Tuesday, March 16, 2010

Ketibaan AJKT Di Bumi Zagazig


16 MAC – Barisan AJKT yang telah bertolak dari bumi Tanta pada jam 10.30 tadi, akhirnya sampai di bumi Zagazig pada jam 12.20 tadi.

AJKT telah disambut oleh mandub Zagazig, Us Mohd Anas bin Ridhwan. Beliau telah menempatkan AJKT di tempat sementara iaitu di Bait Skoda, rumah milik Nik Saifullah bin Nik Mahmud.

Ahli KPIPM di Zagazig seramai 77 orang, iaitu 20 orang akhawat, 7 ikhwah dalam bidang perubatan. Manakala seramai 52 orang pengajian agama.

Sepertimana yang telah dirancang, Majlis Muhasabah sempena Mesra 10 akan diadakan pada jam 4 petang di Dewan Darul Wehdah.

AJK HEWI pula masih lagi dalam perjalanan ke Zagazig, dan mereka telah mula bertolak dari Wisma Darul Ridzuan A pada jam 1.35 petang tadi.

No comments:

Post a Comment

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2023/2024 Firman Allah SWT : { فَمَن یَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَ...