speaking, Boria, Nasyid dan Dikir Barat. Kemudian, pada sebelah petang pula diadakan khidmat kebajikan. Antara perkhidmatan yang dibuat adalah berbekam, refleksologi dan gunting rambut. Pada sebelah malam, majlis diteruskan lagi dengan Pertandingan Persembahan Dikir Barat ikhwah mengikut wakil rumah sukan masing-masing. Majlis Penutupan MESRA’17 telah dirasmikan oleh Pengerusi Badan Penasihat KPIPM sesi 2016/2017, Ustaz Muhammad Hanif bin Abdullah diikuti dengan acara penyampaian hadiah kepada para pemenang sepanjang program MESRA’17. Kumpulan rumah sukan terbaik pada sesi kali ini telah disandang oleh Rumah Merah iaitu ‘Fire Fighter’. Tahniah diucapkan kepada seluruh ahli rumah sukan merah di atas kejayaan yang diperoleh. Majlis berakhir sekitar jam 11.30 malam dengan sedikit jamuan ringan.

     Maka berakhirlah sudah program MESRA’17 sesi 2016/2017. Diharapkan agar program ini dapat memberi manfaat dan seribu satu kenangan buat ahli-ahli KPIPM baik yang datang dari jauh mahupun yang dekat. Sesungguhnya setiap permulaan pasti ada pengakhiran, dan begitulah juga MESRA’17. Moga Allah jaga ukhuwah Islamiah dan kesatuan kita bersama. Diharapkan juga agar program sebegini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang, bahkan disajikan pula dengan pelbagai aktiviti-aktiviti yang lebih menarik pada masa akan datang.
Sekian, terima kasih.

“Pugari Ukhuwah, Sinari Mahabbah”

BERILMU, BERAMAL, IKHLAS

“MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN”

Disediakan oleh :
Setiausaha MESRA'17 KPIPM sesi 2016/2017

Saturday, February 18, 2017

LAPORAN | WINTER BREAK DAURAH 2017 (WADAH17)


KAHERAH- Biro Pelajaran dan Ilmiah KPIPM sesi 2016/2017 dengan kerjasama Pejabat Atase Pendidikan Negeri Perak telah menganjurkan program ilmiah selama enam hari bermula dari 25 Januari  sehingga 30 Januari 2017 di Dewan Syeikh Idris al-Marbawi, Baitul Ridzuan. Program yang  diberi nama Winter Break Daurah (WADAH ‘17) diadakan bagi menambah thaqafah dan ilmu pengetahuan agama dalam kalangan ahli KPIPM.

           Program yang bertemakan “Mahasiswa Berthaqafah Peneraju Transformasi Ummah”  ini melibatkan seluruh ahli KPIPM selari dengan objektif yang digariskan pada program kali ini iaitu memperkasakan medium sebaran ilmu turathi dan kontemporari kepada ahli serta memaksimumkan suasana ilmu di dalam Wisma Darul Ridzuan di samping melahirkan ahli yang berkemahiran  dalam pelbagai bidang.
           Program ini bermula selepas solat subuh pada hari Rabu, 25 Januari 2017 seawal jam 6.30 pagi dengan Daurah Kitab Matan Rahabiah. Kitab ini dikupas oleh Ustaz Aiman Bin Yahaya, Mahasiswa Usuluddin, Universiti Al Azhar. Daurah kitab ini berlangsung selama 2 jam.

     Pada hari kedua bertarikh 26 Januari 2017, Winter Break Daurah  ini diteruskan dengan sambungan kupasan Kitab Matan Rahabiah  oleh Ustaz Aiman Bin Yahaya selama 2 jam.
    Pada sebelah petang, pihak AJK Pertandingan Winter Break Daurah telah menganjurkan pertandingan “Baca Kitab Arab”.  Pertandingan ini berlangsung pada jam 2.30 petang di sebelah akhawat bertempat di Dewan Sheikh Al-Marbawi dan di sebelah ikhwah pada jam 1 petang bertempat di Dewan Sheikh Sya’rawi. Pertandingan ini mempunyai 2 kategori iaitu kategori pertama USMB dan kategori kedua Kuliah.  Setiap usrah perlu menghantar seorang wakil untuk menyertai pertandingan ini.  Pertandingan ini berlangsung kira-kira 2 jam.
   Pada sesi malam sekitar jam 7 hingga 9 malam telah berlangsung Program Ehya’ al-Jum’ah dan diteruskan lagi dengan Majlis Ramah Mesra. Majlis Ramah Mesra ini dihadiri oleh 5 orang tetamu kehormat iaitu Ust Zawawi bin Hassan, Ust Mohd Firdaus Mohd Hassan, Ust Mohd Akmal Kamaruddin,Ust Hj Razman bin Zakaria dan Ust Muhammad Ismi bin Taib.

  Pada hari ketiga bertarikh 27 Januari 2017 telah berlangsung Tazkirah Subuh Perdana(1).
    Pada pagi hari keempat, Tazkirah Subuh Perdana (2) telah ditangguhkan atas sebab-sebab tertentu.  Pada sesi malam, program Winter Break Daurah diteruskan dengan Forum Mahasiswa yang bertajuk Peristiwa Akhir Zaman: Sedarkah Kita? yang telah disampaikan oleh 2 orang panel yang mantap iaitu Ust Syakir Faleh Lai yang merupakan penuntut Master American Maftuh dan Ust Iqbal Atan yang merupakan Mahasiswa Syariah Universiti Al-Azhar.  Moderator program ini ialah Ust Muhd Bukhari bin Abdullah. Program ini berlangsung selama 2 jam bermula pada jam 8.30 malam sehingga 10.30 malam.

       Pada hari kelima bertarikh 29 Januari 2017, program diteruskan dengan Tazkirah Perdana (2). Tazkirah ini bermula pada jam 6.15 hingga 7.30 pagi.

      Pada pagi hari keenam program dimulakan dengan pembentangan kertas kerja yang bertajuk “Kepentingan Akhlak dalam membina Ketamadunan Islam” dan seterusnya Wacana Siswa yang bertajuk “Kerjaya Anak Muda“.  Wacana ini dikendalikan ialah Ust Mohd Nor Farhan bin Muhd Arif.

      Program diteruskan lagi pada malam hari dengan Sembang Santai yang bertajuk “Tanggungjawab & Cabaran selaku Individu Muslim”. Sembang Santai ini dikendalikan oleh Ust Muhd Amir bin Ghazali  dan 2 orang ahli panel jemputan. Program ini bermula jam 8 malam hingga 10.30 malam.

      Setelah itu, program Winter Break Daurah diteruskan lagi dengan acara penyampaian hadiah bagi Pertandingan “Baca Kitab Arab” dan penyampaian sijil penyertaan kepada ahli KPIPM. Penyampaian hadiah dan sijil penyertaan telah disampaikan oleh ,YDP KPIPM, Ustaz Khairul Naim bin Abd Razak diiringi oleh Pengarah Winter Break Daurah iaitu Ustaz Aiman bin Yahaya.

      Akhir kalam, bersyukur ke hadrat Ilahi Program Winter Break Daurah (WADAH’17) pada tahun ini berjalan lancar dan mencapai objektif yang diketengahkan. Pelbagai input-input menarik dan berguna yang dapat diterapkan dalam kehidupan setiap ahli-ahli KPIPM.Sekalung penghargaan diucapkan  kepada pihak yang terlibat bagi menjayakan program Winter Break Daurah dan diharapkan agar program sebegini dapat dianjurkan lagi pada masa akan datang.

Disediakan oleh :
Setiausaha Winter Break Daurah 2017 (WADAH'17)

Friday, January 20, 2017

KES ROMPAKAN BERSENJATA | HISBAH KPIPM

KES ROMPAKAN BERSENJATA

Khamis, 19 Januari 2016

KAHERAH - Pada jam 3.00 pagi, sekumpulan geng berkulit hitam seramai 7 orang telah memecah masuk ke rumah pelajar Malaysia di kawasan Bawabah 2, Hayyu Asyir. 

Seramai 4 orang suspek bersenjatakan parang panjang mengikat mangsa dan menempatkan mereka di sebuah bilik, manakala 3 orang lagi menggeledah rumah tersebut.

Walaubagaimanapun, kesemua mangsa selamat dan anggaran kerugian sekitar LE 80 ribu.

Justeru, Hisbah KPIPM mengucapkan takziah kepada mangsa dan menyarankan supaya semua ahli :

1. Sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling

2. Sentiasa kunci pintu dengan baik pada waktu malam dan ketika tiada di rumah. 

3. Menyimpan barang dan dokumen penting di tempat yang selamat.

4. Elakkan dari mempamerkan kekayaan / barang berharga pada khalayak umum.

5. Memaklumkan segera kes yang berlaku kepada :

- Pegawai Atase Negeri Perak
En Munawir bin Mohamed Noh
+201122141005

- Yang Dipertua KPIPM
Ustaz Khairul Naim bin Abd Razak
+201100403093

- Pengarah Hisbah KPIPM
Ustaz Mohd Hazim bin Mohd Halim
+201117936552

- Ketua HEWI KPIPM
Ustazah Nurul Izzaty binti Osman
+201127066847

"Bersama Mencegah Kemungkaran"

BERILMU, BERAMAL, IKHLAS
"MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN"

Disediakan oleh:
Setiausaha Badan Hisbah KPIPM sesi 2016/2017

Saturday, November 26, 2016

SELAMATKAN SAUDARA KITA DI ROHINGYA




SELAMATKAN SAUDARA KITA DI ROHINGYA

          Dunia sekali lagi dikejutkan dengan isu pembantaian Muslim di Rohingya, ia bukanlah isu baru bahkan polemik ini telah lama bertali arus menerpa ke telinga kita dan entah bila pengakhirannya. Sepertimana yang kita sedia maklum, sejak tahun 1982 undang-undang kewarganegaraan Burma tidak mengakui Muslim di Rohingya sebagai warganegara. Sasaran serangan kali ini lebih tertumpu kepada satu wilayah yang terletak di bahagian Utara Arakan atau Rakhine. Wilayah Arakan ini berdekatan dengan sempadan negara Bangladesh dan dihuni oleh minoriti umat Islam. Mereka dianugerahkan dengan kekayaan pelbagai sumber alam yang mencurah-curah tetapi tersenarai dalam kawasan termiskin dek kerana tangan si bedebah yang rakus dan gila kuasa dalam memerintah.

          Secara umum kita telah mengetahui, Proses Genocide (Pembersihan) Etnik Muslim di Myanmar yang merupakan negara tuan rumah bagi Piala AFF Suzuki Cup 2016 telah bermula sejak sekian lama. Jika disoroti tarikh yang paling hampir, pembantaian ini bermula pada Jun 2016 dan serangan terbaru pada pertengahan Oktober 2016. Mereka diasak habis-habisan dari segenap sudut. Berita melaporkan polis dan tentera dikerah untuk menyerbu dan mengusir agar mereka keluar dari perkampungan yang sedia ada. Malahan, tentera juga turut menyekat segala bentuk bantuan makanan, bukan sekadar rumah-rumah dibakar bahkan yang lebih kejam mereka membakar bayi-bayi dihadapan ibu mereka sendiri. Angka kematian terus meningkat dari semasa ke semasa. Situasi lebih memuncak apabila tentera menyerang menggunakan helikopter dan mortar.

          Begitulah potret duka dan nasib muslim di sana. Mereka seolah-olah terpenjara dalam negara sendiri, bagai digantung tidak bertali. Musibah dan keperitan yang dialami ini memaksa mereka menyeberang ke Sempadan Bangladesh, dikhabarkan 37,000 orang pelarian kini sedang meninggalkan kampung halaman masing-masing untuk mencari perlindungan namun ianya tidak juga terbela, bahkan apa yang lebih teruk suara pemimpin Myanmar masih tidak kedengaran, hanya diam seribu bahasa.

          Sabda Nabi SAW: Seorang muslim itu adalah saudara bagi muslim yang lain, oleh itu janganlah kamu menzalimi dan meremehkannya dan jangan pula kamu menyakitinya..

          Justeru itu, peristiwa berdarah ini sewajarnya mendapat perhatian, simpati dan keprihatinan semua pihak. Oleh itu, marilah sama-sama kita mengambil tahu dan cakna akan isu semasa yang berlegar di sekitar umat Islam khususnya dan seluruh dunia umumnya. Teruskan membantu mereka walau sekadar berdoa, kerana doa itu senjata mukmin. Jangan ada yang masih berpeluk tubuh, bahkan tunjukkan solidariti anda selaku mahasiswa. Semoga Allah menurunkan nusrah di bumi bertuah ini dan fajar Islam kan berputik kembali. Sekian.

Bersama bersatu kita jayakan kempen BTKKR sesi kali ini, KEMPEN ACT FOR PEACE !


Disediakah oleh :
Muhammad Nur Ikhwan bin Shamsudin
Ketua Biro Tabung Kebajikan, Kesenian dan Riadah
Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2016/2017

Monday, November 7, 2016

"MB GABUNGAN MENYATUKAN KITA"




MB GABUNGAN MENYATUKAN KITA
KAHERAH, 4 November 2016 Keluaga Pelajar-Pelajar Islam Perak Mesir di bawah anjuran Biro Dakwah dan Tarbiah dan Biro Tabung Kebajikan Kesenian dan Riadah telah mengadakan Muzakarah Berkelompok Gabungan  ikhwah. Ahli yang hadir seramai 80 orang, program ini bertemakan ‘We Are One Family’

Muzakarah berkelompok gabungan ini bertujuan untuk mengukuhkan lagi hubungan di antara ketua dan ahli muzakarah berkelompok di peringkat KPIPM. Selain itu, medium ini digunakan sebaiknya untuk mengeratkan lagi hubungan di antara ahli dengan kepimpinan sesi kali ini. Sebelum memulakan program ini, pihak pimpinan telah bertungkus lumus dalam merancang aktiviti dan menyediakan peralatan aktiviti  untuk melancarkan lagi program yang akan dijalankan. Program yang mengambil masa tidak begitu lama namun kesan dan objektifnya sangat memberangsangkan, disamping dapat mengukuhkan ukhwah dalam kalangan ahli, program seperti ini juga dapat mencerdaskan minda dan menyihatkan tubuh badan bersesuaian dengan kalam hukama "akal yang sihat datangnya dari tubuh badan yang sihat" .

Pada jam 8.00 pagi ahli sudah bergerak ke destinasi program iaitu Hadiqah Lotus. Pada jam 9.00 pagi aktiviti sudah dijalankan. Aktiviti yang disusun oleh pihak penganjur kali ini berbentuk riadah sukaneka. Terdapat beberapa acara telah dijalankan antaranya simpul mahabbah, lontaran kasih, duck ping pong dan sebagainya. Pelbagai gelagat dan aksi yang lucu dapat dilihat semasa aktiviti dijalankan dan peserta nampak ceria dan bersuka ria.

Alhamdulillah muzakarah berkelompok ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari kalangan ahli dan ianya berjalan denagn lancar. Satu usaha yang baik dirancang oleh pihak pimpinan untuk menghimpunkan ahli KPIPM yang berada di bumi anbiya ini khususnya di Kaherah. Muzakarah berkelompok kali ini mencapai objektif yang telah digariskan oleh pihak penganjur. Program di akhiri dengan ucapan Yang Dipertua KPIPM Ustaz Khairul Naim bin Abd Razak. Seterusnya ucapan dari Pegawai Atase Pendidikan Negeri Perak Ustaz Munawir bin Mohamed Noh.







Thursday, August 25, 2016

KENYATAAN BERSAMA YANG DI-PERTUA BADAN KEBAJIKAN ANAK NEGERI - Sambutan Hari Kemerdekaan Anak-Anak Negeri

KENYATAAN BERSAMA YANG DI-PERTUA BADAN KEBAJIKAN ANAK NEGERI

Sambutan Hari Kemerdekaan Anak-Anak Negeri

24 September 2014. Perbincangan bersama yang telah dipengerusikan oleh Ustaz Muhammad Ariff Bin Haron  selaku yang dipertua Badan Kebajikan Pelajar Johor Mesir (BKPJM) bersama Yang Di-Pertua Badan Kebajikan Anak Negeri bertempat di Wisma Sultan Muhammad ke V . Tujuan perbincangan diadakan adalah bagi menyelaraskan satu program secara bersama  bersempena Sambutan Hari Kemerdekaan.

Program yang bakal dilaksanakan ini adalah bertujuan meningkat kesedaran dan semangat patriotism dan kecintaan kepada negara menurut acuan Islam  dalam kalangan mahasiswa/wi. Selain itu juga, memupuk semangat ukhuwah dan kesatuan sesama ahli BKAN melalui aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan.

Semoga program yang bakal dilaksana ini memberi satu semangat kepada kalangan ahli yang menginginkan program yang dapat menyatukan ukhuwah di kalangan mahaiswa/wi di perlembahan Nil ini.

HADIR,
MUHAMMAD ARIFF BIN HARON
(YANG DIPERTUA BKPJM)

AHMAD MAHIR BIN C. NASRUDDIN
(YANG DIPERTUA KPP)

ASRAF BIN ALIAS
(YANG DIPERTUA BKASM)

MOHAMMAD AINUDIN BIN MOHD ISHAK
(YANG DIPERTUA KPIPM)

MOHAMMAD HANIF BIN SYED HASSAN
(YANG DIPERTUA KPKM)

MOHD FARID BIN AZMI
(YANG DIPERTUA KPT)

AHMAD RAZIN BIN MOHD FAUZI
(YANG DIPERTUA BKKIMM)

AMIR NORDIN BIN A.RAHIM
(YANG DIPERTUA BKMIP)

AMMAR MUJAHID BIN AB RASHIDI
(YANG DIPERTUA MKKK)

MUHAMAD IMAN BIN FADZIL
(YANG DIPERTUA BKPPPM)

TIDAK HADIR,

ADAM SYUKRI BIN MOHAMAD
(YANG DIPERTUA BKAWM) 

Wednesday, August 24, 2016

KOMPAS'16 - "The Art of Dakwah"

KOMPAS'16 - "The Art of Dakwah"

BAITUL RIDZUAN, 3 Ogos 2016, Rabu - Seiring dengan pembawaan dan usul KPIPM sesi 2015/2016 ; "Meningkatkan kualiti mahasiswa melalui penjanaan sumber tenaga yang berkemahiran dalam pelbagai bidang".  Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM di bawah kelolaan Jabatan Yang Dipertua telah menganjurkan satu program Kursus Asas Komputer & Adobe Photoshop (KOMPAS'16) bagi menjayakan usul tersebut.

Kursus yang asalnya dibuka hanya kepada 30 orang peserta ini mendapat permintaan sehingga menjangkau bilangan 40 orang peserta. Kursus ini bertujuan memberikan pendedahan asas kepada seluruh peserta mengenai permasalahan yang sering berlaku semasa penggunaan komputer dan cara penyelesaiannya. Juga asas bagaimana menguasai bidang penyuntingan grafik menggunakan perisian "Adobe Photoshop".

Pendaftaran dibuat seawal jam 8 pagi dan kursus bermula pada jam 9 pagi dengan pengisian pertama mengenai "Asas Komputer dan Cara Penjagaannya". Pengisi bagi slot pertama ini adalah dari kalangan AJK Unit Silver Net sendiri, iaitu Saudara Muhammad Mujiburrahman bin Abdul Latib dan Saudara Muhammad Hafiz bin Noor Said kedua-duanya dari Unit Teknikal dan Kejuruteraan Komputer, Unit Silver Net KPIPM sesi 2015/2016. Sebelum mengakhiri pembentangan, pengisi membuat sedikit demonstrasi asas cara format komputer kepada seluruh peserta kursus. Slot pertama selesai pada jam 10.30 pagi.

KOMPAS'16 pada hari itu diteruskan lagi selepas para peserta berehat dan makan ringan sekitar 15 minit dengan kursus terakhir, kursus "Adobe Photoshop" oleh Pengarah Hisbah KPIPM sesi 2015/2016 yang juga Badan Pengurus PMRAM sesi 2014, Saudara Muhammad Mu'aaz bin Ramli.

Sesi kedua ini dibahagikan kepada dua sesi, teori dan praktikal. Hampir 1 jam 30 minit para peserta dikongsikan "tips dan tricks" oleh pengisi. Pada jam 12.30 petang KOMPAS'16 berehat seketika untuk solat Zohor dan diteruskan kembali pada jam 1.00 petang dengan praktikal.

Sesi praktikal kali ini diawasi oleh pengisi sendiri dan di sebelah akhawat oleh Dr Nasibah binti Abu Bakar, Graduanita Perubatan Universiti Ain Shams yang juga Mantan Timbalan Ketua HEWI KPIPM sesi 2013/2014. Peserta diberikan tugasan untuk membuat satu kad ucapan seperti mana yang telah peringkat pengisi bentangkan di hadapan. Alhamdulillah, keseluruhan peserta dapat menyiapkan tugasan ini dengan baik dan dapat menambah pengetahuan tentang ilmu penyuntingan grafik dengan lebih mendalam. Kursus berakhir pada jam 2.15 petang.

Cenderahati telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad 'Arif bin Yaaziz (Timbalan Yang Dipertua KPIPM sesi 2015/2016) yang juga Pengarah KOMPAS' 16 dan Ustazah Syariza binti Ayub (Ketua HEWI KPIPM sesi 2015/2016). Kursus Asas Komputer & Adobe Photoshop ini melabuhkan tirainya pada jam 2.30 petang.

Melihat kepada sambutan yang baik dari ahli KPIPM pada kursus kali meletakkan suatu harapan yang besar bahawa usul KPIPM pada sesi ini akan tertunai dengan baiknya. Semoga sumber tenaga yang dijana dengan kemahiran yang telah di ketengahkan ini dapat menjadi sumber tenaga utama kepada KPIPM untuk terus melangkah ke hadapan bagi meneruskan aktiviti-aktiviti kebajikan dan dakwah pada masa yang akan datang.







KOMPAS'16
"The Art of Dakwah"
BERILMU, BERAMAL, IKHLAS
"MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN"


Saturday, August 13, 2016

Makluman Pemangkuan AJK HEWI & AJK Penasihat KPIPM

Pemangkuan Jawatan Ahli Jawatankuasa HEWI & Anggota Badan Penasihat KPIPM sesi 2015/2016. 

Makluman kepada seluruh ahli KPIPM, jawatan Ketua Biro Dakwah dan Tarbiah HEWI  dipangku sementara oleh Ketua Biro Perhubungan, Sambutan dan Rehlah HEWI bagi tempoh kekosongan yang ada.
Begitu juga bagi jawatan Anggota Badan Penasihat KPIPM, jawatan AJK Penasihat dipangku oleh Ustazah Nor Atiqah binti Hamdan bagi tempoh kekosongan yang ada. 



BERILMU, BERAMAL, IKHLAS 
"MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN"

Sunday, July 31, 2016

PEMANGKUAN JAWATAN AHLI JAWATANKUASA TADBIR KPIPM SESI 2015/2016

Pemangkuan Jawatan Ahli Jawatankuasa Tadbir KPIPM sesi 2015/2016. 

Makluman kepada seluruh ahli KPIPM, jawatan Bendahari Kehormat  dipangku sementara oleh Yang Dipertua (Unit Perhubungan Luar & Perancang)  bagi tempoh kekosongan yang ada.


BERILMU, BERAMAL, IKHLAS 
"MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN"

Saturday, July 16, 2016

KEMPEN "FREEDOM" | ISU SEMASA TURKI



ISU SEMASA TURKI

TERKINI DI TURKI, beberapa jalan dan jambatan telah ditutup oleh pihak tentera tanpa memberikan sebarang sebab kepada penduduk Turki. Lapangan Terbang Ataturk telah ditutup dan semua penerbangan telah dibatalkan. Seluruh penduduk diarahkan untuk pulang ke rumah dan Medan Taksim dikosongkan. Jambatan Bosphorus Istanbul dan Jambatan Sultan Mehmet Fatih juga ditutup oleh pihak tentera. Di Ankara pula, ruang angkasa dipenuhi dengan jet pejuang dan helikopter serta terdapat bunyi tembak-menembak menurut laporan.

Pihak ketenteraan di Turki mengumumkan bahawa mereka sedang mengambil alih Turki. Menurut Agensi Dogan, mereka mengeluarkan kenyataan, tindakan tersebut bertujuan untuk membaikpulih negara, hak manusia dan kebebasan. Namun begitu, mereka mengumumkan untuk menjaga kestabilan hubungan bersama seluruh negara lain.

Tentera junta kudeta yang ditumpaskan

Tentera kudeta ditumpaskan di kompleks Istana Presiden Turki
Minoriti dalam Angkatan Tentera mensasarkan integriti dan kesatuan Turki.
Rakyat keluar di jalanraya menggagalkan cubaan kudeta
Lautan rakyat Turki membanjiri lapangan terbang Ataturk di Istanbul.
Tentera kudeta ditumpaskan oleh rakyat Turki

Fakta Angka :

- 90 terkorban (41 polis 47 awam)
- 1,154 cedera
- 104 pro-kudeta terkorban
- Pengangkutan awam kembali beroperasi seperti biasa di bandar Istanbul dan lapangan terbang Ataturk.
- 2,839 tentera kudeta telah ditahan
- 2 jambatan utama di Bosporus yang menghubungkan Asia dan Eropah telah dibuka.
- Jambatan tersebut ditutup ekoran kereta kebal yang menyekat laluan dengan tentera dilengkapi senjata api.

Sumber : aljazeera, turki kini, daily sabah

Biro Tabung Kebajikan, Kesenian & Riadah menyeru kepada semua untuk sama-sama mendoakan saudara-saudara kita di sana agar dikurniakan keselamatan sebaiknya. BTKKR juga berharap agar kita sama-sama meningkatkn kesedaran kita terhadap isu dunia yang berlaku di sekeliling kita.

Ayuh bersama kita jayakan kempen "FREEDOM", kempen BTKKR KPIPM sesi kali ini!

BERILMU, BERAMAL , IKHLAS
"MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN"

Tuesday, July 12, 2016

MEMBENTUK GENERASI RABBANI DALAM MADRASAH RAMADAN



IHYA’ TARBAWI RAMADAN 2016 (IHTIRAM'16)

KAHERAH- Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir telah mengadakan satu program bersempena Bulan Ramadan dengan kerjasama Pejabat Atase Pendidikan Negeri Perak. Program tersebut telah diberi nama Ihya’ Tarbawi Ramadan 2016 (IHTIRAM ’16) . Program ini dibawah anjuran Biro Dakwah & Tarbiah KPIPM sesi 2015/2016. Program ini juga berlangsung dengan jayanya selama sebulan bermula dari 5 Jun sehingga 5 Julai 2016  bertemakan “Madrasah Ramadan Membentuk Generasi Rabbani” dan juga melibatkan keseluruhan ahli KPIPM di Ardhul Kinanah ini.

Antara objektif yang digariskan pada kali ini ialah meningkatkan thaqafah dan sahsiah yang terpuji, memantapkan nilai ukhuwah Islamiah dalam kalangan ahli dan melahirkan mahasiswa yang serba boleh dalam mempraktikkan cara hidup Islam melalui Madrasah Ramadan.

IHTIRAM ’16 bermula dengan Malam Perasmian Ihya’ Tarbawi Ramadan 1437H yang telah diadakan pada hari Khamis 9 Jun 2016 bersamaan 4 Ramadan 1437H pada jam 8.00 malam setelah bacaan yassin dan tahlil serta Iftor Jama’ie 1. Program tersebut bermula dengan ucapan daripada Pengarah IHTIRAM ’16, Ustaz Muhammad Abrorr Bin Mohd Ishak dan diteruskan dengan ucapan daripada YDP KPIPM, Ustaz Mohamad Ainuddin Bin Mohd Ishak, seterusnya ucapan daripada perasmi, Encik Munawir Bin Mohamed Noh selaku Pegawai Atase Pendidikan Negeri Perak. Kemudian diteruskan dengan gimik pelancaran dan tayangan video pengenalan. Program pada hari pertama diakhiri dengan solat sunat tarawih yang dibuat di Dewan Syeikh Idris Al-Marbawi, Baitul Ridzuan.

Program diteruskan lagi pada 10 Jun 2016 bersamaan 5 Ramadan 1437H dengan Qiamullail yang telah dijalankan di Dewan Syeikh Sya’rawi, Baitul Rahman. Kemudian, juadah untuk Sahur Jam’ie 1 telah disediakan untuk kesemua ahli KPIPM, seterusnya kesemua ahli menunaikan solat Subuh berjemaah di dewan yang sama, program bersambung dengan Madrasah Al-Muttaqin, bertajuk “Mahasiswa dan Ramadan” yang telah disampaikan oleh Ustazah Sofia Alwani binti Ali. Cara penyampaian pengisi pada pagi itu sangat menarik dan  ramai kalangan ahli tekun mendengar penjelasan daripada pengisi. Kemudian majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada pengisi. Program pada hari tersebut diakhiri dengan tadarus al-Quran yang melibatkan ahli KPIPM.

Pada 11 Jun 2016 bersamaan 6 Ramadan 1437H, program diteruskan dengan Pondok Tarbawi 1 yang membicarakan berkenaan dengan Kitab Masbuq Muafiq yang telah disampaikan oleh ahli KPIPM sendiri iaitu Ustaz Muhammad Syafiulsyafi Bin Othaman. (Ketua Biro Pelajaran dan Ilmiah)  Antara perkara yang dibahaskan adalah pengertian Masbuq dan Muafiq serta beberapa masalh-masalah yang berkaitan dengannya. Seterusnya cenderahati telah diberikan kepada pengisi pada akhir program. Program ini merupakan program penutup bagi minggu pertama IHTIRAM ’16.

Pada 13 Jun 2016 bersamaan 8 Ramadan 1437H, permulaan bagi minggu kedua adalah  program Edaran Mahabbah telah diadakan dengan keterlibatan barisan AJKT  dan AJK HEWI beserta dengan adhoc pelaksana IHTIRAM ’16 untuk mengedarkan bubur lambuk kepada semua ahli KPIPM yang terdiri daripada wisma Darul Ridzuan, rumah sewa dan mutazawwijin. Edaran ini meliputi kawasan sekitar Hayyu Sabiek dan Hayyu ‘Asyir. Alhamdulillah, program ini berjalan dengan lancar sama ada yang berkenderaan mahu pun berjalan kaki.

Pada 16 Jun 2016 bersamaan 11 Ramadan 1437H,program diteruskan dengan Qaryah Al-Mubarak yang bertajuk “Pengurusan Jenazah”, pengisian kali ini menampilkan pengisi jemputan daripada BKAN Kelantan, Ustaz Muhammad Faiz bin Mayusoh. Pengisi berjaya menarik perhatian audiens dan ramai di kalangan pendengar menanyakan soalan samada dari pihak ikhwah mahupun akhawat. Program dihentikan seketika untuk solat Asar berjemaah. Program disambung dengan slot praktikal, di bahagian ikhwah, pengisi menjadi fasilitator dalam menerangkan cara-cara mengkafankan mayat dan di bahagian akhawat pula fasilitatornya terdiri daripada ahli KPIPM sendiri. Pada slot ini banyak ahli KPIPM mencuba untuk mempraktikkan teori yang telah diajar oleh pengisi. Program tamat dengan penyampaian cenderahati kepada pengisi.

Seterusnya program diteruskan dengan bacaan tahlil, berbuka puasa dengan makanan ringan dan Iftor Jama’ie 2 di Dewan Syeikh Sya’rawi, Baitul Rahman. Kemudiannya bersambung dengan  Jom Bersama Imam Hafiz (Qiraat) selepas selesai solat Isyak. Imam tersebut didatangkan khusus daripada Shoubro. Ustaz Muhammad Hilmi Bin Hussin Shokri yang merupakan imam jemputan telah membacakan qiraat Ibnu Kathir dan Imam Hamzah. Setelah selesai bertarawih sebanyak 8 rakaat dan disusuli dengan witir 3 rakaat, imam memberikan penerangan berkenaan bacaan yang dibacakannya dan program diakhiri dengan penyampaian cenderahati.

Pada awal pagi 17 Jun 2016 bersamaan 12 Ramadan 1437H, program Qiamullail dan Sahur Jama’ie 2 telah diadakan di Dewan Syeikh Sya’rawi, Baitul Rahman. Kemudian solat Subuh berjemaah di dewan yang sama dan terus disambung dengan program Madrasah Al-Muttaqin yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Izzat Irfan Bin Izani dari BKAN Kelantan dengan tajuk “Menelusuri Sejarah Ramadan Al-Mubarak”. Pengisi telah menceritakan berkaitan sejarah di bulan Ramadan dan mengaitkan ibrah sejarah dengan zaman semasa. Program tamat dengan penyampaian cenderahati kepada pengisi dan diteruskan dengan halaqah kahfi kemudian bersurai.

Pada 18 Jun 2016 bersamaan 13 Ramadan 1437H, program diteruskan dengan Pondok Tarbawi 2 dengan tajuk “Pengurusan Ekonomi” yang telah disampaikan oleh Dr Muhammad Ilman Bin Abd Razak.Kehadiran ahli ke program ini amat memuaskan. Pengisi pandai dalam menarik perhatian pendengar dengan membangkitkan isu riba yang disedari atau tidak disedari pada zaman sekarang. Selain itu, pengisi menjelaskan berkenaan saluran riba yang berbagai bentuk. Tambahan pula, pengisi juga telah memberikan beberapa tips berkaitan pengawalan kewangan harian dari segi simpanan dan pelaburan serta tips perkembangan bisnes untuk menjana pendapatan yang ideal dan sesuai.Pada akhir program, pengisi menerima cenderahati daripada pihak program.

Pada 20 Jun 2016 bersamaan 15 Ramadan 1437H, program Dari Masjid Ke Masjid telah diadakan dengan penglibatan di kalangan akhawat dengan tujuan berbuka dan solat tarawih di Masjid Al-Azhar. Seramai 18 orang akhawat telah pergi ke Masjid Al-Azhar bersama dengan beberapa musyrif yang bertugas .Sepanjang berada di sana,program bermula dengan berbuka puasa dan diteruskan dengan solat Maghrib, Isyak dan solat sunat tarawih .

Pada 23 Jun 2016 bersamaan 18 Ramadan 1437H, PEMANDU Siri 2 telah dijalankan dengan kerjasama daripada adhoc pelaksana PEMANDU, yang mendatangkan pengisi luar iaitu Ustaz Khairul Faris Bin Abdul Aziz dgn tajuk  berkaitan “Ulul Albab : Teknik Pembentangan Kitab”. Seterusnya diadakan bacaan yassin dan tahlil sebelum Maghrib dan kemudiannya berbuka dengan makanan ringan.Setelah solat Maghrib, makanan telah dihidangkan kepada ahli KPIPM untuk Iftor Jama’ie 3.Selepas solat Isyak, program disambung dengan Jom Bersama Imam Hafiz (Qiraat), imam kali ini adalah Ustaz Muhammad Alieff Farhan Bin Mohd Sanip. Setelah selesai solat sunat tarawih, program diteruskan dengan penerangan tentang qiraat Warsh an Nafi, yang telah dibacakannya sebentar tadi.

Pada 24 Jun 2016 bersamaan 19 Ramadan 1437H, Qiamullail,Sahur Jama’ie 3 dan solat Subuh berjemaah berjalan seperti biasa di Dewan Syeikh Sya’rawi, Baitul Rahman, program diteruskan dengan program Madrasah Al-Muttaqin yang menampilkan pengisi jemputan daripada BKAN Selangor iaitu Ustaz Muhd Farouq Bin Mohd Ghazali berkenaan “Fathul Makkah : Antara Realiti dan Pengajaran”. Ramai di kalangan audiens tertarik dengan cara penyampaian yang bersederhana dan santai daripada pengisi.Disamping itu, pengisi juga membuat hubungan dua hala dengan para pendengar dengan bertanyakan soalan. Kemudian, cenderahati diserahkan kepada pengisi dan program diteruskan dengan halaqah kahfi.

Pondok Tarbawi 3 telah diadakan pada 25 Jun 2016 bersamaan 20 Ramadan 1437H, pengisi jemputan adalah Ustaz Nasrullah Mustafa daripada BKAN Kelantan yang mendiskusikan Kitab “As-Sohwahtul Islamiah Baina Amal Wa Mahazir”. Cara penyampaian pengisi yang menarik dan santai membuatkan pendengar terkesan dengan penerangan yang dikeluarkan. Selain itu, pengisi berjaya membina hubungan dua hala bersama para pendengar dan di samping itu juga,  pengisi bijak dalam membuat khulasah yang merangkumi nasihat berkenaan peri pentingnya kebangkitan islam pada masa kini kepada ahli.

Pada 27 Jun 2016 bersamaan 22 Ramadan 1437H, telah berlangsungnya program Edaran Mahabbah di sekitar Hayyu Sabiek, Hayyu ‘Asyir dan Husin. Program berjalan dengan lancar dan berakhir dengan jayanya.

Pada 30 Jun 2016 bersamaan 25 Ramadan 1437H, telah berlangsungnya Pertandingan Hafazan yang berlaku di Dewan Syeikh Sya’rawi, Baitul rahman bagi ikhwah dan di Dewan Syeikh Idris Al-Marbawi, Baitul Ridzuan bagi akhawat. Pertandingan ini mempunyai dua kategori,iaitu Syafawi dan Tahriri. Selain itu, beberapa pertandingan kuiz telah dijalankan iaitu kuiz Al-Quran dan kuiz Ramadan.

Kemeriahan IHTIRAM’16 diteruskan lagi dengan  bacaan yassin, tahlil dan Iftor Jama’ie 4 di Dewan Syeikh Sya’rawi, Baitul Rahman. Kemudian program disambung dengan  Jom Bersama Imam Hafiz (Qiraat) oleh Ustaz Norhazimin Bin Bukhari dan qiraat yang dibacakan beliau adalah qiraat Qalun an Nafi’. Setelah selesai solat tarawih dan solat witir , imam memberikan sedikit tazkirah dan menerangkan tentang bacaan yang dibacakannya di dalam solat sunat tarawih tadi. Setelah penyampaian cenderahati kepada imam jemputan, maka program tamat.

Pada 1 Julai 2016 bersamaan 26 Ramadan 1437H, program qiamullail diadakan di Dewan Syeikh Sya’rawi, Baitul Rahman seperti biasa. Manakala di bahagian halaman wisma, ajk pelaksana sedang bertungkus lumus menyiapkan dan menyediakan juadah untuk Sahur Jama’ie 4. Setelah bersahur dan bersolat Subuh, program diteruskan dengan Madrasah Al-Muttaqin yang diadakan dalam bentuk Forum yang melibatkan moderator, Ustaz Muhd Khairi Bin Jamaludin dan panelis kedua, Dr Abdul Fattah Bin Abdul Ghafar daripada ahli KPIPM sendiri manakala panelis pertama adalah jemputan luar iaitu Ustaz Mohd Zahani Bin Abdul Ghani.Forum ini bertajuk “Al-Quran,Sains & Puasa”. Panelis pertama menghuraikan setiap persoalan dengan baik menurut rujukan kitab dan berdasarkan Al-Quran dan Al-Hadith.Manakala panelis kedua lebih fokus kepada menjawab persoalan berkenaan sains dan pandangan tokoh-tokoh Barat terhadap puasa, disamping itu, beliau juga menerangkan berkenaan kesan-kesan positif kepada orang yang berpuasa. Program diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada barisan panelis dan moderator. Sebelum ahli KPIPM bersurai,halaqah kahfi dijalankan.

Pada minggu terakhir iaitu 3 Julai 2016 bersamaan 28 Ramadan 1437H, Majlis Khatam Al-Quran telah dijalankan pada jam 4.00 petang di Dewan Syeikh Sya’rawi, Baitul Rahman dan kemudian dijalankan Majlis Penutup Ihya’ Tarbawi Ramadan 1437H dengan ucapan penutup, penyampaian hadiah bagi para pemenang dan tayangan video penutup IHTIRAM’16  dan dalam masa yang sama telah dibuat agihan cenderahati kepada ahli KPIPM yang berada di dalam dewan. Majlis ditutup dengan Iftor Jam’ie 5 yang merupakan iftor terakhir bagi program IHTIRAM ’16.

Akhir sekali, besarlah harapan daripada pihak kami Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2015/2016 agar program sebegini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dan ukhuwah islamiah di kalangan semua anak Perak di bumi Mesir ini. Segala kerjasama yang baik dari semua peringkat sama ada secara lagnsung atau tidak lansung kami ucapkan ribuan dan jutaan terima kasih.





















“Madrasah Ramadan Membentuk Generasi Rabbani”
BERILMU,BERAMAL,IKHLAS
“MEMURNIKAN PEMIKIRAN,MELESTARIKAN KESATUAN”

Wednesday, June 29, 2016

LAPANGAN TERBANG ATARTUK, ISTANBUL DISERANG



       Tika manusia sedang merebut detik waktu Ramadan yang masih berbaki buat umat Islam, hari ini kita digegarkan dengan satu berita yang mendukacitakan buat seluruh umat Islam. Kota Istanbul, digegarkan dengan letupan yang menggegarkan lapangan terbang Negara Turki.

      Menurut laporan Al-Jazeera, letupan tersebut mengakibatkan 36 orang terkorban akibat letupan yang dilakukan oleh dua orang suspek yang masih dalam siasatan. Kejadian berlaku kira-kira 10 malam waktu Turki. Namun, sehingga kini masih tiada pengakuan daripada mana-mana pihak dalam kejadian letupan tersebut.

Mahasiswa dan mahasiswi sekalian,

       Tika saudara kita didatangkan dengan ujian sebegini, apakah yang sedang kita lakukan? Dan apakah yang kita harus lakukan? Tidakkah kita sedar saudara kita di Negara Turki telah mengalami musibah?Apakah sumbangan kita?

       Seperti yang kita maklum, dunia hari ini kian ke penghujungnya. Pelbagai bencana dan kejadian yang berlaku sejak kebelakangan ini. Lebih menyedihkan apabila ianya acap kali berlaku ke atas Negara Islam yang dari hari ke hari menerima bencana yang berbagai-bagai. Antaranya, gempa bumi di Acheh dan Pakistan, peperangan di Iraq, Syria dan lain-lain lagi. Jadi, kita sebagai mahasiswa seharusnya mengambil tindakan drastik dalam isu-isu sebegini. Dalam Al-Quran banyak menceritakan ayat-ayat tentang persaudaraan dan ukhuwah. Memetik sepotong ayat dari surah Al-Hujurat yang bermaksud ;

Sesungguhnya orang-orang beriman itu adalah bersaudara

Mahasiswa mahasiswi sekalian,

       Dalam menyelami gedung ilmu, kita juga haruslah menitikberatkan ikatan persaudaraan. Dari sudut pandang Islam, persaudaraan atau ukhuwah amatlah dipandang berat. Ramai manusia hari ini gagal memahami erti persaudaraan. Atas kerana apa? Kerana persaudaraan pada diri mereka hanya menyusahkan. Namun pada hakikatnya, persaudaraanlah yang menyatukan kita semua.

       Jika kita melihat sejarah Rasulullah (S.A.W) ketika tiba di Kota Yathrib (kini Madinah), Rasulullah (S. A.W) memulakan langkah dengan mempersaudarakan kaum-kaum di Kota Madinah. Dan kesannya, sejarah membuktikan bahawa persaudaraan adalah kunci dalam sesebuah kemenangan tidak kira dalam apa jua cabang, bidang dan lain-lain lagi.

       Sedarlah saudara sekalian, umat Islam hari ini kian tenat dan sakit akibat perbuatan jahat yang tidak berperikemanusiaan oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Bangkitlah sahabat sekalian! Tidakkah kita sedih dengan keadaan sebegini hari ini? Tidakkah kita risau dengan situasi umat Islam hari ini? Bangkitlah saudara, kerana umat Islam hari ini memerlukan kita. Bukan sekadar teriakan dan kata-kata semangat daripada kita, bahkan dengan doa, kerana doa adalah kekuatan kita dalam membantu sahabat-sahabat kita di sana. In sha Allah.




Mohamad Bukhari Ridha Bin Mohd Bakri
Ketua Biro Kebajikan, Kesenian Dan Riadah
Keluarga Pelajar-Pelajar Islam Perak Mesir
Sesi 2015/2016

Monday, May 23, 2016

CONDOLENCES | EGYPTAIR MS 804 CRASHED


KEMPEN FREEDOM | EGYPTAIR CRASHED
Biro Tabung Kebajikan, Kesenian dan Riadah KPIPM sesi 2015/2016

[CONDOLENCE]

Thursday's crash of an EgyptAir passenger plane near a Greek island en route from Paris to Cairo with 66 people aboard remains unexplained.

This is what is known so far :-

- The Airbus A320 was in Eritrea, Egypt, Tunisia and France on Wednesday, according to the website FlightRadar24.

It began the day in the Eritrean capital Asmara, where it had arrived from Cairo on Tuesday evening.

It took off at 0130 GMT for Cairo, arriving two-and-a-half hours later.

The plane took off again at 0621 GMT for Tunis, a flight lasting a little more than three hours.

After one hour on the tarmac, it headed back to Cairo, arriving at 1317 GMT.

Two hours later it flew to Paris's Charles de Gaulle airport, landing at 1955 GMT.

It left the French capital shortly after 2100 GMT and was to have landed in Cairo at 0305 GMT on Thursday.

- The flight's 56 passengers included a small boy and two infants as well as a seven-member crew and three security officers, according to EgyptAir. The passengers included 30 Egyptians, 15 French nationals, two Iraqis, and one passenger each from Britain, Canada, Belgium, Portugal, Algeria, Sudan, Chad, Saudi Arabia and Kuwait.

- The pilot's last contact with air traffic controllers was around 0005 GMT Thursday when he mentioned no problem, and the plane had not deviated from its course, Greek civil aviation authorities said.

Source: Astro awani and Al Jazeera

.......................................................................

Biro Tabung Kebajikan, Kesenian dan Riadah KPIPM sesi 2015/2016 menyeru kepada semua agar dikurniakan keselamatan hendaknya. BTKKR juga menyeru agar kita sama-sama tingkatkan kepekaan kita terhadap isu dunia yang berlaku di sekeliling kita.

Ayuh bersama kita jayakan kempen "Freedom" , kempen BTKKR KPIPM sesi kali ini!

BERILMU, BERAMAL, IKHLAS
"MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN"

Sunday, May 1, 2016

ALEPPO MENANGIS


“ALEPPO MENANGIS”

    Syria, sebuah negara yang makmur dan harmoni suatu ketika dahulu. Namun pada hari ini, kita dapat lihat bumi Syria ketika ini dimusnahkan oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab yang tidak punya peri kemanusiaan dalam diri mereka bahkan sesuka hati mengorbankan jutaan nyawa yang tidak berdosa.

    Menurut beberapa laporan dari media Shehab News Agency, Al-Jazeera, dan lain-lain, konflik di Syria telah mengorbankan lebih 270 000 nyawa dan telah merosakkan banyak kawasan di Syria. Terbaru, di daerah ALEPPO, serangan roket telah mengorbankan lebih kurang 189 orang mangsa syahid yang terkorban dalam masa 8 hari yang lepas termasuk kaum ibu dan kanak-kanak. Serangan ini mendapat perhatian seluruh umat Islam khususnya, dan di seluruh dunia termasuk Mesir.

    Jutaan saudara kita dibunuh tanpa belas kasihan di bumi Syria setiap hari. Bahkan, kita sentiasa mendengar berita dan konflik yang semakin meruncing di sana. Saudara-saudara seIslam kita dalam dilema dan ketakutan dengan bermacam serangan roket dan bunyi-bunyi tembakan pihak musuh. Setiap hari mereka menghadapi kehilangan ahli keluarga dan penempatan serta hilang sumber mencari rezeki.

 Sahabat-sahabat,

    Jika kita berada di tempat mereka, apakah perasaan kita? Mereka amat memerlukan bantuan dari kita. Bantuan yang bagaimana? Wang ringgit? Atau makanan? Mungkin kita tidak mampu untuk memberikan sebanyaknya harta kita. Namun, apakah kita lupa, kekuatan dan senjata umat Islam adalah DOA. " الدعاء سلاح المؤمن " Adakah pernah kita mendoakan mereka?

 Allah berfirman :

“ إنما المؤمنون إخوة فأصلحواْ بين أخويكم واتقواْ الله لعلكم ترحمون"

“Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu itu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat”.

(Surah Al-Maidah : 2)

 Dan Rasullah S.A.W. pernah bersabda :


عن أبي حمزة أنس بن مالك رضي الله عنه، خادم رسول الله صلى الله عليه وسلم، عن النبي صلى الله عليه وسلم قال :“لا يؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه ما يحب لنفسه"


Daripada Abu Hamzah Anas bin Malik R.A, pembantu Rasullah S.A.W, Rasullah S.A.W telah bersabda : “Tidak beriman seseorang dari kalangan kamu sehinggalah dia mengasihi untuk saudaranya apa yang dia kasihi dirinya sendiri”.
(Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

    Dua dalil di atas menunjukkan betapa hebatnya Islam meletakkan nilai saudara sesama Islam dalam kehidupan sebagai seorang Muslim. Justeru, apakah nilai saudara ini hanya dilihat tanpa dipraktikkan? Berikanlah segala bantuan yang mampu diberikan, jangan kita lupa saudara kita yang memerlukan doa dari kita. Ayuh tadahkan tangan dan sama-sama kita tembakkan doa kepada mereka agar mereka kuat dan tabah dalam menghadapi ujian ini. Moga dengan usaha ini dapat menjadi aset kita di hadapan Allah kelak.

    Pihak Biro Tabung Kebajikan, Kesenian dan Riadah KPIPM sesi 2015/2016 dengan ini menyeru kepada semua ahli KPIPM untuk sama-sama kita cakna terhadap isu-isu umat Islam seluruhnya.

 Ayuh bersama kita jayakan kempen “FREEDOM”, kempen BTKKR sesi kali ini.


BERILMU, BERAMAL, IKHLAS
“MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN”


Mohamad Bukhari Ridha bin Mohd Bakri,
Ketua Biro Tabung Kebajikan, Kesenian dan Riadah,
Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2015/2016.





Wednesday, April 13, 2016

Kenyataan Bersama Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) di Mesir: "Beri Peluang Kepada Dr. Zakir Naik Buktikan Keindahan Islam"




Kenyataan Bersama Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) di Mesir: "Beri Peluang Kepada Dr. Zakir Naik Buktikan Keindahan Islam"

1. Berikutan isu provokasi terhadap Ceramah Dr. Zakir Naik yang bakal berlangsung pada 17 April ini di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), kami Barisan Kepimpinan Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Negeri di Mesir yang mewakili mahasiswa Islam di Mesir, kesal dengan tindakan tersebut.

2. Kredibiliti Dr. Zakir Naik sebagai pendakwah yang terkemuka dunia serta pernah menerima anugerah tokoh Maal Hijrah 1435H Peringkat Antarabangsa itu perlu diberikan pengiktirafan penuh oleh pihak kerajaan Malaysia selaku negara yang mengamalkan keharmonian agama dalam masyarakat berbilang kaum. Sepanjang pengamatan umat Islam terhadap Dr. Zakir Naik dalam arena dakwahnya, belum pernah lagi beliau mencetuskan provokasi atau menghidupkan sentimen prejudis terhadap agama lain. Setiap hujjah yang beliau utarakan dalam ceramah-ceramah beliau adalah bertunjangkan kepada fakta yang tepat dan sahih daripada Al-Quran, Hadis Rasulullah SAW, kitab-kitab sumawi yang lain serta fakta sains yang logik. Selaku tuan rumah, Malaysia seharusnya memanfaatkan kehadiran beliau dalam menyebarluaskan penerangan Islam diseluruh lapisan masyarakat bertepatan dengan agama Persekutuan tanah air kita adalah Islam. Disamping agama-agama lain bebas mengamalkan agama masing-masing.

3. Kekesalan kami adalah terhadap kenyataan Timbalan Ketua Menteri 2 Pulau Pinang, YB.Dr.Prof. P. Ramasamy yang telah mencetuskan provokasi antara kaum dan agama. Sepatutnya, beliau sebagai seorang pemimpin wajar menunjukkan sikap profesional dalam melaksanakan sesuatu tindakan dengan hujah dan juga nilai-nilai murni, bukan secara emosional dan menyemburkan kata-kata kesat yang menyinggung perasaan umat Islam. Sekiranya beliau ingin menyatakan pendapat, kami mengesyorkan agar beliau bertemu mata dengan Dr. Zakir Naik dan menyatakan ketidaksetujuan dalam hal ehwal perbandingan agama.

4. Justeru, kami Barisan Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) yang mewakili seluruh mahasiswa Islam di Mesir sepakat menyatakan solidariti terhadap Dr. Zakir Naik bagi membuktikan kesatuan umat Islam dalam mempertahankan aqidah Islamiah yang suci dan bertanggungjawab menyebarkan dakwah Islamiah kepada umat Islam yang lain.

5. Kami mengharapkan agar pihak kerajaan membuka peluang seluas-luas kepada pakar perbandingan agama ini untuk membuktikan kepada umat Islam dan bukan Islam akan kebenaran agama Islam dengan hujjah ilmiah dan adab demi menjaga keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia.

6. Kami juga berharap agar rakyat Malaysia sama ada muslim atau non-muslim bertenang dan cuba elakkan daripada mencetuskan provokasi dan menyemarakkan lagu api permusuhan antara agama.

7. Di samping itu, kami juga ingin berterima kasih kepada pihak kerajaan yang menarik balik keputusan untuk membatalkan program tersebut. Program yang akan berlangsung di UTEM akan diteruskan namun ditukar kepada tajuk baharu. Dengan penganjuran program ini dapat menarik minat seluruh lapisan masyarakat dalam mengenali Islam dengan lebih dekat. Dalam masa yang sama, kami mengharapkan agar pihak kerajaan memohon maaf terhadap isu pembatalan tersebut.

Terima kasih.


BERILMU, BERAMAL, IKHLAS
"MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN"


Saturday, April 9, 2016

MSP '16 | "Introspeksi Memacu Pimpinan Berkualiti"


KAHERAH, 2 APRIL 2016 – Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) sesi 2015/2016 di bawah anjuran Jabatan Setiausaha Agung telah mengadakan Muhasabah Separuh Penggal 2016 (MSP '16). Objektif program ini diadakan adalah untuk memperkemaskan perjalanan KPIPM , mengikat ukhuwah antara ahli dan pimpinan, serta membuka ruang kepada ahli untuk memberi cadangan dan muhasabah. Program ini berlangsung di Dewan Syeikh Idris al-Marbawi, Baitul Ridzuan dengan bertemakan “INTROSPEKSI MEMACU PIMPINAN BERKUALITI”.

     Bermula pada jam 7.25 malam, Kaunter Pendaftaran Ahli KPIPM telah dibuka. Seterusnya, diikuti dengan menunaikan Solat Isyak secara berjemaah dan mendengar sedikit taklimat disiplin. Dengan bermulanya perarakan masuk AJKT dan AJK HEWI KPIPM sesi 2015/2016 ke dalam dewan, maka bermulalah Muhasabah Separuh Penggal 2016 secara rasminya.

     Program ini terbahagi kepada dua sesi. Sesi pertama dimulai dengan ucapan aluan dari Setiausaha Agung KPIPM, saudara Khairul Naim bin Abd. Razak, diikuti dengan pembentangan laporan aktiviti setiap jabatan dan biro sepanjang separuh sesi 2015/2016. Manakala, sesi kedua pula adalah sesi muhasabah dan cadangan dari peringkat ahli untuk para pimpinan KPIPM juga dari ahli sendiri buat ahli.

     Selepas itu, ucapan pergulungan dari Pengerusi Badan Penasihat KPIPM, saudara Muhammad Hanif bin Abdullah, diikuti juga dengan bacaan Doa Rabithah oleh Ketua Biro Dakwah dan Tarbiah KPIPM, saudara Muhammad Abrorr bin Mohd Ishak. Seterusnya, perarakan keluar AJKT dan AJK HEWI KPIPM sesi 2015/2016. Sebelum berakhir, program turut diserikan dengan persembahan nasyid dari Usrah al-Muhazirun.

     Setelah ucapan penangguhan dari pengerusi umum dan sedikit jamuan makan, maka berakhirlah Musabah Separuh Penggal 2016 dengan jayanya sekitar jam 11.30 malam. Moga dengan muhasabah ini mampu mejadikan pimpinan lebih berkualiti pada masa akan datang dan melahirkan ahli yang memahami perlunya kebersamaan dalam apa jua lapangan. Segala kerjasama yang baik dari semua peringkat diucapkan ribuan terima kasih.

Disediakan oleh :
Setiausaha MSP'16 KPIPM sesi 2015/2016






















BERILMU, BERAMAL, IKHLAS
"MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN"



MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN BERTERUSAN, PEMANGKIN KESATUAN Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2024/2025

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN BERTERUSAN, PEMANGKIN KESATUAN Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2024/2025 Dalam sebuah komun...