Sunday, July 25, 2010

Pencalonan Baru Ajkt sesi 2010/2011 Dibuka

Makluman..
Ajk Khas Pilihanraya telah membuka borang pencalonan untuk Ajk Tadbir KPIPM bagi sesi 2010/2011. Kepada semua ahli KPIPM yang ingin mengemukan pencalonan, sila dapatkan borang pencalonan di :

BILIK GERAKAN

AJK KHAS PILIHANRAYA KPIPM

Ikhwah : Pusat Sumber

Syeikh Ismail Adawi (PERSIDA)

Akhawat : Syaqah 6

WAKTU :

2.00 Petang – 4.30 Petang

TARIKH :

26 Julai 2010 - 1 Ogos 2010

# Syarat-syarat pencalonan ( link )


Friday, July 23, 2010

Blog AJK Khas Pilihanraya KPIPM 2009/2010

Makluman kepada semua ahli KPIPM, blog rasmi AJK Khas Pilihanraya KPIPM 2009/2010 telah diwujudkan. Kepada ahli KPIPM yang ingin mengetahui sebarang maklumat dan perkembangan berkaitan pilihanraya KPIPM, sila layari http://sprkpipm2010.blogspot.com

Wednesday, July 21, 2010

Senarai Ahli Jawatankuasa Pilihanraya KPIPM 2009/2010


Makluman kepada semua ahli KPIPM.
Dengan ini dimaklumkan senarai Ahli Jawatankuasa Khas Pilihanraya 2009/2010adalah seperti berikut

Pengarah : Mohd Firdaus bin Abd Razak
Timbalan Pengarah : Norraudah Hanum binti Salem
Setiausaha ( Bendahari ) : Muhammad Azrul bin Abu Bakar
Timb. Setiausaha ( Bendahari ) : Jawahir binti Harun
Ajk Kecil : Muhammad Arif Syah bin Abdullah Sani
: Jamnul Azlan bin Mulkan
: Noriah binti Mohamad Zahid
: Nor Zahirah binti Hussin
: Siti Rukhaiyah binti Salim

Semoga dengan makluman ini mendapat perhatian daripada semua ahli KPIPM.

Thursday, July 15, 2010

Sambutan Isra' Mi'raj PMRAM Bersama Tokoh Ulama' Al-Azhar

KAHERAH, 14 Julai - Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) akan mengadakan Muhadharah Ilmiah sempena Isra’ Mi’raj 1431 H bersama Fadhilatus Syeikh Dr. Umar Abdullah Kamil pada 17 Julai 2010 (Sabtu). Majlis tersebut akan berlangsung di Dataran Haiyu ‘Asyir dimulakan dengan solat maghrib dan hajat berjemaah seawal jam 8.00 malam.

Program tersebut adalah berkonsepkan taakhi BKAN Zon A iaitu Terengganu, Perak, dan Perlis yang akan bekerjasama dalam menjayakan majlis pada malam tersebut. Usaha ini diharap mampu mengukuhkan lagi kesatuan ahli PMRAM di bumi Mesir ini.

“Saya berharap agar konsep sebegini (taakhi) akan menjadi batu loncatan kepada program-program lain samada ia anjuran PMRAM atau kerjasama antara taakhi masing-masing dalam bidang thaqafah, tarbiah, dan sebagainya”, ujar Ketua Badan Pengetahuan dan Penyelidikan, Saudara Muhammad Yusuf A Kadir ketika ditemui semalam.

Beliau juga berharap agar majlis ini akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh seluruh mahasiswa/wi di Mesir ke arah memperingati sirah junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Tetamu jemputan yang berasal dari Arab Saudi ini pernah memperolehi M.A. dan PhD dalam Jurusan Pengajian Islam di Universiti Karachi, Pakistan selain PhD dalam Jurusan Syariah dan Usul Fiqh di Universiti Al-Azhar.

*Maklumat lanjut tentang Fadhilatus Syeikh Dr. Umar Abdullah Kamil di www.okamel.com

Program Musim Panas

Makluman buat sahabat-sahabat, KPIPM pada sesi ini akan mengadakan program bersempena musim panas. Antara pengisian menarik adalah seperti bengkel, perbentangan kertas kerja, jaulah ke Fayyoum ( akhawat ), walimatul 'urus dan pelbagai lagi. Maklumat lengkap tentang program akan dimaklumkan kemudian.

Wednesday, July 14, 2010

Lanjutan Tarikh Permohonan Ithar.

Makluman buat sahabat-sahabat, tarikh tutup permohonan ithar dilanjutkan sehingga 17 Julai 2010. Sila serahkan borang yang telah lengkap diisi kepada mandub/ ah di muhafazah masing-masing.

Tuesday, July 13, 2010

Zikir : Kajian Sains

Otak merupakan aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf dan dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ianya berfungsi dengan sempurna. Setiap hari , 14 juta saraf yang membentuk sebagai otak ini, berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita terima adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seseorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan saraf-saraf otak tersebut. Apabila zikir diulang-ulang, aktiviti saraf ini bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama kelamaan, kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain yang turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.

Otak memulakan perkara baru dengan melihat daripada sudut perspektif yang berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedangkan sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cerdas secara tidak lansung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Menurut kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan hasil kajian tersebut dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. Melalui ujian PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar, sukarelawan diberikan senarai perkataan. Kemudian mereka dikehendaki membaca senarai perkataan tersebut satu-persatu dan mengaitkannya dengan kata kerja yang berkaitan. Berdasarkan pemerhatian, beberapa bahagian otak yang berbeza mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila mereka mengulangi perkataan tersebut, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkannya. Apabila perkataan baru disebut, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Hal ini membuktikan bahawa perkatan yang diulang-ulang seperti zikir meningkatkan kecerdasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu sahabat-sahabat, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat yang telah dipilih telah lama mengamal dan menerima manfaat daripadanya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

Saturday, July 10, 2010

Berita : Jaulah Fayyoum ( Ikhwah )


“ Seiring Langkah Meribat Ukhuwah ”, itulah tema yang diharapkan bagi mencapai objektif dalam program jaulah ke Fayyoum baru-baru ini. Seramai 27 orang peserta telah menyertai program tersebut dan sebilangan kecil merupakan peserta dari DPM Dumyat turut menjayakannya. Jaulah yang mengambil masa hampir sehari itu diketuai oleh Ustaz Ahmad Hasni b Shuhaibi selaku musyrif telah menerangkan serba sedikit mengenai sejarah tempat-tempat yang dilawati. Peserta sempat melawat kesemua tempat seperti yang telah dirancangkan. Semoga dengan keajaiban Ilahi yang terselit seribu satu pengertian, dapat menjadi ibrah kepada semua.

Jaulah Fayyoum ( Akhawat )



REALITI ' 10 dengan tema Menyelusuri Kedamaian Mengukuh Ketaqwaan menanti sahabat-sahabat dengan pelbagai tempat menarik seperti Wadi Rayyan, Tasik Qarun dan sebagainya. Penyertaan terbuka kepada akhawat sahaja. Makluman lanjut sila rujuk iklan.

Friday, July 2, 2010

Rahsia Yang Tersimpan

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Allah SWT telah berfirman melalui kalam suciNya melalui surah Sodh ayat : 1 Maksudnya : “Sodh, demi Al-Quran yang memiliki kemuliaan serta mengandungi peringatan dan pengajaran.
Al-Quran diturunkan dan diserahkan kepada manusia agar menjadikannya sebagai tempat rujukan dan panduan dalam kehidupan. Setiap helaian sarat dengan teguran,peringatan dan kepelbagaian ilmu sampingan yang lain sebagai persediaan kepada manusia untuk mengambil faedah dan manfaat daripadanya. Sains,teknologi,seni,ekonomi, cara pengamalan kehidupan harian dan pelbagai lagi. Segalanya cukup sempurna meliputi segenap penjuru kehidupan samada duniawi mahupun ukhrawi.
Namun, kepada siapakah Al-Quran bertindak memberi penunjuk jalan yang benar?
Firman Allah SWT lagi :“ (Al-Quran ini )sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu dan (umatmu wahai Muhammad), kitab yang banyak faedah dan manfaatnya untuk mereka yang memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil peringatan” surah Sodh ayat 29.
Jelas daripada ayat tersebut, hanya orang-orang yang berkehendak kepada kebenaran sahaja yang berhak mendapat manfaat daripadanya.
Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Dia tidak sesekali membiarkan hamba-hambaNya terus berada dalam kesesatan dan melakukan kemungkaran. FirmanNya dalam surah Al-Zukhruf, ayat 5 : “ patutkah Kami membiarkan kamu dengan mengenepikan dan menjauhkan peringatan Al-Quran daripada kamu, kerana kamu yangmelampau-lampau buruk keadaanya? ( Tidak! Kami tidak akan biarkan, bahkan Kami tetap mengingatkan kamu, samada kamu mahu menerimanya atau sebaliknya ).
Oleh hal yang demikian, amat beruntunglah bagi sesiapa yang diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk mempelajari dan mendalami segala ilmu yang terkandung dalam Al-Quran.
Firman Allah SWT dalam surah Yusuf 111 : “ Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam Al-Quran) ia bukanlah cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab agama yang terdahulu daripadanya dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, sertamenjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman.
Justeru itu, Allah SWT memberikan hikmah kebijaksanaan ( ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan hikmah itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.

Tazkirah Mingguan : AQIDAH


Dalam membentuk sesebuah masyarakat Islam ,tunjang dan dasar utama adalah akidah masyarakat Islam .Kita dapat melihat perkara yang telah hari ini didalam masyakarat Islam diMalaysia apabila ramai yangsudah terpesong daripada landasan Islam yang sebenar.Kebejatan permasalahan seperti tidak mungkin akan berlaku jika pegangan akidah dan kefahaman Islam begitu teguh .Penularan masalah ini sudah pasti akan menghancurkan amal kehidupan masyarakat Islam yang semakin lama sudah disuntik dengan sentimen-sentimen fahaman luar yang tidak bermoral sepertimana yang telah berlaku hari ini.
Dr Yusuf Al-Qardhawi ada menyebut tentang bagaimana untuk kita membentuk sebuah mesyakarat Islam maka seharusnya kita perlu mematuhi segala syariat dan ajaran Nabi Muhammad SAW bukan hanya sekadar dalam ibadah bahkan merangkumi segala aspek kehidupan .Tidak akan terbentuk sebuah masyarakat yang bertunjang Iman dan Islam sekiranya :
- Masyarakat tidak melazimi semua perkara dengan akidah islamiah seperti terlalu
sibuk dengan perkara lain seperti penerapan pemikiran liberal dalam perlaksanaan
dan pengaplikasian Islam itu sendiri.Itulah yang pernah berlaku di Malaysia
sekitar tahun awal 80 an iaitu ingin menyelaraskan waktu solat diantara
Semenanjung dan Sabah-Sarawak .Seolah-olah masa itu bersifat semulajadi
sedangkan pada hakikatnya masa itu diciptakan .
- Menggantikan segala ciptaan Allah SWT dengan istilah semula jadi.
- Kefahaman dan keyakinan pada Allah SWT tidak seteguh mana .Boleh ditumpaskan
dengan suntikan faham luar mengikut akal fikiran dan logikal.
- Tidak menyerlah Nabi Muhammad SAW sebagai seorang IKON yang cukup sempurna dari
sudut ajaran dan method pembawakkan baginda dalam segala lapangan yang ada.
- Meminggirkan Al-Quran sebagai sumber rujukan yang utama sebaliknya mengutamakan
sumber yang selainnya dalam erti kata lain melencong daripada landasan ISLAM.
- Berlaku penghinaan ke atas Allah SWT,Nabi Muhammad SAW dan Al-Quran dan pada
ketika itu semua masyarakat Islam hanya mampu berpeluk tubuh tanpa ada seorang
yang tampil untuk membela.
Oleh kerana itu dasar akidah dalam kehidupan masyarakat adalah terlalu penting dalam menjana kehidupan Islami di masa akan datang.

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN ITHAR


Borang permohonan ithar

LAPORAN | KEJOHANAN PIALA KPIPM DAN PIALA AN-NISA’ 2024

LAPORAN | KEJOHANAN PIALA KPIPM DAN PIALA AN-NISA’ 2024 Biro Tabung Kebajikan, Kesenian dan Riadah KPIPM sesi 2023/2024 KAHERAH, 17 & 18...