17 MAC - Pada jam 11.55 tengahari tadi, Ahli Jawatankuasa HEWI tiba di perkarangan Dewan Perwakilan Mahasiswi Iskandariah dengan selamat.
Seramai 11 orang AJK HEWI tidak akan ketinggalan dalam menjayakan Mesra 10 di bumi Iskandariah ini.
Beberapa orang AJK HEWI mengambil kesempatan yang suntuk ini untuk singgah di sebuah rumah mutazawwijin dan selebihnya berehat di Dewan Zajlatul Abidah.
AJKT yang sudah tiba semenjak awal pagi tadi, masih lagi menanti perjalanan program bermula, iaitu pada jam 1 petang nanti. Beberapa persiapan sedang dibuat di sebuah rumah tumpangan yang terletak di Assafirah.
Yang Dipertua, Ustaz Khairul Asyraf berkata bahawa perjumpaan dengan ahli KPIPM di Iskandariah ini turut disertai oleh dua orang penasihat, iaitu Ustaz Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil, dan Ustaz Muhammad Zulfadli bin Zainal.
No comments:
Post a Comment